The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 3 SJHK3073 Penulisan Refleksi FlipBook

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sentiaerna, 2021-09-14 10:10:23

Tugasan 3 SJHK3073 Penulisan Refleksi FlipBook

Tugasan 3 SJHK3073 Penulisan Refleksi FlipBook

Refleksi Keberkesanan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran

Sejarah bagi Mewujudkan
Persekitaran Pembelajaran yang

Kondusif

Pemerhatian di Sekolah Kebangsaan
Sungai Kawi, Meradong.

Nama: Sentia Erna Anak Talap

Penggunaan sumber pengajaran

dan pembelajaran (PdP) amat penting

kerana ia perlu digunakan oleh guru bagi

menggerakkan proses PdP di samping

mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang kondusif. Berdasarkan dapatan

semasa menjalani Pengalaman

Berasaskan Sekolah di SK Sungai Kawi,

terdapat beberapa sumber pengajaran dan

pembelajaran (PdP) Sejarah yang

digunakan oleh guru.

Gambar 1: Persekitaran Sekolah
Kebangsaan Sungai Kawi

Antaranya ialah bahan bercetak
seperti Buku Teks Sejarah dan sumber
elektronik iaitu video. Keprihatinan pelajar
pula banyak bergantung kepada persekitaran
fizikal bilik darjah yang kondusif di samping
penggunaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meransang minda
kritis dan kreatif (Mohd Hizwan, Muhammad
Sukri & Yusri, 2017).

Gambar 2: Buku Teks
Sejarah

Gambar 3: Video dari YouTube

Persekitaran pembelajaran

yang kondusif dilihat apabila wujud

interaksi aktif sama ada di antara

guru dan murid atau murid dengan

murid. Melalui pemerhatian,

keberkesanan penggunaan buku

teks dan video menunjukkan

perbezaan ketara dalam

Gambar 4: Sesi Pengajaran dan persekitaran pembelajaran yang
Pembelajaran dalam Talian
kondusif.

Ini kerana, wujud perbezaan yang ketara dari aspek tumpuan, penglibatan, dan
interaksi di dalam bilik darjah semasa proses PdP berlangsung.

Antara kekuatan buku teks Sejarah Gambar 5: Buku Teks Sejarah
ialah ia sangat tersusun dari aspek sebagai Sumber PdP
standard kandungan dan standard
pembelajaran yang ditetapkan bagi
menentukan objektif pembelajaran
tercapai. Begitu juga, buku teks
mengemukakan cadangan atau kaedah
pengajaran yang boleh digunakan semasa
mengelolakan bilik darjah. Terdapat
cadangan pelaksanaan PAK21, kajian kes,
perbincangan dan sebagainya dalam buku
teks.

Dengan adanya pelaksanaan ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti PdP. Misalnya, guru melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seperti
Gallery Walk yang diusulkan dalam DSKP.

Kekuatan penggunaan

video dalam PdP Sejarah pula

dilihat apabila ia berunsur hiburan

dan santai. Dengan adanya video,

murid dapat melihat dengan jelas

rentetan peristiwa sejarah melalui

filem yang diterbitkan seperti ‘Hang

Tuah’, ‘Hati Malaya 1957’ dan

sebagainya. Tahap kefahaman dan

penglibatan mereka juga

meningkat apabila mereka tertarik

dengan video pembelajaran yang

Gambar 6: Video dari YouTube ditayangkan.

Kesannya, murid dapat menumpukan perhatian penuh dan melibatkan diri secara

aktif dengan wujudnya sesi soal jawab antara guru dengan murid.

Namun begitu, kedua-dua sumber ini mempunyai kekurangan sehingga ia
menjadi batu penghalang kepada usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif. Antara kelemahan penggunaan buku teks ialah ia bersifat stereotaip,
kurang daya imaginatif dan kreatif. Hal ini kerana, murid hanya bergantung kepada
maklumat dalam buku teks sahaja tanpa meneroka dengan lebih meluas.
Kekurangan sikap meneroka murid dalam memperoleh ilmu pengetahuan akan
menjadikan pembelajaran Sejarah tidak menarik dan membosankan kerana sikap
yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan buku teks di dalam kelas (Stahl,
Hynd, Brittion & McNish, 1996). Oleh itu, penggunaan pelbagai sumber sangat
digalakkan agar dapat mewujudkan berbagai-bagai interaksi di antara guru dan
pelajar dalam bilik darjah.

