The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyamarsya005, 2024-04-21 13:43:49

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM (2)

APA? TERDAPAT CARA UNTUK MENGATASI PENGAMBILAN DADAH? APAKAH FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH? PENYALAHGUNAAN DADAH EDISI APRIL 2024 VOLUME 13 PPEENNYYAALLAAHHGGUUNNAAAANN DADAH EDISI SPECIAL ! HA? TERDAPAT PELBAGAI JENIS DADAH? VVOOLL..1133 TEMA : “CEGAH LEBIH BAIK” TERDAPAT INFOGRAFIK YANG MENARIK Mari kenali faktor penyalahgunaan dadah. I S U S E M A S A S E M A S A CEGAHI PENGAMBILAN DADAH UNTUK KESIHATAN ANDA. ANDA TIDAK KESEORANGAN. CEGAHI PENGAMBILAN DADAH UNTUK KESIHATAN ANDA. ANDA TIDAK KESEORANGAN. MPU 23012 : PENGAJIAN ISLAM Harga : RM10 (SM) RM12 (SS) DADAH DI DALAM UBAT? Ya, dadah digunakan di dalam ubat. DALAM MMAASSYYAARRAAKKAATT Ms.10 Ms.06 Ms.14 Ms.22


01 PENYALAHGUNAAN DADAH Burung kenek-kenek, Jatuh atas tanah, Pesan datuk nenek, Jangan hisap dadah. Ikan gelama dikerat-kerat, Untuk hidangan si burung camar, Kerana dadah diri terjerat, Maruah tergadai nama tercemar. Melaka Bersejarah diberi nama, Terkenal sudah di serata dunia, hindarilah dadah musuh utama, Tanpa dadah keluarga bahagia. Terkenal bola kerana bulat, Terkenal tukul kerana pahat, Jika dadah dijadikan kiblat, hidup merana sepanjang hayat. Hendak berkelah di Tanjung Bidara, Janganlah lupa membawa celana, Hilang keluarga hilang saudara, Pengaruh dadah diri yang merana. PENULIS : SITI HAJAR BINTI KHAIRUDDIN Indahnya buana juga angkasa, Tidak terkira beribu batu, Dadah durjana perosak bangsa, Remaja terleka mengapa begitu Indah baiduri dari kencana Cantik di pakai ke sana sini Pendidikan diberi kesedaran dijana Terhapuskah dadah di dunia ini Anak merak anak anakmerbah Asyik beradu dalam sarangnya Rosak akhlak kerana dadah Remaja begitu apa puncanya Batu delima dipecah kecil Angin puputan awan berarak Punca utama dadah diambil Pengaruh rakan sukar di tolak Ulam senduduk dan juga penggaga Enak dimakan di atas tikar Iman di pupuk takwa di jaga Barulah dadah boleh di hindar Posted by Memori Indah Posted by bahtera11


PENYALAHGUNAAN DADAH 02 05 APA ITU DADAH KISAH SEORANG BEKAS PENAGIH DADAH 16 DADAH DALAM UBATAN ? 22 01 03 04 06 10 14 18 24 25 CARI KATA 09 / 21 INFOGRAFIK SPESIAL ! 23


03 PENYALAHGUNAAH DADAH PENULIS SIDANG PENULIS & EDITOR NUR ALYA MARSYA BINTI ABDUL HALIM 06DAT23F1043 KESEMUA AHLI KUMPULAN YANG MENYUMBANG PENULISAN ARTIKEL PENULIS PENULIS PENULIS FARAH DIYANA BINTI SAHUL HAMID 06DAT23F1025 NUR FARAH KHALISAH BINTI ZUBIR 06DAT23F1046 SITI AISYAH BINTI IRVADI IBRAMSA 06DAT23F1034 SITI HAJAR BINTI KHAIRUDDIN 06DAT23F1001 Majalah The University Magazine merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan initelah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu Islam dan cabaran semasa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DAT2B, Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi II 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah SiberIslamik untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang islam sebagai cara hidup yang merupakan key performance indicator kehidupan seorang muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis ke arah pembentukan modal insan yang holistik dan komprehensif. Puan Noor Aslinda Binti Jalil Pensyarah Politeknik Port Dickson, Negeri sembilan Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera PRAKATA PENASIHAT


