MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-MUBARAKAH
JALAN 9/144A, TAMAN BUKIT CHERAS,
56000 KUALA LUMPUR.
MINIT MESYUARAT GURU-GURU BIL 1/2021
Tarikh : 11 Mac 2021 Bersamaan 27 Rejab 1442H
Hari / Masa : Khamis (10.45 pg Hingga 12.30 pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat SRA Al-Mubarakah
KEHADIRAN : (Guru Besar)
(GPK Tadbir)
1. Ustazah Rozana Binti Abdul Razak (GPK HEM)
2. Ustazah Khamsiah Binti Mohd Khonopiah (Bendahari)
3. Ustazah Norzihan Binti Hj Salleh (SUP)
4. Ustazah Siti Arah Binti Idris (SU & GDATA )
5. Ustazah Nor Hafizah Binti Ahmad Payumi
6. Ustazah Razilah Binti Abdullah ( SU LADAP )
7. Ustazah Noraini Binti Mohamad Johari ( Guru lantikan sekolah )
8. Ustazah Rasidah Binti Ibrahim ( Guru lantikan sekolah )
9. Ustazah Haniza Binti Ahmad
10. Ustazah Suhaina Binti Mamat @ Mokhtar
11. Ustazah Rosnah Binti Tawang
12. Ustazah Wan Bahiyah Binti Wan Ahmad Bahudin
13. Ustazah Suzainey Binti Zakaria
14. Ustazah Siti Aisyah Binti Aznam
15. Ustazah Siti Fatonah Binti Aznam
TidakHadir :
1. Tiada
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Guru Besar
5. Perlantikan
6. Laporan Guru Penolong Kanan HEM
7. Hal – hal lain
8. Penutup
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar selaku Pengerusi memulakan dengan bacaan Ummu Kitab bagi memberkati
mesyuarat dan beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru .
1
MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
2. PENGESAHAN MINIT LALU
2.1 Minit Mesyuarat Bil 3 / 2019 telah :
2.1.1 Disahkan oleh : Ustazah Suhaina Bint Mamat @ Mokhtar
2.1.2 Disokong oleh : Ustazah Rosnah Binti Tawang
3. LAPORAN ZON
3.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi
pendapat dan pandangan melalui edaran GF ( google forms ) berkenaan sesi
pembelajaran yang telah diedarkankan oleh JAWI bertujuan bagi membuat
penyelarasan bagi memudahkan pihak sekolah .
3.2 Seperti memo yang telah diedarkan peperiksaan semester 1 akan dijalankan manakala
soalan peperiksaan setiap sekolah perlu menyediakannya .
3.3 Pelajar yang berhenti dari sekolah dan akan menduduki peperiksaan UPKK dan UPSRA
perlu ada dokumen hitam putih bagi memudahkan semua pihak .
3.4 Ihtifal diperingkat zon tetap akan diadakan dan pihak sekolah telah melantik Ustazah
Rosnah sebagai penyelaras diperingkat sekolah .
4. LAPORAN SEKOLAH
4.1 Guru Besar telah memaklumkan bahawa JAKIM telah memberi peruntukan baikpulih
tandas blok B ,Gutter dan tandas duduk (guru perempuan) sebanyak RM 40,000 .
4.2 Guru Besar memaklumkan guru yang terlibat dengan LADAP yang diadakan, supaya
semua mengisi maklumat e-latihan dan memaklumkan pada beliau untuk disahkan .
4.3 Guru Besar juga mohon dan berharap supaya keselamatan murid perlu diutamakan
dan menjadi tanggungjawab kepada semua guru dan waktu pulang murid juga telah
dimaklumkan kepada ibubapa .
4.4 Pelajar yang menaiki kereta Pak Cik Zul telah diberi tanda dengan riben warna ungu
(purple ) dan perlu diberi pelepasan keluar waktu pulang melalui pintu pagar A.
4.5 Guru Besar mohon pada semua guru yang bertugas supaya sentiasa memberi
peringatan supaya pelajar tidak membeli makanan di luar .
