The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Rohani, 2023-03-15 13:25:11

BUKU PENGURUSAN SEMES 20232024

BUKU PENGURUSAN SEMES 20232024

Keywords: BUKU PENGURUSAN

75


76 TATACARA PEMBELIAN BARANG MENGGUNAKAN WANG SEKOLAH (WANG KERAJAAN / SUWA) 1. Pembelian adalah berdasarkan keperluan dan telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan. 2. Pesanan dibuat oleh Pembantu Tadbir / GKMP / Penyelaras yang telah diperturunkan kuasa oleh Pengetua. 3. Tindakan : Mendapat sebut harga dari sekurang-kurangnya tiga syarikat (pembelian melebihi RM20,000.00) Semua permohonan pembelian hendaklah dibuat menggunakan borang nota minta dan mendapat kelulusan daripada Pengetua Membuat pesanan dengan menggunakan borang LO (Pengetua tandatangan) Menerima pesanan dan masuk stok (Hendaklah memastikan semua bekalan yang diterima sama seperti borang pesanan. Jika tidak, hendaklah dipulangkan semula) a. LO hendaklah ditandangani oleh: - Pembekal (di bahagian perakuan mengenai mutu) - Staf yang membuat pesanan (di bahagian perakuan penerimaan) b. Invois ditandatangani oleh pembekal dan staf yang membuat pesanan Mengawal keluar dan masuk stok Hantar Buku Stok untuk semakan Pentadbir di pertengahan dan akhir tahun


77 TATACARA KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 1. Menandatangani surat penurunan kuasa kutipan sumbangan PIBG. 2. Membuat kutipan daripada murid. 3. Mengeluarkan resit kepada murid. 4. Menyerahkan wang kepada Bendahari PIBG pada hari yang sama. 5. Merekodkan kutipan dalam Buku Rekod Mengajar. 6. Dapatkan resit daripada Bendahari PIBG. TATACARA KUTIPAN SUMBANGAN KECEMERLANGAN 1. Semua pembayaran hendaklah dibuat di pejabat SMK Selendang. 2. Puan Noorhayana binti Md Zahid dan Puan Norai binti Ismail telah dipertanggungjawabkan untuk menerima kutipan daripada murid dan ibubapa/ penjaga. 3. Mengeluarkan resit kepada murid. 4. Menyerahkan wang kepada GPK Pentadbiran pada hari yang sama. 5. Merekodkan kutipan dalam Buku Rekod Pembayaran. PANDUAN AM UNTUK GURU DAN AKP SEKOLAH 1. Arahan Am Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam PERINTAH AM KERAJAAN. o Guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi PERINTAH AM tersebut. o Guru dan AKP sekolah dinasihatkan supaya membaca dan memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan Lain.


78 o Guru hendaklah menghayati TATASUSILA PROFESION KEGURUAN dan mengunjunginya sebagai profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan/mata pencarian semata-mata. o Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati PRINSIPPRINSIP PERKHIDMATAN CEMERLANG. o Guru hendakah menghayati dan mengamal Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. o Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. o Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. o Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. Kedatangan 2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru/AKP hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan dan ”Punch Card” semasa sampai dan balik sekolah. 2.3 Guru/AKP yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru/AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.4 Semua urusan peribadi guru/AKP hendaklah dibuat di luar waktu sekolah/pejabat kecuali keadaan kecemasan. 3. Keluar Waktu Mengajar/Pejabat 3.1 Guru/AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan/pejabat kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan. 3.2 Guru/AKP dikehendaki menulis nama dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui ketua tingkatan / Guru tingkatan /Guru Penolong kanan. 4. Cuti 4.1 Cuti Rehat/ Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit


79 4.2.1 Sijil sakit dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 7 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti Tanpa Gaji 4.3.1 Mengikut Perintah 4.3.2 Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.3.3 Cuti Tanpa Gaji daripada AKP dan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 4.3.4 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap setahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.5 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam 4 tahun. 4.3.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.4 Cuti Rehat Khas 4.4.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada 7 hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari dalam satu tahun. 4.4.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. 4.4.3 Cuti Rehat Khas ini hendaklah dipohon tiga hari sebelum tarikh cuti dikehendaki. 4.5 Cuti Ke Luar Negeri 4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewatlewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5. Pakaian 5.1 Rujuk Pekeliling 6. Perhubungan Sesama Guru dan Kakitangan


