1. Persamaan penggunaan (C) dan pelaburan (I) adalah seperti berikut.
C = 60 + 0.6Y (2002)
I = 30
Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A 225
B 200
C 135
D 90
2. Jadual dibawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan penggunaan sebuah
ekonomi.
Pendapatan (RM juta) Penggunaan (RM juta)
0 60
100 120
200 180
300 240
400 300
500 360
Fungsi tabungan ekonomi ini ialah (2002)
A S = -60 + 0.4Y
B S = 40 + 0.6Y
C S = 60 + 0.4Y
D S = 60 + 0.6Y
3. Pengganda ialah nisbah antara (2002)
A perubahan pendapatan dengan perubahan pelaburan
B perubahan pelaburan dengan perubahan pendapatan
C perubahan pelaburan dengan perubahan penggunaan
D perubahan pendapatan dengan perubahan penggunaan
4. Gambar rajah di bawah menunjukkan ekonomi akan berada pada tingkat guna tenaga
penuh pada Yf.
AE
Y = AE
AE
80
45o Y Yf Pendapatan negara
0
Jika Yf = 380 dan kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, berapakah jumlah
perbelanjaan kerajaan yang mesti ditambah untuk mencapai guna tenaga penuh?
A 320
B 95
C 60
D 15 (2002)
5. Apabila ekonomi berada dalam keadaan keseimbangan, import lebih besar daripada
eksport dan perbelanjaan kerajaan sama dengan pendapatan daripada cukai, maka
A kerajaan akan menghadapi keadaan lebihan belanjawan
B tingkat penggunaan ke atas barang-barang keluaran dalam negeri akan
bertambah
C akan berlaku lompang deflasi dan kerajaan perlu mengurangkan cukai untuk
mengatasinya
D pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor melebihi pendapatan negara
dalam ekonomi empat sektor. (2002)
6. Dasar fiskal dapat didefinisikan sebagai langkah kerajaan
A untuk memanjangkan tempoh pembayaran hutang negara
B untuk mengawal pinjaman oleh bank perdagangan kepada pengguna
C untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi negara dengan mengawal bekalan wang
D untuk mengawal aktiviti ekonomi negara dalam bidang percukaian dan
perbelanjaan (2002)
7. Sekiranya output agregat ingin ditingkatkan sebanyak RM300 juta, apakah dasa yang
patut dicadangkan jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8?
A Menurunkan cukai pendapatan sebanyak RM60 juta
B Menurunkan cukai pendapatan sebanyak RM150 juta
C Menaikkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM60 juta
D Menaikkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM150 juta (2003)
8. Dalam ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku apabila
A pelaburan sama dengan tabungan
B penawaran agregat sama dengan pelaburan
C tabungan sama dengan perbelanjaan agregat
D perbelanjaan penggunaan sama dengan pelaburan (2003)
9. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi
dua sektor.
C, I
Q Y = AE
C+I
R
PS
45o Y Yf Pendapatan negara (RM juta)
0
Jika Yf ialah tingkat pendapatan pada guna tenaga penuh, berapakah jurang KNK
ekonomi tersebut?
A PQ
B QR
C RS
D PS (2003)
10. Andaikan kecenderungan mengguna sut ialah 0.8 dan cukai (T) = 800. Jika Y
bersamaan dengan C pada tingkat Y = 8000, apakah fungsi penggunaan (C) ?
A C = 2240 + 0.8Yd
B C = 2340 + 0.8Yd
C C = 5760 + 0.8Yd
D C = 13 760 + 0.8Yd (2003)
11. Jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, berapakah kenaikan pendapatan negara
jika perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM5000?
A RM1000
B RM4000
C RM10 000
D RM25 000 (2003)
12. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi
dua sektor.
S, I
S = -200 + 0.2Y
550 I
0 3750 4250 Pendapatan negara
(RM juta)
Jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM4250 juta, berapakah
jurang deflasi?
A RM100 juta
B RM200 juta
C RM350 juta
D RM500 juta (2003)
13. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang Dasar Fiskal?
A Dasar belanjawan kurangan dilaksanakan semasa kemelesetan ekonomi.
B Dasar belanjawan lebihan dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi maslah
inflasi.
C Dasar belanjawan terimbang bermakna perbelanjaan kerajaan sama dengan
jumlah hasil cukai yang dipungut.
