The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by njwqilh, 2022-04-29 13:04:45

SUKAN DAN PERPADUAN

KUMPULAN 2

SUKAN DAN
PERPADUAN

NAMA : NUR SARAH
ALLIYA BINTI MOHD
SABRI
NO MATRIK :
15DPR21F2032

NAMA : NUR NAJWA
AQILAH BT AHMAD
REDZUAN
NO MATRIK :
15DPR21F2006

lecturer ;
Encik Marzuki

NAMA : NANDINI
A/P GUNASEKARAN
NO MATRIK ;
15DPR21F2030

NAMA : YASHVINIY A/P
SANTHER
NO MATRIK :
15DPR21F2026

ISI KANDUNGAN 4
5
1. PENGENALAN
2.MAKSUD SUKAN DAN

6
PERPADUAN
3. PERANAN SUKAN DARI SEGI

7
PERPADUAN 9
4. CONTOH-CONTOH SUKAN
5.TOKOH-TOKOH ATLET DAN

20
PENCAPAIAN
6.FAEDAH-FAEDAH SUKAN

22
DALAM PERPADUAN
7.USAHA-USAHA KERAJAAN



UNTUK MEMUPUK SEMANGAT

PERPADUAN DALAM 23
KALNGAN PELAJAR

8.PERANAN SUKAN DALAM

MENYATUPADUKAN 26
PERPADUAN KAUM 27
9. KESIMPULAN
10.RUJUKAN



PENGENALAN

Sukan ialah sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu
lapang tidak kira jantina mahupun umur seseorang itu.
Kanak-kanak sehinggalah ke dewasa juga mempunyai minat
untuk bersukan yang tersendiri.

Sukan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
permainan dalaman dan permainan luaran.Permainan
luaran contohnya bola sepak,bola jaring,bola
tampar,badminton,berbasikal,berjogging,Dan sebagainya.


Manakala bagi permainan dalaman pula adalah seperti

catur,dam,kad-kad Dan sebagainya.Sukan juga dapat
membantu kita menjaga kesihatan serta mencergaskan


badan dan mencerdaskan minda.

Sukan juga dapat membantu diri kita untuk menemui
dan menyerlahkan bakat- bakat terpendam didalam diri kita
dalam sukan. Contohnya aktiviti sukan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain.Sukan juga
dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat kerana
ia boleh menyatupadukan sesama masyarakat antara satu
sama lain.Contohnya Malaysia mengadakan Sukan Malaysia
iaitu SUKMA yang dimana diadakan pada Dua tahun sekali
untuk memupuk semangat perpaduan serta minat dalam
sukan.Dengan menyertainya acara ini, peserta akan
mendapat sijil penyertaan yg sangat berharga.

Sukan juga mengajar kita untuk menghormati agama
lain sebagai contohnya ketika orang Melayu sedang
menunaikan solat, pelajar yang berlainan agama akan
menghormati mereka.

MAKSUD SUKAN

kSmSSeueuetkkcnrPmLaaaaeganennrekgtgarnriaujmkhuegdtnaaegaeueasnrasjrikuaanaikam.nprinsenak-eaimpk,epnteasaceagnruheuraagkimnsrtkeadaaueernnulrramaanlmkbahnagaenehisntrgmiaegrafatreuniutnzrn.eliaauksnkkaetstalureitndvcdaaiaatntrileaaymnmaaengngata. l.

MAKSUD PERPADUAN

pasdkAPetoeisgeamsnauruiyspaanpaaslaputdyykeunuaaarakarpnnnaunagdkymdimaaaauptlnleaau.agnnmlhagdbnpbaiapeiidgtdankaiamyansnaenegjtrisumrksuaaaoaannnsnt,miuusodseelamoisrnageae.diksbIaaaysura.tta[jair1ahlauah]kpmhIasuaaitennspribysteleaaaarrhrizbjnaeuiemsknbzainuastyn. agDaanl a m
mhmtmmeueaaerbssnnduyyyyanaauapgrrymaaaaatbkknnbaaagkenttie..bgrkBeikneraeglagupkpiaaaamrdsgtaaaeasatpoyaneraiurdrpbabaaekindarakusntaaaiylinatiaaainsnsmgoafsullaeiinnakbglgtikoahmitrnkaeyoubnampegnurphgdnloearksmsaarptkuiadlnaa,n

PERANAN SUKAN DARI
SEGI PERPADUAN

· Sukan sebagai alat perpaduan dan

antarabangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan kaum.

