Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk
renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah
Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki
itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok
hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan
oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.
Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut
membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi
keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir
lembaga hitam itu.
Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan belakang, seakan-akan bentuk topi
keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri.
"Apa halnya ni," tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang
daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.
"Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak
dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.
"Saya orang Melayu," jawab saya.
"Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.
Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .
"Saya Zamri," katanya pada datuk .
"Awak orang mana?"
"Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini." Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan
tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan
pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.
Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun
menjadi buruh hidro elektrik di situ.
"Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba batang hidungnya.
"Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.
Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan
seperti itu.
"Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut menggosok-gosok ulu parang kontotnya.
"Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.
"Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.
"Ada dekat setor, menanti kereta."
Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima-lima pemuda itu pergi ke tempat kawan
mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut
sampai ke belakang setor.
Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda
yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat-kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu
di bahagian bawah peha yang sudah diikat itu.
Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman
yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap
akhirnya orang Jerman menghampiri datuk.
"Migiteis," ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia
tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing
buatnya.
"Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti
kereta yang akan membawanya ke rumah sakit Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.
Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor
menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan-kawannya mencari batang tepus
dan pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.
Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa
kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang-barang yang di kehendaki di
sekeliling pangkin.
"Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.
"Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu
dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak-koyak, separuh dibuang ke
dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.
51 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan-kawan Zamri,
duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan
di tegur. Kami beredar.
Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang
ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa
segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.
Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat
tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus
meniupnya tanpa berhenti-henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan
kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.
Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan
berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum
pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di
situ.
Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak
bergerak. Kami benar-benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk. Saya lihat wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki
pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.
Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang
ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan
kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di
depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.
Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak
berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya
sebanyak tiga kali berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang
agak sayu sedikit.
Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar
di situ. Ular itu berhenti betul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.
Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke
celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.
Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut
bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.
Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu
sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin,
daun hutan yang di buat serunai dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri.
Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya.
"Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya," kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun.
Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di
situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke
tempat lain tanpa memberitahunya.
Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus
bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya
menyelamatkan pekerjanya.
"Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan
dibelitkannya ke leher.
"Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.
"Mesti ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.
"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.
"Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."
"Saya cuba tok batin."
Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk
terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.
Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk
membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka.
"Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata," datuk
memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.
"Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam." Bah Lanjut menerangkan kepada saya.
"Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang," terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.
Tags: siri sbdj
0 comments share
52 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 19: Diresapi Semangat Monyet Nov 3, '08 12:10 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah-Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok
Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun
itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh
angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.
"Sudah dinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya
terus mencampakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan
bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit. Saya lihat
datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak
memperdulikan mereka.
Tiba-tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila saya membuka mata kembali, saya
lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa
cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.
"Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di kaki langit.
"Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.
"Boleh jadi juga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang kerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke
arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.
Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak
kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk
membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil
yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.
"Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali.
Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut
datang. Wajahnya nampak riang.
"Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.
"Susah tu," celah saya.
"Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana." Bah Lanjut memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk
termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tangga pondok.
"Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian." "Nanti sesat, susah."
"Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan
itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.
"Cara?"
"Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."
"Baiklah." Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat
melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau
tubuhnya kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut
menjawab laungan dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar-ketar. Datuk
mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.
"Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat
tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk
menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan
ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok.
"Bila kita nak pergi," tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya.
"Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada suara datuk membayangkan kemarahan. Datuk terus
duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung
terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu.
Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.
Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor monyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet
itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua
ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu ternyata
mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.
Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu
memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya. Datuk membiarkan harimau itu melakukan apa saja
terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke
arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk
53 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
yang lembut. Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher
harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.
"Kau rindukan aku," terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan ekomya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling-guling
di atas tanah sambil keempat-empat kakinya menghala ke langit.
"Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesai saja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera
berdiri di sisinya. Harimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.
"Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.
Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datuk merapati saya lalu menyuruh saya
memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.
Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi
di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan
diangkatkan pada api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus
makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.
"Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, bahawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air
sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat
oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu.
"Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu saya. Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-
barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di
kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.
Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat kedua belah lengan saya. Datuk memimpin
saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.
"Kau tunggang dia sendirian," kata Datuk.
"Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak akan melihat dunia lagi," sambung datuk
ada nada mengugut perasaan hati saya.
"Saya faham tok."
"Faham saja tak mahu, tapi mesti taat," tengking datuk.
"Saya taat datuk"
"Hum ... bagus."
Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus laju saya terasa kedua belah cuping
telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas
bumi. Dalam saya berfikir-fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah
mata saya.
"Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya
yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.
"Kaudah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk
makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk
tepuk kepala harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.
"Di mana kita sekarang ni tok?"
"Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik." Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan
duri. Sayup-sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing.
Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di
sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari
puncak sebuah bukit kecil.
"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok-pokok di situ
bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.
"Bagaimana cepat awak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.
"Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut
membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.
"Mari," ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah kawasan
perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada
penghuni rumah itu.
Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak
boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan
di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai.
Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah
itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula di temui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam
bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu.
Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga
54 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan
pucuk ubi kayu.
Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di
situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu
orang tuanya bercucuk-tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi
di lereng bukit.
Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila
bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raung tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum
beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.
Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa-apa. Dia boleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang-kadang
turun ke tengah halaman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam
akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.
Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.
Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke
rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang
dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya.
Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk
mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala
saya. Hati saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh.
"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam
itu lebih kuat dari kami," beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit hibir.
"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.
"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak
akan dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.
Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum
memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk
terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar,
kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.
"Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin.
Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.
"Bawa damar," ujar datuk.
Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak
bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus
melangkah sambil menarik tangan saya.
"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat
datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari
kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi
saya, seluruh badannya berbulu.
Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga
hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk.
Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat.
Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan
lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka
pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.
Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.
Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke
arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.
Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan
ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan,
dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan penat. Dengan
mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.
Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan
dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.
Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak
berani bertanya kenapa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu
kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.
Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya memulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih
jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum
dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah
Kuntum.
"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk.
55 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan
saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.
Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap
dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah.
Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia
bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.
Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan
oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demikian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada
datuk.
Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan
bunyi ranting kering patah kena pijak.
Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali.
Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak
sampai lima minit mereka berdengkur.
"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan
hati-hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.
Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya
pura-pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus
pura-pura berdengkur.
Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam
yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara
"Heh ... heh heh ... heh ... hum".
Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung
Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek-golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum
tidur.Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-tubi. Kuntum mengerang kepuasan.
Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.
"Kau pergi kesana, jangan lihat," ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun
begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya
terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.
Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah.
Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum. Bila damar dicium, semuanya
bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah.
Ruang menjadi terang benderang.
Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam.
Datuk terus mempertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga
hitam.
Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding
rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam
gelap yang pekat.
Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut
mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.
Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya
pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.
Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu
digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.
Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya.
Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung.
Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.
Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit
bibir.
Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak
tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.
"Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata datuk.
Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi
esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas.
Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari.
Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.
Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana
malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.
Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti
kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum
56 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di hadapan sebuah gua.
Tags: siri sbdj
0 comments share
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 20: Memburu Raja Pukau Nov 3, '08 12:13 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di
buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk
tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman
dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.
Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian
saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.
Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang
malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan
ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.
"Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.
"Kita tak percaya, awak memang handal."
"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.
Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.
"Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu
turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah
Lanjut mengajukan pertanyan.
"Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya.
Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.
Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan
diri.
Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu
saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit
membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.
"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.
"Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan
banyak kerenah," cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.
"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua.
Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu
kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.
"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu,
saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan
seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada
akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi
lurah.
"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua
sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga
makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.
Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya
dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter,
kira-kira lapan kaki.
Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga
makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti
oleh Bah Lanjut.
Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak
sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu
dihumbankan ke arah datuk. Cepat cepat datuk mengelak.
"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah
Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.
57 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.
