The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by destinydezkaka, 2024-05-28 21:21:01

Booklet Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli 2024

Booklet Mini konf pmm 2024_compressed

MASA | TARIKH 31 MEI | JUMAAT 1 JUN | SABTU 2 JUN | AHAD  5:00 - 6:00 a.m Renungan pagi 6:00 - 7:00 a.m Persiapan diri / mandi 7:00 - 7:30 a.m Sarapan pagi 8:00 - 8:30 a.m Ice breaking / Aktiviti dalam kumpulan 8:30 am – 9:00 am Kedatangan jemaat 8:30 - 10:30 a.m SESI 1 Sub-Tema: Good Behaviour Juruacara: Felix P&P: PMM Lingga Baru Penceramah: Magnify Loasi KKR 3 (9.00-11.30 am) Generasi yang bertumbuh, membangun dan berimpak Juruacara: Siro P&P: PMM Kawasan Tamparuli Pengkhutbah: Rev. Thenny M. Ali 10:30 - 11: 00 a.m Rehat / Kupi-kupi 11:00 - 13:00 p.m SESI 2 Sub-Tema: Keselamatan oleh Yesus Juruacara: Emmy P&P: PMM Tomis Baru & Luba Penceramah: Pst. Zedeth 13:00 - 14:00 p.m Makan tengahari 14:00 – 16:00 p.m PENDAFTARAN PESERTA SESI 3 Sub-Tema: Impact generation Juruacara: Victorlee P&P: PMM Pekan Tamparuli & PMM Malangang Penceramah: Saun Angkut JUMPA LAGI DI KONFERENSI AKAN DATANG! 16:00 - 18:00 p.m Ice breaking / Aktiviti dalam kumpulan 16:00 – 17:00 : Persiapan setiap kumpulan untuk Talent Night 18:00 - 19:00 p.m Persiapan diri 17:30 - 18:30 p.m: Makan malam 19:00 - 19:30 p.m Makan malam 18:30 - 19:30 p.m: Talent Night 19:30 - 22:00 p.m KKR 1 Generasi yang bertumbuh, membangun dan berimpak Juruacara: Siro & Joel P&P: PMM  Minangkob Pengkhutbah: Rev. Thenny M. Ali KKR 2 Generasi yang bertumbuh, membangun dan berimpak Juruacara: Sahia & Siro P&P: PMM Kelawat Pengkhutbah: Pst. Jubilie Apin 22:00 - 23:00 p.m Post-mortem (AJK Pelaksana)


Tahun pertama (1995) hingga tahun ke-14 (2009) dikenali sebagai Pertemuan Pemuda-Pemudi 1995 - 2009 Gereja SIB Minangkob Tamparuli (Pusat Gereja SIB Kawasan Tamparuli) Tahun 2010 nama program diubah kepada Mini Konferensi Pemuda-Pemudi Kali ke-15 2010 Gereja SIB Kelawat Tamparuli Kali ke-16 2011 Gereja SIB Minangkob Tamparuli Kali ke-17 2012 Gereja SIB Pekan Tamparuli Kali ke-18 2013 Gereja SIB Minangkob Tamparuli Kali ke-19 2014 Gereja SIB Lingga Baru Tamparuli Kali ke-20 2015 Gereja SIB Kelawat Tamparuli Kali ke-21 2016 Gereja SIB Minangkob Tamparuli Kali ke-22 2017 Gereja SIB Pekan Tamparuli Kali ke-23 2018 Gereja SIB Lingga Baru Tamparuli Kali ke-24 2019 Gereja SIB Kelawat Tamparuli Tahun 2020 - 2021 tidak dapat dijalankan kerana pandemik COVID-19 Kali ke-25 2022 Gereja SIB Lingga Baru Tamparuli Kali ke-26 2023 Gereja SIB Kelawat Tamparuli Tahun 2024 nama program diubah kepada Konferensi Pemuda-Pemudi Kali ke-27 2024 Gereja SIB Minangkob KRONOLOGI PENGANJURAN KONFERENSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI


JOHN B. SITU PENGERUSI PELAKSANA KONFERENSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI 2024 Shallom, bersyukur kita atas kasih dan kebaikan Tuhan, kerana sekali lagi kita bersama-sama dalam Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli tahun ini. Bermula tahun ini dan ke hadapan, kita tidak lagi menggunakan istilah Mini Konferensi tetapi kita ganti kepada Konferensi. Konferensi tahun ini adalah Konferensi Kawasan Tamparuli Kali-27. Mari kita mengimbau kembali sepanjang 27 tahun sejak Konferensi ini telah diadakan dalam Kawasan Tamparuli ini, telah banyak yang kita laksanakan dan lakukan bersama. Kesatuan dan kerjasama dalam kepimpinan PMM kawasan Tamparuli merupakan faktor utama mengapa kita tetap bertahan sehingga hari ini untuk terus mengadakan Konferensi ini. Tema Konferensi tahun ini adalah “Generasi yang Bertumbuh, Membangun dan Berimpak” yang diambil di dalam Kolose 2:6-7. Dengan harapan, semua peserta PMM yang mengikuti Konferensi ini akan bertumbuh dalam iman, membangun dalam sidang masingmasing dan berimpak kepada masyarakat divmanapun kita semua berada. Mari belajar dan siap untuk menerima “message” dari Tuhan lewat semua sesi sepanjang Konferensi ini. Saya berdoa,agar kita semua dapat menerima sesuatu di sepanjang Konferensi ini. Akhir kata, mewakili kepimpinan Jawatankuasa PMM SIB Kawasan Tamparuli, selaku pengerusi pelaksana Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli Kali-27 tahun 2024, saya mengucapakan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KPMM27 ini. Tuhan memberkati kita semua dan mencukupkan kita dalam segala sesuatu. Tuhan memberkati! Selamat berkonferensi! UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PELAKSANA KONFERENSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI KALI KE-27


JELI SITU PENGERUSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI 2024 Shalom. Terima kasih atas kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Pertama sekali, syukur atas kasih dan penyertaan Tuhan Yesus Kristus sehingga Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli dapat dilaksanakan pada tahun 2024 ini. Yang dikasihi Pta. Vadya, Pengerusi PMM SIB Sabah, terima kasih kerana sudi datang untuk merasmikan acara Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli, yang dihormati Pta. Yumil, Ketua SIB Kawasan Tamparuli, terima kasih juga kerana sudi bersama PMM Kawasan pada malam ini, yang dihormati Pta Joimn, Timbalan Ketua kawasan merangkap ketua Gereja SIB Minangkob, terima kasih kerana sudi meminjamkan gereja ini sebagai tuan rumah Konferensi PMM pada tahun 2024. Juga kepada semua Ahli Majlis Kawasan yang sempat bersama pada malam ini, yang berusaha Dkn. John Situ, pengerusi pelaksana Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli tahun ini juga merangkap pengerusi PMM sidang SIB Minangkob. Tidak lupa juga kepada pengkhotbah undangan kita Reverend Thenny Megat Ali dan Pst. Jubilie Apin, para penceramah iaitu Dkn. Magnify, Bro Saun dan Pst. Zedeth. Terima kasih kerana sudi menerima undangan dari kami dan seterusnya berbagi berkat rohani bagi semua jemaat PMM khususnya dalam Kawasan Tamparuli. Yang dikasihi juga semua pengerusi setiap cabang pelayanan seperti Wira, Wanita, PKK dan semua pastor yang hadir bersama malam ini dan juga kepada jemaat yang hadir bersama pada malam ini. Shalom sekali lagi. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Jawatankuasa Pengajur yang diketuai oleh Bro John yang telah berusaha bersungguh-sungguh membuat persiapan agar konferensi PMM Kawasan ini berjalan dengan baik dan lancar. Secara peribadi saya sebagai pengerusi PMM Kawasan hanya menjadi penasihat dan memantau mereka dalam mempersiapkan acara ini. Saya telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada team pelaksana ini untuk melakukan persiapan. Saya merasa lega kerana pada akhir-akhir atau penghujung kepimpinan yang saya terajui, saya melihat calon-calon yang berbakat dan luarbiasa yang Tuhan sudah persiapkan untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang akan bersara wajib pada tahun hadapan. Sedar tidak sedar kita sudah melewati tahun yang ke-27 dalam penganjuran Konferensi dalam kawasan Tamparuli. Dahulunya program ini dikenali sebagai Pertemuan Muda-Mudi, kemudian diubah kepada Mini Konferensi PMM dan pada tahun ini kita buang istilah mini menjadi Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli. Dengan tema "Generasi yang Bertumbuh, Membangun dan Berimpak," kita meyakini bahawa kita adalah generasi yang membawa satu perubahan atau transformasi kepada generasi-generasi yang ada di belakang kita. Apa yang menjadi role model kita hari ini, maka itulah yang akan dinikmati oleh adik-adik kita yang sedang bertumbuh sekarang. Oleh sebab itu kita perlu mempersiapkan satu pasukan atau generasi yang bertumbuh, membangun dan berimpak supaya kita tidak kekurangan pelapis yang akan mewarisi kepimpinan dalam kawasan kita. Dalam kesempatan ini, saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah menerima keputusan SPM beberapa hari yang lalu. Pesan dan nasihat dari saya adalah, apa pun keputusan yang kamu dapat, syukurilah, dan itu bukanlah pengakhiran kepada masa depan kamu, tetapi merupakan satu permulaan untuk suatu era yang baru. Carilah tempat pengajian yang kamu rasa selesa dan sesuai dangan cita-cita kamu, rebutlah peluang-peluang yang ada kerana dunia hari ini menawarkan persaingan dalam ekonomi yang sulit. Saya berdoa agar adik-adik tetap kuat dan berjuang sehingga berjaya. Akhir kata, marilah kita sama-sama menikmati dan merasakan hadirat Tuhan sepanjang Konferensi ini berlangsung. Semoga semua PMM akan memanfaatkan kesempatan ini dengan sungguh-sungguh. Tuhan memberkati kita semua. Sekian. Terima kasih. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI


