The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3153
TUGASAN 2_T2S2.04_MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iman akif muhd kamil, 2024-03-20 11:57:27

PB2_T2S2.04_MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL

EDUP3153
TUGASAN 2_T2S2.04_MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL

E-Portfolio EDUP3153 MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL PENTAKSIRAN ALTERNATIF


Penghargaan Bismillahirahmanirahim, Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr Mohd Azmi Bin Mat Yusoff kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakanrakan yang banyak memberi peringatan kepada diri saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.


Isi Kandungan 1.0 Pengenalan..............................................1 2.0 Pertimbangan Profesionalisme.................2 3.0 Tahap Penguasaan..................................3 4.0 Analisis Instrumen Pentaksiran Alternatif..4 4.1 Penulisan.................................................4 4.2 Cadangan Penambahbaikan....................7 4.3 Lisan........................................................7 4.4 Cadangan Penambahbaikan....................9 4.5 Pemerhatian...........................................10 4.6 Cadangan Penambahbaikan...................12 5.0 Penutup..................................................13


Biodata Guru NAMA: MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL N0 K/P: 020617060221 NO TEL: 0189091298 ALAMAT: PT6338, KG PAYA LAMAN, LANCHANG PAHANG DM AMBILAN: JUN 2022 PENGKHUSUSAN: PENDIDIKAN ISLAM ELEKTIF: BAHASA ARAB


JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDA BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP 3153 Pentaksiran Dalam Pendidikan Nama : MUHAMMAD IMAN AKIF BIN MOHD KAMIL No. K/P : 020617060221 Angka Giliran : 2021202340376 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah : Dr Azmi Bin Mat Yusoff Tarikh Hantar : 19 Mac 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : akif Tarikh : PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


1 1.0 Pengenalan Terdapat pelbagai jenis pentaksiran digunakan untuk menilai tahap pencapaian murid. Pelaksanaan pedagogi abad ke -21 yang berunsur futuristic, fleksibel dan dinamik telah memberi implikasi terhadap jenis, kaedah dan kualiti dalam pentaksiran. Pentaksiran autentik yang menjurus kepada kecerdasan pelbagai (multiple intellingences), teknologi, kepelbagaian literasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah mempengaruhi corak pentaksiran murid secara tradisional. Namun begitu, seiring dengan perkembangan zaman kini, terdapat pentaksiran yang dinamakan pentaksiran alternatif. Perkara ini adalah selaras dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yates dan Johnston (2018) bahawa pendekatan peperiksaan adalah kurang sesuai untuk diamalkan untuk murid-murid pada zaman ini memandangkan setiap murid mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza. Pentaksiran alternatif merujuk kepada penilaian penguasaan dan pengesanan perkembangan pembelajaran murid hasil daripada pelbagai aktiviti selain peperiksaan (Suhaida, Norhisham&Abd Hadi, 2023). Ia menggabungkan pelbagai kaedah dan instrumen penilaian untuk menilai pencapaian dan perkembangan pelajar secara menyeluruh. Selain itu, pentaksiran alternatif memberi tumpuan kepada kemahiran dan pengetahuan yang lebih menyeluruh daripada sekadar menguji keupayaan hafalan pelajar. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam pelbagai cara yang lebih sesuai dengan gaya pembelajaran dan minat mereka. Selain itu, pentaksiran alternatif juga membolehkan guru mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang pencapaian dan perkembangan pelajar. Menurut Suhaida, Norhisham dan Abd Hadi (2023) pelaksanaan pentaksiran alternatif merupakan ciri penting dalam Pendidikan 4.0.


2 2.0 Pertimbangan Profesionalisme Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi , kaedah pentaksiran, serta kriteria dan standard yang ditetapkan (Bahagian Perkembangan Kurikulum ,Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).Guru perlu membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid berdasarkan analisis dan rumusan maklumat berkaitan pembelajaran mereka. Selain itu, pertimbangan profesional adalah berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman, input murid dan tanggungjawab profesional guru. Bagi meningkatkan kompetensi dalam membuat pertimbangan profesional, guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang bidang atau disiplin ilmu, pedagogi serta pentaksiran melalui pembacaan dan perbincangan secara profesional dengan rakan pendidik lain (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Secara ringkasnya pertimbangan profesional guru ini boleh dibahagikan kepada 4 elemen iaitu pertama pengetahuan dimana guru perlu berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar meliputi ilmu, kandungan, strategi pengajaran serta berkebolehan mentaksir murid secara adil dan telus. Kedua, tanggungjawab profesional ialah guru perlu melaksanakan pentaksiran secara bertanggungjawab dan beretika berdasarkan pengetahuan. Ketiga, input murid iaitu guru menganalisis dan membuat pertimbangan berdasarkan pelbagai pentaksiran murid. Akhir sekali, pengalaman iaitu guru menggunakan pengalaman mengajar dalam mengenal pasti kekuatan dan potensi murid.