4.6 Sesi kelas bersemuka akan bermula pada bulan Mac atau selewat – lewatnya 15 /3
/2021 dan beliau mohon semua guru dapat menyediakan dan memaparkan jadual
waktu dan nama pelajar di setiap kelas serta SOP yang sedia ada .
4.7 Cadangan dari Guru Besar berkenaan jadual waktu persekolahan kelas dibuat
mengikut kreativiti guru atau membuat tempahan dan semua guru bersetuju pihak
sekolah membuat tempahan .
5. LAPORAN GPKT
5.1 Makluman dari GPKT PdPR berjalan dengan lancar mengikut jadual dan laporan
dihantar setiap hari ke jabatan .
5.2 Jadual secara bersemuka juga telah diedarkan pada 15 / 1 / 2021 melalui memo
sekolah di telegram .
5.3 Bengkel semakan RPT akan dilanjutkan sehingga tarikh 18 /3 /2021 bagi memberi
laluan kepada guru untuk membuat persediaan dan perlu diselaraskan denan takwim
sekolah seperti yang telah diedarkan kepada guru.
2
MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
5.4 RPT perlu diselaraskan dan perlu diletakkan di dalam fail yang diguna semula pada
tahun lepas .
5.5 Jadual PdPR edisi 2 juga telah diedarkan kepada setiap guru dan tiada sebarang
perubahan pelajaran kecuali masa sahaja mengikut jabatan .
6. LAPORAN HEM
6.1 HEM memaklumkan telah pun selesai penyerahan dan pembayaran buku teks dan
aktiviti kepada KOPEJA sebanyak rm 34,100 manakala tempahan baru untuk tahun
2022 ialah pada 16 mac 2021 .
6.2 Fail peribadi hendaklah dikemaskini mengikut kelas masing – masing dan borang
maklumat perlu diedarkan kepada setiap murid .
6.3 Berkenaan dengan data murid bagi setiap kelas telah dimasukkan dalam
“dokumensraam “ bagi memudahkan untuk membuat semakan .
6.4 Buku kehadiran murid ( BKM ) hendaklah lengkap diisi dengan data murid dan yuran
murid juga perlu ditampal .
6.5 Manakala bagi tempahan buku tahun 2022 guru kelas dikehendaki membuat google
form dan item yang perlu akan disediakan bermula pada 26 / 3 / 2021 dan pada bulan
April dikehendaki serahkan pada HEM dan tempahan buku akan dihantar pada bulan
Mei kepada KOPEJA .
6.6 Bagi sesi persekolahan bulan 1 dan 2 yang tidak dapat dijalankan tidak perlu diisi di
dalam buku BKM dan bermula pada bulan 3 akan dihantar seperti biasa
6.7 Jadual guru bertugas untuk imbas suhu murid telah dimasukkan di dalam group info
sekolah
6.8 Bagi permohonan pendaftaran tahun 1 untuk sesi 2022 ibubapa tidak perlu hadir ke
sekolah hanya perlu imbas dan scan QR code dan hanya waktu pengesahan perlu
hadir ke sekolah .
6.9 Makluman untuk jumlah murid terkini ialah 467 yang terdiri dari 246 murid leleki dan 221
murid perempuan dan terdapat 3 kelas pagi dan 15 kelas petang.
6.10 Bagi tempahan baju sukan sekolah dan tanda nama boleh mengambil borang dan
harga baju muslimah RM 28 manakala baju lelaki RM 23 sahaja .
7. LAPORAN SUP
7.1 Laporan SUP berkenaan penetapan peperiksaan UPKK dan UPSRA dimana pihak
sekolah perlu sediakan bilik isolasi dan bilik khas untuk murid oku
7.2 Bagi peperiksaan UPKK 2020 & 2021 akan dilaksanakan dan dijalankan secara
serentak manakala jumlah calon keseluruhan ialah 162 calon dan calon UPSRA ialah
77 orang .
7.3 Tarikh akhir pendaftaran peperiksaan UPSRA ialah pada 12 / 3 / 2021 dan guru kelas
perlu mengumpulkan gambar murid gambar untuk ditampalkan pada slip peperiksaan
.