PENATUA SHAYNE VADYA J. MUYOU PENGERUSI PMM SIB SABAH Terima kasih pengacara majlis. Shalom, Salam kasih dan damai di dalam Yesus Kristus Tuhan kita. Yang dikasihi Pengerusi PMM kawasan Tamparuli, Dekan Jeli Situ, Pengkhotbah utama kita, Pastor Jubilie Apin dan Reverend Thenny Megat Ali, para penceramah, Saun Angkut, Pastor Zedeth, dan Dekan Magnify, para pastor, penatua-penatua, pemuda-pemudi, dan semua jemaat yang hadir. Pertama sekali, marilah kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan kasih dan rahmat-Nya, kita dapat berkumpul di SIB Minangkob, Tamparuli untuk Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli kali ke-27. Ini adalah suatu kesempatan yang amat berharga bagi kita semua. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana di bawah pimpinan Dekan John Situ atas kerja keras dan dedikasi dalam merealisasikan mini Konferansı ini. Komitmen dan usaha gigih anda semua sangat dihargai, dan saya yakin bahawa usaha anda akan membawa muda-mudi mengasihi Tuhan dengan segenap hati, jiwa, akal budi dan kekuatan sesama. Tema pada kali ini, "Generasi yang Bertumbuh, Membangun dan Berimpak," yang didasari dalam Kolose 2:6-7, "Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita, karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur." Tema ini sangat relevan bagi kita semua, terutama dalam usaha kita untuk membangun generasi yang kuat dan berimpak dalam Kristus. Kita perlu terus bertumbuh dalam iman, membangun kehidupan yang berdasarkan ajaran-Nya, dan memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar kita. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pastor Jubilie Apin dan Reverend Thenny Megat Ali (Setiausaha Agung SIB Sabah) sebagai pengkhotbah utama kita, serta para penceramah, Saun Angkut, Pastor Zedeth dan Dekan Magnify Laosi. Saya yakin bahawa firman yang akan disampaikan oleh mereka akan memberikan inspirasi dan meneguhkan iman kita semua. Melalui perkongsian mereka, kita akan diajar untuk menjadi generasi yang bertumbuh, membangun, dan berimpak dalam Kristus. Akhir sekali, dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya merasmikan Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli kali ke-27 dalam NAMA TUHAN KITA, YESUS KRISTUS. Segala kemuliaan bagi Bapa kita di sorga, selamat berkonferensi, dan Tuhan memberkati kita semua. Sekian. Terima kasih. UCAPAN PERASMIAN KONFERENSI PMM SIB KAWASAN TAMPARULI KALI KE-27