3 3.0 Tahap Penguasaan Tahap penguasaan murid dalam PdP merujuk kepada sejauh mana pelajar memahami dan menguasai kandungan kurikulum atau objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam pendekatan ini, penilaian dilakukan secara berterusan dan terintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam PdP, tahap penguasaan murid dinilai melalui pelbagai aktiviti seperti ujian, tugasan, projek, dan penilaian berterusan yang melibatkan pemerhatian dan pemantauan berterusan oleh guru. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk memberikan penilaian sendiri terhadap kemahiran dan pengetahuan mereka. Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa dalam PdP, tujuan penilaian bukan hanya untuk mengukur pengetahuan, tetapi juga untuk memahami kemahiran, sikap, dan kefahaman pelajar dalam konteks pembelajaran yang lebih luas. Penilaian dalam PdP bertujuan untuk memberikan umpan balik yang bermakna kepada pelajar dan membantu mereka meningkatkan prestasi serta pencapaian mereka dalam pembelajaran.


4 4.0 Analisis Instrumen Pentaksiran Alternatif 4.1 Penulisan Instrumen berasaskan pentaksiran secara bertulis ini saya ambil dari Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat oleh bekas guru pelatih semasa beliau menjalani praktikum di SK Dato’ Abu Bakar Baginda. Rancangan Pengajaran Harian ini adalah mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid tahun 6 dan kelas yang diajar ialah kelas 6 Mawaddah. Bidang bagi subjek ini ialah adab dan tajuk yang dipelajari oleh murid-murid ialah Mari Berziarah Dengan Berhikmah. Manakala waktu yang diperuntukkan oleh guru untuk mengajar RPH ini ialah selama sejam. Rajah 1 menunjukkan langkah pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian. RPH ini mempunyai tiga langkah pengajaran namun saya akan fokuskan kepada langkah kedua sahaja kerana instrumen pentaksiran yang ingin dianalisis dalam RPH ini ialah pada langkah kedua. Langkah kedua menunjukkan bahawa guru menggunakan kaedah sumbang saran bagi menerangkan kepentingan adab berziarah kepada murid-murid. Kemudian, murid-murid secara berkumpulan akan menyenaraikan kepentingan dan akibat mengabaikan adab berziarah. Maka kita boleh lihat bahawa penilaian PdP bagi langkah ini adalah instrumen pentaksiran secara bertulis. Rajah 1


5 Rajah 2 menunjukkan 19 item yang terdapat dalam RPH iaitu dari item 1 hingga 19.Item ke-8 menunjukkan Standard Kandungan 6.2 iaitu merumuskan konsep adab berziarah dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Manakala item ke-9 menunjukkan standard pembelajaran iaitu 6.2.4 mengaplikasikan adab ketika berziarah, 6.2.5 merumus kepentingan adab berziarah dalam menjamin perpaduan umat dan 6.2.6 sentiasa mengamalkan adab berziarah yang menepati syarak secara beradab dan istiqamah. Objektif pembelajaran bagi langkah ke-2 adalah menjelaskan kepentingan adab berziarah dalam menjamin perpaduan umat dengan tepat selepas aktivti kumpulan. Pada pendapat saya, pada bahagian RPH ini tidak mempunyai sebarang masalah terutamanya dalam langkah ke-2. Hal ini demikian kerana, kaedah sumbang saran yang dilakukan oleh guru bagi menjelaskan kepentingan adab berziarah itu bersesuaian dengan Standard Pembelajaran pada langkah tersebut. Walaupun menggunakan sedikit kaedah penerangan oleh guru sebelum memulakan aktiviti sumbang saran namun secara keseluruhannya aktiviti dalam langkah ke-2 ini adalah jenis berpusatkan murid. Hal ini demikian kerana, sumbang saran dikenali sebagai percambahan fikiran yang dilaksanakan dalam sesi perbincangan. Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan setiap murid dalam setiap kumpulan menymbangkan idea dan pendapat. Kesannya, murid dapat melahirkan satu pemikiran kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu yang inovatif. Rajah 2


