The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masritamzain, 2020-07-13 10:12:47

LATIHAN OBJEKTIF EKONOMI SEMESTER 2

BAB 2

LATIHAN OBJEKTIF BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

1. Pendapatan negara merujuk kepada

A pendapatan kerajaan dalam tempoh tertentu

B jumlah wang yang terkumpul dalam negara bagi tempoh tertentu

C jumlah wang yang diterima oleh penduduk negara dalam tempoh tertentu

D nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara bagi

tempoh tertentu. (2002)

2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk dan pendapatan per kapita sebuah
negara.

Tahun Jumlah penduduk Pendapatan per kapita
(juta orang) (RM)
1994 11.9
1995 12.25 1813.00
1867.00

Berapakah kadar pertumbuhan Keluaran Negara bagi negara tersebut? (2002)
A 2%
B 3%
C 4%
D 6%

3. Jadual di bawah menunjukkan perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi
pada suatu tahun tertentu.

Butiran Nilai (RM juta)

Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2572
Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 547
Eksport 50
Import 13
Keluaran Negara Kasar
3100

Berapakah nilai penerimaan faktor bersih dari luar negara? (2002)
A -RM458
B -RM432
C RM358
D RM432

4. Jadual di bawah menunjukkan nilai keluaran bagi pelbagai aktiviti ekonomi pada
tahun 1991.

Aktiviti (RM juta)

Pertanian 14 818
Perlombongan 7 936
Perkilangan
Elektrik, gas, dan air 24 307
Pembinaan 1 690
Pengangkutan 3 250
Perdagangan 6 038
Perkhidmatan kerajaan 9 038
Perkhidmatan lain 8 964
Tolak : bayaran perkhidmatan bank
Campur : cukai tak langsung 11 614
4 804
3 458

KDNK harga pasaran 86 309

Berapakah peratusan sumbangan sektor utama kepada KDNK harga pasaran pada

tahun tersebut?

A 17.2%

B 26.4%

C 28.2%

D 54.6% (2002)

5. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan negara (nominal) dan indeks harga
pengguna pada tahun 1960 dan 1970.

Butiran 1960 1970

Pendapatan negara (nominal) RM500 juta RM750 juta
Indeks harga pengguna 200 300

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berkenaan dengan pendapatan negara pada
tahun 1970?
A Pendapatan negara benar tidak berubah.
B Pendapatan negara benar meningkat sebanyak 50 peratus
C Pendapatan negara benar meningkat sebanyak 25 peratus.
D Pendapatan negara (nominal) meningkat sebanyak 25 peratus. (2002)

6. Yang membezakan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Pendapatan Negara

ialah

A susut nilai dan cukai tak langsung

B subsidi dan penerimaan bersih asing

C penerimaan bersih asing dan susut nilai

D penerimaan bersih asing dan cukai tak langsung (2003)

7. Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi sesebuah negara.

Butiran (RM juta)

Keluaran sektor pertanian pada harga pasar 5300
Keluaran sektor perkilangan pada harga pasar 4200
Keluaran sektor perkhidmatan 3100
Pembayaran faktor ke luar negeri
Pendapatan faktor dari luar negeri 950
Susut nilai 850
Cukai tak langsung 600
Subsidi 550
320

Keluaran negara bersih pada harga pasar ialah (2003)
A RM11 670
B RM11 900
C RM12 130
D RM12 600

8. Jadual di bawah menunjukkan data keluaran Dalam Negeri kasar (KDNK) mengikut
punca-punca kegiatan ekonomi pada tahun 1995 mengikut harga tetap tahun 1978.