· Aktiviti sukan dapat mengeratkan

hubungan silaturahim antara satu sama lain

· Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang

untuk bekerjasama dan saling memahami
antara kaum.

· Mewujudkan hubungan diplomatik antara

sesebuah negara dengan negara lain

CONTOH-CONTOH

SUKAN

Sukan di Malaysia adalah bahagian penting
dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia
sangat popular dari aspek penyertaan dan
pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai
lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan
untuk rekreasi dan persaingan. Salah satu
contoh sukan yang terkenal dan dapat memupuk
perpaduan ialah bola sepak. Bola sepak
merupakan satu sukan berkumpulan yang
mempunyai 11 orang pemain dalam setiap
kumpulan. Bola sepak ini merupakan satu contoh
sukan yang memupuk perpaduan kerana sukan
ini tidak didominasikan oleh satu kaum sahaja.
Terdapat pelbagai kaum dan bangsa dalam
setiap kumpulan contohnya Bola Sepak Malaysia
yang mempunyai jurulatih yang berbangsa cina
dan pemain-pemainnya berbangsa melayu, cina
dan india.

Selain dari sukan yang biasa kita
lihat, terdapat juga sukan paralimpik yang
dapat memupuk perpaduan. sukan
paralimpik dapat memupuk perpaduan
kerana kejayaan atlet paralimpik telah
membuka mata rakyat malaysia dengan
memenangi pelbagai acara dalam sukan
paralimpik. perkara ini harus dikekalkan
bagi mengeratkan lagi perpaduan antara
kaum. pelbagai respon dan ucapan
tahniah yang dilontarkan daripada rakyat
malaysia kepada atlet-atlet paralimpik
sama ada menang atau kalah tanpa
mengira kaum dapat menunjukkan
perpaduan dalam diri rakyat malaysia.

TOKOH-TOKOH DAN
PENCAPAIAN

BADMINTON
DATO LEE CHONG WEI

Nama penuh: Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1982
Tempat Lahir: Penang, Malaysia
Status: Berkahwin
Bangsa : Cina
Pendidikan: Jit Sin Primary School

Sekolah Kebangsaan Sungai Way
Kerjaya: Pemain badminton perseorangan
negara

LATAR BELAKANG

Dato Lee Chong Wei merupakan salah seorang atlet badminton yang
terkenal diseluruh dunia. Dilahirkan pada 21 oktober 1982 di Bagan
Serai, Perak. Lee Chong Wei gemar bermain bola keranjang pada
zaman kanak-kanaknya tetapi ibunya melarangnya untuk menceburi
bidang tersebut. Beliau mula mempelajari badminton ketika usia 11
tahun dan telah menarik minat salah seorang jurulatih tempatan. Bapa
beliau merupakan salah seorang penggemar sukan badminton dan
telah mengizinkan anaknya untuk menceburi bidang sukan badminton
dan akhirnya, bakat Lee Chong Wei dikesan oleh Misbun Sidek yang
merupakan bekas pemain dan jurulatih profesional Malaysia.

PENCAPAIAN
DATO LEE CHONG WEI

Merupakan seorang olahragawan kebangsaan
Diberi gelaran dato oleh Perdana Menteri sebaai wira kebangsaan
Merupakan pemain badminton nombor satu dunia
Memenangi pingat emas pada kejohanan siri terbuka Korea Selatan
2010
Memenangi emas sebanyak enam kali berturut-turut pada kejohanan
terbuka Malaysia

Dato Lee Chong Wei dianggap sebagai ikon perpaduan negara
apabila berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia sepanjang karier
profesionalnya bergelar pemain badminton tersohor negara.
Ini dapat dibuktikan selepas seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa
saja latar belakang kaum bersatu hati menyokong setiap kali dia
turun beraksi.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2019/08/601886/sebarkan-
kasih-sayang-bukan-kebencian-chong-wei

