1/4 MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA MSS BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.1/2023 Tarikh : 17 Julai 2023 Masa : 8.00 pagi Hari : Isnin Tempat : Dewan SMK Halata Agenda mesyuarat : 1. Ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan 2. Pembentangan Kertas Kerja dan Kertas Konsep Kejohanan Olahraga MSS Samarahan 3. Hal-hal lain Kehadiran : 1. Jong Chiew Kee – Guru Besar SJK(C) Chung Hua Bako 2. Christopher Anak Obos – PT Olahraga Samarahan /SMK Wira Penrisen 3. Mohd Rafiezuddin Nazmie Bin Sejeli – PT Olahraga Samarahan (SR)/SK Sebandi Ulu 4. Daud Injah – GPK KK SK Dato Traoh 5. Mohamad Rezal Bin Hussin – Guru Besar SK Rebak 6. Mahathir Bin Razali – Guru Besar SK Hj Kelali 7. Abdul Rashid Bin Sabang – GPK KK SMK Asajaya 8. Dayang Zerina Abang Sazali – SK Dato Traoh 9. Abang Redzuan Bin Juli – Penolong Pegawai Pendidikan Simunjan SPbM (Sukan) 10. Samsul Alam Bin Mohamad Shamsuddin – Pengetua SMK Asajaya 11. Hasbi Bin Ancheh – Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan 12. Jimmy Achaw – Timbalan PPD Simunjan, SPbM 13. Eng Bung Chai – GPK KK SMK Muara Tuang 14. Rashid Bin Zahori – Guru Besar SK Sg Ladong 15. Bazli Bin Nerawi – Guru Besar SK Kedumpai 16. An-Nur Kiprawi – Pengetua SMK Hjh Laila Taib 17. Sarbini Bin Sari'e – GPK KK SK Pendam 18. Tuah Bin Amat – Pengetua SMK Sadong Hilir 19. Angela Bong Yan Yan – Pengetua SMK Sungai Tapang 20. Nayan Bin Yaman – Pengetua SMK Kota Samarahan 21. Usti Bin Dolhan – Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud 22. Kemeri Bin Jailani – Pengetua SMK Sadong Jaya 23. Dayang Hasnah Binti Abang Julaihi – GPK KK SMK Wira Penrisen 24. Sahat Bin Yakup – Guru Besar SK Dato Traoh 25. Awang Mohmard@Mohd Bin Awang Ni – Timbalan PPD Samarahan, SPbM Tidak hadir (bersebab); 1. 2. 3. 4.
2/4 1. Ucapan alu-aluan pengerusi En. Ariffin Bin Alimin Penolong PPD Samarahan, SPbM (Sukan) 1.1 Beliau mengucapkan selamat datang kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSS Samarahan. Memaklumkan tarikh kejohanan olahraga adalah pada 21 hingga 24 Ogos 2023. Bagi tahun 2023 Bahagian Samarahan telah diamanahkan sebagai pengelola Pertandingan Tenis MSS Sarawak yang akan diadakan di Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) Kuching pada 13 hingga 18 Ogos 2023. Tindakan : Makluman 2. Ucapan alu-aluan PPD Simunjan Encik Hasbi Bin Ancheh Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan 2.1 Beliau memaklumkan senarai Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja, Kertas Kerja dan juga Kertas Konsep telah dibincangkan serta dipersetujui pada mesyuarat yang telah diadakan pada 10 Julai 2023 di bilik mesyuarat Rafflesia PPD Samarahan. 2.2 Sumber kewangan adalah dari MSS Samarahan, PPD Simunjan, 13 buah SM, PGBM SR 8 Zon (Samarahan dan Simunjan), PPSMS , PGBM Samarahan dan PGBM Simunjan. 2.3 Sumbangan 13 SM dan 8 PGBM SR 8 Zon (21) untuk air mimuman dan kertas putih A4. Surat kutipan sumbangan akan dikeluarkan oleh JK Pengelola. Tindakan : Setiausaha 2.4 Anggaran belanja mengurus keseluruhan kejohanan adalah RM29,870.00 (Ringgit Malaysia Dua puluh sembilan ribu, lapan ratus tujuh puluh ). Secara keseluruhan perbelanjaan mengurus ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Samarahan Tahun 2023 yang bertarikh 10 Julai 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia, SSTP, Samarahan. Perincian perbelanjaan rujuk kertas kerja yang akan dibentang oleh Timbalan PPD Samarahan (SPbM). Tindakan : Makluman 2.5 Kedua-dua PPD juga telah bersetuju bahawa pengelolaan kejohanan pada tahun ini (2023) adalah dikelolakan sepenuhnya oleh PPD Samarahan dengan kerja sama SMK Asajaya dan SK Dato Traoh. Tindakan : Makluman