Kegiatan ekonomi Nilai keluaran
(RM juta)
Pertanian, perhutanan, dan perikanan
Perlombongan dan kuari 16 721
Perkilangan 8 851
Pembinaan
Elektrik, gas, dan air 39 895
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan 5 287
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran 2 820
Kewangan, insurans, dan hartanah 8 787
Perkhidmatan kerajaan
Perkhidmatan lain 14 635
12 884
11 463

2 436

Tolak : bayaran perkhidmatan bank 8 414
Campur : cukai import 5 124

KDNK harga pasaran 120 489

Berdasarkan data yang diberikan di atas, pada tahun 1995 sumbangan sektor

perkhidmatan kepada KDNK Malaysia ialah

A 44.01%

B 41.67%

C 39.67%

D 34.37% (2003)

9. Apakah tujuan cukai import ditambahkan dalam penghitungan Keluaran Dalam

Negeri Kasar (KDNK) dengan menggunakan cara keluaran seperti yang diamalkan di
Malaysia?
A Untuk mendapatkan nilai barang yang diimport
B Untuk mendapatkan nilai KDNK pada harga pasaran
C Untuk mendapatkan nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara
D Untuk menentukan perbezaan antara harga pasaran dengan harga faktor

(2004)

10. Jadual di bawah menunjukkan data bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Perbelanjaan isi rumah 18 000
Perbelanjaan penggunaan kerajaan 5 000
Pelaburan awam dan swasta 5 000
Subsidi 500
Pendapatan faktor dari luar negeri 1 000
Cukai tak langsung 4 000
Pendapatan dibayar ke luar negeri 500
Eksport barangan dan perkhidmatan 5 500
Import barangan dan perkhidmatan 6 000
Susut nilai 2 000

Pendapatan negara ialah (2004)
A RM22 500 juta
B RM26 000 juta
C RM27 500 juta
D RM29 500 juta

11. Antara yang berikut, yang manakah tidak menjadi masalah dalam penghitungan

pendapatan negara?

A Pengumpulan data

B Penghitungan dua kali

C Penjumlahan penduduk

D Pewujudan barang haram (2004)

12. Jadual di bawah menunjukkan data tentang keluaran negara bagi sebuah negara.

Butiran RM juta

Perbelanjaan pengguna 5720
Pelaburan termasuk inventori 1640
Perbelanjaan kerajaan 1620
Eksport 2320
Import 2040
Perbelanjaan pendapatan ke luar negeri
Penerimaan pendapatan dari luar negeri 220
Cukai tak langsung 60
Subsidi
1560
160

Berapakah Keluaran Negara Kasar pada harga faktor? (2004)
A RM7700 juta
B RM9100 juta
C RM9260 juta
D RM10 500 juta

13. Keluaran Dalam Negeri Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar

disebabkan

A bayaran pindahan positif

B cukai tak langsung melebihi subsidi

C eksport barangan melebihi import barangan

D pembayaran melebihi penerimaan bagi pendapatan pelaburan (2004)

14. Apabila Keluaran Negara Kasar sebenar melebihi Keluaran Negara Kasar potensi,

kerajaan akan

A menurunkan perbelanjaan kerajaan, menurunkan cukai, dan membeli surat

jaminan kerajaan

B menurunkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai, dan menjual surat

jaminan kerajaan

C menaikkan perbelanjaan kerajaan, menurunkan cukai, dan menjual surat

jaminan kerajaan

D menaikkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai, dan membeli surat

jaminan kerajaan (2005)

15. Dalam sebuah negara yang belum mencapai guna tenaga penuh,
A keluaran dalam negara tersebut boleh terus ditambah
B tingkat pengangguran dalam negara tersebut adalah rendah
C pendapatan dalam negara tersebut mencapai tingkat maksimum
D pengangguran geseran dalam negara tersebut semakin meningkat

(2005)

16. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta

Perbelanjaan isi rumah 27 500
Penggunaan awam 8 700
Pelaburan kasar swasta 5 400
Pelaburan kasar awam 6 875
Perubahan inventori -763
Eksport
Import 36 472
Pendapatan faktor bersih asing 25 300
Susut nilai -6 745
Cukai tak langsung
Subsidi 4 316
5 374
1 000

Berapakah nilai pendapatan negara bagi ekonomi di atas? (2005)
A RM43 449 juta
B RM47 823 juta
C RM52 139 juta
D RM58 884 juta

17. Andaikan bahawa kos untuk mengeluarkan suatu barang ialah sebanya RM5 juta dan

cukai tak langsung ialah sebanyak RM1 juta. Jika kerajaan menyediakan subsidi

sebanyak RM1.5 juta, maka

A Keluaran Negara Kasar lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar

B Keluaran Negara Kasar Nominal lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar benar

