SAY
NO TO:
1. FIEZLYN SHAHIRAH BINTI FARID ( 18DSK21F2003 )
2. SHANMATY A/P ASOKAN ( 18DSK21F2023 )
3. TISHALINI A/P T.INDRAN ( 18DSK21F2029 )
SAY NO TO "GANGSTERISME"
APA ITU GANGSTERISME?
DEFINISI KRITERIA
-kegiatan gangster a) Aktiviti kumpulan
, masalah gejala secara umumnya di
samseng di pandang negatif oleh
kalangan pelajar undang-undang.
mendapat b) Masyarakat
perhatian umum. mengiktiraf kumpulan
tersebut.
c) Aktiviti yang
dipandang negatif oleh
kumpulan masyarakat.
PUNCA PUNCA GANGSTERISME
a) Institusi Kekeluargaan
Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting
untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup
tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih
berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan
bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai
atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa
yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja
untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah
untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak
difahami oleh golongan remaja walaupun mereka
sedar namun sukar untuk mendapat bimbingan
memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak
perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja.
b) Pengaruh Rakan-Rakan
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul
dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan
seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul
malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan
menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota
kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat
memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-
guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda
sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol.
Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan
masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli
kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi
sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan,
kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli
kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.
KESAN KESAN GANGSTERISME
Gangsterisme membawa kesan negatif kepada
sekolah dengan kewujudan gangster disekolah
memberi impak dan pengaruh negatif kepada para
pelajar. Ahili -ahli kumpulan gangster sering
melakukan kegiatan -kegiatan ganas di sekolah.
Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu
jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia
boleh menggangu.
Dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Ini
seterusnya memberi kesan negatif kepada
pelajar - pelajar ,pihak
pengurusan,keselamatan sekolah dan juga proses
penyampaian pendidikan amnya. Selain itu,
Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Salah laku pelajar memberi impak secara
langsung ke atas kualiti pendidikan yang
diberikan disekolah.Kumpulan-kumpulan ini
mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati
dengan mengganggu prosesP&P .Berasaakan
perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang
wujud di sekolah-sekolah jika tidak dikawal
akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di
dalam dan di luar sekolah.
PUNCA PUNCA LAIN
Unsur-unsur gengsterisme itu juga
memesongkan kumpulan pelajar daripada
terlibat secara aktif dan bersungguh-
sungguh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kegagalan menangani secara
segera dan berkesan boleh mengagalkan usaha
mencapai pendidikan negara.
Dengan Ini, sekolah menjadi pusat aktiviti
geng. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah
malas masuk kekawasan sekolah. Sekolah
dijadikan pusat aktiviti geng yang penting
untuk pengambilan ahli-ahlibaru dan untuk,
tujuansosial yang lain. Majoriti geng ini
ada di sekolah kerana sekolah merupakan
satu tempat di amna mereka dapat berkumpul
dan membincangkan aktiviti-aktiviti mereka.
Mereka juga memberikan perlindungan kepada
ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain
mengambil ahli-ahli baru dan melibatkan
diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah
menjadi mengsa ganas geng.
LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME
Bagi mengelakkan masalah gengsterisme
daripada semakin berleluasa, langkah-
langkah yang berkesan harus dilaksanakan
dengan segera. Kasih sayang daripada
keluarga, terutamanya ibu bapa merupakan
ubat mujarab dalam penyelesaian masalah
ini. Anak umpama sehelai kain putih, ibu
bapalah yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah meluangkan masa mereka untuk
mengambil berat tentang segala aktiviti
yang dilakukan oleh anak-anak di
sekolah dan di luar sekolah.
Ibu bapa patut melibatkan diri dengan
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk
mengetahui pencapaian atau prestasi anak-
anak mereka di sekolah. Ibu bapa juga
haruslah menjadi pendengar setia dan selalu
bermusyawarah bersama-sama anak mereka
untuk mencari jalan penyelesaian masalah
yang dihadapi oleh anak. Selain itu, ibu
bapa perlu mengenali dan mengetahui dengan
siapa anak- anak mereka bergaul.
PERANAN IBU BAPA
Golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih
sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh
anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai
kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan
mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang
dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang
hanya sibuk mengejar harta kekayaan
perlulah dikikis sama sekali.
Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan
materialistik yang ada pada diri mereka akan
menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja
mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.
Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa
perlulah meluangkan masa mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-
sama anak-anak mereka.
Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin
di destinasi- destinasi yang menarik di
negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa
anak- anak diibaratkan seperti kain putih,
ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya,
ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan
keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak
mereka amat memerlukan kasih sayang seorang
ayah dan ibu.
PERANAN SEKOLAH
Sekolah mempunyai tanggungjawab yang
besar untuk mengatasi kemelut
gengsterisme dengan melentur masalah yang
timbul dari peringkat awal lagi supaya
dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar
yang lain. Sekolah bolehmengadakan
hubungan langsung dengan ibu bapa
terutama pelajar yangdikesan bermasalah
atau disyaki terlibat dengan kumpulan
gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan
kem atau program tertentu yang
berterusanuntuk memerhati atau memantau
kegiatan pelajar berisiko ini.
Kokurikulumdi sekolah juga mampu
memainkan peranan besar di dalam mengadun
sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti
persatuan, kelab dan organisasi
beruniformperlusentiasa diperbaharui
supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang
mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru
dan pada waktu yang sama mempertahankan
pencapaian akademiknya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,remaja adalah kempulan
masyarakat yang bakal mencorakkan masa
depan negara.Mereka adalah aset kekayaan
negara yang memegang peranan penting
dalam pembangunan negara.Maka,semua pihak
perlu bekerjasama dalam menangani masalah
ini.Demi mewujudkan generasi yang lebih
berguna pada masa hadapan,langkah-langkah
drastik haruslah dilaksanakan oleh semua
pihak.Sama-samalah kita berganding bahu
untuk menangani masalah ini.
SEKIAN
TERIMA
KASIH
1. FIEZLYN SHAHIRAH BINTI FARID ( 18DSK21F2003 )
2. SHANMATY A/P ASOKAN ( 18DSK21F2023 )
3. TISHALINI A/P T.INDRAN ( 18DSK21F2029 )