PST. JUBILIE APIN PENGKHUTBAH (B.Th, Malaysia Bible Seminari) Asal: Kg Sinarut Lama, Ranau Umur: 50 tahun Isteri : Vivien Ngau (Kayan) Anak: 3 orang (Ezra 32, Abigail 28, Aaron 20) Profile pelayanan 1990 : Guru STP Namaus 1991: Pegawai Tadbir SIB Pusat 1992-1993: Guru STP Namaus 1994-1995: Pengetua STP/MTS Namaus 1996-1997: Pastor SIB Kepong, KL 1998-2000: Pegawai Pentadbir SIB Pusat 2008-2016: Sukarela sebagai Penasihat dan Pelatih Pelayanan Alpha Malaysia. 2001-2024: Pastor Misi, SIB Likas English REV. THENNY M. ALI Asal: Kampung Minangkob, Tamparuli. Sudah berkeluarga, isteri beliau bernama Puan Hilnah Doniol dan dikurniai empat orang anak lelaki yang diberkati Tuhan. Mendapat pendidikan awal Diploma Teologia di Borneo Theological Seminary (1999), Sarjana Diviniti di Seminari Teologi Sabah (STS) (2015), dan latihan intensif dalam bidang antropologi di International Christian College Brisbane Australia (2010). Sedang menyelesaikan pendidikan teologia di peringkat Master Teologi di STS dengan Pendidikan Kristian sebagai major. Telah memulakan pelayanan sebagai pekerja penuh masa SIB sejak tahun 2000 di beberapa gereja SIB iaitu SIB Bandar Sandakan dan SIB Kota Kinabalu Likas. Masa kini melayani sebagai Setiausaha Agung SIB sejak 2016 dan mengetuai Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia SIB.


Berasal dari Kg. Kiau Taburi, Kota Belud dan kini bertugas sebagai pengetua di SM St. James Tenghilan daerah Tuaran. Beliau mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak lelaki. Pelayanan terkini beliau ialah sebagai Pengerusi Majlis Gereja SIB Metro Kota Kinabalu Sabah (2024-2025) dan juga pengkhutbah dan penceramah undangan Pengalaman Pelayanan: 1. Pengerusi Majlis Gereja BEM Hebron Heights Trusan Lawas Sarawak 2022- 2024 2. Timbalan Setiausaha Majlis Gereja BEM Hebron Heights Trusan Lawas Sarawak 2019-2021 3. Ahli Majlis Tertinggi Pemimpin BEM On The Rock Miri Sarawak 2014-2018 4. Pengerusi PPP BEM Sarawak 2011-2013 5. Timbalan Pengerusi PPP BEM Sarawak 2008-2010 6. Timb. Setiausaha Majlis Gereja BEM Bukit Kanada Miri Sarawak 2008- 2010 7. Pengerusi PPP BEM Daerah Miri 2005-2007 Umur: 39 tahun Status: Berkhawin Asal: Kg Terintidon, Kota Belud Tempat berbakti: Gereja SIB Keningau City, Keningau. Pelayanan sekarang: 1. Timbalan pengerusi PMM SIB Sabah 2023-2025 2. Ahli Majlis Gereja SIB Keningau City 2022-2024 3. Pengerusi PMM SIB Keningau City 2022-2024 Pengalaman pelayanan: 1. AJK PMM SIB Sabah 2019-2022 2. Pengerusi PMM SIB Kawasan Tawau 2016-2018, 2019-2022 3. Pemangku Pengerusi Ahli Majlis Gereja SIB Bandar Tawau 2018 4. Pengerusi Ahli Majlis Gereja SIB Bandar Tawau 2019-2021 PENCERAMAH SAUN ANGKUT @ GEORGE DKN. MAGNIFY LOASI PST. ZEDETH ARTINIE SAPLI Tarikh lahir: 12/06/1998 Umur: 26 tahun Asal: Kampung Simpang Entilibon Telupid Tempat Pelayanan: Gereja SIB Kelawat Tamparuli Hobi: Memasak, membaca Buku Pst. Zedeth merupakan anak kedua dari 6 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan teologi di Borneo Theological Seminary Namaus (BTSN) dalam program Diploma Teologi. Beliau kini melayani sebagai pastor sidang SIB Kelawat Kawasan Tamparuli.


