LATIHAN OBJEKTIF BAB 1 : PENGENALAN
1. Yang manakah bukan pembolehubah makroekonomi yang utama? (2002)
A Inflasi
B Pengangguran
C Agihan pendapatan
D Imbangan pembayaran
2. Pembolehubah yang dapat menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah
A Keluaran Negara Kasar benar
B Keluaran Negara Kasar potensi
C Pndapatan per kapita nominal
D Keluaran Negara Kasar harga semasa (2003)
3. Dalam keadaan sesebuah negara belum mencapai guna tenaga penuh, (2003)
A tingkat pengangguran negara tersebut adalah rendah
B pendapatan negara mencapai tingkat maksimum
C pengangguran geseran semakin meningkat
D keluaran negara boleh terus ditambah
4. Apakah dasar belanjawan yang sesuai dijalankan untuk mengatasi masalah
kemelesetan ekonomi?
A Menambahkan cukai sahaja
B Menggurangkan perbelanjaan kerajaan dan cukai
C Mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan
D Menambahkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan (2003)
5. Antara yang berikut, yang manakah bukan teori dalam kajian makroekonomi?
A Teori wang
B Teori Inflasi
C Teori Agihan
D Teori Pengangguran (2004)
6. Untuk mengawal inflasi dalam ekonomi, kerajaan patut
A menurunkan cukai lebih besar daripada menurunkan perbelanjaan kerajaan
B menurunkan cukai sama banyak dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
C meningkatkan cukai sama banyak dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
D meningkatkan cukai lebih besar daripada meningkatkan perbelanjaan kerajaan
(2004)
7. Antara yang berikut, yang manakah yang bukan objektif dasar makroekonomi?
A mengurangkan kadar kenaikan harga barang
B mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi
C menggalakkan setiap firma beroperasi pada tingkat optimum
D mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang dan kadar pertukaran
yang stabil (2005)
8. Antara yang berikut, yang manakah yang bukan pembolehubah makroekonomi?
A Kadar bunga
B Harga pasaran
C Penawaran wang
D Keluaran Negara Kasar (2006)
9. Apakah dasar belanjawan yang sesuai dijalankan untuk mengatasi masalah
kemelesetan ekonomi?
A Menambah cukai sahaja
B Menambah cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
C Mengurangkan cukai dan menambah perbelanjaan kerajaan
D Mengurangkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan (2006)
10. Sebuah negara dikatakan belum mencapai tingkat guna tenaga penuh apabila
A terdapat lompang inflasi
B perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat
C permintaan agregat kurang daripada penawaran agregat
D Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripada Keluaran Negara Kasar
potensi (2007)
11. Jika keluaran Negara Kasar benar sama dengan Keluaran Negara Kasar potensi, maka
A pengangguran berlaku
B guna tenaga penuh tercapai
C kemelesetan ekonomi berlaku
D permintaan agregat sama dengan penawaran agregat (2008)
12. Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun
2003 hingga tahun 2007.
Tahun KDNK (RM juta)
2003 193 422
2004 209 959
2005 210 640
2006 219 309
2007 229 287
Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan KDNK yang tertinggi ialah pada tahun
A 2004
B 2005
C 2006
D 2007 (2008)
13. Keluaran negara kasar (KNK) potensi merupakan (2009)
A KNK nominal
B KNK keseimbangan
C KNK sebenar
D KNK guna tenaga penuh
14. Yang manakah yang bukan pemboleh ubah makroekonomi? (2009)
A Guna tenaga
B Pendapatan negara
C Perbelanjaan kerajaan
D Imbangan pembayaran
15. Yang manakah alat dasar makroekonomi yang dapat mengatasi imbangan
pembayaran defisit?
A Pertambahan cukai
B Pertambahan pembelian bon
C Pertambahan penawaran wang
D Pertambahan perbelanjaan kerajaan (2010)
16. Jadual di bawah menunjukkan bilangan tenaga buruh dan bilangan guna tenaga
sebuah negara pada tahun 2009.
Bilangan tenaga buruh 9892.1 ribu orang
Bilangan guna tenaga 9535.1 ribu orang
Berapakah kadar pengangguran di negara tersebut pada tahun 2009? (2010)
A 3.61%
B 3.74%
C 4.91%
D 5.09%