"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk
yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan
tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun
lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun
gunung.
"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.
"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut
keluar dari tengah kawasan gua tersebut.
Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut.
Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali
datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran.
Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus
menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya
menganut agama Islam.
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang
mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai
tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.
Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya
kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan
panjang bentuknya.
"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka
pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang
bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands
kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.
Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di
kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun
Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.
Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera
dari Thailand yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari
saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.
Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat
keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang
anggota polis.
Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara
tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis.
Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.
Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera
dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.
Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang
hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan
makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.
Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat
persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya
upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.
Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).
Walaubagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu
sudah tidak didengar lagi.
Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk
diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek
memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.
Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang
akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.
"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan
gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan.
"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata,
"Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"
"Sudah."
"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.
"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama."
"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"
58 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia
kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu
belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.
Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam
menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga
dengan datuk saya.
Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G.
Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit
Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban
dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak
cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.
"Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai
kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenai dengan nama Din
Kerani di tempatnya.
Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap,
nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.
Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah
kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah
kampung lain di sekitar Batu Gajah.
"Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah", Din Kerani
memberitahu datuk.
Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan
kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.
"Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.
"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami
sudah cukup."
"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah."
"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.
"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie
terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.
"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan
menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah
kau, jadi senang dia mencarinya."
"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan
pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti
oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.
"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk.
"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya,"
Din Kerani memberikan penerangan.
Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan
raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya
sendiripun tidak tahu.
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas
sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan
tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya.
"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita
akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan.
Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta
tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia
sandarkan badan ke dinding.
"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.
Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.
"Kenapa pula?"
"Saya sudah malas dengan kerja ini."
"Orang minta tolong, mestilah ditolong."
"Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak
tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati
saya.Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.
Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya.
59 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk
termenung panjang di situ.
"Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya.
"Perkara ini berat," jawabnya.
"Sebab?"
"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk
menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.
"Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya
tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.
Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah
menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.
Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk
kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan
kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani,
sebuah rumah telah di pukau.
Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun
dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan
satu pondok khas untuknya.
Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan
datuk ditunaikan.
Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.
"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk
berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah
bersedia.
Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk
bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia
menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang
pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.
"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar
putik kelapa," datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di
situ.
Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata
yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas.
Tingginya lebih kurang lima kaki.
"Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi
muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.
"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil
membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.
"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk.
Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua
kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk
terpaksa menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam
sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.
"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang
pondok.
"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-
barang yang di rumah," tambah datuk lagi.
"Kenapa jadi begitu tok?"
"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap
ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."
"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"
"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan
pada diri saya.
Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta
itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung.
Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai
di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.
Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang
60 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada
tengkorak.
Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak. Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian
berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.
"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa
mengantuk terus hilang.
Tags: siri sbdj
0 comments share
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 21: Berguru Dengan Syaitan Nov 3, '08 12:24 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar-samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat
tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu
diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas.
Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam
atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian yang tertentu.
Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan
itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya.
Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai
sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan kerja-kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang
memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau
takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.
"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya
mengatasi ilmu-ilmu pukau yang lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.
"Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap
datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga
pertama dengan hati-hati.
Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki-kaki pukau
memijak lantai rumahnya .
"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.
"Bukan di situ, tempat kau dibilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau
mengambil tengkorak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak
tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata:
"Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah."
Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka
mencari barang-barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan
barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang-barang kemas
dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.
"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.
"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau memberitahu anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak
buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut.
Dia bercakap sesuatu di situ.
"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila melihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan
rumah yang di curi.
"Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.
Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah
bergerak, datuk pun mengambil ranting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda-benda itu datuk bawa pulang ke
pondoknya.
Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu
dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah-patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api.
Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil
menaburkan kemenyan ke dalamnya.
"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok," kata datuk dengan nada suara yang tenang.
Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan
oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.
61 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu,
barang-barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari
penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.
Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah
Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu
mencari orang lain.