SKUASY

DATO NICOL DAVID

Nama penuh: Nicol Ann David
Tarikh Lahir : 26 Ogos 1983
Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia :
Bangsa : kacukan India dan Cina
Pendidikan: Sekolah Rendah Convent Green Lane

SMK Green Lane
Kerjaya: Pemain Skuasy Profesional Malaysia

LATAR BELAKANG

Dato Nicol Ann David merupakan seorang atlet squasy nombor satu dunia.
Beliau merupakan anak kepada salah seorang bekas pemain bola sepak
dan olahragawan manakala ibunya pula seorang pesara guru. Beliau mula
menceburi minat dalam bidang sukan squasy pada usia 5 tahun dan mula
berlatih bermain squasy pada usia 8 tahun. Beliau ingin mengikut jejak
bapanya yang aktif dalam bidang sukan dan akhirnya usaha beliau telah
membuahkan hasil dan kini telah menjadi seorang atlet squasy yang
berjaya.

PENCAPAIAN
DATO NICOL DAVID

Ranking nombor 1 dunia selama 112 bulan berturut-
turut
Menjuarai kejohanan skuasy asia sebanyak 9 kali
Mendapat anugerah terbaik tahunan sebanyak 7 kali
Menjuarai kejohanan terbuka Hong Kong sebanyak 10
kali
Menjuarai kejohanan skuasy terbuka British sebanyak 5
kali
Mendapat 2 emas sukan Komanwel dan 5 emas sukan
asia

Dato Nicol David mengatakan bahawa melalui sukan, bukan sahaja rakyat
pelbagai bangsa bersatu padu memberi sokongan kepada setiap atlet yang
berjuang di gelanggang sukan tetapi rakan seperjuangan turut menaikkan
semangat antara satu sama lain.
Tidak kira apa kaum dan agama, semua bersatu atas nama Anak-Anak
Malaysia. Sorakan semangat Malaysia Boleh ibarat mengalir di dalam
tubuhnya setiap kali beliau beraksi sama ada di dalam mahupun luar
negara.
https://www.mstar.com.my/sukan/2016/07/27/nicol-walk

PELUMBA BASIKAL
TREK

DATO AZIZULHASNI
AWANG

Nama: Muhammad Azizuhasni Bin Awang
Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
Tempat Lahir: Dungun, Terengganu
Status: Berkahwin
Banga: Melayu
Pendidikan: Barchelor Of Sports Science Univercity , Australia
Kerjaya: Pensyarah di UPSI dan pelumba basikal trek profesional

LATAR BELAKANG

Azizulhasni Awang atau dikenali the pocket rocketman merupakan seorang
pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul memulakan kerjayanya selepas
menonton perlumbaan abangnya. Arwah bapanya telah menghadiahkan sebuah
basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat keputusan terbaik
dalam Penialaian Menengah Rendah (PMR) iaitu 7A 1B. beliau menerima tiga
tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan. Oleh kerana minat
berbasikal, beliau memilih untuk masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau dilatih
oleh pasukan berbasikal dungun sebelum memasuki sekolah sukan.

PENCAPAIAN
AZIZULHASNI AWANG

Pernah menjadi ranking nombor 1 dunia dalam acara pelumba basikal
trek
Mendapat pingat emas dalam acara pecut berpasukan, Perak dalam
acara 1KM Ujian Masa dan Perak dalam acara pecut di Sukan SEA
2007
Mendapat pingat gangsa dalam dalam acara keirin di Sukan Olimpik
2016
Berjaya mendapatkan pingat emas dalam Kejohanan Trek Dunia UCI,
Hong Kong 2017

Azizulhasni Awang merupakan seorang ikon perpaduan yang dapat
memupuk perpaduan kerana kariernya sebagai pelumba basikal trek
yang terkenal di Malaysia. Ini kerana seluruh warga Malaysia
menyaksikan perlawanannya dan menanti kemenangan yang bakal
diperolehinya. Tidak kira bangsa, seluruh rakyat Malaysia menantikan
pencapaian beliau dalam acara lumba basikal trek tersebut dan
merasa bangga akan pencapaiannya. Tanpa sedar, beribu ucapan
tahniah dari pelbagai bangsa dan kaum yang diterimanya selepas
berjaya memenangi acara tersebut.