PENYALAHGUNAAN DADAH 04 PENGENALAN APA ITU DADAHDadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori, atau melarutkannya di bawah lidah. Majalah The University Magazine ini dapat menghuraikan tentang kesan dadah dalam kalangan masyarakat terutama dalam generasi muda dan dapat merungkaikan masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan dadah pada zaman kini. Ianya mencerminkan nilai sesebuah negara, keselamatan dan ketenteraman bagi masyarakat. PENULIS : NUR ALYA MARSYA BINTI ABDUL HALIM EDISI APRIL 2024


05 PENYALAHGUNAAN DADAH DADAH ? DADAH ? EDISI APRIL 2024 Apa itu dadah? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah seterusnya akan menyebabkan ketagihan. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mentaldan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila menggunakan bahan tersebut. "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" Pelbagai jenis dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah. Pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat. hadis abu hurairah : NAMA PENULIS : NUR ALYA MARSYA BINTI ABDUL HALIM berdasarkan kamus dewan edisi ke-empat: ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, mem‐ bawa maut, dll); pendadah tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan). اَل َنَهى َرُسوُلِهَّللا َصىَّل ِبي ُه َرْي َرَة َق َعْن َأ ْن ُيْنَبَذ ِفي الَّنِقي ِر َم َأ َّل ْيِه َوَس ُهَّللا َعَل اَل ُكُّل َحْنَتَمِة َو َق ْل َّباِء َوا ِت َوالُّد َّف ْلُمَز َوا ُمْسِك ٍرَح َراٌم


PENYALAHGUNAAN DADAH 06 JENIS -JENIS DADAH JENIS -JENIS DADAH Kokain atau Cocaine adalah jenis dadah yang berasal daripada daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan anda, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal daripada Peru, Columbia, Amerika Selatan dan Bolivia.Jenis dadah ini dikaitkan dengan penggunaan haram dan ketagihan yang teruk dalam masa yang singkat. Ia juga digunakan oleh sebahagian besar rawatan di bilik kecemasan. Cara penggunaannya adalah melalui snorting (sedut / hisap), suntikan dan merokok. Kokain berfungsi menghalang reaksi neuron dan meningkatkan aktiviti beberapa saraf. Kesannya amat kuat dan pengguna dadah ini akan berasa sangat menyenangkan. Nama Methamphetamine merupakan satu jenis dadah yang tergolong dalam kumpulan stimulan. Uniknya, ia berbentuk seperti kaca pecah dan ada juga berbentuk seperti kristal. Contoh yang biasanya terdapat di Malaysia ialah jenis dadah syabu. Jenis dadah ini lazimnya diproses secara haram dan dari segi aspek perubatan, ianya tidak digunakan. Ia juga sering dikaitkan dengan ketagihan yang teruk oleh penggunanya. Selain itu, ia dikenali sebagai speed, ice, meth dan kristal. PENULIS: SITI HAJAR BINTI KHAIRUDDIN


07 PENYALAHGUNAAN DADAH Jenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan ketagihan minum secara berterusan dan membantu mengekalkan pantang bagi orang yang menggunakan gangguan alkohol adalah Disulfiram.Ia berfungsi menghalang fungsi aldehid dehidrogenase dan menghasilkan kesan yang tidak menyenangkan apabila alkohol digunakan atau diminum. Kesan-kesan sampingannya termasuk sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung. Jenis dadah ini boleh didapati dalam bentuk tablet dan diambil secara telan. Amfethamin adalah merupakan jenis dadah yang psikostimulan. Ia meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu. Fungsinya adalah menaikkan pelepasan sinaptik dan menghalang reuptake. Dengan pengambilan yang berlebihan, pengguna biasanya menjadi tidak boleh tidur, bercakap lebih-lebih, menggeletar dan sebagainya. Amfethamin ditetapkan untuk beberapa keadaan namun sering juga disalah guna pakai. Tahukah anda, Duragesic adalah jenis dadah yang terdapat dalam beberapa dos kekuatan. Tujuan asalnya adalah untuk digunakan dalam menguruskan kesakitan kronik dan teruk. Penyalahgunaan yang disengajakan dapat meningkatkan risiko kecederaan berlebihan dan boleh mendatangkan ketagihan.