"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?", tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji
mata.
"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak
berjaya tentulah saya malu."
"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?"
Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa
ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.
"Buat apa?"
"Untuk melihat ketua pukau"
Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk.
Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak ditangkap. Fikir Din Kerani.
"Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.
"Benar", jawab datuk dengan tegas.
Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu tidak datang.
Satu tamparan yang cukup hebat dalam tugas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah
padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.
"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air
sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk
depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab.
Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan
datuk sembahyang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama-sama orang kampung di surau.
Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki
dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang
mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau
setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.
Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang-orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti
mula-mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu bertindak lebih jauh lagi untuk mencegah
kejadian pukau. Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang-orang kampung dengan baik dan peramah. Dia
bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk
minta Din Kerani datang ke pondoknya kira-kira pukul satu malam.
Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu
menasihatinya supaya jangan meneruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu
supaya mencari rezeki yang halal.
Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air
ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.
Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan
kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat.
Lepas itu dia membaca Al-Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba-tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup,
air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan.
Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba-tiba di dahi luasnya.
"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.
Cepat-cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia mengeluarkan sebilah keris pendek berulu
gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi,
Indonesia. ltulah satu-satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda
di Acheh.
"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata
datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus-ratus tentera Belanda.
Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat
dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya.
Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merahsiakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk
melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf-huruf jawi iaitu
dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.
"Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba-tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua
berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
62 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.
Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.
Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya,
bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama-sama datang dari Jambi.
Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki
kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok.
Arahan Datuk itu saya patuhi.
"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan
pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.
"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat.
Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai - Kulub Mohd
Diah. Dan orang-orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.
Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu
adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.
"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"
"Maksud kau?"
"Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak
hilang darinya, roh aku tidak aman."
"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"
"Itulah silapnya aku."
"Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."
"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah-rumah orang putih yang menjajah
negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya."
"Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan
menggunakan akal fikiran. Kenapa kau menyempitkan ajaran Islam?"
"Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu
hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari
belakang.
"Ke mana tok?"
"Ke surau."
Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih
dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau.
"Hei kalau kau benar-benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?", cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari
rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam
samar-samar cahaya bulan malam itu.
"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta," ketua pukau terus mengugut.
Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak-gerak. Mata datuk tidak berubah merenung
muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.
"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus menyergah ketua pukau.
Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk.
Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan-akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.
Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak.
Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.
Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Bahagian atas yang patah jatuh betul-betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk
menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.
"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana-mana. Belajarlah
hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.
Dengan mendadak saja ketiga-tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga-tiga badan anggota
pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.
"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan
rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat", kata datuk.
"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta-bendanya. Jangan hukum kami."
"Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil"
"Kami bertaubat"
63 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku", datuk mengemukakan permintaan secara jujur.
Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa
kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat
ditunaikan oleh datuk.
"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat
mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.
Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri.
Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung
Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia
pulang ke kampung.
Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula.
Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan menguasai hati manusia memang sukar
untuk membuangnya.
Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia
berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu
dengan caranya yang tersendiri.
Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang
mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai
pertalian keluarga yang agak jauh dengan nenek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau.
Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama
mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan
itu akan segera dapat ditumpaskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan memberikan ampun
dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.
Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib,
lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang mereka bicarakan. Perkara yang nyata ialah,
sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan
padanya:
"Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan
berjaya"
"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"
"Sama-samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.
Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan
pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya
sendiri tidak merestui kerja tersebut.
"Kerja dia orang licin", kata ustaz.
"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman."
"Macam mana Wak tahu hal itu?"
"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus
memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak"
"Saya paham"
Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah
ustaz di ketuk orang bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.
"Apa halnya?", soal datuk.
"Semuanya dapat kami tangkap."
''Dimana?''
"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor."
"Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.
"Di Balai Polis Langkap"
"Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata
putih.
"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"
"Begitu", suara datuk lemah.
Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya
dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.
"Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga-tiga kaki pukau itu diam
membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam.
64 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus
meminta tengkorak kering dari ketua pukau.
Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa
guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.
"Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.
"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan
aku".
Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak
itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali menggunakan beberapa petua yang tertentu.
Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.
Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum
bertolak datuk mengingatkan polis yang mengawalnya supaya berhati-hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh
melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh
melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.
Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa
datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.
Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan
datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik,
malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri.
Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula didatangi oleh peluh-peluh halus. Saya tahu, bila
datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya.
"Dia berjaya membuka garinya", tiba-tiba datuk bersuara agak keras.
Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu
dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya
satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).
"Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya, kemudian terjun ke dalam sungai.
Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali
menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta.
"Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke
arah perut sungai.
"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.
Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih.
Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh
pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai
dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas.
Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, kemudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat
air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk.
Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di
situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih.
Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak terse but.
Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat
Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk.
Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu
meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan
sekilap mata sahaja datuk muntah darah.
Seluruh badan datuk menjadi biru.
Tags: siri sbdj
0 comments share
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 22: Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja Nov 3, '08
12:28 PM
by Zelda for group komunitisbdj
65 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari
lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya
sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya
bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.
"Campakkan ke air", kata Datuk.
Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke
dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala
lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep
tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke
Balai Polis Kampar.
"Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".
"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-
arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka
saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.
"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan
pada kepala lutut aku", perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan
iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun.
Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya
bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan
badannya pada sebatang pokok dekat situ.
"Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong", datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.
"Apa yang mesti saya buat tok?"
"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah"
"Tapi kita harus berikhtiar"
"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini"
"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?"
Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.
"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya
perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah"
Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.
Saya perhatikan dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya.
Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah
sakit Kampar.
Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu
menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa
memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.
"Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk", kata saya.
"Maksudnya?"
"Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga", tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran
cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru
rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor
tidak mahu meneruskan kerjanya.
"Apa yang mesti saya buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.
"Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.
"Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya"
"Sebab?"
"Doktor nak tanya sikit", beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu
mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.
"Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin", ujar
doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor.
Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.
"Saya kurang faham dengan cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.
"Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun
dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak"
"Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka", doktor itu merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan
bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya:
66 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk."
"Buka apa?", sergah datuk pada saya.
"Tahan besi."
"Tahan besi?", ulang datuk.
"Ya tok."
Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:
"Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja"
Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di
ibujari sebelah kiri.
Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan
oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.
"Sudah", pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan
sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat
keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan
Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit
lumpuh berubat dengan datuk.
Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun-tahun itu di sembuhkan oleh
datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang
tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu
kemudian datuk beransur pulih dan sihat.
Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar
yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu
Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan
Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.
Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak
jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak
buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam
jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.
Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung
memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak
dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya.
"Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada
dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.
"Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak
jadi hal", jawap datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.
"Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja", nada suara jutawan itu mula menurun.
"Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim", tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.
"Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka
jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.
"Saya terpaksa pergi ke sana setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"
"Kalau begitu duduk saja dirumah saya"
"Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah Tok Kaya"
"Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya", kata Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri
untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar.
Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan
Pekan Kampar.
"Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.
"Nak cari buluh tumpat."
"Buat apa?", sahut Mohd Zain.
"Untuk menolong Tok Kaya", jawap datuk.
Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya
dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami
kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu
kaki.
Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui
semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.
67 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk
dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat
kontrak dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya
baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.
"Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik", itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya.
Lepas itu saya lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena.
Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya
tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam
bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya.
"Kau sudah mula mengenali perangai aku", katanya menyindir ketika saya mengaambil air sembahyang bersamanya.
"Belajar dari pengalaman", balas saya.
"Petang esok kita pergi ke Sungai Raya", datuk memberitahu saya lagi.
Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun.
Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya
beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.
Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau
menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari
sakit jantung atau darah tinggi.
Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak
kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah
pergi ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak
Ayub Naim.
"Saya balik dulu pak", Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi
Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan
rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub
Naim orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun
usianya.
Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan
selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah
beberapa bahagian yang tertentu saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan
dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.
Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat
menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur
Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan
empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.
Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah-olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan
terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya
lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika
bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu
rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu.
"Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan", beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut perintahnya.
"Berhenti di sini", mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan kayu.
"Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan macam tadi juga"
Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat
ke dalam tanah.
"Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni berpagar", datuk bercakap seorang
diri. Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut
kereta Chevrolet besar.
"Macam mana, sudah selesai?", iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.
"Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh", balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan
saya akan di hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.
Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang
datuk meneruskan zikimya. Saya keluar dari bilik mundar-mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang
tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya
terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.
"Kenapa, macam kena kejar syaitan."
"Ada puteri raja di sini tok"
"Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus", datuk memberi amaran dengan nada
suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan
surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.
68 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta
padang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di
bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah
menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.
"Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang", katanya dengan
berketawa pada Datuk.
"Orang lelaki itu siapa?", soal saya.
"Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu", jawabnya.
Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik
atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.
Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan
dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi
Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara-
perkara aneh bila dia membuat kira-kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pemah
satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya ditukar
dengan baju tidur tanpa di sedarinya.
"Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu bawah. "Saya merahsiakan
perkara ini dari kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu
berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.
"Saya cuma boleh menolong saya", kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian
menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur,
manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang
bawah dengan ruang atas.
Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita
itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah
dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.
"Itu jeritan Norlin", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu
bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang
sesak, mukanya pucat benar.
"Ada apa Norlin?", tanya Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.
"Ada apa nak?", soal isterinya pula.
Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak-gerak dengan hebatnya.
"Ada apa Norlin? Cakaplah", pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya
semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
"Kau nampak manusia di sini", Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat
bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di
biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.
Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa
yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar.
Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk
asing berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.
Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya
dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat
ada lembaga samar-samar masuk kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak
tahu kenapa badan saya berpeluh.
Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya
menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil
dan membuka pintu.
"Anak saya Norlin", ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.
"Kenapa?", soal datuk.
"Berjalan dan menari sendirian"
"Allah", keluh datuk.
Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok
Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan,
jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.
Hujan kian menjadi -jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus-ratus orang mengisi dalam
ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku-buku bacaan
Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari
69 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.
Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang
amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.
"Siapa dia nak? Cakap dengan saya", rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.
Tags: siri sbdj
1 comment share
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 23: Roh Bayi Cari Ibu Nov 3, '08 12:33 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke
wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.
"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut.
"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus menghentak-hentakkan kaki ke lantai sambil meronta-ronta.
Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di buatnya. Suara bising di bilik atas
membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya
sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:
"Apa yang dah jadi Norlin?"
"Saya takut makcik", suara Norlin terketar-ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat
sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat-ayat suci, tiba-tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.
"Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya:
"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing-pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di
hadapan datuk.
"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya",
tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus menyambung:
"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.
Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.
"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub
Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.
"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap
sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.
"Baik", tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.
Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih.
"Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk
memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.
"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari
jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.
Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan
terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi
masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.
"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya", ujar datuk.
"Saya faham", sahut Tok Kaya Sendi Diraja.
"Mencuba apa salahnya", celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.
Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi
mengubati sakit Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan
tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke
bilik Norlin.
"Silakan, emaknya ada di dalam", Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.
"Jangan tegur apa yang saya lakukan", dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya
70 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.
Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya
Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu
mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin.
Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki.
Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di
tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk
kekabu.
Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu
bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan
tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah
tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.
"Jangan"
"Kenapa?"
"Barangkali dia mahu menguji kita"
"Apa yang patut kita lakukan?"
"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan", datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun
anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh,
pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.
Gegarannya menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang.
Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia
seolah-olah berada di dunia lain.
Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.
"Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.
Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:
"Memang ada yang mengacaunya."
"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"
Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang
pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh
mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.
"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."
"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"
"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya.
Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk
memberi isyarat supaya saya menghampirinya.
"Ada apa tok?"
