The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iman akif muhd kamil, 2024-03-08 14:08:39

MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL_2021202340376_T2S2.04

TUGASAN PENGHASILAN PRODUK EDUP3143

PENTAKSIRAN BERTERUSAN Sosiologi dalam Pendidikan EDUP3143 Nama :MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL Angka Giliran : 2021202340376 No. Kad Pengenalan : 020617060221 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Kumpulan/Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah Kursus : Dr Rosninah binti Ghani Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1. Ujian 22/1/2024 31/1/2024 2. Penghasilan Produk 1/2/2024 5/3/2024 3.Persembahan 6/3/2024 15/3/2024 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah Tanda tangan Pelajar : akif Tarikh : 100 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


Penghargaan Bismillahirahmanirahim, Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr Rosninah Binti Ghani kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan kepada diri saya ini yang alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.


1 Isi kandungan 1.0 pengenalan……………………………………………………………………………….2 2.0 budaya sekolah………………………………………………………………………….3 2.1 definisi ……………………………………………………………………………….......3 2.2 Model Budaya Sekolah…………………………………………………………….......3 3.0 stratifikasi sosial………………………………………………………………………....4 3.1 Definisi…………………………………………………………………………………….4 3.2 Konsep…………………………………………………………………………………….4 4.0 Impak Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah……………………………………5 4.1 Akses Pendidikan………………………………………………………………………...5 4.2 Kaum Minoriti di dalam Kelas……………………………………………………………5 4.3 Budaya Berpuak-puak……………………………………………………………………6 5.0 Perkara-perkara dalam Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah dapat dimanipulasi untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah……………………………….7 5.1 Akses Pendidikan…………………………………………………………………………7 5.2 Kaum Minoriti di dalam Kelas……………………………………………………………8 5.3 Budaya Berpuak-puak…………………………………………………………………...9 6.0 Penutup……………………………………………………………………………………9


2 1.0 Pengenalan Persekitaran sekolah yang pelbagai etnik di Malaysia merujuk kepada situasi di mana pelajarpelajar dari pelbagai latar belakang etnik berkumpul dan belajar bersama di dalam satu institusi pendidikan. Malaysia dikenali dengan kepelbagaian etniknya, termasuk Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain yang membentuk masyarakatnya.Dalam persekitaran sekolah yang pelbagai etnik, pelajar-pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dan belajar dari budaya, tradisi, dan nilai-nilai yang berbeza. Ini memberikan pengalaman yang kaya dan membolehkan mereka memahami serta menghargai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.


3 2.0 Budaya Sekolah 2.1 Definisi Budaya sekolah dapat ditakrifkan sebagai kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, corak pengajaran dan pembelajaran, kepemimpinan dan struktur organisasi. Budaya sekolah yang seimbang dan positif adalah penting kerana dapat membantu perkembangan pembelajaran dan membentuk generasi yang cemerlang. Budaya sekolah yang sihat dapat membantu melahirkan generasi pelajar, keluarga dan pendidik yang bekerjasama dalam menjayakan setiap visi, misi dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007). Selain itu, Menurut Deal dan Peterson (2002) budaya sekolah sebagai tradisi-tradisi, kepercayaan-kepercayaan, polisi-polisi dan norma-norma yang boleh dibentuk, dipertingkatkan dan dikekalkan menerusi pihak pengurusan sekolah. Ianya merangkumi elemen-elemen yang mendalam seperti peraturan-peraturan dan jangkaanjangkaan, kombinasi upacara dan tradisi, susunan simbol-simbol dan bahasa tertentu yang digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar serta harapan terhadap perubahan dan pembelajaran ke arah sekolah bertaraf dunia. 2.2 Model budaya Sekolah Terdapat banyak model budaya sekolah yang ada dan salah satunya adalah model Cavanagh. Model ini mengaitkan sekolah sebagai sebuah komuniti pembelajaran (Learning Community). Selain itu, percaya bahawa model budaya sekolah dapat berjaya dibangunkan dengan menghubungkan antara enam elemen budaya iaitu kepimpinan transformasi, perkongsian matlamat, nilai profesional, penekanan terhadap pembelajaran, kesejawatan dan kolaboratif (Cavanagh, 1997). Seterusnya, terdapat juga model budaya sekolah Edward (1996). Model ini adalah sampingan kepada 2 model. Asas model ini ialah perkongsian kepercayaan (Shared Beliefs) iaitu bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan perbuatan tingkah laku, iaitu refleksi daripada persepsi guru melalui persekitaran sekolah. Norma penting seperti kesejawatan, impian tinggi, keyakinan dan kepercayaan, penghargaan, penglibatan dalam membuat keputusan, kejujuran dan komunikasi terbuka (Edwards, 1996).