Masa Atur cara 2.00 pm Ketibaan AJK Pelaksana & peserta Pendaftaran peserta (Yuran & penginapan) 4.00 pm Ice-breaking (Pst. Nianih) Pembahagian kumpulan & aktiviti (Siro & John) 6.00 pm Persiapan diri 7.00 pm Makan malam Persiapan team pujian & penyembahan (Pst. Jenevy) Ketibaan jemputan, peserta dan jemaat 7.30 pm Juruacara: Siro & Joel Video bermulanya Konferensi (Riddik) Tarian sambut tamu (PMM SIB Minangkob) Doa pembukaan (Pelayanan doa diketuai oleh Pst. Jenevy) Ucapan alu-aluan Pengerusi Pelaksana (Dkn. John Situ) Ucapan alu-aluan Pengerusi PMM Kawasan Tamparuli (Dkn. Jeli Situ) Ucapan Ketua SIB Kawasan Tamparuli (Pta. Yumil Soinggin) Ucapan perasmian Konferensi (Pengerusi PMM SIB Sabah/wakil AJK PMM Pusat) 8.00 pm Gimik perasmian Konferensi kali ke-27 Tahun 2024 (Aaron & Joel) Pujian & Penyembahan (PMM SIB Minangkob) Doa wang persembahan (Pst. Zedeth) 8.30 pm Khutbah (Rev. Thenny M. Ali) Doa pengutusan / Altar call 10.30 pm Penyampaian cenderahati Pengumuman (Sahia) Doa penutup dan makan malam (Pst. Edrinus) Sesi fotografi (Alexkalson) 11.00 pm Borang maklum balas menggunakan QR Code (Sahia) Pembersihan dalam dan luar gereja (PMM SIB Kelawat) Minum malam 11.20 pm Kembali ke penginapan Rehat/Tidur Post-mortem AJK Pelaksana 31 MEI 2024 | JUMAAT FLOW MANAGER: EMMY LIM


Masa Atur cara 4.00 pm Persiapan kumpulan untuk Talent Night 6.00 pm Makan malam (Pst. Edrinus) 6.30 pm Juruacara: Felix & Joel Talent night Kesaksian lagu AJK PMM Kawasan 7.30 pm Persiapan team pujian & penyembahan (Pst. Jenevy) Juruacara: Sahia & Siro Doa pembukaan (Pst. Zedeth) Pujian & penyembahan (PMM SIB Kelawat) Doa wang persembahan (Pst. Edrinus) 8.10 pm Khutbah (Pst. Jubilee Apin) Doa pengutusan / Altar call 9.30 Penyampaian cenderahati Sesi fotografi (Alexkalson) Pengumuman (Sahia) Doa penutup (Pst. Jenevy) Borang maklum balas menggunakan QR Code (Sahia) Pembersihan dalam dan luar gereja (PMM Kelawat) Minum malam 11.00 pm Kembali ke penginapan Rehat/Tidur Post-mortem AJK Pelaksana 01 JUN 2024 | SABTU FLOW MANAGER: EMMY LIM


Masa Atur cara 5.00 am Renungan pagi (Pst. Jenevy 6.00 pm Persiapan diri 7.30 am Sarapan pagi (Pst. Edrinus) 9.00 am Doa pembukaan (Pst. Edrinus) Pembacaan ayat Alkitab PL & PB (PMM SIB Minangkob) Mendoakan anak-anak Sekolah Minggu (Pst. Parcilla) Pujian & penyembahan (AJK Kawasan Tamparuli) 10.30 am Khutbah (Rev. Thenny M. Ali) Doa pengutusan / Altar call 11.30 am Penyampaian cenderahati Ucapan penangguhan konferensi (Dkn. Jeli Situ) Sesi fotografi (Alexkalson) Pengumuman (Setiausaha Gereja SIB Minangkob) Doa penutup (Pst. Jenevy) 12.00 pm Borang maklum balas menggunakan QR Code (Sahia) Pembersihan dalam dan luar gereja (PMM SIB Minangkob) Pembersihan penginapan 12.30 pm Makan tengahari 02 JUN 2024 | AHAD FLOW MANAGER: EMMY LIM