D Dasar belanjawan kurangan bermakna perbelanjaan kerajaan adalah lebih kecil
berbanding jumlah cukai yang dipungut. (2003)
14. Antara yang berikut, yang manakah yang mendatangkan hasil kepada pihak kerajaan?
A Cukai progresif
B Galakan eksport
C Dasar harga minimum
D Dasar penstabilan harga (2003)
15. Ceteris paribus, kecerunan keluk permintaan agregat akan bertambah apabila
A kecenderungan mengguna sut bertambah
B kecenderungan menabung sut bertambah
C nilai pengganda semakin kecil
D tingkat harga umum jatuh (2004)
16. Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM5500
juta dan kerajaan membuat keputusan untuk menambahkan perbelanjaannya sebanyak
RM1500 juta. Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru jika
kecekapan menabung sut dalam ekonomi ialah 0.4?
A RM3750 juta
B RM5500 juta
C RM7000 juta
D RM9250 juta (2004)
17. Apakah kesan kenaikan harga input yang diimport terhadap tingkat harga umum dan
output negara?
A Tingkat harga umum meningkat tetapi output negara menurun.
B Tingkat harga umum menurun tetapi output negara meningkat.
C Tingkat harga umum dan output negara meningkat.
D Tingkat harga umum dan output negara menurun. (2004)
18. Antara yang berikut, yang manakah bukan pembolehubah bocoran? (2004)
A Cukai sekali gus
B Import autonomous
C Tabungan autonomous
D Penggunaan autonomous
19. Alat dasar fiskal yang berikut dapat mengatasi masalah pengangguran kecuali
A menaikkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai
B mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai
C mengekalkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai
D menaikkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan jumlah yang sama
(2004)
20. Andaikan bahawa dalam ekonomi dua sektor kecenderungan mengguna sut ialah 0.6.
Pertambahan pelaburan sebanyak RM650 juta akan meningkatkan pendapatan
sebanyak
A RM1083 juta
B RM1625 juta
C RM2600 juta
D RM3900 juta (2005)
21. Jika nilai kecenderungan mengguna sut ialah 0.75, ini menunjukkan bahawa
A 25% daripada pertambahan pendapatan akan dibelanjakan
B 25% daripada pertambahan pendapatan akan ditabungkan
C 75% daripada pertambahan pendapatan akan ditabungkan
D 75% daripada pertambahan pendapatan akan dikeluarkan (2005)
22. Dalam gambar rajah bi bawah, C dan I masing-masing ialah penggunaan dan
pelaburan.
Penggunaan
dan pelaburan
P C+I
TQ C
45o S R Pendapatan negara
0
Yang manakah yang menunjukkan nilai pengganda? (2005)
A SR
PQ
B SR
TP
C PQ
TQ
D PQ
TP
23. Antara yang berikut, yang manakah yang akan membawa kepada tercapainya tingkat
keseimbangan pendapatan negara?
A Apabila berlaku jurang inflasi, semua firma akan menambahkan output.
B Apabila berlaku jurang deflasi, semua firma akan mengurangkan output.
C Apabila pendapatan negara melebihi tingkat pendapatan keseimbangan, semua
firma akan mengurangkan output.
D Apabila pendapatan negara kurang daripada tingkat pendapatan
keseimbangan, semua firma akan mengurangkan output. (2005)
24. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan tabungan bagi sebuah
ekonomi.
Pendapatan negara (RM juta) Tabungan (RM juta)
250 -10
275 -5
300 0
325 5
350 10
375 15
400 20
Berapakah keseimbangan pendapatan negara jika pelaburan ialah sebanyak RM5 juta?
A RM300 juta
B RM325 juta
C RM350 juta
D RM375 juta (2005)
25. Jadual di bawah menunujukkan tingkat pendapatan negara dan perbelanjaan
penggunaan bagi sebuah ekonomi dua sektor.
Pendapatan negara Perbelanjaan penggunaan
(RM juta) (RM juta)
2600 2290
2700 2370
2800 2450
Andaikan pelaburan autonomi ialah RM330 juta. Berapakah jumlah pelaburan yang
perlu ditambah untuk mencapai tingkat keseimbangan pendapatan negara pada
RM2900 juta?
A RM370 juta
B RM200 juta
C RM160 juta
D RM40 juta (2006)
26. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang penggunaan
dalam ekonomi dua sektor?
A Penggunaan adalah sama dengan pendapatan ditolak tabungan.
B Penggunaan dan tabungan ditentukan oleh pendapatan boleh guna.
C Tabungan adalah sifar apabila penggunaan sama dengan pendapatan.
D Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila penggunaan sama dengan
pelaburan. (2006)
27. Andaikan dalam sebuah ekonomi tertutup fungsi tabungan ialah S = -150 + 0.25Y dan
pelaburan ialah RM100 juta. Berapakah pendapatan negara pada tingkat
keseimbangan?
