Ayat
Majmuk
Unit 16: Kehebatan Sains
Standard Kandungan
5.3 Memahami dan membina ayat
mengikut konteks
Standard Pembelajaran
5.3.1 Memahami dan membina pelbagai
ayat majmuk mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran
Membina pelbagai ayat
majmuk dengan baik mengikut
konteks.
Apakah maksud ayat majmuk?
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri
daripada beberapa ayat tunggal.
Apakah maksud ayat tunggal?
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek
dan satu predikat.
Contoh:
1 Subjek Perkara yang diterangkan
Ali membasuh kasut sekolah.
1 Predikat Perkara yang menerangkan subjek.
1
Bagaimanakah kita dapat
kenal pasti ayat majmuk?
Dalam ayat majmuk terdapat kata hubung.
Contoh kata hubung
kerana dan yang
untuk kalau lalu
sambil atau tetapi
Contoh pembinaan ayat majmuk:
Ayat tunggal Kata Ayat majmuk
Hubung
a) Zara mengemas rumah. dan Zara dan ibunya mengemas
b) Ibu Zara mengemas rumah
rumah.
a) Puan Zurah menggunakan tetapi Puan Zurah menggunakan
pelocok. pelocok tetapi singki di
dapurnya masih tersumbat.
b) Singki di dapur Puan Zurah masih
tersumbat.
Aktiviti
Sila jawab soalan-soalan yang
diberikan dalam link
pembelajaran seterusnya.
Selamat menuntut ilmu. Semoga
menjadi insan yang bijak lagi
diberkati Ilahi.