The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsky4111, 2020-12-28 11:42:31

PBL Tingkatan 4 Kimia KSSM Menyediakan penunjuk pH menggunakan jus kubis ungu.

Kimia Tingkatan 4. Pbl

Keywords: #PBL,kimia,kubis ungu,pH,tingkatan4

SMK Agama Johor Bahru

Tajuk Projek: Menguji Nilai PH

Nama: Balqis Binti Md Radzi

Kelas: 4 Al-Farabi

Subjek: Kimia

Nama Guru: Pn. Noor Hayati binti Hasan

Isi Kandungan

Penghargaan
Pengenalan
Objektif Projek dan Tarikh laksana projek
Senarai bahan dan alatan radas
Prosedur
Keputusan eksperimen
Perbincangan
Kesimpulan
Perbelanjaan
Sumber rujukan

Penghargaan

Puan Saupiah menghantarkan tugas baharu.
Dua tugasan PBL yang perlu disiapkan
sepanjang cuti ini. Bila disemak tugasan
tersebut, perlu digunakan kubis ungu. Saya
minta abah untuk membeli dan mak
membantu serba sedikit untuk persiapan. Jadi
disini, saya ingin hadiahkan penghargaan buat
ayah saya, Md Radzi bin Basir dan ibu saya,
Pn Sarinah yang memberi sokongan. Serta
Puan Saupiah binti Mokhtar yang membimbing
kami untuk menjalankan tugas ini. Tidak
dilupakan buat guru saya, Pn. Noor Hayati
binti Hassan

Pengenalan

Terdapat pelbagai bahan dalam kehidupan harian
seperti air sabun, minuman
berkarbonat, air kopi, teh tarik, jus limau, dan
sebagainya. Bahan yang berada disekitar kita boleh
digunakan sebagaj penunjuk pH selain daripada
penunjuk pH yang terdapat di makmal kimia untuk
mengenal pasti bahan-bahan tersebut sama ada
berasid,beralkali atau neutral.

Objektif Projrk

•Memahami kegunaan bahan kimia dalam
kehidupan seharian
•Menghargai kepentingan kegunaan bahan
kimia dalam kehidupan seharian,
terutamanya melibatkan sebatian ion serta
sebatian
kovalen.
•Mengenal pasti bahan yang dijumpai dalam
kehidupan seharian mengandungi
asid atau alkali.

Tarikh Laksana Projek

23/12/2020

Senarai Bahan dan radas

. Radas Bahan

•Gelas •Kubis ungu
•Jag air •air sabun
•Penapis •susu
•Mesin pengisar •air berkarbonat
•Papan memotong •air paip
•Pisau •jus limau
•air kopi

Prosedur

Langkah pertama

Potong kubis kecil-kecil.
Tambahkan sedikit
air ke dalam pengisar. Kisar
sehingga kubis
menjadi hancur.

Langkah kedua

Tapis larutan kubis yang telah dikisar tadi

Langkah ketiga

Tuangkan susu ke dalam jus kubis

Langkah keempat

Tuangkan kopi ke dalam jus kubis

Langkah kelima

Tuangkan air paip ke dalam jus kubis

Langkah keenam

Tuangkan air berkarbonat ke
dalam jus kubis

Langkah ketujuh

Tuangkan air sabun ke
dalam jus kubis

Langkah lapan

Tuangkan jus limau ke dalam jus kubis

Langkah berjaga-jaga

Pastikan jus kubis tidak bercampur dengan apa-apa bahan
lain selain air dan kubis ungu.

Keputusan Eksperimen

Bahan. Ph. Gambar

Susu asid

Kopi asid

Air paip neutral

Keputusan Eksperimen

Bahan. Ph. Gambar

Air asid
berkarbonat

Air sabun alkali

Air limau asid

Perbincangan

1. Nyatakan maksud asid, alkali, asid kuat dan asid lemah

Asid bermaksud bahan kimia yang mengion di dalam
air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
Alkali didefinisikan sebagai bahan kimia yang mengion
di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH–.
Asid kuat merupakan asid yang mengion lengkap di dalam
air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang
tinggi.Asid lemah pula ialah asid yang mengion separa di
dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+
yang rendah.

Perbincangan

2. Tuliskan satu persamaan kimia bagi menunjukkan pengionan asid
berikut di dalam air :

→•Asid hidroklorik: HCl(g) H2 OH+(ak) + Cl-(ak)
→•Asid nitrik: HNO3(ak) H2OH+(ak) + NO3-(ak)
→•Asid sulfurik: H2SO4(ak) H2O + 2H+(ak) + SO42-(ak)
⇌•Asid etanoik: CH3COOH(ak) H 2OH+(ak) + CH3COO-(ak)

Perbincangan

3.Kelaskan bahan-bahan yang berikut : Jus limau, Minuman berkarbonat,Cuka,
Kopi,Teh, Susu, Ubat gigi,Air suling,Detergen, Darah

Berasid. Beralkali. Neutral

Jus limau ubat gigi air suling
minuman detergen
berkarbonat
darah
cuka
kopi
teh
susu

Perbincangan

4. Selain daripada kertas litmus dan meter pH, cadangkan dua lagi bahan
yang boleh digunakan dalam aktiviti ini.
Estrak bunga raya dan estrak kunyit

Perbincangan

5.Berdasarkan dialog dibawah, apakah sifat dan fungsi ubat yang
disarankan oleh doktor kepada pesakitnya

Gastrik berlaku apabila cecair perut yang mengandungi asid hidroklorik
meningkat. Fungsi asid hidroklorik adalah untuk mencerna makanan tetapi ia
juga bersifat menghakis. Jadi, pengambilan antasid yang bersifat alkali dapat
meningkatkan nilai pH dan menyeimbangkan nilai keasidan perut.

Perbincangan

6. Apakah yang menyebabkan warna perang teh O yang
dibancuh menjadi berlainan warna? Berikan justifikasi
anda.

Ia disebabkan kepekatan teh di dalam dua tersebut berbeza.
Semakin banyak zat terlarut, semakin tinggi kepekatan larutan itu.
Ini menyebabkan warna perang pada bekas yang mengandungi zat
terlarut lebih banyak akan lebih gelap berbanding berbanding
bekas yang mengandungi zat terlarut yang sedikit.

Kesimpulan

Semakin tinggi kepekatan ion hidrogen, semakin
rendah nilai pH. Semakin tinggi kepekatan
hidroksida, semakin tinggi nilai pH.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kehidupan
seharian bersifat sama ada asid,alkali dan neutral.
Kubis merah boleh digunakan sebagai penunjuk
universal. Hipotesis diterima.

Perbelanjaan

Kubis merah RM 4.00
Air berkarbonat RM 1.00
Limau kasturi RM 2.00
Cawan RM 0.00
Susu RM 0.00
Air paip RM 0.00
Air sabun RM 0.00
Kopi RM 0.00

Jumlah RM 7.00

Sumber Rujukan

https://youtu.be/EdM4vJf7soY
https://youtu.be/TR7Yo-lOIuw
https://youtu.be/nOBTWZm4sHw
https://m.facebook.com/farmasikualaberang/posts/2215630755416620?locale2=ms_MY
http://anyflip.com/aqlbx/gbqg/basic/101-148
http://onelearningsolution.blogspot.com/2015/03/72-kekuatan-asid-dan-alkali.html?
m=1

Terima kasih!


Click to View FlipBook Version