7.4 Peperiksaan UPKK bagi tahun 2020 perlu dimasukkan ke dalam sempeni dan guru
kelas perlu membuat keputusan muktamad senarai nama murid yang tidak
menduduki peperiksaan tersebut .
7.5 Jadual pepeperiksaan ujian prestasi 1 ( UP 1 ) telah dikeluarkan oleh JAWI dan pihak
sekolah perlu mengikut seperti yang telah dimaklumkan dan dicadangkan supaya buat
ikut kemampuan murid .
3
MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
7.6 Soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun hendaklah dibuat sendiri
mengikut sekolah masing – masing .
7.7 Makluman awal berkenaan peperiksaan UPSRA ialah awal bulan ogos dan
bergantung juga kepada peperiksaan UPSR .
8. LAPORAN PENYELARAS IHTIFAL
8.1 Ustazah Rosnah yang telah dilantik sebagai penyelaras ihtifal peringkat sekolah telah
memaklumkan bahawa setakat hari ini tiada apa – apa memo tentang ihtifal hanya
melalui google meet dan ihtifal perlu dilaksanakan juga .
8.2 Ihtifal diperingkat sekolah dijalankan pada Mac – Mei manakala diperingkat zon pada
21 Jun – Julai dan diperingkat jabatan pada 27 september sehingga 8 oktober .
8.3 Perlantikan penyelaras dan syarat – syarat ihtifal seperti tahun lepas kecuali acara
pengurusan jenazah tidak dilaksanakan .
8.4 Semua sekolah mesti menghantar peserta dan jika tidak menghantar peserta perlu
membuat surat tunjuk sebab .
8.5 Bajet RM 500 dibenarkan untuk menjayakan mini ihtifal peringkat sekolah dengan
kebenaran dari Guru Besar dan sekolah perlu membuat kertas kerja dengan kelulusan
dari KPKK .
8.6 Bagi tajuk yang akan dipertandingkan adalah seperti tahun lepas dan penyertaan ialah
1 murid untuk 1 acara .
8.7 Murid yang mengambil bahagian setiap acara perlu dilatih dengan secepat mungkin
dan perlu sediakan rakaman lebih awal dan rakaman lebih baik dirakam menggunakan
telefon .
9. HAL – HAL LAIN
9.1.1 Guru Besar juga memaklumkan perjumpaan telah diadakan di antara pentadbir
9.1.2 dengan PK Syabil dan pekerja am iaitu Pak cik Saad dan mak cik Milatun bagi
9.1.3 memaklumkan kepada beliau berkenaan waktu dan masa bertugas serta membantu
9.1.4 guru -guru apabila diperlukan .
Bagi guru yang meletakkan barang – barang di atas pili bomba mohon dimaklumkan
9.1.5 samada untuk dibuang ataupun disimpan .
Makluman dari Guru Besar juga berkenaan dengan bilik khas yang diselenggara
dan dipertanggungjawabkan bagi setiap guru adalah dikekalkan dan akan membuat
penambahbaikkan .
Ustazah Suhaina memaklumkan bermula 15 / 3 / 2021 kedai buku mula beroperasi
dan mohon guru dapat menjalankan tugas mengikut jadual tugasan yang telah
disediakan serta beliau mohon guru dapat meluangkan sedikit masa untuk
memotong atau menggunting buku yang mengandungi ayat al -quran tidak diguna
pakai untuk dilupuskan .
Makluman daripada Ustazah Rosnah berkenaan dengan ihtifal tidak ada acara
syarahan Bahasa arab yang akan dipertandingkan tetapi ianya diganti dengan acara
bercerita .
4
MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
10. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada 12.30. pagi dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr.
Disediakanoleh : Disemakoleh :
…………………………… …………………………………
(RAZILAH BINTI ABDULLAH) (ROZANA BINTI ABDUL RAZAK)
Setiausaha , Guru Besar ,
SRA Al – Mubarakah SRA Al – Mubarakah
5