A RM500 juta
B RM1000 juta
C RM1500 juta
D RM2500 juta (2006)
28. Jadual dibawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dan penggunaan bagi sebuah
ekonomi tiga sektor.
Pendapatan negara Penggunaan
(RM juta) (RM juta)
1000 500
2000 1000
3000 1500
4000 2000
Berapakah nilai kecenderungan mengguna sut apabila kerajaan mengenakan cukai
sebanyak 30%?
A 0.30
B 0.35
C 0.40
D 0.45 (2006)
29. Dalam analisis keseimbangan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS),
peningkatan perbelanjaan isi rumah akan menyebabkan
A tingkat harga umum dan keluaran negara menurun
B tingkat harga umum dan keluaran negara meningkat
C tingkat harga umum menurun tetapi keluaran negara meningkat
D tingkat harga umum meningkat dan keluaran negara tidak berubah
(2006)
30. Nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka adalah lebih
kecil daripada tingkat pendapatan ekonomi tiga sektor jika
A import melebihi eksport
B pelaburan melebihi tabungan
C tabungan melebihi penggunaan
D perbelanjaan kerajaan melebihi cukai (2006)
31. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar mengenai cukai?
A Cukai positif menambah eksport.
B Cukai positif menambah kuasa beli pengguna.
C Cukai merupakan satu bocoran daripada aliran pendapatan.
D Cukai merupakan satu suntikan kepada aliran pendapatan. (2006)
32. Lompang inflasi boleh diatasi dengan menggunakan dasar makroekonomi yang
berikut kecuali
A meningkatkan cukai
B meningkatkan penjualan bon
C meningkatkan rizab berkanun
D meningkatkan perbelanjaan kerajaan (2006)
33. Dalam sebuah ekonomi tiga sektor, fungsi tabungan (S) ialah -200 + 0.4Yd, pelaburan
(I) ialah RM200 juta, perbelanjaan kerajaan (G) ialah RM300 juta, dan jumlah cukai
(T) ialah RM50 juta. Tingkat keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi ini ialah
A RM1250 juta
B RM1625 juta
C RM1675 juta
D RM1800 juta (2007)
34. Dalam ekonomi dua sektor, jika nilai pengganda ialah 2.5, maka kecenderungan
mengguna sut ialah
A 0.25
B 0.4
C 0.6
D 2.5 (2007)
35. Dalam ekonomi terbuka, komponen perbelanjaan agregat diberikan sebagai
C = 50 + 0.6Y
I = 150
G = 150
X = 200
M = 100 + 0.1Y
dengan C = perbelanjaan penggunaan, I = pelaburan, G = perbelanjaan kerajaan, X =
eksport, M = import, dan Y = pendapatan negara. Semua pemboleh ubah adalah
dalam nilai RM juta.
Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A RM900 juta
B RM1125 juta
C RM1300 juta
D RM1500 juta (2007)
36. Dalam gambar rajah di bawah, AD ialah keluk permintaan agregat dan AS ialah keluk
penawaran agregat sebuah negara.
Harga AS
AD AS1
P0 E0 AD
P1 E1 Pendapatan negara
AS AS1
0 Y0 Y1
Perubahan harga dari P0 ke P1 disebabkan oleh (2007)
A berlaku kemelesetan ekonomi
B pelaburan portfolio berkurang
C berlaku perkembangan teknologi
D cukai import terhadap bahan mentah meningkat
37. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE).
Perbelanjaan agregat
AE0
AE1
45o Keluaran Negara Benar
0
Pernyataan yang manakah yang dapat dikaitkan dengan peralihan keluk perbelanjaan
agregat dari AE0 ke AE1?
A Harga naik, pendapatan benar turun, perbelanjaan agregat turun, dan Keluaran
Negara Benar merosot.
B Harga turun, pendapatan benar naik, perbelanjaan agregat turun, dan Keluaran
Negara Benar merosot.
C Harga naik, pendapatan negara benar naik, perbelanjaan agregat naik, dan
Keluaran Negara Benar meningkat.
D Harga turun, pendapatan negara benar naik, perbelanjaan agregat naik, dan
Keluaran Negara Benar meningkat. (2007)
38. Dalam gambar rajah di bawah, AE ialah fungsi perbelanjaan agregat bagi sebuah
ekonomi.
Perbelanjaan agregat
Y = AE
AE = 200 + 0.6Y
45o Pendapatan negara
0
Berapakah jurang Keluaran Negara Kasar jika ekonomi ini mencapai guna tenaga
penuh pada RM800 juta?
