The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Slide Penerangan dan Perincian Agro School

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguahmad007, 2023-12-11 19:20:02

Agro School

Slide Penerangan dan Perincian Agro School

Keywords: Pertanian

Agro School Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya


TEMPAT : TEMPOH : ANJURAN : TAMAN BOTANI SKLJ SEPANJANG TAHUN PIBG SKLJ 2022-2030


Pengenalan Penglibatan Murid Ibu Bapa Guru-Guru dan Komuniti setempat Isu kekurangan bekalan makanan akbibat krisis rantaian global telah menyebabkan harga barangan basah meningkat dengan mendadak. Perkara ini sangat menyulitkan golongan B40.Hal ini disebabkan pengeluaran hasil pertanian berkurangan ekoran daripada keadaan cuaca tidak menentu dan perubahan iklim dunia. Isu kekurangan bekalan makanan akan terus berlaku untuk tempoh yang panjang disebabkan pemanasan global, ketidaktentuan iklim dunia, ketidaktentuan politik dunia dan peperangan yang tercetus antara kuasa besar dunia. Oleh hal yang demikian, SK Lepan Jaya ingin menjadi sekolah pertama dalam sektor pendidikan yang akan bersama-sama kerajaan dalam membantu meningkatkan hasil pertanian untuk dipasarkan di sekitar Gua Musang bagi golongan B40. Sehubungan dengan itu, tiga sektor telah dipilih untuk melahirkan modal insan yang celik Agro Pertanian, Agro Penternakan dan Agro Keusahawanan. Sekolah Agro Pertama di Malaysia 100% Pengenalan


Agro School SK Lepan Jaya Gua Musang Kelantan Agro Pertanian Agro Penternakan Agro Keusahawanan Melibatkan aktiviti pengeluaran hasil pertanian Melibatkan aktiviti pengeluaran sumber protein Pengenalan Melibatkan aktiviti jual beli


Agro Pertanian Sektor Pengenalan menyasarkan murid yang mampu bercucuk tanam menggunakan kaedah terkini dengan kadar penggunaan tenaga manusia secara minimum, namun penghasilan dan pengeluaran yang maksimun. Penerapan unsur teknologi dalam Agro Pertanian dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang menuntut murid-murid menguasai dunia sains dan teknologi di samping meningkatkan daya inovasi dalam pertanian. Pelbagai jenis tanaman jangka masa pendek, jangka masa sederharana dan jangka masa panjang telah ditanam di sekitar kawasan sekolah.


Agro Penternakan Sektor Pengenalan menyasarkan murid untuk menguasai kaedah penternakan yang mampu mengurangkan tempoh masa tuaian dengan hasil penternakan yang bermutu tinggi. Ikan dipilih sebagai haiwan ternakan utama memandangkan faktor semulajadi yang wujud di sekitar sekolah seperti kolam takungan dan sumber air tandak yang bersih. Pelbagai jenis ikan telah diternak dalam kolam-kolam sekitar SK Lepan Jaya bagi membekalkan sumber protein kepada penduduk setempat.


Agro Keusahawanan Sektor Pengenalan menyasarkan murid untuk menguasai ilmu perniagaan di samping meningkatkan ilmu ekonomi dan matematik kepada murid-murid. Aktiviti jualan secara terus dan atas talian hasil pertanian ini memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang dunia tanpa sempadan. Diharapkan murid-murid dapat mengapikasikan kemahiran ini dalam kehidupan mereka pada masa hadapan. Malah dengan adanya program ini mampu meningkatkan daya inovasi kepada muridmurid untuk mengolah dan mempelbagai hasil pertanian menjadi produk yang mampu menembusi pasaran di sekitar Gua Musang.


Pemilihan Sektor Agro Agro Pertanian Agro Penternakan Agro Keusahawanan Pemilihan kepada ketiga-tiga sektor ini dilihat mampu memberikan impak yang baik kepada murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping penerapan unsur kemahiran dalam sektor pertanian. Malahan program ini juga dilihat mampu mendidik murid-murid dengan nilai-nilai murni untuk menjadi modal insan yang holistik. Bukan itu sahaja, perkara ini dilihat mampu menanam minat murid untuk terlibat dalam STEM. Oleh hal yang demikian, diharapkan program ini mampu menjadi titik tolak kepada sekolah untuk melahirkan usahawan tani yang berjaya. Pengenalan AgroSchool


Melahirkan modal insan yang holistik dalam menguasai pelbagai ilmu sains dan teknologi dengan kemahiran agro pertanian yang mantap dan mampu mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. Di samping pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta membentuk sahsiah insan yang terpuji selaras dengan penerapan 14 nilai Sekolahku Sejahtera. Matlamat Agro School SKLJ Gua Musang Kelantan FOKUS


Objektif AgroSchoolMemupuk minat murid dalam bidang pertanian. Melahirkan murid yang berkemahiran kesemua sektor Agro Pertanian, Agro Penternakan dan Agro Keusahawanan. Memupuk sikap positif dan kerjasama dalam aktiviti luar bilik darjah. Mejana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Memupuk budaya inovasi dan STEM dalam pertanian. Memupuk sikap suka berdaya saing antara murid . Mewujudkan Sekolah Hijau @ Sekolah Dalam Taman Melahirkan murid yang mampu menguasai sains dan teknologi pertanian. Melahirkan murid yang mampu mempelbagaikan produk pertanian. Melahirkan murid yang mampu memasarkan produk secara atas talian mahupun secara jualan langsung. Menggalakkan program 3R Reuse Reduce and Recycle. Mewujudukan ekosistem sekolah yang hijau bersih dan selamat. Memanfaatkan sumber semulajadi yang wujud di persekitaran sekolah. Membudayakan Revolusi Perindustrian 4.0 dalam kalangan murid-murid Memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid


Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun bermula Januari hingga Disember dan diteruskan pada setiap tahun berikutnya. Konsep Recycle Sistem akan digunakan dalam kesemua sektor yang telah ditetapkan bagi memberikan output pengeluaran pertanian yang optimum berdasarkan jadual tuaian hasil pertanian. Tempoh Pelaksanaan Agro School SK Lepan Jaya 2022 - 2030 Disember Januari


Penasihat: YB Hj Syahbuddin bin Hashim Pengerusi : Tn. Hj Layu bin Awang Deraman Pengerusi Bersama :En. Mohd Rasdi bin Mohd Nor Timbalan Pengerusi 1 : En Mohd Jailani bin Mat Jusoh Timbalan Pengerusi 2 : Pn Noorhayati binti Mat Ali Bendahari : Pn. Nordiana Waheda binti Che Soh Setiausaha : En. Ahmad Fakhrurrazi bin Che Daud


AGROPERTANIAN • Mohd Jailani bin Mat Jusoh (K) • Mohd Arham bin Mohd Ramli • Noor Aklima binti Abdul Rahman • Nik Aida Diana binti Nik Zainuddin • Mahasan bin Ghazali • Marina binti Indra Bangsawan • Nurul Shafeda binti Abdul Ghaffar • Nor Hafizuddin bin Mat Zin • Karimah binti Daud • Muhd Yusof bin Seman • AJK PIBG KUMPULAN 1


AGROPENTERNAKAN • Fauzi bin Junoh (K) • Muhammad Khairuddin bin Zul Akhman • Ahmad Fakhrurrazi bin Che Daud • Wan Zaiton binti Wan Muhammad • Nor Suhaila binti Mohamad • Naif Mustakim bin Mohd Radhi • Nor Mazila binti Ab Alin • Amalizzaty binti Ibrahim • Marzila binti Muhammad • Mohd Rozi bin Mohd Yusof • AJK PIBG KUMPULAN 2


AGROKEUSAHAWANAN • Mohd Jafri bin Bedullah (K) • Ahmad Kamil bin Adnan • Mohd Nazri bin Daud • Norisha Saila binti Shapie • Nordiana Wahida binti Che Soh • Rosmaria binti Mohamed • Mat Daud bin Yusof • YM Raja Zalina binti Raja Ibrahim • Munir Syahirah binti Ab Rashid • Nik Norhazimah binti Zainu • Rughtah binti Kadir • Mohd Rozi bin Nordin • Azlizan bin Ahmad •AJK PIBG KUMPULAN 3


Pengagihan Murid Agro School AgroSchoolMurid-murid dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing dan menjalani putaran untuk sektor agro yang ditetapkan setiap tahun.


Bagi menjayakan Projek Agro School, sekolah memerlukan peruntukan yang besar bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan dalam program ini dicapai dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar Ahli Parlimen dan semua ADUN Gua Musang dapat membantu pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat murni ini. Berikut merupakan senarai anggaran perbelanjaan yang telah dikaji oleh pihak sekolah: AGRO PENTERNAKAN AGRO PERTANIAN AGRO KEUSAHAWANAN RM13K RM10K RM10K Anggaran Perbelanjaan JUMLAH KESELURHAN RM33,000.00


The ecosystem is an ecological system formed from the reciprocal relationship between living things and the surrounding environment. Perincian Perbelanjaan AGRO PERTANIAN RM10K


AGRO PENTERNAKAN Perincian Perbelanjaan RM13K


Perincian Perbelanjaan AGRO KEUSAHAWANAN RM10K


Sektor Agro Pertanian Sawi 2000 Bayam 2000 Kangkung 4000 Jumlah : 8000 pokok Tanaman Jangka Masa Pendek Tanaman Jangka Masa Sederhana Tanaman Jangka Masa Panjang Terung 400 Bendi 400 Tebu 400 Jumlah : 1200 pokok Yang telah dituai Yang telah dituai 488 POKOK Pelbagai Spesis JUMLAH KESELURUHAN : 9688 POKOK


Lampan Patin Jelawat Talapia Merah Talapia Hitam Puyu Sektor Agro Penternakan JUMLAH KESELURUHAN : 4800 EKOR 1500 ekor 1500 ekor 1000 ekor 500 ekor 200 ekor 100 ekor


SAWIT Hasil Pertanian /Tahunan RM 20K Hasil Penternakan /Tahunan RM 10K Sektor Agro Keusahawanan Anggaran Hasil Tahunan SAYURAN BETIK TEBU LAIN-LAIN TALAPIA PUYU PATIN LAMPAN JELAWAT


PENUTUP Pihak sekolah berharap Program Agro School yang dirancang dan dilaksanakan ini memberikan impak yang maksimum kepada seluruh warga sekolah terutamnya murid-murid di samping penjanaan pendapatan bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya. Besar harapan pihak sekolah agar muridmurid yang tamat sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ketiga-tiga sektor agro yang telah ditetapkan.


Agro School Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya Sekian.Terima Kasih


Click to View FlipBook Version