3/4 3. Pembentangan Kerja Kejohanan Olahraga MSSB Samarahan Kali Ke 19, Tahun 2023 Awang Mohmard@Mohd Bin Awang Ni Timbalan PPD Samarahan, SPbM 3.1 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga yang bertarikh 10 Julai 2023, kedua-dua PPD telah bersetuju PPD Samarahan akan mengendalikan 100% Kejohanan Olahraga MSSB Samarahan 2023. Tahun hadapan 2024 giliran PPD Simunjan. Penggunaan formula 2,1 iaitu 2 Samarahan dan 1 Simunjan. 3.2 Rujuk kertas kerja kejohanan untuk senarai AJK serta bidang tugas masing-masing dan laporan sediakan laporan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Bil.2/2023 nanti. Tindakan : Semua JK Pengelola yang dilantik 4. Pembentangan Kertas Konsep / Peraturan dan Undang-undang Kejohanan. En. Christoper Anak Obos Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Sukan Olahraga Bahagian Samarahan Guru SMK Wira Penrissen 4.1 Penyertaan kejohanan olahraga tahun ini tidak melibatkan peserta PPKI kerana mereka ada kejohanan sendiri. 4.2 Kategori yang dipertandingkan SR (L12TKB DAN P12TKB), SM (P14TKB, L14TKB, P15TKB, L15TKB, P18TKB DAN L18TKB) 4.3 Atas permintaan acara sekolah rendah akan dijalankan pada 2 hari sahaja iaitu pada 23 dan 24 Ogos 2023. Setiap satu acara hanya seorang peserta, maka acara untuk sekolah rendah cuma acara akhir sahaja. 4.4 Setiap pengurus, jurulatih dan peserta diingatkan supaya menetapi masa. Hasil mesyuarat AJK Jawatankuasa Kejohanan Olahraga yang bertarikh 10 Julai 2023 telah menetapkan sekiranya peserta gagal melapor diri pada masa yang ditetapkan maka penyertaan peserta tersebut dikira batal. Contoh – Peserta A adalah peserta bagi kategori 100m, 200m dan 4 x 100m, sekiranya gagal melapor pada urusetia peserta pada masa yang ditetapkan bagi acara 100m iaitu acara pertamanya maka (acara yang seterusnya) keseluruhan acaranya 200m dan 4 x 100m adalah terbatal. 4.5 Nombor peserta untuk SR dan SM masih menggunakan nombor peserta seperti tahun lepas. 4.6 Mohon pengurus pasukan ambil tindakan yang serius dan maklumkan kepada jurulatih masing-masing. Tindakan : Makluman Pengurus Pasukan
4/4 5. Hal-hal Lain 5.1 SMK Sadong Jaya mohon bantuan sebagai bagi AJK Hadiah dan Penutupan. Mohon tambahan ahli dalam jawatankuasa. Tindakan : Setiausaha Kejohanan 5.2 Pengerusi Teknikal mohon mana-mana sekolah yang mempunyai pistol Pelepas untuk diguna semasa kejohanan nanti Tindakan : SMK Asajaya 5.3 Mohon bantuan Skuad Mesra seramai 14 orang Tindakan : Ketua Skuad Mesra PPDS 5.4 Pengerusi PGBM Simunjan memohon supaya acara sekolah rendah diadakan pada satu sahaja atas alasan kos tempat tinggal dan makan minum peserta – tidak dapat ditunaikan kerana akan mengganggu teknikal dan susunan acara yang dirancang dan juga telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas bahawa acara sekolah rendah akan diadakan selama dua hari. Tindakan : Makluman 5.5 PPD Simunjan, PPSMS dan PGBM bersetuju untuk menyumbangkan dana bagi membeli Piala Pusingan untuk SM dan SR. Tindakan : Pengerusi PPSMS dan PGBM 5.6 Mesyuarat JK Pengelola Kejohanan Bil.2/2023 akan diadakan pada 31 Julai 2023. Surat makluman akan diedarkan kepada JK yang terlibat. Tindakan : Setiausaha Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………. …………………………………… (DYG ZERINA BT ABG SAZALI) (ARIFFIN BIN ALIMIN) TIMBALAN SETIAUSAHA 2 SETIAUSAHA SK DATO TRAOH, SAMARAHAN PENOLONG PPD SAMARAHAN, SPbM