PELARI PECUT
PARALIMPIK

MUHAMMAD RIDZUAN
PUZI

Nama : Muhammad Ridzuan Bin Mohamad Puzi
Tarikh Lahir: 27 September 1987
Tempat Lahir: Perlis
Pendidikan: tiada
Kerjaya: Atlet pelari pecut dan lompat jauh negara

LATAR BELAKANG

Muhammad ridzuan atau nama samarannya Dek Wan merupakan seorang
pelari pecut dan lompat jauh negara. Beliau menghidap cerebral Palsy dan
disahkan oleh doktor pada usia setahun. Beliau menceburi bidang ini ketika
beliau menjadi wakil satu acara perlawanan antara sekolah dan menyerlahkan
bakat beliau dalam sukan sejak tahun 2004. kemunculan pertama beliau
sebagai atlet paralimpik dalam sukan Para ASEAN yang diadakan di
Indonesia.

PENCAPAIAN MUHAMMAD
RIDZUAN PUZI

Pernah menjadi ranking nombor 1 dunia dalam 100 meter T36

Meraih pingat emas dalam acara 100 meter Olimpik Rio

Menjadi johan mahkota wilayah

Meraih pingat emas dalam acara 100 meter, 400 meter dan

acara lompat jauh di 2018 ASEAN Para Games Indonesia

Mendapat emas dalam 2019 World Para Olympian Athletics

Championships Dubai

Mendapat emas dalam ASEAN Para Games Kuala Lumpur pada

tahun 2017

Muhammad Ridzuan Puzi juga merupakan seseorang yang
dapat mengeratkan perpaduan kerana bakatnya yang
membuka mata Malaysia walaupun dalam keadaan kurang
upaya tetapi beliau berjaya memenangi acara larian pecut.
Tidak kira kaum dan bangsa, rakyat Malaysia merasa
bangga atas pencapaiannya dan mengucapkan tahniah
kepadanya. Selepas beliau berjaya memungut pingat emas
dalam acara larian pecut paralimpik.

LONTAR PELURU
PARALIMPIK

ZIYAD ZOLKEFLI

Nama: Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
Tarikh Lahir: 15 Mac 1990
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Bangsa: Melayu
Pendidikan: SMK Teknik Tanah Merah, Kelantan
Kerjaya: Atlet paralimpik lontar peluru negara

LATAR BELAKANG

Muhammad Ziyad merupakan seorang atlet paralimpik negara dalam sukan
lontar peluru. Beliau mengalami kecacatan intelektual yang dikenal pasti
ketika beliau prasekolah. Sebelum menjadi seorang atlet negara, beliau
pernah menjual makanan iaitu kueh tiaw di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Terkenal apabila beliau memenangi pingat gangsa dalam acara lontar
peluru lelaki F20 Sukan Para di London. Dengan catatan 15.23 beliau
menjadi Johan Paralimpik musim panas Tokyo

PENCAPAIAN
ZIYAD ZOLKEFLI

Pernah memecah rekod dunia sebanyak 2 kali dalam acara lontar

peluru

Mendapat emas dalam kejohanan Para Atlet Dunia 2017

Meraih pingat emas dalam Sukan Para Asia 2014

Mempebaharui rekod dunia miliknya sendiri 19.29 meter oada

kejohanan Olahraga Para Dunia

Mendapat emas dalam Paralimpik Musim Panas Rio 2016

Ziyad Zolkefli merupakan pemain lontar peluru paralimpik dan
merupakan seorang yang mampu mengeratkan perpaduan kerana
peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia apabila
beliau memenangi pingat emas di acara sukan Paralimpik Tokyo
2020 dibatalkan kerana protes dari atlet Ukraine. Peristiwa ini telah
membuatkan rakyat Malaysia kecewa tetapi dapat memupuk
semangat perpaduan apabila rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
dan bangsa memberikan semangat kepadanya. Beliau telah
memenangi hati rakyat Malaysia walaupun pingat emasnya
dibatalkan.