A RM120 juta
B RM200 juta
C RM300 juta
D RM500 juta (2007)
39. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara sebuah
ekonomi. Keseimbangan asal adalah di titik E0, dan Yf ialah tingkat pendapatan
negara pada guna tenaga penuh.
AE
E1 Y = AE
P AE1
E0 Q AE0
45o Y0 Yf Pendapatan negara
0
Lompang PQ dapat diatasi dengan cara (2007)
A mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai
B mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai
C menambah perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai
D menambah perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai
40. Yang manakah yang tergolong dalam perbelanjaan mengurus? (2007)
A Pembinaan pusat kesihatan
B Pembayaran khidmat hutang
C Penambahan perbelanjaan Pendidikan
D Pemesatan kemajuan sektor pertanian
41. Yang manakah yang tidak mempengaruhi pelaburan autonomi? (2008)
A Kadar bunga
B Sikap pelabur
C Dasar kerajaan
D Pendapatan negara
42. Gambar rajah di bawah menunjukkan S dan I masing-masing ialh fungsi tabungan dan
fungsi pelaburan dalam sebuah ekonomi tertutup.
S, I
(RM juta
S
30 I
0 100 175 Pendapatan negara
-40 (RM juta)
Berapakah nilai perbelanjaan penggunaan isi rumah pada tingkat pendapatan negara
RM100 juta?
A RM30 juta
B RM40 juta
C RM80 juta
D RM100 juta (2008)
43. Dalam sebuah ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku pada
tingkat pendapatan RM500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6,
kemasukan pelaburan asing sebanyak RM50 juta akan menyebabkan pendapatan
negara bertambah menjadi
A RM530 juta
B RM550 juta
C RM625 juta
D RM750 juta (2008)
44. Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor tidak akan berubah
melalui perubahan
A eksport bersih
B tabungan dan percukaian
C perbelanjaan penggunaan
D pelaburan dan perbelanjaan kerajaan (2008)
45. Yang berikut ialah maklumat bagi sebuah ekonomi.
C = 500 + 0.75Yd, T = 120, G = 300, dan I = 600, dengan C, Yd, T, G, dan I masing-
masing ialah penggunaan isi rumah, pendapatan boleh guna, cukai, perbelanjaan
kerajaan dan pelaburan.
Jika cukai (T) dinaikkan menjadi 200, keseimbangan pendapatan akan berkurang
sebanyak
A 80
B 240
C 320
D 600 (2008)
46. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam
ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka.
Suntikan/Bocoran
S+T+M
S+T
I + G +X
I+G
0 Y1 Y2 Y3 Pendapatan negara
(RM juta)
Perubahan daripada ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka menyebabkan
keseimbangan pendapatan negara
A tetap di Y2
B tetap di Y3
C bertambah dari Y1 ke Y2
D berkurang dari Y3 ke Y2 (2008)
47. Dalam gambar rajah di bawah, AD dan AS masing-masing ialah keluk permintaan
agregat dan keluk penawaran agregat sebuah negara.
Harga AS0 AS1
AD
P0 E0 AD
P1 E1 Pendapatan negara
AS0 AS1
0 Y0 Y1
Perubahan harga dari 0P0 ke 0P1 berlaku disebabkan oleh (2008)
A berkurangnya pelaburan portfolio
B berlakunya kemelesetan ekonomi
C berlakunya perkembangan teknologi
D berlakunya peningkatan cukai import terhadap bahan mentah
48. Nilai pengganda akan menjadi semakin rendah jika (2008)
A kecenderungan menabung purata semakin bertambah
B kecenderungan menabung sut semakin berkurang
C kecenderungan mengguna sut semakin bertambah
D kecenderungan mengguna sut semakin berkurang
49. Yang manakah cukai tak langsung? (2008)
A Duti setem
B Cukai jalan
C Cukai perkhidmatan
D Cukai pendapatan petroleum
50. Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi boleh meningkat kerana
A lebihan penawaran agregat
B kurangan penawaran agregat
C pertambahan perbelanjaan agregat
D pengurangan perbelanjaan agregat (2009)
51. Jadual di bawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dan perbelanjaan
penggunaan sebuah negara.
Pendapatan negara Perbelanjaan penggunaan
(RM juta) (RM juta)
0 120
100 180
200 240
300 300
400 360
500 420
Sekiranya pelaburan ialah RM80 juta, pendapatan negara keseimbangan adalah
A RM300 juta
B RM360 juta
C RM400 juta
D RM500 juta (2009)
52. Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang keseimbangan pendapatan negara
dalam ekonomi dua sektor?
A Pendapatan isi rumah akan dibelanjakan dan ditabung.