PENYALAHGUNAAN DADAH 08 Ectasy dikenali juga sebagai ‘feel good drug’. Jenis dadah ini biasanya dapat meningkatkan daya tahan penggunanya. Ia biasanya diambil dengan cara mudah iaitu hanya menelan dadah tersebut dalam bentuk kapsul atau pil. Add a subheaDikenali sebagai dadah jalanan, Heroin adalah dadah yang paling sering disalah gunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah dalam bentuk serbuk putih yang merupakan produk yang dihasilkan daripada pengolahan dari dadah jenis morfin. Heroin mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda daripada morfin.ding Jenis dadah ini merupakan ubat haram yang dikenali untuk mendorong perasaan menenangkan dan euforia. Penggunaanya adalah melalui suntikan, merokok atau diambil secara terus. Sesuai dengan fungsinya, jenis dadah ini adalah merupakan ubat bius dalam operasi pembedahan. Ianya kerap disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ketamin boleh menyebabkan penggunanya mengalami tidur dengan cepat. Ketamin pernah dikaitkan dengan kemunculan kecelaruan yang lebih pendek dan kurang menakutkan. Dalam bentuk farmaseutikal, ketamin masih menjadi ubat dengan utiliti perubatan


09 PENYALAHGUNAAN DADAH CARI KATA JENIS -JENIS DADAH 1 .KOKAIN/COCAIN 2. METHAMPHETAMINE 3. DISULFIRAM 4. AMFETHAMIN / AMPHETAMINE 5.DURAGESIC 6.ESTACY 7.HEROIN 8.KETAMIN / KETAMINE


Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta sumber pendapatan yang tidak dapat menampung kenaikkan kos hidup telah membawa kepada penularan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Maka kesan daripada itu, terdapat sebilangan belia yang sanggup mengadaikan nyawa untuk menjadi pusher atau tokan dadah untuk mengutip kemewahan hidup melalui jalan yang salah. Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pelbagai pihak termasuklah masyarakat setempat. Perkara ini tidak hanya berlaku di dalam komuniti sahaja namun ada juga yang menjalankan jual beli dadah di dalam institusi pendidikan. Oleh itu, penerapan kesedaran bahaya dadah perlu diberikan secara komprehensif kepada para belia di negara ini agar mereka jelas dan peka terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta hukumannya. Faktor Penyalahgunaan Dadah Masalah Kewangan Media Elektronik seperti TV, Radio, Komputer, Telefon Mudah Alih menyumbang kepada peningkatan jenayah sosial yang tinggi. Pengaruh daripada filem-filem atau drama tv yang banyak menonjolkan aksi-aksi ganas dan negatif telah mendorong remaja dan belia terikut-ikut dengan adegan tersebut. Kita sedia maklum, mana-mana cerita jenayah yang terdapat di dalam filem pasti melibatkan sindiket pengedaran dadah. Ini secara tidak langsung telah mendorong para remaja untuk mengenali dadah dengan lebih dekat. Media Elektronik PENYALAHGUNAAN DADAH 10 PENULIS : Nur Farah Khalisah binti Zubir


Tekanan/ depresi Pengaruh Rakan sebaya Pengaruh rakan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan anak-anak itu mudah mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. Pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba . Perasaan ingin mencuba ini menyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari daripada terlibat dengan dadah. Remaja merupakan individu yang mudah mempunyai perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu PENULIS : Nur Farah Khalisah binti Zubir 11 PENYALAHGUNAAN DADAH