4 3.0 Stratifikasi Sosial 3.1 Definisi Stratifikasi sosial lazimnya kita temui di dalam kehidupan bermasyarakat. Stratifikasi sendiri berasal dari kata "strata" yang bererti tingkatan atau diertikan sebagai perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosialnya. Stratifikasi sosial adalah fahaman tentang kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial (Chew, 1979). Stratifikasi sosial adalah sesuatu yang diterima umum oleh masyarakat bagi menentukan kedudukan dalam struktur sosial (Rohana, 2010). Perbezaan dalam kalangan masyarakat yang telah ditentukan melalui stratifikasi sosial telah membentuk hierarki pada struktur kehidupan manusia (Yunus & David, 2008). Hierarki ini pula mewujudkan sistem lapisan sosial dalam sesuatu masyarakat. Perkara ini menentukan kedudukan dan peranan seseorang individu atau kelompok masyarakat itu (Chew, 1979). 3.2 Konsep Sistem hierarki yang merujuk kepada kedudukan lapisan masyarakat juga dikenali dengan istilah 'strata' (Rohana, 2010). Strata akan membentuk kehidupan masyarakat sosial yang berlainan dalam susunan lapisannya dan menyediakan keistimewaan dan peluang kehidupan seperti memperoleh tuntutan, menikmati kemewahan dan juga mencapai matlamat kehidupan sosial (Chew, 1979). Perkara ini dirujuk sebagai ganjaran atau sumber sosial. Sehubungan oleh itu, Engon (1962) mentafsirkan stratifikasi sosial sebagai sistem yang mengukur dan menentukan kedudukan dalam lapisan masyarakat yang membentuknya ketaksamaan sosial dalam kalangan mereka.


5 4.0 Impak stratifikasi sosial kepada budaya sekolah 4.1 Akses Pendidikan Perbezaan kelas sosial menyebabkan akses terhadap pendidikan menjadi berbeza. Contohnya, keluarga dari kelas atas dan menengah cenderung untuk cemerlang disebabkan mempunyai akses yang lebih banyak untuk mendapatkan pendidikan. Manakala, golongan kelas bawah hanya mempunyai akses pendidikan yang terhad iaitu mendapat pendidikan di sekolah. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat murid dari golongan kaya tentunya akan memperolehi peluang pendidikan yang jauh lebih baik. Namun bagi keluarga yang tidak berkemampuan dalam menyediakan peralatan atau bahan pembelajaran, perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak mereka itu tidak dapat merebut peluang pendidikan dan menikmati perolehan pelbagai bentuk maklumat pelajaran dengan begitu pantas dan cepat. Menurut Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. 4.2 Kaum Minoriti dalam Kelas Perbezaan kelas sosial juga timbul dalam kelas kepada kaum minoriti. Contohnya, bilangan orang asli yang belajar di dalam kelas mungkin sedikit. Maka kemungkinan besar akan timbul isu disebabkan oleh mereka tidak faham apa yang dipelajari di sekolah disebabkan perbezaan bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, kedudukan sebahagian daripada mereka yang agak jauh ke pedalaman dan terpencil terutamanya golongan orang Asli dan juga kumpulan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka terpinggir dalam pelbagai perkara dalam bidang pendidikan. Selain itu, kelainan ciri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku mereka juga menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam arus pendidikan. Malahan, golongan minority ini juga turut kekurangan dari segi perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. Menurut Nor Zamani (1999) kemiskinan dalam kalangan orang asli masih berlaku hingga ke hari ini. Selain daripada kemiskinan, kualiti hidup yang rendah merupakan satu anggapan umum mengenai Orang Asli. Hal ini membuktikan bahawa orang asli kurang diberi perhatian dalam kelas kerana dianggap tidak penting disebabkan golongan minoriti ini mempunyai taraf ekonomi yang rendah dan tidak mampu untuk bertutur bahasa pengantar.


6 4.3 Budaya Berpuak-puak Kelas sosial dalam perbezaan etnik juga menjadi faktor kepada kewujudan budaya ini iaitu berpuak-puak di sekolah. Budaya berpuak-puak merujuk kepada kecenderungan individu untuk mengelompokkan diri mereka dalam kumpulan-kumpulan kecil atau "puak-puak" berdasarkan persamaan tertentu seperti etnik, agama, atau kepentingan yang sama. Dalam konteks ini, individu cenderung bersosialisasi dan berinteraksi lebih kerap dengan orang-orang dalam puak atau kumpulan yang serupa dengan mereka. Budaya berpuak-puak boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam masyarakat, tempat kerja, atau di sekolah. Sebagai contoh, di sekolah, pelajar-pelajar mungkin cenderung bergaul dengan rakan-rakan dari kumpulan etnik yang sama.Contohnya, jika dalam satu kelas itu terdapat pelajar kaum melayu, cina, dan india ,maka pelajar melayu mungkin hanya akan bergaul dengan pelajar yang melayu lain sahaja dan begitu juga berlaku kepada pelajar cina dan india.Hal ini demikian kerana, bagi mereka iaitu pelajar, budaya berpuak-puak mungkin memberi keselesaan dan sokongan kepada mereka dalam kumpulan tersebut. Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus (Mansor Mohd Nor et al. 2006) .Hal ini pastinya menyebabkan perpecahan dan ketegangan antara kaum.