6 Rajah 3 dan rajah 4 menunjukkan pentaksiran secara bertulis menggunakan instrumen lembaran kerja. Melihat kepada instrumen di atas ialah soalan berkaitan dengan topik yang telah dipelajari iaitu kepentingan adab berziarah. Instrumen soalan di atas adalah pada aras 3. Hal ini bermaksud aras soalan itu berada pada aras sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Maka hal ini boleh kita katakan bahawa sepatutnya murid boleh menjawab instrumen pentaksiran di atas dengan cemerlang disebabkan aras soalan yang tidaklah terlalu sukar untuk murid jawab. Jika melihat kepada senarai rekod pentaksiran semasa, rata-rata pelajar mendapat tahap penguasaan pada TP 4 iaitu sederhana dan TP 5 iaitu cemerlang. Pada pendapat saya, instrumen pentaksiran tulisan yang dilakukan dalam ini adalah bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan murid bagi kedua-dua TP tersebut.Hal ini demikian kerana, soalan tersebut adalah soalan yang berasaskan aras mengaplikasi, menganalisis dan menilai. Maka disebabkan itu melihat kepada kebanyakkan murid berjaya memperolehi TP 4 dan TP 5, membuktikan bahawa guru tersebut berjaya mencapai tahap kefahaman murid yang ingin disasarkan. Hal ini disebabkan aras soalan dan tahap penguasaan murid itu selari dengan sasaran guru atau dengan kata lain sasaran pencapaian bagi tahap penguasaan pelajar telah berjaya dicapai. Selain itu, Hal ini juga membuktikan bahawa objektif pembelajaran yang dibawakan oleh guru dikira mencapai hasil. Hal ini demikian kerana, mereka faham apa yang mereka pelajari dan berjaya mengeluarkan isi-isi penting bagi soalan yang ditanya. Objektif pembelajaran yang terdapat dalam RPH bersamaan dengan pentaksiran yang dilakukan. Maka, jika pentaksiran yang dilakukan itu tercapai maka objektif pembelajaran juga boleh dikatakan juga tercapai disebabkan ia selari. Kesimpulannya pentaksiran secara bertulis terhadap mereka bagi langkah ke-2 ini ialah dikira berjaya. Bukan hanya itu, soalan-soalan instrumen pentaksiran juga sama dengan standard pembelajaran iaitu berkait dengan kepentingan dan akibat adab berziarah. Hal ini bermaksud set instrumen pentaksiran itu masih lagi dalam had pembelajaran murid dan sebab itu ianya juga sesuai dengan tahap mereka. Rajah 3 Rajah 4


7 4.2 Cadangan Penambahbaikan Pada pendapat saya, elemen-elemen yang perlu ditambah bagi menghasilkan satu set instrumen yang menarik dalam RPH ini bagi langkah ke-2 ialah pentaksiran perlulah dilakukan secara individu. Hal ini demikian kerana, apabila kita menilai secara individu maka kita akan dapat mengesan kelemahan pelajar secara terus.Disebabkan itu, kita boleh terus perbaiki dan fokus kepada pelajar tersebut. Hal ini disebabkan kebanyakkan pelajar yang kurang pandai akan berselindung di balik bayang-bayang budak pandai. Apabila kita tidak dapat mengesan pelajar yang lemah ini maka mungkin mereka akan dapat keputusan dalam peperiksaan yang kurang memuaskan disebabkan tidak faham apa yang dipelajari.Contohnya, langkah ke-2 adalah aktiviti secara berkumpulan menyenaraikan kepentingan adab berziarah dan akibat. Maka ini adalah kekurangan yang kita dapati daripada pentaksiran secara berkumpulan. Pentaksiran secara berkumpulan boleh dilakukan namun untuk standard pembelajaran yang lebih kepada merumus dan mengaplikasi bagi saya ianya kurang relevan. Disebabkan standard pembelajaran bagi tahap itu lebih kepada penilaian kendiri agar setiap murid faham kandungan pembelajaran yang mereka pelajari. 4.3 Lisan Instrumen berasaskan pentaksiran secara lisan ini saya ambil dari Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat oleh bekas guru pelatih semasa beliau menjalani praktikum di SK Dato’ Abu Bakar Baginda. Rancangan Pengajaran Harian ini adalah mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid tahun 6 dan kelas yang diajar ialah kelas 6 Mawaddah. Bidang bagi subjek ini ialah adab dan tajuk yang dipelajari oleh murid-murid ialah Mari Berziarah Dengan Berhikmah. Manakala waktu yang diperuntukkan oleh guru untuk mengajar RPH ini ialah selama sejam