C Keluaran Negara Kasar pada kos faktor lebih besar daripada Keluaran Negara

Kasar pada harga pasar

D Keluaran Negara Kasar pada harga pasar lebih besar daripada Keluaran Negara

Kasar pada kos faktor (2005)

18. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sebuah ekonomi
pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan 2300
Perbelanjaan pelaburan kasar 4500
Eksport 6700
Import 7800
Subsidi 1200
Cukai tak langsung 3400
Cukai langsung 5600
Bayaran faktor bersih ke luar negeri -3200
Perbelanjaan kerajaan 4300
Susut nilai 2100

Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran. (2006)
A RM6800 juta
B RM7800 juta
C RM10 000 juta
D RM12 200 juta

19. Jadual di bawah menunjukkan sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) bagi sebuah negara dari tahun 1999 hingga tahun 2004.

Tahun Sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK
(RM juta)
1999
2000 26 859
2001 30 324
2002 34 458
2003 39 790
2004 44 684
50 270

Berapakah purata kadar pertumbuhan sector pembuatan dari tahun 2000 hingga tahun

2004?

A 11.3%

B 12.8%

C 13.4%

D 34.2% (2006)

20. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menerangkan konsep Keluaran

Negara Kasar?

A Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan

B Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam setahun

C Jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam

setahun

D Jumlah nilai pasaran barang perantaraan dan barang akhir serta perkhidmatan

yang dihasilkan dalam setahun (2006)

21. Sebuah firma membeli kacang soya sebagai input untuk menghasilkan air kacang

soya untuk dipasarkan. Yang manakah yang akan diambil kita dalam penghitungan

pendapatan negara?

A Harga kacang soya sahaja

B Harga air kacang soya ditolak harga kacang soya

C Harga kacang soya ditolak harga air kacang soya

D Harga air kacang soya ditambah harga kacang soya (2007)

22. Perbandingan pendapatan negara antara dua masa sukar dilakukan kerana

A perbezaan tingkat harga umum

B perbezaan nilai mata wang asing

C pengagihan pendapatan yang setara

D perbezaan pentafsiran butiran pendapatan negara (2007)

23. Pendapatan per kapita dapat ditentukan melalui
A pendapatan persendirian ditolak cukai pendapatan
B pendapatan negara dibahagi dengan jumlah penduduk
C pendapatan negara benar dibahagi dengan jumlah penduduk yang bekerja
D pendapatan negara ditolak susut nilai dan dibahagi dengan jumlah penduduk
(2008)

24. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada

Keluaran Negara Kasar pada kos faktor apabila

A cukai lebih kecil daripada subsidi

B susut nilai lebih besar daripada subsidi

C pendapatan faktor bersih luar negeri negatif

D subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung (2008)

25. Nilai keluaran firma Thailand yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam
pengiraan
A Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand
B Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia
C Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia
D Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Thailand
(2008)

26. Peningkatan pendapatan per kapita akan menunjukkan peningkatan taraf hidup

sekiranya

A harga barang tidak berubah

B bilangan penduduk bertambah

C kadar pengangguran meningkat

D agihan pendapatan tidak seimbang (2008)

27. Pertumbuhan Keluaran Negara Kasar sesebuah negara akan memberikan gambaran

positif tentang taraf hidup rakyat jika

A kualiti barang meningkat

B waktu bekerja bertambah panjang

C persekitaran menjadi lebih tercemar

D agihan pendapatan menjadi lebih tidak setara (2008)

28. Jadual di bawah menunjukkan di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi
sebuah negara.

Butiran RM juta

Perbelanjaan penggunaan kerajaan 420
Perbelanjaan penggunaan swasta 550
Pelaburan bersih 475
Eksport barang dan perkhidmatan 720
Import barang dan perkhidmatan 665
Pendapatan faktor bersih dari luar negara 270
Cukai tak langsung 140
Susut nilai 320
Subsidi 180

Berapakah Keluaran Negara Bersih pada kos faktor? (2008)
A RM1450 juta
B RM1490 juta
C RM1630 juta
D RM1770 juta

29. Yang manakah yang benar tentang keluaran dalam negeri kasar (KDNK)?

A Barang yang dikeluarkan dalam negara oleh semua sumber ekonomi yang

berada dalam negara itu.