Kelemahan penggunaan video dipersoalkan dari aspek kesahihannya. Ini
kerana, video yang diambil dari sumber internet sering diolah faktanya dan kurang
sahih jika dibandingkan dari sumber institusi maklumat sejarah. Tambahan lagi,
kualiti video yang kurang dari aspek audio dan tulisan dapat menjejaskan tahap
keberkesanan penyampaian maklumat.

Setelah melihat kelemahan kedua-dua sumber PdP tersebut, terdapat
beberapa peluang penambahbaikan dapat dilakukan. Antara peluang
penambahbaikan yang dapat dilaksanakan ialah menambahkan maklumat berguna
di dalam buku teks. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya menyelitkan
pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh murid mengakses maklumat. Misalnya,
memaparkan laman web institusi maklumat Sejarah seperti Arkib Negara Malaysia
yang boleh diakses secara maya. Bagi penambahbaikan sumber PdP video dari
internet pula, para guru perlu mengkaji kesahihan maklumat sebelum disampaikan
kepada murid. Ketepatan fakta tersebut boleh dirujuk pada institusi maklumat
sejarah yang dipercayai.

Gambar 7: Sesi Temu bual dengan Guru Mata Pelajaran Sejarah SK
Sungai Kawi

Berdasarkan pemerhatian semasa temu bual, kekangan yang dihadapi ialah
sumber PdP sangat terhad kerana pengetahuan guru kurang tentang penggunaan
pelbagai sumber selain dari buku teks dan video. Misalnya, guru di sekolah sangat
jarang memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan institusi sumber
maklumat sejarah seperti Arkib Negara Malaysia, muzium, tapak warisan sejarah
dan sebagainya. Ini kerana, mereka berpandangan bahawa pelaksanaan kaedah
PdP berasaskan sumber Sejarah mengambil masa yang panjang. Kesannya, murid
hanya memperoleh maklumat yang samar-samar dan tiada kemahiran meneroka.

Kesimpulannya,

sepanjang perjalanan PBS ini

saya melihat dengan jelas

bahawa keberkesanan

penggunaan sumber PdP

Sejarah dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran

yang kondusif apabila ia

mampu mewujudkan iklim bilik

darjah yang menggalakkan

Gambar 8: Sesi Perpisahan dengan Warga murid bebas berinteraksi
Pendidik SK Sungai Kawi dengan guru.

Ini kerana, persekitaran

pembelajaran yang kondusif

bergantung pada interaksi aktif di antara guru dan pelajar semasa PdP. Misalnya,
aktiviti Gallery Walk, kerja berkumpulan dan perbincangan membangkitkan

penglibatan aktif murid dalam aktiviti bilik darjah. Oleh itu, para guru amat

digalakkan mengaplikasikan pelbagai sumber dalam PdP bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran kondusif dan berkesan.

Sumber Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1989). Strategi pengajaran sejarah kbsm. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Hizwan, Muhammad Sukri & Yusri. (2017). Meta-analysis study of teacher
issues on higher order thinking skills in Malaysia. World Applied Sciences
Journal, 35(12), 2520-2523.

M. Kaviza. (2018). Penggunaan sumber sejarah sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran sejarah: adakah murid sudah bersedia untuk meneroka?
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(5), 41-47.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i5.147

Mook, S., S. (2011). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran (edisi kedua).
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nelson Jinggan. (2015). Kesan kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran
terhadap pencapaian akademik pelajar dalam kursus sejarah. JUKU: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Omardin Haji Ashaari. (2002). Kaedah pengajaran sejarah. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Sharipah Aini Jaafar & Arba’iyah Mohd Noor. (2016). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia, 1957-1989. Sejarah,
25(2), 40-57. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol25no2.3

Stahl, S., A., Hynd, C., R., Brittion, B., K., & McNish, N., N. (1996). What happens
when students read multiple source documents in history? Reading
Research Quarterly, 11(4), 430-455.

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran berasaskan video
dalam pembelajaran berpusatkan pelajar; analisis dan kajian kritikal.
Journal of ICT in Education (JICTIE), 3(1), 24-33.


Click to View FlipBook Version