8 Rajah 5 menunjukkan langkah pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian. RPH ini mempunyai tiga langkah pengajaran namun saya akan fokuskan kepada langkah pertama sahaja kerana instrumen pentaksiran yang ingin dianalisis dalam RPH ini ialah pada langkah pertama. Langkah pertama menunjukkan bahawa guru secara dominan menggunakan kaedah penerangan bagi menerangkan adab berziarah kepada murid-murid. Kemudian, murid-murid akan diminta oleh guru untuk menyatakan semula adab berziarah yang telah diterang dan dipelajari bersama dengan guru sebentar sahaja tadi. Maka kita boleh lihat bahawa penilaian PdP bagi langkah ini adalah instrumen pentaksiran secara lisan. Rajah 6 Rajah 5


9 Rajah 6 menunjukkan 19 item yang terdapat dalam RPH iaitu dari item 1 hingga 19.Item ke8 menunjukkan Standard Kandungan 6.2 iaitu merumuskan konsep adab berziarah dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Manakala item ke-9 menunjukkan standard pembelajaran iaitu 6.2.4 mengaplikasikan adab ketika berziarah, 6.2.5 merumus kepentingan adab berziarah dalam menjamin perpaduan umat dan 6.2.6 sentiasa mengamalkan adab berziarah yang menepati syarak secara beradab dan istiqamah. Objektif pembelajaran bagi langkah ke-1 adalah murid dapat menyatakan adab-adab berziarah dengan betul selepas aktiviti penerangan guru.Pada pendapat saya, pada bahagian RPH ini tidak mempunyai sebarang masalah terutamanya dalam langkah ke-1. Hal ini demikian kerana, kaedah penerangan yang dilakukan oleh guru bagi menjelaskan adab berziarah itu bersesuaian dengan standard pembelajaran pada langkah tersebut iaitu mengaplikasikan adab ketika berziarah. Hal ini terbukti proses mentaksir untuk PBD memerlukan kreativiti guru.Ini bermakna guru dapat menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk membuat pentaksiran berdasarkan situasi pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah (Yates & Johnston, 2018). Antara kelebihan bagi pentaksiran berbentuk lisan menggunakan instrumen soalan yang terdapat dalam langkah 1 ini adalah guru dapat berkomunikasi dengan pelajar dimana pelajar akan terus mendapat input secara langsung setelah mendengar apa yang guru sampaikan. Selain itu, ianya juga akan menghasilkan satu motivasi berbentuk keberanian dalam diri pelajar. Contohnya, apabila guru bertanyakan soalan, maka murid perlu berani mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. 4.4 Cadangan Penambahbaikan Pada pendapat saya, elemen yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan satu set instrumen yang menarik dalam RPH ini bagi langkah ke-1 ialah bukti pentaksiran lisan itu sendiri. Langkah 1 bagi saya menarik kerana guru menggunakan kaedah penerangan untuk menerangkan adabadab berziarah, maka ianya sangat bersesuaian dengan standard pembelajaran tersebut. Namun begitu, kelompongan yang saya jumpa dalam RPH tersebut dalam aspek pentaksiran bagi langkah 1 ini secara khususnya ialah ketiadaan bukti pentaksiran lisan oleh guru dengan murid-murid. Hal ini demikian kerana, apabila bukti pentaksiran itu tiada maka boleh dikatakan bahawa objektif pembelajaran bagi langkah 1 ini tidak tercapai kerana tiada rekod yang membuktikan murid ini dapat menguasai isi pembelajaran tersebut iaitu adab-adab berziarah. Dengan kata lain, murid ini tidak ditaksir semasa berlangsungnya proses PdP dalam kelas dan secara bersamaan guru juga tidak dapat memberikan TP yang betul dan tepat kepada murid. Contoh bukti instrumen pentaksiran lisan yang perlu ada dalam RPH ini bagi langkah 1 yang


