Buzzer, LED dan Motor Servo
Rajah 3.25 Buzzer, LED dan Motor Servo yang menghasilkan keluaran pada
Coin Bank.
BAB 4
RUMUSAN
4.1 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kerja kursus yang telah dilaksanakan berjaya mencapai
keempat-empat objektif yang telah ditetapkan. Objektif yang pertama iaitu membolehkan
pengiraan wang yang telah terkumpul di dalam tabung dilakukan secara automatik telah
tercapai melalui penggunaan 3 unit Penderia Infrared yang dapat mengesan kemasukan
wang syiling, seterusnya mengira jumlah wang berkenaan melalui aturcara perisian Arduino
IDE.
Objektik kedua iaitu mengasingkan wang syiling mengikut kategori nilainya juga dapat
dicapai melalui penggunaan 3 unit Penderia Infrared tersebut serta 3 slot wang syiling yang
direkabentuk berdasarkan diameter yang spesifik agar dapat mengasingkan wang syiling 10
sen, 20 sen dan 50 dengan jitu.
Produk ini juga dapat mencapai objektif ketiga iaitu memaparkan jumlah wang semasa
yang terdapat di dalam tabung melalui paparan LCD Display 20x4 dapat digunakan.
Disamping itu, paparan LCD ini juga berupaya memaparkan maklumat personal pengguna,
arahan penggunaan dan jumlah wang yang disasarkan untuk disimpan di dalam tabung
berkenaan.
Objektif keempat untuk menghasilkan tabung yang mempunyai daya tarikan untuk
pengguna menabung juga dapat dicapai melalui tindakbalas yang dihasilkan oleh nyalaan 3
unit LED, bunyi pembaz (buzzer) dan gerakan motor servo apabila jumlah wang tabungan
mencapai nilai yang disasarkan.
4.2 KELEBIHAN PRODUK
Terdapat beberapa kelebihan produk ini berbanding produk tabung
konvensional. Di antaranya ialah :
i. Penggunaan penderia infrared dapat mengesan bilangan setiap wang syiling
yang dimasukkan ke dalam tabung, seterusnya jumlah wang dapat dikira
secara automatik melalui aturcara Arduino IDE.
ii. Jumlah wang simpanan yang disasarkan boleh ditetapkan melalui aturcara
Arduino IDE.
iii. Wang syiling yang dimasukkan ke dalam tabung boleh diasingkan mengikut
nilai wang dengan mudah.
iv. Pengguna dapat mengetahui jumlah wang yang telah berjaya di dalam tabung
melalui paparan skrin LCD 20x4.
v. Maklumat personal pengguna dan arahan penggunaan juga boleh dipaparkan
pada paparan skrin LCD 20x4.
vi. Saiz slot syiling yang berbeza mengikut diameter wang syiling 10sen, 20 sen
dan 50 sen yang spesifik dapat meminimumkan kesilapan pengiraan syiling
yang masuk ke dalam coin slot.
vii. 3 unit LED (biru, merah, kuning) akan menghasilkan nyalaan setiap kali wang
yang disimpan mencapai sasaran. Ia dapat menambah unsur tarikan bagi
menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.
viii. Penggunaan Buzzer yang akan menghasilkan bunyi setiap kali wang yang
disimpan mencapai sasaran juga merupakan salah-satu unsur tarikan bagi
menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.
ix. Pergerakan kedua-dua lengan robot yang dikawal oleh 2 unit motor servo
setelah wang tabungan mencapai sasaran juga merupakan salah-satu unsur
untuk menarik minat pengguna untuk menggunakan produk ini.
x. Menerapkan konsep teknologi hijau melalui penggunaan bateri boleh cas
semula (rechargeable battery).
4.3 KEKURANGAN PRODUK
Terdapat beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti melalui produk yang
telah dihasilkan iaitu :
i. Penyambungan Paparan LCD secara terus kepada Arduino UNO melibatkan
penggunaan pin Arduino yang banyak.
ii. Jumlah wang yang disasarkan tidak dapat diubah melalui peranti luaran,
sebaliknya hanya dapat diubah melalui aturcara Arduino IDE.
ii. Penggunaan produk ini agak terbatas kerana hanya wang syiling sahaja yang
boleh dikesan dan dikira menggunakan produk Coin Bank ini.
4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dikenalpasti untuk
meningkatkan kualiti produk iaitu :
4.4.1 Menggunakan Inter-Integrated Circuit (I2C) yang menghubungkan antara
Arduino UNO dan Paparan LCD.
Penyambungan paparan LCD secara langsung kepada Arduino dalam
penghasilan produk ini melibatkan penggunaan 8 pin Arduino (A3, A2, A1, A0, 7, 6,
5V dan GND). Namun, dengan menyambungkan I2C antara Arduino UNO dan
paparan LCD, jumlah penggunaan pin Arduino yang dihubungkan dengan paparan
LCD dapat dijimatkan kepada 4 pin sahaja. Oleh yang demikian, bilangan penggunaan
pin Arduino UNO dapat dijimatkan untuk disambungkan dengan peranti lain.
Rajah 4.1 Penyambungan Paparan LCD secara langsung ke Arduino UNO
yang melibatkan penggunaan 8 pin Arduino UNO.
Rajah 4.2 Penyambungan Paparan LCD ke Arduino UNO melalui perantaraan
I2C yang hanya melibatkan 4 pin Arduino UNO.
4.4.2 Menggunakan Pad Kekunci (Keypad) untuk memasukkan nilai wang yang
disasarkan.
Produk yang telah dihasilkan tidak dapat menetapkan jumlah wang yang
disasarkan menggunakan peranti luaran, sebaliknya hanya dapat ditetapkan melalui
aturcara Arduino IDE. Sebagai cadangan penambahbaikan, Pad kekunci (Keypad)
4x4 boleh ditambahkan ke dalam litar. Oleh yang demikian, pengguna boleh
mengubah tetapan wang sasaran yang dikehendaki melalui keypad tanpa perlu
mengubah nilai dalam aturcara.
Rajah 4.3 Contoh penyambungan Keypad 4x4 ke Arduino UNO
4.4.3 Menambahkan slot wang kertas.
Produk yang telah dihasilkan hanya dapat mengesan dan mengira wang syiling
10 sen, 20 sen dan 50 sen sahaja. Sebagai cadangan penambahbaikan, penggunaan
slot wang yang dapat mengesan dan mengira wang kertas adalah amat disarankan.