7 5.0 Perkara-perkara dalam Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah dapat Dimanipulasi untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah 5.1 Akses Pendidikan Antara langkah-langkah yang boleh kita usahakan bagi mengelakkan kesan negatif dari akses pendidikan yang mungkin memberi kesan buruk kepada budaya sekolah ialah sekolah perlu memberi akses pendidikan yang menyeluruh kepada semua pelajar terutamanya pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mampu untuk mendapat akses pendidikan yang penuh seperti buku rujukan, alat tulis berkualiti dan bahan pembelajaran digital.Hal ini disebabkan keluarga mereka tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan mereka dalam mendapatkan sokongan bahan pembelajaran. Maka, bagi menyokong golongan murid berpendapatan rendah ini, kerajaan telah memberi peruntukan atau dana kepada sekolah untuk menyokong golongan murid ini bagi menjamin pendidikan yang berkualiti. Menurut Norfariza Mohd Radzi , Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj & Mojgan Afshari (2013) menyatakan bagi mengekalkan kualiti pendidikan untuk masyarakat kerajaan Malaysia telah memperuntukan sejumlah wang yang tinggi untuk sektor pendidikan. Berdasarkan keperluan dana dalam bidang pendidikan kerajaan perlu mempertimbangkan peruntukan yang diberi berdasarkan keperluan sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Bagi memastikan pencapaian prestasi murid yang tinggi pembuat dasar di Negara membangun perlu beralih kepada hasil yang secukup untuk pembiayaan yang mencukupi bagi setiap murid sekolah (Husaina Banu Kenayathulla & Mohammed Sani Ibrahim, 2013). Hal ini membuktikan bahawa hak pendidikan bagi golongan ini tidak pernah dinafikan dan dari situ sekolah perlu membuat perancangan kewangan yang bertujuan untuk membantu golongan murid yang keluarganya berpendapatan rendah untuk mendapatkan akses pendidikan. Dengan kata lain, budaya positif di sekolah dapat dihasilkan kerana tiada lagi jurang antara pelajar yang keluarganya berpendapatan rendah dan tinggi. Hal ini disebabkan, mereka merasa setara sesama mereka kerana mendapat peluang atau akses pendidikan yang sama.


8 5.2 Kaum minoriti dalam Kelas Kaum minoriti seperti orang asli sering dipandang rendah atau tidak dihiraukan dalam kelas disebabkan anggapan umum orang bahawa orang-orang asli ini mempunyai taraf ekonomi rendah dan tidak mampu untuk berbahasa melayu. Maka disebabkan itu, kebiasaannya dalam kelas di sekolah mereka diantara golongan yang sering dipinggirkan oleh pelajar-pelajar yang lain dan ini adalah budaya negatif yang seharusnya tidak diamalkan. Antara cara bagi mengelakkan perkara ini ialah kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dengan mengambil berat perihal kebajikan dan pendidikan bagi orang asli. Menurut Wan Afizi Wan Hanafi (2014) menyatakan bahawa meningkatkan taraf hidup golongan komuniti orang asli memang merupakan perkara utama yang menjadi agenda kerajaan bagi merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal bagi anak orang asli memang dianggap sebagai satu mekanisme yang paling tepat bagi membantu golongan ini khususnya. Menurut Norizan (2013) pembangunan pendidikan dipercayai dapat menjadikan sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara teguh dan digeruni oleh pihak lain. Oleh sebab itu, usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Maka hal ini sudah tentunya akan menjamin pendidikan yang berkualiti bagi orang asli. Kesannya, orang asli dalam kelas tidak akan dipinggirkan lagi oleh pelajar-pelajar lain .Hal ini disebabkan taraf hidup mereka meningkat. Maka budaya positif dapat dihasilkan di sekolah.


