Peralatan dan perkakasan untuk
penyediaan desert
By: Cikgu Ayu
Kenali peralatan dan
perkakasan penyediaan
desert
1. MESIN PENIMBANG
KEGUNAAN :
Untuk menimbang bahan
memasak mengikut sukatan yang
tepat. Ia boleh didapati dalam
bentuk digital atau analog.
2. SUDU PENYUKAT
KEGUNAAN :
Untuk menyukat sama ada bahan
kering atau cecair dalam kuantiti
kecil
3. CAWAN PENYUKAT
KEGUNAAN :
Untuk menyukat bahan kering dalam kuantiti
yang banyak
5. JAG PENYUKAT
KEGUNAAN :
Untuk menyukat cecair dalam kuantiti yang
banyak.
6. PENGAYAK TEPUNG
KEGUNAAN :
Untuk mengayak bahan kering
berbentuk serbuk seperti tepung.
7. MANGKUK ADUNAN
KEGUNAAN :
Mengadun bahan mentah seperti
adunan kek, pastri, meringue dan
sebagainya.
8. WHISK
KEGUNAAN :
Alat yang digunakan untuk
mengadun bahan cecair dan
memasukkan udara ke dalam
adunan.
9. KITCHEN TORCH
KEGUNAAN :
Alat yang digunakan untuk
mencairkan gula atau keju di
permukaan desert seperti crème
brulee untuk mendapat kesan
pemerangan (karamelisasi)
10. PERIUK
KEGUNAAN :
Untuk memasak sirap atau sos.
11. KUALI LEPER
KEGUNAAN :
Untuk menggoreng, saute atau
stir fry
12. PENGUKUS
KEGUNAAN :
Mengukus bahan makanan
dengan menggunakan wap panas
13. SENDUK KAYU
KEGUNAAN :
Alat untuk sebatikan bahan masakan
berbentuk cecair.
14. PISAU PELEPA
KEGUNAAN :
Alat untuk mengadun adunan seperti tepung
dan lemak. Boleh digunakan untuk meratakan
aising pada kek.
15. PENORAK
KEGUNAAN :
Alat untuk mencanai doh
16. PETITIN
KEGUNAAN :
Acuan untuk muffin atau kek cawan
(cup cake).
17. ACUAN TARTLET
KEGUNAAN :
Acuan untuk kulit pastri tartlet.Acuan ini
kurang kedalamannya berbanding petitin
untuk muffin/ kek cawan.
18. ACUAN KEK
KEGUNAAN :
Acuan untuk membakar kek
19. REMEKIN
KEGUNAAN :
Mangkuk kecil pelbagai saiz dan bentuk untuk
memasak dan menghidang desert seperti
crème brulee, soufflé atau hidangan berkeju/
telur.
20. PENERAP PASTRI
KEGUNAAN :
Untuk menerap doh pastri.
21. BEG PIPING / BEG PASTRI
KEGUNAAN :
Untuk mengisi bahan separa pepejal seperti
krim, jeli atau kastard bagi tujuan menghias
kek, membentuk pastri choux atau mengisi inti
(filling).
Beg ini boleh diperbuat daripada plastik atau
kertas.
22. NOZEL
KEGUNAAN :
Alat yang digunakan bersama dengan beg
piping dan terdapat dalam pelbagai saiz dan
Bentuk.
23. TURN TABLE
KEGUNAAN :
Digunakan untuk memudahkan kerja
menghias kek berkrim.
24. MESIN PENGISAR
KEGUNAAN :
Digunakan untuk mengisar bahan kering dan
menghasilkan puri serta sos yang halus
teksturnya.
25. PEMPROSES MAKANAN
KEGUNAAN :
Mesin ini mempunyai pelbagai fungsi seperti
mengisar halus (pureeing), mencincang,
mengadun bahan kering dan membuat krim
(creaming).
26. MESIN PENGADUN
KEGUNAAN :
Alat penjimat masa untuk
mengadun bahan kering dan
cecair hingga sebati.
27. KETUHAR
KEGUNAAN :
Alat untuk memasak bahan
dengan kaedah membakar.
Menggunakan sumber bekalan
elektrik atau gas untuk berfungsi
TAMAT