KANDUNGAN Pendahuluan .............................................................. 1 Biodata Pelajar ........................................................... 2 Biodata Tokoh ............................................................ 3 & 4 Rasionalisasi Pemilihan Tokoh ............................. 5 Kelebihan Tokoh ......................................................6 Bukti Kredibiliti Tokoh ..........................................7 Jasa Dan Sumbangan Tokoh ............................... 8 Penutup ....................................................................9
PENDAHULUAN Buku skrap ini dibuat bertujuan untuk kita memahami sejarah dan mengenali Tokoh dalam Pembentukan Malaysia. Penghasilan buku skrap ini membolehkan murid- murid memahami dan sejarah pembentukan Malaysia dengan lebih mendalam. Selain itu, murid-murid juga dapat menghayati dan menghargai usaha yang dicurahkan oleh tokohtokoh negara demi membentuk negara Malaysia yang kita miliki hari ini.
BIODATA PELAJAR Ketua Kumpulan :- NorSyahin Syazwan bin Nor Aslan Ahli Kumpulan :- 1) Hazim Haikalbin Zaidi 2) Muhammad Danish bin Mohd. Asrul Af endy 3) Izhan Nurharith bin Noraizam 4) Muhammad Zhareef Ammarbin Muhammad Amrin 5) Arif Azfarbin Abdul Halim 6) Muhammad Harith Darwisbin Mohammad
BIODATA TOKOH Nama : Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj Tarikh Lahir : 8 Februari 1903 Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat , Alor Setar, Kedah Pendidikan 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid 1916 - Penang Free School, Penang 1924 - B.A, Cambridge University 1926 - L.L.B Inner Temple, London
BIODATA TOKOH Kerjaya 1946 - Bertugas sebagai Pegawai Daerah ( D.O.) Kerajaan Kedah untuk Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Dilantik Penolong Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951 - Dilantik sebagai Presiden UMNO dan mula menceburi politik 1956 - Rombongan Merdeka ke London 1957 - Dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Malaya Merdeka. 1962 - Rombongan ke London-Gagasan Malaysia. 1963 - Pembentukan Gagasan Malaysia 16 Sept 1963 1970 - Bersara daripada politik
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH Tunku Abdul Rahman memainkan peranan yang terpenting dalam proses pencapaian kemerdekaan negara kita. Selepas penyerahan tentera Jepun pada 10 Oktober 1945. Tunku mula memberi ucapan di pelbagai mesyuarat dan perhimpunan atas tujuannya untuk mencapai kemerdekaan dengan secara aman. Oleh yang demikian, Tunku merupakan tokoh yang utama menyebarkan idea kemerdekaan serta bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan negara. KELEBIHAN TOKOH Tunku Abdul Rahman memiliki pendidikan yang tinggi berbanding dengan masyarakat yang ada semasa penjajahan British. Selain itu, beliau juga seorang yang karismatik dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi. Ini terbukti apabila beliau diterima sebagai pengerusi parti UMNO yang diterajui oleh Dato Onn bin Jaafar. Di s amping itu, ke l ebihan be li au be rpolitik membolehkan stategi gabungan dengan MCA membawa kepada kemenangan pertama dalam pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH A l m a r h u m Tu n k u A b d u l Ra h m a n m u l a membuktikan kredibilitinya dengan parti gabungan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan sebagai ujian pilihanraya di peringkat Perbandaran Kuala Lumpur. Strategi yang diterajui oleh Tunku, tidak sahaja berjaya di Kuala Lumpur, malah memenangi semua kerusi yang dipertandingkan di bandar Johor Bahru. Ini memberi keyakinan kepada Tunku untuk menuntut kemerdekaan negara daripada pihak British. Delegasi Tunku bersama T.H.Tan dan Abdul Razak ke London untuk membuktikan perikatan UMNO dan MCA mendapat sokongan rakyat pada masa itu. Tetapi pihak British menolak permintaan Tunku untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya. Maka bermulanya boikot pemerintahan British oleh parti Perikatan Tunku. Selepas itu, pihak British mula memberi laluan untuk pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan dijalankan. Maka bermulanya pilihanraya yang bakal menguji kekuatan parti Perikatan Tunku iaitu UMNO- MCA. Selepas pilihanraya, parti Tunku memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan itu, bermulalah perjalanan oleh Tunku untuk membawa negara kita ke arah kemerdekaan.
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH 1952 - Membentuk perikatan untuk menangangi Pilihanraya Perbandaran Kuala Limpur. 1953 - Delegasi ke London untuk membentangkan permintaan untuk kemerdekaan Malaya. 1956 - Delegadi ke LOndon untuk perbincangan asas Perlembagaan negara. Ucapan Tunku di Lancester House sebagai Misi Merdeka lalu berjaya ditandatangani oleh beliau dengan Lennox-Boyd sebagai Persetujuan Kemerdekaan yang pada amsa itu ditetapkan pada Ogos 1957. 1957 - Membawa kemerdekaan kepada Malaya. 1957 - Menjadi Perdana Menteri pertama Malaya. 1963 - Pembentukan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Semenanjung Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.
PENUTUP Menjelang 31 Ogos setiap tahun, kami berasa gembira kerana hari tersebut merupakan cuti umum negara. Tetapi, selepas mengetahui sejarah kemerdekaan negara, sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini menjadi lebih bermakna. Keamanan yang kita miliki dan ketenteraman yang kita kecapi rupa-rupanya adalah titik peluh para pejuang tokoh-tokoh negara yang membawa kita ke arah kemerdekaan. Kami berharap rakan-rakan yang terbaca buku skrap kami sedikit sebanyak dapat mempelajari lebih mendalam tentang tokoh negara pilihan kami.