Salah satu faktor penyalahgunaan dadah yang paling kerap ialah mengalami keadaan traumatik atau sangat sukar pada masa lalu, memang benar bahawa kita semua melalui momen tragis dalam kehidupan yang sangat rumit untuk menghadapi. Sesetengah orang boleh mengatasinya dengan bantuan keluarga atau rakan mereka.Walau bagaimanapun, masih ramai individu yang mengambil dadah untuk lari dari masalah .Ini bertujuan untuk melupakan kenangan yang menyakitkan dan mengalih perhatian dalam beberapa cara untuk mengelakkan daripada menghadapi peristiwa-peristiwa ini. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai sejarah penyalahgunaan atau penganiayaan oleh saudara-mara atau sanak saudara lain. Oleh itu, ramai individu yang menganggap bahawa mengambil dadah merupakan satu - satunys jalan penyelesaian. Mereka mencari jalan keluar untuk mengadapi masalah seperti ini. Mereka telah menyedari bahawa dadah itu membantu mereka berasa baik dan mereka mula menggunakannya untuk melepaskan diri dari kesakitan. Pengalaman Traumatik Lalu Individu mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia .Di kawasan kotaraya yang besar telah tumbuh pelbagai permis-permis yang merosakkan kehidupan masyarakat antaranya pusat perjudian, pusat hiburan, hotel bajet dan sebagainya. Tempat-tempat tersebut selalunya menjadi sarang kepada penagih-penagih dadah dan penjual-penjual dadah untuk mencari pelanggan. Manakala kawasan luar bandar ,aktiviti penagihan dadah banyak terdapat di kawasan yang sunyi seperti dirumah kosong, ladang kelapa sawit dan di dalam kebun. Persekitaran yang tidak sihat PENULIS : Nur Farah Khalisah binti Zubir PENYALAHGUNAAN DADAH 12


Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama. APAKAH ITU TOLERAN ? 1 5 PENYALAHGUNAAN DADAH Istilah yang digunakan kepada penagih dadah ? 2 Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian. APAKAH ITU PERGANTUNGAN ? Ketagihan ialah satu keadaan apabila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami gian. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KETAGIHAN DADAH? 3 APAKAH ITU GIAN? 4 Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas sama ada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Contoh gejala ialah rindu, menguap, mata dan hidung berair, sakit badan , sakit perut, seram sejuk dan cirit birit. Gagal melaksanakn tanggungjawab di rumah dan tempat kerja. Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain. BAGAIMANA MENGESYAKI SESEORANG ITU PENAGIH DADAH? PENULIS : Nur Farah Khalisah binti Zubir 13


Pengajian Islam April 2024 Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagihpenagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah. Penubuhan Pusat-Pusat Pemulihan Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memerhati serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatankegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. Mewujudkan Kerjasama Di Antara Orang Awam Dan Kerajaan. PENULIS : FARAH DIYANA BINTI SAHUL HAMID PENYALAHGUNAAN DADAH 14


Pengajian Islam April 2024 Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali. Pihak Kerajaan Mengenakan Hukuman Yang Berat. Pendidikan Untuk Mencegah Dari Penyalahgunaan Dadah. Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya. PENULIS : FARAH DIYANA BINTI SAHUL HAMID 15 PENYALAHGUNAAN DADAH