10 mesti dibuat oleh guru adalah seperti di bawah. 1. Apakah yang murid-murid faham dengan adab-adab berziarah? -Lawatan ke sesuatu tempat dengan niat baik antara rumah keluarga, kawan-kawan atau berkunjung ke tempat seperti maqam dan perkuburan 2. Berikan 2 contoh adab berziarah? -Meminta izin dan mendapat jemputan tuan rumah / mengucapkan salam dan memberikan ruang kepada tuan rumah untuk bersedia 3. Apakah hukum berziarah -Menziarah orang sakit dan pergi berziarah adalah sunat Soalan-soalan yang ditanyakan oleh guru mungkin ringkas namun padat kerana guru mahu menguji kefahaman murid-murid berkaitan dengan adab-adab berziarah. Maka secara langsung guru boleh terus mentaksir murid dengan memberikan TP berdasarkan kefahaman murid menggunakan instrumen soalan di atas. 4.5 Pemerhatian Instrumen berasaskan pentaksiran secara pemerhatian ini saya ambil dari Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat oleh bekas guru pelatih semasa beliau menjalani praktikum di SK Dato’ Abu Bakar Baginda. Rancangan Pengajaran Harian ini adalah mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid tahun 6 dan kelas yang diajar ialah kelas 6 Mawaddah. Bidang bagi subjek ini ialah adab dan tajuk yang dipelajari oleh murid-murid ialah Mari Berziarah Dengan Berhikmah. Manakala waktu yang diperuntukkan oleh guru untuk mengajar RPH ini ialah selama sejam. Rajah 7


11 Rajah 7 menunjukkan langkah pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian. RPH ini mempunyai tiga langkah pengajaran namun saya akan fokuskan kepada langkah ketiga sahaja kerana instrumen pentaksiran yang ingin dianalisis dalam RPH ini ialah pada langkah ketiga. Langkah ketiga menunjukkan bahawa guru menggunakan kaedah lakonan bagi mengaplikasikan adab berziarah kepada murid-murid. Seterusnya, murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan beberapa situasi berkaitan adab yang perlu dilakonkan secara berkumpulan.Setelah itu, aktiviti lakonan akan berlangsung dalam kumpulan dan kumpulan murid yang lain diminta untuk meneka adab yang diaplikasikan dalam lakonan.Maka kita boleh lihat bahawa penilaian PdP bagi langkah ini adalah pentaksiran alternatif berbentuk pemerhatian. Rajah 6 menunjukkan 19 item yang terdapat dalam RPH iaitu dari item 1 hingga 19.Item ke8 menunjukkan Standard Kandungan 6.2 iaitu merumuskan konsep adab berziarah dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Manakala item ke-9 menunjukkan standard pembelajaran iaitu 6.2.4 mengaplikasikan adab ketika berziarah, 6.2.5 merumus kepentingan adab berziarah dalam menjamin perpaduan umat dan 6.2.6 sentiasa mengamalkan adab berziarah yang menepati syarak secara beradab dan istiqamah. Objektif pembelajaran bagi langkah ke-3 adalah murid dapat mensimulasikan adab berziarah yang menepati syarak selepas aktiviti lakonan berkumpulan.Pada pendapat saya, pada bahagian pentaksiran RPH ini juga tidak mempunyai sebarang masalah terutamanya dalam langkah ke-3. Hal ini demikian kerana, kaedah lakonan atau main peranan yang dilakukan sebagai pentaksiran kepada murid dalam mengamalkan adab berziarah itu bersesuaian dengan standard pembelajaran pada Rajah 8


