KELAB PERMAINAN PETANQUE SEMESTER 1
PERMAINAN
PETANQUE
NAMA:
NATASYA AMIRA
KELAS:
TING.6RK1
ISI KANDUNGAN
SEJARAH PETANQUE
PERALATAN PETANQUE
CARA PERMAINAN
PETANQUE
SYARAT PERTANDINGAN
PETANQUE
LAMPIRAN (GAMBAR)
SEJARAH PETANQUE
Petanque adalah sukan yang telah berkembang selama berabad-abad
dan petanque ini dimainkan dalam pelbagai cara dan gaya.Sejarah
permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum
Masihi apabila satu set bola dan jek ditemui di Turki.Satu set bola juga
ditemui di makam orang-orang Mesir,dipercayai berusia sekitar tahun 7000
sebelum Masihi.Pada zaman purba,sukan ini dimainkan oleh orang-orang
Rom dan Greek.Dipercayai juga bahawa orang-orang Rom merupakan
orang pertama yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-
kira 2600 tahun dahulu.
Pada zaman pertengahan,permainan petanque ini sangat popular
sehingga ia dilarang dari dimainkan.Pada kurun ke-17,para bangsawan
Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja
Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan ini kepada 14
mata.Sewaktu perang,tentera Napolean Bonaparte menggunakan peluru
meriam sebagai bola permainan.Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis
Drake telah menamatkan permainan bola ini sebelum beliau bersiap-siaga
menewaskan bala tentera Sepeanyol.
Sejarah moden permainan petanque moden pula bermula di
Clotat,Perancis pada tahun 1910 apabial seorang lelaki cacat yang
baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah
mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan
tepat sekali pada kedudukan berdiri.Sukan ini kemudiannya
berkembang ke semua jajahan Perancis di Afrika,Psifik Selatan dan
Eropah Barat. Pada akhir dekad,petanque ini juga dimainkan di
Eropah Timur dan Asia seperti Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja,
Laos,Jepun dan Singapura.Kejohanan Petanque Dunia yang pertama
telah dianjurkan pada tahun 1959.
SEJARAH PETANQUE
DI MALAYSIA
Sukan petanque diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1987
oleh Kemnterian Belian dan Sukan untuk berkhidmat sebagai satu
acara sukan untuk orang kurang upaya (OKU).Pada pertengahan
tahun 1989,YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz ,Yang Dipertua
ANGKASA adalah untuk memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di
Malaysia.Selepas beberapa bulan diperkenalkan,sukan petanque telah
dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara.Upacara
perasmian telah dilakukan oleh Menteria Belia dan Sukan pada masa
itu iaitu Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Razak pada
tanggal 22 Mac 1990 bertempat di Jalan Padang Timur,Petaling
Jaya.Pada tahun 1993,permainan petanque telah diiktiraf oleh
Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan
baru.Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada
24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan
YM Profesor Diraja Ungku
Abdul Aziz
PERALATAN PETANQUE
1.BOULES
BERBENTUK BULAT DAN DIPERBUAT DARIPADA LOGAM
SERTA BERONGGA DI BAHAGIAN DALAMNYA.
MEMPUNYAI GARIS PUSAT ANTARA 70.5MM HINGGA
80MM.
BERATNYA ANTARA 650 GRAM HINGGA 800 GRAM.
BOULE INI MEMPUNYAI JENAMA TERTENTU,ANGKA
PENUNJUK BERAT DAN NOMBOR SIRI TERTERA
PADANYA.
BOULE YANG DIGUNA DALAM PERTANDINGAN
MESTILAH YANG TELAH DILULUSKAN OLEH BADAN
ANTARABANGSA ( FIPJP ) ATAU PERSEKUTUAN
PETANQUE KEBANGSAAN ( PPM )
2.JACK
BERBENTUK BULAT TETAPI DIPERBUAT
DARIPADA KAYU KERAS.
MEMPUNYAI GARIS PUSAT ANTARA 25MM
HINGGA 35MM.
BOLEH DIWARNAKAN TETAPI WARNANYA
MESTILAH BOLEH DILIHAT DENGAN JELAS DI
ATAS PERMUKAAN GELANGGANG.
3.PITA PENGUKUR
MELIPUTI ALAT-ALAT SEPERTI "TAPE
MEASURE","TELESCOPIC
MEASURE","CALIPER", DAN "TAPE
GAUGE".
DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR JARAK
BOULE YANG TERDEKAT DENGAN
KEDUDUKAN BOLA JACK.
4.KAIN ATAU TUALA KECIL
DIGUNAKAN UNTUK MEMBERSIHKAN BOULE
SEMASA PERTANDINGAN.
5.BEG
MEMPUNYAI SAIZ YANG SESUAI UNTUK
MENGISI DAN MEMBAWA PERALATAN
PETANQUE.
CARA PERMAINAN
PETANQUE
11 STEP DALAM PERMAINAN PETANQUE
Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang di sebut
‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu.
Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram.
1 TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan
lawan.
2 KOMPOSISI PASUKAN
Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:
3 pemain melawan 3 pemain (triples),
setiap pemain menggunakan 2 boules.
2 pemain melawan 2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan 3 boules.
1 pemain melawan 1 pemain (single),
setiap pemain menggunakan 3 boules.
PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN
3 Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk
menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack
berukuran 25-35 mm (diameter). Sebagai contoh pemain pasukan
biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan
permainan.
MEMULAKAN PERMAINAN
4 Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35
– 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar jack
dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar
jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan
tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain
menyentuh gelanggang.
LONTARAN BOLA PERTAMA
5 Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa
dekat yang boleh. Pemain pertama daripada pasukan merah pula
masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules kearah jack
untuk cuba mengatasi pasukan lawan.
POINTING
6 Pemain melontar bola secara pointing (samaada rolls, half lob, high
lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules
mereka dengan jack berbanding pihak lawan.
SHOOTING
7 Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat
jack supaya beredar jauh dari jack.
8 JIKA BERJAYA
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan
biru pula akan membuat lontaran.
JIKA TIDAK BERJAYA
9 Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan
berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan,
pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak
mata sehingga habis “end”.
10 PENENTUAN MATA
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya
berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan
maksimum 6 mata).Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan
biru mendapat 3 mata.Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar
bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.
11 AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)
Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang.
LAMPIRAN
THYOANUK