"Kau duduk dekat aku", suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.
"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis", beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja
dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.
Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan
jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di
luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram.
Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan
tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya
terkumat-kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.
Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah
aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan-lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi
Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.
"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita", kata datuk.
"Bila?", soal saya tidak sabar.
"Malam ini, kira-kira pukul sembilan", jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia
mengemukakan pertanyaan.
"Dimana?"
"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas
katil bangun dengan tiba-tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.
71 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi", datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk
itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.
"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut", beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Silakan."
"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."
"Mesti", datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.
Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke
satu kawasan di kaki gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.
"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan.
Pak Ayub Naim tersenyum.
"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."
"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding", datuk mengakhiri cakapnya
dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.
Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong
tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.
Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat
menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam
bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh-tumbuhan bertukar
menjadi hitam sekata.
"Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi
luasnya sebentar.
"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh."
"Buat apa dia ke sini?"
"Itu saya kurang periksa pula."
Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa
persoalan dalam diri saya.
Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah pokok-pokok bunga yang di tanam
di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul
dalam diri saya itu.
Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi
sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.
Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami
meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.
Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.
"Kenapa?"
"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"
"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"
"Boleh, apa salahnya"
Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah
Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan
tembaga yang sumbing mulutnya.
Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga-bungaan selepas sembahyang
Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang
dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.
Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan
tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami
isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.
Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang
menjadikan suasana agak samar-samar. Datuk pun duduk lurus-Iurus.
Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas
sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara lolongan anjing.
Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa
terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-tiba bangun lalu memandang wajah ibunya.
"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang", ujar datuk perlahan-lahan tetapi cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang
benar. Di hadapan, secara perlahan-lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara
72 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
perlahan-Iahan.
Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga
berbentuk bayi terapung-apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan
isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin.
"Siapa namamu anak yang baik?", tanya datuk.
"Saya belum ada nama", jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema
pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu.
"Apakah kau yang punya rumah ini?", tanya datuk.
Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.
"Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.
"Tidak", terdengar suara gema yang agak jauh.
"Kenapa kau ganggu Norlin?"
"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja"
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan-tahan. Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ
supaya bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.
"Apa fasal kau mahu menemui ibumu?"
"Saya minta di pertanggungjawabkan"
"Maksudmu aku faham"
"Kenapa saya dibunuh?"
"Jadi ibumu telah membunuhmu?"
"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya di keluarkan dari rahim secara paksa"
Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup-sayup dan amat memilukan. Datuk
meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di padamkan.
"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"
"Bukan itu maksud saya"
"Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"
"Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga"
"Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga
mereka",ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta-merta anggukkan kepala. Datuk
mengigit bibir lalu bertanya:
"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?"
Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-akan ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi
angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi padam.
"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan
merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.
"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin", datuk
terus bersuara.
"Aku mahu bersalam dengan mereka",minta bayi itu.
"Silakan"
Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa
angin yang tenang mengenai jari-jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur,
kemudian menipis, dan akhimya terus
menghilang.
Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada suara yang parau dan mengandungi
maksud tertentu, datuk bersuara:
"Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami"
Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan
tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
"Saya tak tahu masa bila dia pengsan", kata Tok Kaya Sendi Diraja.
"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik", balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua belas.
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata datuk.
73 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia
mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.
"Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.
"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"
"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus
diam dibahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini
dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar"
Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang
benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.
"Awak berdua sudah melakukan dosa", ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang
semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan
mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.
"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan
hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua", tambah datuk.
Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka
bicarakan. Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan
besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.
"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap", kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan
terus hilang.
Tags: siri sbdj
1 comment share
CHAPTER LIST
(Jilid 01) Siri 24: Puaka Tiang Seri Nov 3, '08 12:35 PM
by Zelda for group komunitisbdj
Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar
tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk
kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.
"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan
pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal"
Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan
hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok
Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.
"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi", tahan Tok Kaya Sendi Diraja.
Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.
"Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya"
"Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya"
"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua"
Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.
"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil
memusingkan badannya memandang wajah datuk.
Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.
"Apa lagi yang mahu saya tolong?"
"Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"
"Maksud Tok Kaya?"
"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"
Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan
kenderaan.
Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan
saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.
"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"
74 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
"Menghalau penunggu rumah ini"
"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah"
"Sebabnya?"
"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"
Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup
tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.
Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya
Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.
"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.
Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga
mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi
Diraja mencari kayu keruing melintang urat.
Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua
diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.
Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari,
datuk pun melompat dan bersuara:
"Bawa perasap itu ke tengah ruang"
Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik
ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.
"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.
"Di tengah rumah"
Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya
diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk
buka mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:
"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"
Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.
"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah", jelas datuk.
"Saya tak tahu"
"Sekarang Tok Kaya dah tahu", ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya
meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan
datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.
"Duduk", kata datuk.
Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk.
Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah.
Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali.
Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri
rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan
asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:
"Ada tanda kejayaannya"
Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara
perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu,
penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu
permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.
Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil
itu.
"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini", ujar datuk dengan tenang.
"Maksud awak?"
"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya"
"Saya mahu tengok"
"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya"
Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki
hati yang bercabang.
"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja", jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.
Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan
75 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja-raja zaman
silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju
dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian
kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang
berlaku dalam bilik.
Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas
kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya
cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung
jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang
menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.
Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat
mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi
suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat
saya keadaan begitu di panggil celah-celah tanah.
Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya
lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya
tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.
"Apa hajat?", terdengar suara parau.
"Minta tuan hamba keluar dari sini", balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"
"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta"
"Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"
"Maksud tuan hamba?"
"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan
hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"
ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan
datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana
secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.
Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang
memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga
membacanya.
Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab-kitab fekah yang ada
hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang
bawah.
Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang
kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu
akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang
berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.
Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia.
Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.
Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula
menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai
Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi
Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja melombong
bijih timah.
"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?", tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Sayang, itu rumah pusaka"
"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil
orang-orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"
"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini", keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama
datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.
Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya
Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh
datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar
yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih
perempuan yang gagaI ke
Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan
guru-guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana
bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang
sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.
76 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk
untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi.
Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan
orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar
Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.
Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah
dengan orang putih dan menetap di Essex, kira-kira 60 km dari London.
Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971.
Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah
perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).
Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit
tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup
susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam
hutan dilupakannya sarna sekali.
Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu,
ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui
doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah
sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.
"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap", keluh datuk pada suatu petang.
"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.
"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati
memang menanti kita", jawab datuk.
Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk
tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah
dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus
memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih
dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di
samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.
"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah
Yassin", datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.
Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada
mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu
pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.
"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar", begitu datuk menyatakan setuju
utamanya dia mahu pergi ke situ.
"Sekarang kita pergi Tok?"
"Tentulah, pergi bersiap", ujarnya.
Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan
menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang
dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia
datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke
Kuala Terung dengan tujuan tertentu.
Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari
arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap
hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.
"Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita", kata datuk.
"Malas nak pindah"
"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh", datuk memberi nasihat.
Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya
dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan
datuk itu.
"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung", cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih,
dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku", sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus
menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.
"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?"
"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."
"Salah dugaan aku", keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.
77 of 78 30/12/2010 11:20 AM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 1 http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=1
Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu
keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu
kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya
terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia
tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.
"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun.
Wajah kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.
"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"
"Susah menyambung kerja yang terbengkalai", keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di
dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi
panas.
"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku", beritahu datuk pada kawannya.
Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas
untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau
dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum
agama.
"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat", pendek saja datuk memberi tahu saya.
Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah
melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.
"Orang perempuan atau lelaki tok?"
"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri", beritahu datuk lagi pada saya. Satu
keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya
berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.
"Kau ikut aku ke sana"
Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.
Tags: siri sbdj
0 comments share
CHAPTER LIST
78 of 78 30/12/2010 11:20 AM