BAB 4: KEWANGAN
4.4 PERANCANGAN KEWANGAN
4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS
SOALAN PENDEK
1. Terangkan empat langkah pertama dalam penyediaan bajet bagi sesebuah [4]
organisasi perniagaan
1M
Jawapan : 1M
1M
Empat langkah pertama dalam penyediaan bajet bagi sesebuah organisasi 1M
perniagaan ialah : 4M
i. Mencatatkan semua item penerimaan tunai [2]
ii. Mencatatkan semua item pembayaran tunai [2]
iii. Menentukan lebihan/kurangan tunai (aliran tunai bersih) dengan [2]
menolak jumlah pembayaran tunai dengan jumlah penerimaan
tunai
iv. Menentukan baki akhir tuni dengan mencampurkan
lebihan/kurangan tunai dengan baki awal tunai
2. Jelaskan konsep dan contoh yang sesuai bagi prinsip insurans berikut :
i. Kepentingan boleh insurans
ii. Penuh percaya mutlak
iii. Doktin punca terdekat
Jawapan : 1M
1M
Konsep dan contoh yang sesuai bagi prinsip insurans ialah :
1M
i. Kepentingan boleh insurans 1M
• Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan atas harta
atau nyawa yang diinsuranskan dan akan mengalami 1M
kerugian apabila risiko berlaku.
• Contoh : Ali memiliki sebuah rumah dan beliau boleh
menginsurankan rumahnya kerana dia akan mengalami
kerugian sekiranya rumah beliau musnah
ii. Penuh percaya mutlak
• Si diinsurans mesti mengemukakan maklumat yang
benar serta tidak merahsiakan maklumat penting tentang
harta atau nyawa yang hendakan diinsuranskan
• Contoh : Encik Wan tidak boleh merahsiakan penyakit
sakit jantungnya semasa mengisi borang pembelian
insurans
iii. Doktrin punca terdekat
• Ganti rugi hanya akan dibayar kepada si diinsurans
apabila kemalangan atau bencana itu berpunca daripada
risiko yang diinsuranskan
• Contoh : Jika sebuah rumah diinsurankan daripada risiko 1M
kebakaran sahaja, maka kerugian disebabkan kecurian
tidak akan dibayar gantirugi kerana tidak dilindungi 4M
[4]
3. Jelaskan risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh diinsuranskan
1M
JAWAPAN : 1M
1M
Risiko boleh diinsurans ialah risiko yang kemungkinan kejadiannya dapat 1M
dijangka secara statistik. 4M
Contoh : Kebakaran,kemalangan
Risiko tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang kemungkinan
kejadiannya tidak dapat dijangka secara statistik.
Contoh : Gempa bumi, banjir, tsunami
SOALAN ESEI
1. Jelaskan lima prinsip takaful dalam aspek kepatuhan syariah. [20]
JAWAPAN :
Empat prinsip takaful dalam aspek kepatuhan syariah ialah:-
1. Gharar 1M
• Merujuk kepada ketidakpastian atau ketidakjelasan yang terdapat 1M
1M
pada perjanjian untuk sesuatu urus niaga
• Takaful menjelaskan syarat perkongsian untung dengan jelas 1M
termasuk cara menyumbangkan premium, kaedah pelaburan dan
pembahagian untung
• Contoh: Untung akan dibahagi kepada peserta berdasarkan jumlah
untung dalam tempoh kewangan semasa
2. Maisir 1M
• Merujuk kepada kewujudan perjudian dalam urus niaga insurans 1M
• Merujuk kepada kewujudan elemen spekulasi dan elemen 1M
pertaruhan dalam urus niaga insurans 1M
• Contoh: Syarikat takaful tidak boleh melaburkan wang peserta/si
diinsurans dalam syarikat perjudian
3. Riba 1M
• Melibatkan pengenaan/amalan faedah dan bunga dalam urus niaga 1M
insurans 1M
• Syarikat takaful tidak menawarkan faedah/bunga kepada peserta/si 1M
diinsurans
• Contoh: 1M
4. Akad
• Merujuk kepada satu persetujuan yang mengikat kedua-dua pihak 1M
yang ingin membuat satu urus niaga.
1M
• Kedua-dua pihak bersetuju berkongsi untung dan memberi bantuan 1M
kepada peserta yang mengalami musibah/ risiko
• Contoh: Pembeli insurans bersetuju menyumbang sebahagian
tabung untuk membantu peserta lain yang mengalami kerugian
akibat kebakaran rumah
5. Jual beli 1M
• Merujuk kepada kewujudan pertukaran suatu barang dengan suatu 1M
barangan atau nilai yang dipersetujui. 1M
• Membeli suatu perkhidmatan perlindungan dengan suatu nilai yang 1M
dipersetujui
• Contoh: Ali bersetuju membeli polisi insurans kemalangan dari
syarikat nsurans yang bernilai RM 50 000
1F,1H,1C = 1M 20M
5F X 1M = 5M
10H X 1M = 10M
5C X 1M = 5M