PENAUNG Majlis Umum Kawasan Tamparuli PENGERUSI Jeli Situ TIMBALAN PENGERUSI Victorlee Jikah SETIAUSAHA Sahia Douni PENOLONG SETIAUSAHA John Situ BENDAHARI Fardiea Malusin AJK Siro Fenisia Udam Felix Sikin Joel Augustine Riddick Simbun Jinifer Ami Eva Lim Alexkalson Yamin Dyziny Daulin Emmy Lim Dyziaty Daulin Joel Jaimis Aaron Nathaniel Mischon Elfajura Ami Brendon Justin AJK PMM KAWASAN TAMPARULI 2022-2024


1 URUSETIA / JEMPUTAN / SPONSOR / BUKU PROGRAM / KAUNTER PENDAFTARAN KOFERENSI PMM SIB SABAH / GOOGLE FORM PENDAFTARAN / BORANG MAKLUM BALAS SAHIA & DYZINY 2 PENDAFTARAN PESERTA / GERAI JUAL JUALAN (10%) PMM SIB MINANGKOB 3 DESIGN BANNER / BANNER PHOTOBOOTH JOHN 4 CENDERAHATI / HAMPER FARDIEA 5 TAG NAMA / BUTTON BADGE JOHN 6 PENGINAPAN PMM SIB MINANGKOB 7 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN EMMY 8 PROTOKOL JELI 9 PENYAMBUT TETAMU / USHER (PINTU MASUK) HOLDING ROOM (RUMAH SIDANG) SIRO FENISIA 10 ICE BREAKING / SUKANEKA PST. NIANIH, SIRO FENISIA, JOHN, ARRON & JOEL 11 PUBLISITI / PROMOSI JOHN & RIDDIK 12 PUNGUTAN WANG PERSEMBAHAN FARDIEA 13 JURUTEKNIK / MUZIK / PA SYSTEM PMM SIB MINANGKOB 14 VIDEO (COUNT DOWN) PEMBUKAAN KONFERENSI RIDDIK 15 MONTAJ (GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PMM) ALEXKALSON 16 LCD / SPEAKER VICTORLEE 17 CAMERAMAN / VIDEOMAN ALEXKALSON & RIDDIK 18 PENGURUSAN MAKAN / MINUM JOHN 19 PUJIAN DAN PENYEMBAHAN P&P KAWASAN PST. JENEVY & SETIAP SIDANG 20 JURUACARA KKR 1: SIRO FENISIA & JOEL KKR 2: SAHIA & SIRO FENISIA KKR 3: SIRO CERAMAH SESI 1: FELIX CERAMAH SESI 2: EMMY CERAMAH SESI 3: VICTORLEE 21 DOA BERANTAI SEBELUM KONFERENSI / PENDOA SYAFAAT / BIMBINGAN DAN KAUNSELING EMMY PASTOR-PASTOR KAWASAN TAMPARULI 22 PENGANGKUTAN SIDANG MASING-MASING 23 FIRST-AID / HOSPITALITI / SOP BRENDON PENASIHAT JELI SITU PENGERUSI PELAKSANA JOHN SITU TIMBALAN PENGERUSI PELAKSANA VICTORLEE JIKAH SETIAUSAHA SAHIA DOUNI PENOLONG SETIAUSAHA EMMY LIM BENDAHARI FARDIEA MALUSIN JAWATANKUASA PELAKSANA KONFERENSI PMM KAWASAN TAMPARULI 2024 AJK KERJA


Ikhlas daripada: AJK Pelaksana Konferensi PMM SIB Kawasan Tamparuli 2024 Sekalung penghargaan kepada Terima kasih Tuhan Yesus memberkati.


Click to View FlipBook Version