SUKAN DAN
PERPADUAN
MPU21032 [PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN]
KUMPULAN 6
IEZZAT AQMAL BIN AJAKARIA@DJAKARIA (07DKA20F2033)
KEFFLIE KASIE ANAK KOLONI (07DKA20F2045)
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
NO BIL. PERKARA 4
1 PENGENALAN 5
6
2 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT 7
KESUKANAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID 8-12
13-14
3 CONTOH-CONTOH SUKAN MELIBATKAN PELBAGAI KAUM
15
4 PERANAN SUKAN DALAM PERPADUAN 16
5 IMPLIKASI SUKAN KEPADA PERPADUAN KAUM
6 PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN
7 ANTARA ATLET-ATLET YANG MENGHARUMKAN NAMA
MALAYSIA
8 KESIMPULAN
9 RUJUKAN
PENGENALAN
• Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
• Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia.
• Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan
menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak
terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka
yang berminat.
USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT
KESUKANAN DAN PERPADUAN
DALAM KALANGAN MURID
• Sukan Malaysia(SUKMA) adalah sebuah acara
beraneka sukan dwitahunan peringkat kebangsaan yang
disertai atlet muda dari 13 buah negeri dan Wilayah
Persekutuan di Malaysia.
• Dasar 1 Murid 1 Sukan ditubuhkan pada tahun 2011
• Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk
mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat
cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk
serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih
yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang
terpilih.
CONTOH-CONTOH SUKAN
MELIBATKAN PELBAGAI KAUM
• BOLA SEPAK
• BADMINTON
• BOLA JARING
• OLAHRAGA
• RAGBI
• BOLA BALING
• SQUASH
• HOKI
PERANAN SUKAN DALAM PERPADUAN
• Merapatkan hubungan persahabatan antara kaum
• Menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
• Memupuk semangat patriotic antara kaum
• Mewujudkan sikap bekerjasama dan saling menyayangi dalam masyarakat berbilang kaum
• Membentuk masyarakat yang harmoni
• Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-
sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi
IMPLIKASI SUKAN KEPADA PERPADUAN
KAUM
• Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
• Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan
• Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat yang lebih tinggi dan tidak terhad
kepada kaum tertentu
• Tiada unsur perbalahan antara kaum
• Atlet-atlet negara menjadi lebih bersemangat sekiranya semua kaum bersatu padu dan bersama-sama
melaungkan serta memberi sorakan yang gemuruh bagi mereka yang bertanding
• Persetujuan senang dicapai dalam rundingan dengan mengamalkan sikap tolak ansur meskipun berbeza kaum
• Pemberian hadiah atau penghargaan diberi secara adil bagi setiap peserta yang memenangi sesuatu
pertandingan
PERANAN IKON SUKAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN
• Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan boleh juga
dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya
perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan
peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi
minat yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan
apa jua keputusan perlawanan.
• Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan berarak
dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang
ikon sukan Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga
yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika
perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium
dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok
langsung diantara mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.
Inilah pentingnya peranan ikon sukan Negara. Wujudnya mereka ini secara tidak langsung dapat memecahkan tembok
dan sempadan bangsa, kaum dan agama. Setiap kali Malaysia bertarung dimedan antarabangsa, rakyat pelbagai bangsa
bersatu memberi sokongan padu kepada atlet Negara yang berjuang di stadium ataupun gelanggang sukan. justeru,
sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Tidak kira apa jua
bentuk sukan yang menjadi pilihan bola sepak, badminton dan olahraga. Rata-rata penggemar sukan yang ditemui
percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum. Kalau tengok aktiviti tunas ini, objektifnya
adalah untuk kesihatan dan untuk perkauman yang bercampur-aduk dan kita rasa ini tentu boleh ditingkatkan lagi. Kita
ada cina, ada india dan juga ada melayu dan kita memang amat bersetuju kalau sukan ini dapat menyatupadukan
pelbagai kaum. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-
lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan. Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik
memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat
dalam menyahut konsep satu Malaysia.
…
• Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan
tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan
warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih
tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap
lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak
dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat “kekitaan”.
…
• Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha
memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih
daripada itu, menghargai dan mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan
sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di Negara
ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.
…
• Apabila Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan juga Shalin Zulkifli
melangkah masuk ke gelanggang pertandingan, apakah yang mahu kita lihat.
Bukankah kejayaan memenangi pingat yang kita semua inginkan. Sokongan padu
dan harapan padu setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh mereka-mereka ini.
kerana Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan juga Shalin Zulkifli
bukan sekadar mewakili dirinya sendiri, tetapi mereka-mereka ini juga menjunjung
semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia. Mereka-mereka ini adalah milik Malaysia
sebagaimana kita mempunyai tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang
boleh mengancam keselamatan Negara, biarlah yang ringan sama dijunjung, yang
berat sama dipikul. Kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara
berterusan melalui sukan.
ANTARA ATLET-ATLET YANG MENGHARUMKAN NAMA
MALAYSIA
ANTARA ATLET-ATLET YANG MENGHARUMKAN NAMA
MALAYSIA
KESIMPULAN
• Kesimpulannya,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Di samping itu,sukan dapat meningkatkan tahap
kesihatan diri dan mental diri seseorang individu.Selain itu,Sukan dapat memberi peluang
kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan,berintegriti dan
bertanggungjawab.Seterusnya,melalui sukan,rakyat Malaysia juga akan menyelami erti
perpaduan,menghormati antara kaum,menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup
membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.Ini merupakan salah satu pengisian ke
arah pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai
bangsa,budaya dan agama.Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang
aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.Dasar ini sebenarnya selaras
dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat.
RUJUKAN
• https://shellyfenx.blogspot.com/2020/10/e-folio-penghayatan-etika-dan-
peradaban.html
• http://sukanm.blogspot.com/p/peranan-sukan.html
• https://www.upahbuatassignment.com/2019/06/peranan-ikon-sukan-
dalam-memupuk.html
• https://www.sinarharian.com.my/article/60309/SUARA-
SINAR/Pojok/Sukan-mampu-pupuk-perpaduan-kaum