9 5.3 Budaya Berpuak-puak Antara langkah yang boleh kita laksanakan bagi mengelakkan budaya berpuak-puak yang mana terhasil disebabkan oleh kelas sosial dalam perbezaan etnik ialah pemupukan kesedaran kepelbagaian. Terdapat dua pihak yang memainkan peranan penting untuk melaksanakan langkah ini iaitu pihak sekolah dan ibu bapa. Dari sudut pihak sekolah, sekolah boleh memanfaatkan kepelbagaian etnik, budaya, dan latar belakang sosial pelajar untuk memupuk pemahaman, toleransi, dan penghargaan antara satu sama lain. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti seperti perayaan budaya, program kebudayaan, atau projek kolaboratif yang melibatkan pelajar dari pelbagai latar belakang.Hal ini untuk memupuk hubungan positif di antara pelajar. Manakala dari sudut ibu bapa, ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak supaya menerapkan dalam diri anak mereka bahawa kita perlu bergaul dengan semua orang tanpa membezakan-bezakan latar belakang orang. Hal ini disebabkan kita tinggal di negara yang berbilang kaum, maka perbezaaan itu sebenarnya adalah satu bentuk keistimewaan yang ada di negara kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan pelajar jadi ia mempunyai pengaruh yang kuat kepada diri pelajar.Contohnya, apa sahaja didikan yang disemai oleh ibu bapa pasti akan diingat sampai bila-bila. Menurut Langton (1969), mengatakan bahawa keluarga adalah kumpulan sosial yang pertama dalam mempengaruhi kehidupan seseorang kanak-kanak. Ibu bapa dan saudara mara adalah antara terdekat yang mendidik dan berinteraksi dengan mereka dalam proses sosialisasi ini. Kesannya, tiada lagi budaya berpuak-puak diamalkan dalam kalangan mereka kerana mereka telah belajar sifat toleransi serta mengetahui adat dan budaya kaum masing-masing. Hal ini mewujudkan sifat hormat-menghormati dan budaya yang positif dalam kalangan pelajar. 6.0 Penutup Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa stratifikasi sosial ini menyebabkan banyak kesan-kesan negatif yang berlaku kepada budaya sekolah. Justeru itu, kita sebagai seorang guru seharusnya memainkan peranan penting dalam membendung budaya negatif yang terhasil dalam kalangan pelajar mahupun guru. Hal ini demikian kerana, stratifikasi sosial ini mungkin kita tidak dapat membendung ia daripada berlaku disebabkan perkara tersebut berada di luar kemampuan kita. Namun begitu, kita boleh mencegah kesan buruk tersebut daripada terus diamalkan dalam budaya sekolah. Hal ini untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita supaya dapat menghasilkan pelajar-pelajar berakhlak dan bijak yang akan menyumbang hasilnya kepada negara pada suatu hari nanti.


10 Rujukan Cavanagh, R. . (1997). The culture and improvement of Western Australian Secondary Schools. Curtin University Chew Peh Ting. (1979). Konsep asas sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka Cohen, J., Mccabe, L., Michelli, N. M., & Pickeral, T. (2009). School Climate: Research, Policy, Practice, and Teacher Education. Teachers College Record, 111(1), 180-213 Deal,T.E& Peterson, K.D. (2002) “Enhancing school culture: Reculturing schools”. Journal of staff Development, 23(3) Edwards, J.L., Green, K.E., & Lyons, C. . (1996). Factor and Rasch Analysis of the School Culture Survey. New York. Engon Ernest Bergel. (1962). Social stratification: McGraw Hill Series in Sociology. Egon Ernest. Husaina Banu Kenayathulla, Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Adequacy approach in school finance, Malayisan Online Journal Of Eduacation Management (MOJEM), Vol 1, Issue 1, 1- 19. Langton, K.P. 1969. Political Socialization. New York: Oxford University Press. Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Azizi & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. Noor Zamani Md. Noor. 1999. Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Dalam Perubahan SosioEkonomi Masyarakat Orang Asli : Kajian Kes Terhadap Suku Semai Di Pos Dipang, Sahom, Kampar, Perak Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka


11 Norfariza Mohd Radzi , Muhammad Faizal A. Ghani , Saedah Siraj , Mojgan Afshari.(2013). Financial Decentralization in Malaysian Schools: Strategies for Effective Implementation, The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1, 3, 20-32. Norizan Mt Akhir, LAr. Zulkefle Ayob, Siti Syamimi Omar. 2013. Pengekalan identiti melalui pelestarian landskap budaya Orang Asli. In: Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Kamarul Ismail, Zainudin Othman, MazdiMarzuki, Hamirdin Ithnin, Fauziah Che Lah, Mohd Faris Dziauddin, Mohd HairyIbrahim, Zuriatunfadzaliah Sahdan (eds) Prosiding Persidangan KebangsaanGeografi dan Alam Sekitar kali ke 4. Geografi & Alam Sekitar dalam Pembangunan dan Transformasi Negara, pp. 239− 244. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim. 5− 6 Mac Rohana Yusof. (2010). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka Shaifudin Bin Haji Masduki (1997). Motivasi,Komitmen dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia : www.//asig.uum.edu.my/research/ethesis/p_pendidikan.cfm Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan.GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5(107 - 122). Yunus Kaya & David Brady. (2008). "Stratification." International Encyclopedia of the Social Sciences, (2nd ed.). Duke University, Durham North Carlifornia


Click to View FlipBook Version