B Barang yang dikeluarkan dalam negara oleh sumber ekonomi yang dimiliki

oleh penduduk negara itu

C Barang yang dikeluarkan dalam negara dan luar negara oleh sumber ekonomi

yang dimiliki oleh penduduk negara itu

D Barang yang dikeluarkan oleh sumber ekonomi dalam negara dan luar negara

serta yang dimiliki oleh penduduk negara lain (2009)

30. Yang manakah yang tidak termasuk dalam pengiraan pendapatan negara Malaysia

harga pasaran mengikut kaedah perbelanjaan?

A Cukai import

B Pelaburan swasta

C Penggunaan awam

D Perubahan inventori (2009)

31. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara sebuah ekonomi.

Butiran Nilai (RM juta)

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) harga pasaran 85 500
Penerimaan faktor dari luar negeri 200
Pembayaran faktor ke luar negeri 300
Cukai tak langsung 200
Susut nilai 100
Subsidi 400

Berapakah keluaran negara bersih harga faktor ekonomi tersebut? (2009)
A RM85 100 juta
B RM85 300 juta
C RM85 500 juta
D RM86 100 juta

32. Penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat kerana (2009)
A nilai tambah digunakan dalam penghitungan
B nilai barang akhir dimasukkan dalam penghitungan
C bayaran pindahan tidak diambil kira dalam penghitungan
D terdapat kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

33. Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan berikut kecuali (2009)
A mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
B menilai keluaran pelbagai sector ekonomi
C menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi
D menilai kadar pertukaran asing bagi negara berkenaan

34. Yang manakah barang perantaraan? (2010)
A Getah yang dibeli oleh kilang kasut
B Minyak kelapa sawit yang dieksport
C Buku ekonomi yang dibeli oleh pelajar
D Tepung yang dibeli untuk kegunaan sendiri

35. Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut kecuali

A mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

B merancang pembangunan sektor ekonomi

C menganalisis kualiti keluaran dalam ekonomi

D mengetahui sumbangan pelbagai sektor ekonomi (2010)

36. Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor dalam ekonomi pada
suatu tahun tertentu.

Sektor Sumbangan (%)

Pertanian, perhutanan, dan perikanan 12.9
Perlombongan dan kuari 0.4
Pembuatan
Pembinaan 28.8
Kewangan, insurans, dan hartanah 7.0
Pengangkutan dan penyimpanan
Perkhidmatan kerajaan 20.3
Perkhidmatan lain 18.5
13.1
Tenaga buruh (ribu orang) 50.9
Guna tenaga (ribu orang)
11 290.5
10 835.6

Jumlah guna tenaga dalam sektor peringkat kedua adalah sebanyak (2010)
A 1441.13 ribu orang
B 1501.64 ribu orang
C 3879.14 ribu orang
D 4042.00 ribu orang

37. Apakah kaedah pengiraan pendapatan negara yang digunakan di Malaysia?
A Kaedah perbelanjaan
B Kaedah keluaran dan pendapatan
C Kaedah keluaran dan perbelanjaan
D Kaedah pendapatan dan perbelanjaan

38. Untuk mengira sumbangan firma kepada KNK berdasarkan kaedah nilai ditambah,
kita mestilah menolak nilai barang itu pada harga pasaran dengan
A semua nilai barang perantaraan
B untung yang tidak dibahagikan
C jumlah jualan oleh firma
D susut nilai keluaran

39. Pemboleh ubah yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
Malaysia ialah
A Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran
B Keluaran Negara Kasar pada kos faktor
C keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut harga tetap
D Keluaran Negara Kasar mengikut harga semasa

40. Yang manakah bukan kelemahan dalam masalah perbandingan pendapatan negara
melalui masa?
A Perbezaan kualiti barang
B Perbezaan jumlah penduduk
C Perbezaan tingkat harga umum
D Perbezaan pentafsiran butiran pendapatan negara


Click to View FlipBook Version