Kisah bermula dimana semua yang saya lalui di harap boleh menjadi pengajaran kepada semua. Saya anak Felda dan dibesarkan dalam keluarga yang kekurangan pendidikan agama saya boleh dikatakan cukup untuk perjalanan hidup kerana masa sekolah rendah dulu sebelah petang saya ada ikut kelas agama tetapi itu hanyalah di sekolah rendah sahaja, masuk sekolah menengah dah tak ada aktiviti agama. saya jadi lupa pasal agama. Mula-mula saya kenal rokok masa tingkatan 2 masa itu dah mula kenal ganja itu macam mana dan saya benci lagi dengan orang yang hisap dadah. Setelah masuk tingkatan 4 terasa ingin mencuba benda baru iaitu alam pekerjaan. Masa cuti akhir saya cuba kerja jadi pelayan kedai makan dan mula bergaul dengan orang lain. Saya mula hisap ganja masa itu sampai habis sekolah. Keika itu umur saya 18 tahun. Saya pergi kerja sebagai pekerja kontrak, masa itu saya masih hisap ganja lagi dan masa itu jugak saya rasa hendak kelainan, saya cuba pula ubat bermacammacam jenis ubat saya telan. Saya kerja hanya sebulan sahaja sebab saya hendak merasa keseronokan dunia. Saya kembali ke kampung dan menjadi penganggur selama setahun. Selepas saya dah lali dengan ubat, saya cuba pula minum arak walaupun saya tahu arak adalah raja kejahatan dan disitu titik permulaan saya jadi penjenayah. Saya mula mencuri motorsikal untuk menampung perbelanjaan saya. Saya mula meninggalkan amalan wajib. Bayangkan masa bulan puasa saya pergi mencuri motorsikal dan masa itu saya berpuasa dan mula melawan cakap ibu dan bapa saya. Sudah banyak kali saya jatuhkan air mata ibu saya. Saya dah jadi anak derhaka masa itu. Selepas menjadi penganggur, saya diterima kerja dengan syarikat ukur tanah dan menjadi pekerja am, selama setahun juga saya kerja. Selepas merasa kesukaran berkerja saya berazam nak ubah hidup saya. Alhamdulillah saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran keperingkat sijil (kemahiran). Semasa itu kehidupan saya belum berubah. Saya masih minum arak, makan ubat, hisap ganja dan curi motorsikal. Saya paling sedih saya mula kenal syabu atau ais baby (methamemamin) sejenis dadah yang buatkan kita sukar untuk tidur. Habis belajar, saya bekerja di syarikat pengiklanan, dimana syarikat itu membuat papan iklan untuk promosikan iklan rumah. Kerja-kerja yang boleh meragut nyawa, tetapi saya tidak takut hidup saya boleh dikatakan mewah juga dan pada masa yang sama saya berhenti mencuri motorsikal, tetapi duit habis dekat dadah sahaja. Oleh kerana belanja semakin tinggi, saya mengambil keputusan di mana saya mula berhenti minum arak, tetapi masih hisap semua dadah-dadah itu. Sudah banyak kali saya terlepas daripada pemeriksaan jalan raya sebab saya berani menjawab dengan polis. PENYALAHGUNAAN DADAH Pengajian Islam April 2024 PENULIS : FARAH DIYANA BINTI SAHUL HAMID 16


Saya rasa saya ni semakin teruk. Hidup tidak terurus, banyak dosa saya lakukan. Satu malam itu, saya termenung mengenangkan hidup saya yang susah, adik-adik ramai dan ayah orang susah pula. Saya pula menyusahkan keadaan. Masa itu terdetik dalam hati saya nak berubah dan saya berniat nak berubah. Niat saya diperkenan oleh Allah SWT. Saya menimpa kemalangan jalan raya. Kes langgar lari, tangan saya patah dalam masa itu saya masih hisap syabu sebab saya rasa bosan tapi ganja dan ubatubat saya dah tidak ambil lagi. Alhamdulillah saya tidak pernah merosakkan perempuan. Lepas sembuh, saya ditawarkan kerja di syarikat Jepun. Disitu saya mula kenal tentang disiplin untuk berkerja dan disitu saya mula berkawan dengan orang-orang yang pentingkan akidah dalam diri. Saya mula tidak meninggalkan solat. Saya juga belajar bergaul dengan orang-orang yang bertawakal pada Allah SWT tetapi saya masih hisap syabu hampir setiap hari saya berdoa supaya saya berubah dan dijauhkan dari kemungkaran-Nya. Dan alhamdulillah, doa saya di perkenankan oleh Allah SWT sekali lagi. Saya diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan masa itu saya berazam akan berhenti melakukan benda yang membawa ke kemungkaran Allah SWT. Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak melakukan semua benda itu dan saya akan berhenti melakukan semua itu. Banyak ujian lepas itu saya dapat, saya kemalangan sekali lagi tetapi tidak teruk macam dulu. Alhamdulillah saya dapat hikmah disebalik semua itu dan semua itu mendekatkan lagi saya kepada-Nya. Pengajian Islam April 2024 PENULIS : FARAH DIYANA BINTI SAHUL HAMID "YA ALLAH YA TUHAN KU, AMPUNI SEGALA DOSA-DOSA KU... AKU YANG LEMAH DAN JAHIL MEMOHON KEAMPUNAN DARI MU... AKU TAKUT AKAN API NERAKA MU DAN AKU TAK SANGGUP MASUK KE NERAKA MU... AMPUNI AKU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU LAH MAHA PENGAMPUN DOSA-DOSA HAMBA-HAMBA MU", Alhamdulillah,sekarang (2008) umur saya 24 tahun dan saya still belajar lagi. Saya dah bertaubat atas semua dosa-dosa saya. Saya yakin Allah SWT menerima taubat saya melalui pengalaman saya, saya nak tekankan bahawa : 1. Allah SWT akan sentiasa menolong hamba-Nya untuk berubah. 2. Berbuat dosa bukan lah mendapat kesenangan, tapi kesusahan. 3. Bergaullah dengan orang-orang yang bertawakal. Semoga kita dapat hidayah Allah SWT 4. Jauh berjalan, luas pemikiran. 5. Apa yang dijadikan oleh Allah SWT ada hikmatnya, cuma kita sahaja dapat menilainya atau tidak. 6. Jika membuat dosa bertaubahlah segera. 7. Ujian-ujian yang kita dapat adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT. Ingat "kita yang boleh ubah diri kita sendiri bukan Allah SWT tetapi Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya untuk berubah" Jadikan iktibar dari cerita benar saya ini, Walaikumsalam. 17 PENYALAHGUNAAN DADAH