12 langkah tersebut iaitu sentiasa mengamalkan adab ketika berziarah.Hal ini disebabkan secara dasarnya adab yang dipelajari di dalam kelas itu tidak dapat difahami sekiranya tidak ditunjukkan secara amalinya. Antara kelebihan yang guru dapat melalui pentaksiran berbentuk pemerhatian ini ialah guru boleh mendapat petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan sebaya dan terhadap diri sendiri. Sebagai contoh, ketika ditanya soalan ,guru boleh memerhatikan sikap murid semasa menjawab soalan yang diajukan. Seterusnya, guru juga mampu mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar berdasarkan aktiviti lakonan yang dilakonkan dari segi idea dan kreativiti yang ditonjolkan sewaktu persembahan.Hal ini membuktikan bahawa strategi pengajaran lakonan yang guru lakukan ke atas murid mampu memberi kesan yang positif.Dalam RPH ini menyebut bahawa pentaksiran yang dilakukan pada langkah 3 ialah secara pemerhatian iaitu guru akan memerhatikan tingkah laku dan lakonan yang ditunjukkan bertepatan dengan isi pembelajaran adab yang dipelajari atau dengan kata lain lakonan itu sebagai pentaksiran yang menunjukkan tahap kefahaman murid selain mengukuhkan kefahaman mereka berkaitan adab berziarah 4.6 Cadangan Penambahbaikan Pada pendapat saya, bagi langkah ke-3 untuk instrumen pentaksiran ini bagus kerana pentaksiran berbentuk pemerhatian sememangnya penting untuk kita melihat dan mengkaji tingkah laku murid-murid apabila berdepan dengan situasi adab itu. Walaupun begitu, masih terdapat juga kelompongan sewaktu pentaksiran ini berjalan di dalam kelas. Antara kelompongan yang terdapat dalam pentaksiran bagi langkah ke-3 ini ialah tiada rekod senarai semak semasa berlangsungnya aktiviti lakonan atau selepas aktiviti. Hal ini demikian kerana, senarai semak berfungsi untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Selain itu, dengan menggunakan senarai semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Dalam konteks ini, walaupun aktiviti dilakukan dalam bentuk kumpulan namun guru-guru ini melakukan pentaksiran secara individu. Berikut adalah contoh senarai semak yang perlu ada bagi melaksanakan pentaksiran berbentuk pemerhatian dimana di dalam langkah 3 tiada senarai semak tersebut.


13 بورڠ س ناراي س ميق ادب تنداکن ) ) انم راکن:________________________________ ميبيڠن ممواسکن مڠواساءي ساڠت مڠواساءي اايت ڤرلو ب سوار ݢاي فغحياتن خريتا اينتوانيس 5.0 Penutup Sebagai penghias bicara akhir, tugas guru ini adalah penting untuk memastikan murid-murid bermotivasi supaya dapat melakukan yang terbaik dalam mana-mana pentaksiran, menjalankan pentaksiran dengan adil dan saksama serta memastikan hasil pentaksiran yang tepat. Pentaksiran yang berkualiti membekalkan data yang betul dan tahap penguasaan murid yang tepat. Pentaksiran yang berterusan sepanjang tahun membolehkan guru memainkan peranan sebagai pentaksir bagi menjamin pembangunan dan penguasaan pembelajaran murid. Namun harus diingatkan bahawa pentaksiran yang berterusan perlu dilakukan dengan kaedah yang sesuai. Sekiranya satu kaedah didapati kurang sesuai dan tidak membantu untuk guru itu untuk melaksanakan pentaksiran maka guru harus memilih cara yang lebih sesuai dengan tahap murid tersebut (Hawe & Dixon, 2017). Dengan maklumat pembelajaran murid, guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid lalu, merancang dan mengubahsuai pengajaran. Lain daripada itu, maklum balas, yang diberi kepada murid-murid juga membantu mereka mengetahui kelemahan masing-masing agar penambahbaikan dibuat bagi meningkatkan pencapaian murid. Tegasnya, tahap pelaksanaan PBD guru penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti.Selain itu, guru perlu menguasai kemahiran yang tinggi dalam pelaksanaan pentaksiran kerana guru bertanggungjawab untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, menganalisis maklumat, melapor serta membuat tindakan susulan (Sh. Siti Huzaimah 2019). Oleh itu, PBD perlu dilaksanakan dengan teliti berdasarkan tahap pembelajaran murid, direkod dan dilapor sebagai evidens kepada hasil pembelajaran murid yang telah dicapai.


14 Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi Ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. http://bpk.moe.gov.my/index.php/ terbitanbpk/pentaksiran-bilik-darjah Hawe, E., & Dixon, H. (2017). Assessment for learning: a catalyst for student self-regulation. Assessment & Evaluation in Higher Education, 42(8), 1181-1192 Sh. Siti Huzaimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 56-67. Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad, Abd Hadi Borham. (2023). AMALAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIGITAL GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN (Digital Alternative Assessment Practice of Islamic Education Teachers (IET) in Primary Schools), 7(1), 44- 57. https://www.attarbawiy.kuisjournal.com/index.php/jurnal/article/view/151/129 Yates, A., & Johnston, M. (2018). The impact of school-based assessment for qualifications on teachers’ conceptions of assessment. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 25(6), 638-654.


Click to View FlipBook Version