B Penawaran agregat terdiri daripada penggunaan dan pelaburan.
C Pelaburan merupakan suntikan dan tabungan merupakan bocoran.
D Keseimbangan berlaku apabila pendapatan sama dengan penggunaan dan
pelaburan. (2009)
53. Yang manakah yang bukan komponen perbelanjaan agregat? (2009)
A Eksport bersih
B Perbelanjaan kerajaan
C Perbelanjaan penggunaan
D Pendapatan faktor bersih luar negeri
54. Jika penggunaan (C) = 400 + 0.8Yd, pelaburan (I) = 500, perbelanjaan kerajaan (G) =
300, dan cukai (T) = 300, berapakah nilai bocoran pada tingkat keseimbangan?
A 300
B 500
C 800
D 900 (2009)
55. Keluk penawaran agregat beralih ke kiri kerana (2009)
A kadar bunga menurun
B cukai perniagaan menurun
C harga bahan mentah meningkat
D daya pengeluaran bertambah baik
56. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) sebuah
ekonomi.
Perbelanjaan
agregat
E1 Y = AE
E0 AE1
AE0
45o Keluaran Negara Benar
0
Peralihan keluk perbelanjaan agregat dari AE0 ke AE1 disebabkan oleh (2009)
A import meningkat
B penggunaan menurun
C cukai pendapatan meningkat
D tingkat harga umum menurun
57. Jika keluk permintaan agregat adalah tetap, pengurangan penawaran agregat akan
menyebabkan
A tingkat harga meningkat dan pendapatan negara benar meningkat
B tingkat harga meningkat dan pendapatan negara benar jatuh
C tingkat harga jatuh dan pendapatan negara benar meningkat
D tingkat harga jatuh dan pendapatan negara benar jatuh (2009)
58. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan tabungan bagi ekonomi
dua sektor.
Pendapatan (RM juta) 1000 2000 3000 4000
Tabungan (RM juta) -150 100 350 600
Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara jika tingkat pelaburan ialah
RM200 juta?
A RM2200 juta
B RM2400 juta
C RM2600 juta
D RM2800 juta (2010)
59. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam
ekonomi dua sektor.
Perbelanjaan
agregat
Y = AE
C+I
45o Y1 Y0 Pendapatan negara
0
Pada pendapatan negara 0Y1, ekonomi mengalami (2010)
A tabungan melebihi pelaburan
B pelaburan melebihi tabungan
C tabungan sama dengan pelaburab
D penggunaan sama dengan pelaburan
60. Dalam gambar rajah di bawah, AE adalah keluk perbelanjaan agregat dan Yf adalah
pendapatan negara guna tenaga penuh.
Perbelanjaan
agregat
Y = AE
AE1
F AE0
E
45o Y Yf Pendapatan negara
0
Pergerakan dari titik E ke titik F menunjukkan
A peningkatan jumlah penggunaan dan pelaburan yang boleh menghapuskan
jurang deflasi
B peningkatan jumlah penggunaan dan pelaburan yang boleh menghapuskan
jurang inflasi
C peningkatan penggunaan dan tabungan yang boleh menghapuskan jurang
inflasi
D peningkatan perbelanjaan agregat yang boleh menghapuskan jurang inflasi
(2010)
61. Pada tingkat keseimbangan, pendapatan negara meningkat dan harga menurun
disebabkan oleh
A keluk permintaan agregat beralih ke kanan
B keluk penawaran agregat beralih ke kiri
C keluk permintaan agregat beralih ke kiri
D keluk penawaran agregat beralih ke kiri (2010)
62. Peningkatan tingkat harga umum dan keluaran negara benar melalui proses
keseimbangan permintaan agregat dan penawaran agregat berlaku disebabkan oleh
A perkembangan teknologi
B pemberian subsidi kerajaan
C pertambahan bekalan wang
D peningkatan kemasukan buruh asing (2010)
63. Jadual di bawah menunjukkan hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada
tahun 2006.
Butiran RM juta
Hasil 52 008
Cukai langsung 28 417
Cukai tak langsung 35 136
Hasil bukan cukai 101 246
35 758
Perbelanjaan mengurus
Perbelanjaan pebangynan
Belanjawan negara mengalami (2010)
A deficit sebanyak RM18 443 juta
B deficit sebanyak RM53 579 juta
C lebihan sebanyak RM14 315 juta
D lebihan sebanyak RM47 667 juta
64. Yang berikut merupakan hasil bagi Kerajaan Persekutuan kecuali (2010)
A duti eksport
B untung syarikat
C hasil bukan cukai
D cukai tak langsung