Kesan utama penyalahgunaan dadah kepada masyarakat ialah keharmonian dan suasana hidup masyarakat menjadi tidak tenteram akibat terganggu dengan peningkatan aktiviti jenayah yang majoritinya dilakukan oleh para penagih. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Aktiviti-aktiviti jenayah yang sinonim dengan penagih dadah ialah kes mencuri, merompak, meragut, membunuh, merogol dan lainlain lagi. Disamping itu,golongan pengedar dadah yang sentiasa mencari pengguna baru menjadikan golongan remaja atau pelajar sekolah sebagai sasaran mereka. Ini membimbangkan ibu bapa dan masyarakat dengan keselamatan anak-anak remaja mereka yang mudah terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan-rakan sebaya untuk medapatkan hiburan dan keinginan untuk mencuba perkara baru. PENGAJIAN ISLAM APAKAH KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM MASYARAKAT ? Gejala penyalahgunaan dadah bukan hanya mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap diri tetapi ia juga mampu menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut kepada masyarakat. Antara kesan tersebut ialah berlakunya ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi, pergaulan dan pemuafakatan. Apabila adanya penagih di kalangan masyarakat, kehidupan atau aktiviti seharian sedikit sebanyak akan terganggu kerana majoriti masyarakat akan mengelak dari berinteraksi dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, mencemuh atau memulau dan kemungkinan tersebarnya katakata yang kurang menyenangkan hingga berlakunya krisis salah faham anatara sesebuah keluarga dengan keluarga lain lalu menyebabkan berlakunya perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat. PENULIS :Siti Aisyah binti Irvadi IbramsaPENYALAHGUNAAN DADAH 18


19 PENGAJIAN ISLAM KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA INDIVIDU Kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti perubahan fizikal, mental dan emosi dan pergaulan sosial. Dadah merupakan bahan sah atau tidak sah yang digunakan tanpa pengawasan perubatan untuk keseronokan diri. Penggunaan dadah tanpa kawalan boleh menyebabkan ketagihan dan boleh menjejaskan kesihatan serta kualiti hidup seseorang. KESAN FIZIKAL: Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan Kadar degupan jantung berkurang Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme Mata menjadi merah Berat badan terjejas KESAN MENTAL DAN EMOSI: Pengguna dadah mungkin mengalami rasa seronok dan khayal. Pengambilan dadah boleh menyebabkan hilangnya kawalan diri dan pemikiran. Pengaruh dadah pada otak dan minda boleh menyebabkan gangguan mental dan ketidakwarasan. Pengguna dadah mungkin merasa keluhkesah, gian, dan amat derita. Pengguna dadah boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi KESAN SOSIAL: Individu yang mengambil dadah cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan. Prestasi kerja mereka merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya. Perpisahan dan penceraian antara ahli keluarga rumah tangga menjadi porak peranda. Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat. Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga, serta masyarakat sekeliling. PENYALAHGUNAAN DADAH PENULIS : Siti Aisyah binti Irvadi Ibramsa


