The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Minggu Kesihatan dan Kecergasan kali ini dilaksanakan selama satu minggu bermula 9 sehingga 13 Oktober 2023. Program kali ini turut menjemput agensi dari luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Langat, Selangor Malaysia dan pihak Milo. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilakukan. Semoga murid-murid dan guru-guru SK Jenjarom dapat mempelajari sesuatu dan seronok dengan aktiviti yang bakal dijalankan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dinna Rosli, 2023-10-08 06:48:01

Program Minggu Kesihatan dan Kecergasan

Program Minggu Kesihatan dan Kecergasan kali ini dilaksanakan selama satu minggu bermula 9 sehingga 13 Oktober 2023. Program kali ini turut menjemput agensi dari luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Langat, Selangor Malaysia dan pihak Milo. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilakukan. Semoga murid-murid dan guru-guru SK Jenjarom dapat mempelajari sesuatu dan seronok dengan aktiviti yang bakal dijalankan.

Keywords: Minggu Kesihatan dan Kecergasan,AADK,Wellness Hub,SK Jenjarom

SEKOLAH KEBANGSAAN JENJAROM MINGGU KESIHATAN DAN KECERGASAN 2023 Program 4 - 8 DISEMBER 2023 JALAN SEKOLAH, KG JENJAROM 42600 JENJAROM, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. SK JENJAROM ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN UNIT KOKURIKULUM | UNIT HAL EHWAL MURID


Mengurangkan peratus murid obesiti di Sekolah Kebangsaan Jenjarom yang dikesan daripada Standard Pengukuran BMI 5hingga 9 Tahun serta Ujian SEGAK Tahun 4, 5 d a n 6. Meningkatkan peratus murid yang mencatatkan Komposisi Badan (Body Mass Index) normal. Memperoleh pengetahuan asas penjagaan kesihatan dan meningkatkan kecergasan. Menyemai dan memupuk persepsi warga sekolah dan ibu bapa tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Memberikan pendedahan dan maklumat tentang bahaya penggunaan rokok elektronik dan dadah. Melaksanakan intervensi bagi Ujian SEGAK dan Standard Pengukuran BMI 5 hingga 9 Tahun. Melaksanakan program IMFree khusus kepada semua murid sekolah rendah. OBJEKTIF Kementerian Pendidikan (KPM) mengharapkan agar setiap murid mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang baik bagi mendorong murid meningkatkan pencapaian dari segiakademik, jasmani dan sahsiah murid. Justeru, amalan gaya hidup sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara teratur dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan murid. Selain fokus utama program ini berkisarkan aspek kesihatan dan kecergasan sepanjang program ini, program ini turut merangkumi tentang bahayanya rokok dan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah. Program ini dilaksanakan bagi menyambut baik misi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang ingin mengurangkan peratus obesiti dan menangani amalan menghisap rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sekolah rendah. Program ini juga merupakan salah satu intervensi yang dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi murid yang berlebihan berat badan (obesiti) dalam Standard Pengukuran BMI 5 hingga 9 Tahun sekaligus membantu murid yang mencapai gred D hingga F dalam Ujian SEGAK bagi murid Tahun 4, 5 dan 6. PENGENALAN


JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Norlela binti Hashim (Guru Besar SK Jenjarom) Pengerusi : Azman bin Sadli (GPK Pentadbiran) Timbalan : Norzanati binti Basuni (GPK Petang) Pengerusi N/Pengerusi 1 : Fadhlah Afif bin Talib (GPK Hal Ehwal Murid) N/Pengerusi 2 : Al Mizan binti Juremi (GPK Kokurikulum) Penyelaras : Siti Nor Aidah binti Yaakob (Ketua Panitia PJPK) Setiausaha : Rosaizam binti Mohamad (S/U Panitia PJPK) Bendahari : Muhammad Helmy Azmye bin Jamaluddin


BAHAYA DADAH ! Dadah atau ‘drug’ adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada indivdu yang menggunakannya kerana dadah mampu mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi CEGAH LEBIH BAIK DADAH TERKAWAL 2025


MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT ✅


PROGRAM INI TURUT DITAJA OLEH ; PIBG SK JENJAROM MINDMAP RESOURCES SK JENJAROM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN BARISAN PENTADBIR SK JENJAROM, AJK INDUK DAN PELAKSANA DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. DENGAN KERJASAMA : AADK KUALA LANGAT WELLNESS HUB


Click to View FlipBook Version