FAEDAH-FAEDAH
BERSUKAN DALAM
PERPADUAN




Di peringkat individu, sukan telah menyumbang
kepada pembentukan sahsiah yang positif dalam diri
dan memberikan kesedaran serta kemampuan dalam
berdaya saing juga semakin tinggi. Dan ini juga
mampu mengukuhkan perpaduan sesama kaum dan
masyarakat kerana dengan mempunyai sahsiah diri
yang positif, akan terlahirnya generasi perpaduan
yang harmoni.



Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal seseorang individu
menerusi penggunaan masa yang terluang secara
berfaedah.



Di peringkat masyarakat pula , sukan telah
menyumbangkan kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum seperti
contohnya kaum melayu, india dan cina dan perkara
ini telah memberikan peningkatan tahap kesihatan
komuniti dan produktiviti kehidupan masyarakat,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan juga sokongan.

Jika kita lihat disini, sukan dapat mengeratkan
hubungan perpaduan dan hubungan silaturahim
antara satu sama lain.

seperti contohnya, dalam situasi dimana kaum
Melayu dan juga Kaum Cina yang sedang
bermain badminton bersama-sama. Ini telah
memberikan pandangan yang positif di dalam
masyarakat bahawa perpaduan di Malaysia
adalah harmoni dan tidak rasis.

bagi di peringkat antarabangsa pula, sukan
telah menyumbangkan kepada pemupukan
jalinan dan kerjasama antarabangsa,
peningkatan ketahanan dan daya saing dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan

adalah satu sektor ekonomi yang dapat

menjana pendapatan dan peluang pekerjaan,

bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan

sokongan, pengeluar peralatan sukan, media

dan lain-lain pihak yang berkaitan.

USAHA-USAHA KERAJAAN
UNTUK MEMUPUK
SEMANGAT PERPADUAN

Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil
untuk menempatkan muruid yang
mempunyai potensi dalam bidang sukan.
Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah
diwujudkan mulai tahun 2011
Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dianjurkan untuk mengembangkan bakat
murid dalam bidang sukan.
Pengenalan Rancangan Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMUP)sejak tahun
1986.

PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa.

Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak
akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan
Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai
Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali.

Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman
provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam
liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita
melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam
kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai
pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-
masing.

Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat
penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur
tadbir urus berbeza

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan
agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari
penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri
Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia
(Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi
temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-
baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana
Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur
Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi
pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu
yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah
diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia
melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas
1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam
pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara.

Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi
menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.

Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan
dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk
sekolah dan kawasan penempatan.

Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung,
daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti
diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah
sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika
dahulu di belakang Malaysia.

Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada
organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar
perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan
jati diri menyeluruh.

Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur
semangat 'kekitaan'.

Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan
yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik.

Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan
tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara,
satu matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus
utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara in

KESIMPULAN

kesimpulannya ,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan
perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk
di Malaysia.Di samping itu, sukan dapat membantu
meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang
individu . Selain itu, sukan dapat memberi peluang kepada
semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih
sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnnya,
melalui sukan, rakyat Malaysiajuga akan menyelami erti
perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta
kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah
satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep
1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai
bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia
dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai
semangat perpaduan yang tinggi

RUJUKAN

Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam
Masyarkat Malaysia. Johor Bharu:
Penerbitan Pelangi.
Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara
Malaysia
Wikipedia,sukan,ensiklopediabebas'Sukan
Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena
Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.
MZ Zainudin, Fadzrul Ikhwan Mohd Zaid,
Mohd Firdaus Halim, Dailami Mansor,
Muhamad Faiz Che Pa @Mustapa,
Mohamad Hafiz Mat, Ahmad Tharmizi Md.
Sukhaimi, Tee Hoo Yeow


Click to View FlipBook Version