KESAN PENYALAHGUNAAN *Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya. *Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada penagih. PENGAJIAN ISLAM TERHADAP KELUARGA *Rumah tangga menjadi porak peranda. Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi berceraiberai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain. *Menghancurkan harapan ibu bapa. Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun. *Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga. Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan baikilah dengan sebaikbaiknya segala usaha dan perbuatan kamu kerana, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Surah Al-Baqarah ayat 159) PENYALAHGUNAAN DADAH 20 PENULIS : Siti Aisyah binti Irvadi Ibramsa


PENGAJIAN ISLAM TEKA SILANG KATA : KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH MELINTANG 1. …………. menjadi merah 3. Pengambilan dadah membuatkan pengguna menjadi ………….. . 4. Aktiviti jenayah akibat pengambilan dadah ialah seperti mencuri, merompak, meragut, membunuh, ……………… dan lain lain. 6. ……………. dan nama baik tercemar. MENEGAK 2. Tubuh ………………… akibat penurunan kadar metabolisme. 5. Rumah tangga menjadi …………………….. . 7. Pengambilan dadah menyebabkan penagih bertindak ……………. . 21 PENYALAHGUNAAN DADAH PENULIS : Siti Aisyah binti Irvadi Ibramsa


DADAH DALAM UBAT? DADAH DALAM UBAT? Dalam konteks perubatan, dadah merujuk kepada bahan atau zat yang digunakan untuk tujuan perubatan, termasuk untuk merawat, mendiagnosis, atau mencegah penyakit. Terdapat dadah yang diterima dan digunakan secara sah dalam perubatan, yang dikenali sebagai ubat-ubatan. Ini termasuk ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan keadaan kesihatan. Contoh termasuk antibiotik, analgesik (contohnya paracetamol), antidepresan, ubat penenang, dan ubat antihipertensi. Heroin dan morfin adalah dadah dalam kumpulan opiate. Morfin adalah alkaloid yang diperolehi dari pokok poppy, Papaver somniferum. Morfin biasanya digunakan sebagai ubat tahan sakit. Heroin adalah dadah sintetik yang dihasilkan dengan menambah dua kumpulan acetyl pada struktur morfin. Heroin juga dikenali sebagai diamorphine. Heroin dan morfin tersenarai dibawah Akta Dadah Berahaya 1952, yang menghalang penanaman, pengeluaran, import, export, pemilikan dan penyalahgunaan. PENYALAHGUNAAN DADAH 22 NAMA PENULIS : Nur Alya Marsya Binti Abdul Halim


23 PENYALAHGUNAAN DADAH NAMA PENULIS : Nur Alya Marsya Binti Abdul Halim WAH,,INFO YANG MENARIK


HHuukkuumm ddaann llaarraannggaann ppeennggaammbbiillaann ddaaddaahh aaddaallaahh jjeellaass hhaarraamm bbeerrddaassaarrkkaann kkeeppaaddaa ddaalliill yyaanngg ddiikkiiaasskkaann kkeeppaaddaa aarraakk.. DDaallaamm AAll--QQuurraann bbaannyyaakk mmeennyyeebbuut tmmeennggeennaaii ppeenngghhaarraammaann iinnii bbeerrssaannddaarrkkaann kkeeter teraannggaann nnaass--nnaass ((aall-- QQuurraann ddaannHHaaddiiss)) kkeerraannaa iiaa tteerrmmaassuukk ddaallaammppeennggeerrtitiaann uummuummbbeennddaa--bbeennddaa yyaannggmmeemmaabbuukkkkaann,,mmeenngghhiillaannggkkaann aakkaall ddaann kkeedduuaa--dduuaannyyaa mmeemmppuunnyyaaii aallaassaann hhuukkuumm yyaanngg ssaammaa,, iiaaiittuu mmeemmaabbuukkkkaann aatatauu ter terddaappaat tddaann mmeemmbbaawwaa kkeebbiinnaassaaaanntteerrhhaaddaappiinnddiivviidduu--iinnddiivviidduuddaannmmaassyyaarraakkaat.t. …………………………""DDaannjjaannggaannllaahhkkaammuusseennggaajjaammeennccaammppaakkkkaannddiirriikkaammuukkeeddaallaammbbaahhaayyaakkeebbiinnaassaaaann…………""--SSuurraahhAAll-- BBaaqqaarraahh::119955 MMaakkaarraawwaattaannppeerrlluuddiijjaallaannkkaannssaammaaaaddaaddaallaammbbeenntutukkppeemmuulliihhaannbbeerrkkaallaa,,rraawwaatatannppeerruubbaatatannIIssllaammaatatauurroohhaannii ddaann ppeemmuulliihhaann ddaallaamm kkoommuunniittii.. BBaaggii tatahhuunn 22001155 ssaahhaajjaa,, sseejjuummllaahh 7766 bbuuaahh PPuussaat tPPeemmuulliihhaann DDaaddaahh PPeerrsseennddiirriiaann ((PPPPDDPP))aakkttiiffmmeennjjaallaannkkaannaakkttiivviittiirraawwaatatannddaannppeemmuulliihhaannddaaddaahhsseeccaarraassuukkaarreellaa.. R PENU U LIS : MUSAN Siti Hajar Binti Khairuddin Bahaya dadah ini amat ditakuti oleh masyarakat awam. Gejala penagihan dadah dan terjebak sebagai hamba dadah tidak akan membawa kebaikan apa-apapun pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Malah boleh meruntuhkan institusi rumah tangga, anak-anak, suami isteri dan negara juga boleh ranap. Langkah-langkah menguatkuasakan kebanjiran dadah dalam masyarakat ini mula dikuatkuasakan melalui strategi pencegahan dan dimantapkan oleh Seksyen 6 (g) bagi mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya dan Seksyen 6 (h) bagi mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya seperti memperkasakan aktiviti kesukarelaan antaranya Skuad Malaysia, My Beautiful Malaysia, Kesedaran Awam dan Pencegahan Berfokus yang dijalankan oleh badan-badan NGO seperti SHIELDS, PINTAR, JEHAD, dan sebagainya. Penyebaran maklumat tentang bahaya dadah dikembangkan juga strategi komunikasi media, media baru, media penyioaran, media cetak, media bersemuka dan media luar serta mewujudkan kerjasama dengan NGO, JKKK, PBT, mengadakan dialog dan perjumpaan, memusnahkan port-port penagih dan membersihkan kawasan tumpuan awam di kawasan berisiko bersama –sama anggota sukarelawan. PENYALAHGUNAAN DADAH 24


25 PENYALAHGUNAAN DADAH SUMBER RUJUKAN SUMBER RUJUKAN BUKU ARTIKEL LAMAN SESAWANG Kamus Dewan: edisi keempat ; Sheikh Othman bin Sheikh Salim; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 http;//www.myhealth.gov.my/heroin-dan-morfin/ http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ https://aadkpencegahankubangpasu.blogspot .com/p/assalamualaikumsemua.html https://elmoolover.wordpress.com/isikandungan/langkah-langkah-mengatasipenyalahgunaan-dadah/ http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaandadah/ http://aadkjb.blogspot.com/2014/11/faktorseseorang-terjebak-dengan-dadah.html? m=1 https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/142431 https://eco1.upm.edu.my/artikel/perangi_dadah_habi s_habisan-47337KK nghttps://mysihat.com/kesan-penyalahgunaan-dadah/ NAMA PENULIS : Nur Alya Marsya Binti Abdul Halim


I S U S E M A S A S E M A S A


Click to View FlipBook Version