80 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan dan semangat kerjasama. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru, AKP atau pun murid sekolah lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum status sosial, sosio-ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 7. Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru / dalam kawasan sekolah semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ”non-teaching period” dan bukannya ”free period”. Masa tersebut boleh digunakan bagi tujuan perkara berkaitan dengan Proses Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc). 7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada dalam bilik guru. 7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Sebarang masalah berkaitan dengan perjawatan boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir / Pengetua. 8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang PdPc bolehlah berurusan dengan rakan sepanitia / Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Penolong Kanan. 9. Tugas 9.1 Guru akan diberi tugas dalam bentuk 9.1.1 tugas hakiki / teknikal. 9.1.2 tugas sampingan / pengurusan. 9.2.Tugas yang diperoleh hendaklah dijalankan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.3 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan (contoh : menghadiri mesyuarat) guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas terpaksa dijalankan oleh pihak lain atau persetujuan sesama sendiri, maklumat tersebut mestilah disampaikan kepengetahuan Pengetua. 10. Buku/Fail Rekod Mengajar 10.1 Setiap guru diberi sebuah Buku/Fail Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku/Fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku/Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan. 10.2 Jika guru bercuti / kursus / buku tersebut hendaklah diserahkan Penolong Kanan.


81 10.3 Buku/Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 11. Jadual Waktu 11.1 Guru akan diberikan jadual waktu mengajar. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah/meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 12. Keselamatan Harta Benda Sekolah 12..1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah (samada sengaja/ tidak sengaja) hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 12..2 Ketua Bidang / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturanperaturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan lain-lain. 13. Kebersihan 13.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Guru mp hendaklah memastikan jadual giliran bertugas murid ada ditampal di kelas dan menyelia pelajar menjalankan tugas tersebut. Alatan yang digunakan hendaklah disimpan dalam keadaan selamat. 13.2 Guru yang mempunyai bilik khas bertanggungjawab mengenai kebersihan bilik tersebut. 13.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, AKP dan murid. 14. Surat Menyurat 14.1 Semua urusan surat rasmi mestilah dikirim melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 15. Surat Yang Diterima 15.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap suratsurat tersebut. 15.2 Surat yang ditujukan kepada guru dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat tersebut boleh disimpan sendiri setelah mengambil tindakan. 15.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah : 15.3.1 berurusan dengan kakitangan pejabat bagi tujuan mengambil fail berkenaan di pejabat. 15.3.2 mengambil tindakan seperti diarahkan. 15.3.3 menyimpan semula fail tersebut. 16. Pelawat 16.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 17. Membeli Barang


82 17.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat (berurusan dengan Pembantu Tadbir). 17.2 Mendapatkan pengesahan Ketua Panitia / Ketua Bidang / Penolong Kanan sebelum dikemukakan kepada Pengetua untuk kelulusan. 17.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 17.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 18. Kegiatan Kokurikulum 18.1 Guru yang ditugaskan mestilah menguruskannya dengan cekap. 19. Perhimpunan Sekolah 19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan harihari yang ditetapkan. 19. 2 Guru hendaklah berpakaian kemas. 20. Mesyuarat 20.1 Guru yang terlibat dengan mensyuarat DIMESTIKAN hadir. 20.2 Jika tidak dapat menghadkan diri hendaklah memaklumkan secara bertulis lisan kepada Pengetua / Penolong Kanan. 21. Buku Stok/ Inventori 21.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat di dalamnya adalah tepat, lengkap dan dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Penolong Kanan. 22. Tanda Nama 22.1 Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan / berkerja / majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah. 23. Kunci 23.1 Semua kunci mestilah di simpan di pejabat. 23.2 Guru/ AKP yang menyimpan kunci hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan.


83 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAFF (KGKT) SMK SELENDANG 2023/ 2024 PENASIHAT : Abdul Manap bin Mahmood ( PENGETUA) PENGERUSI : …………………………………………………… TIMBALAN PENGERUSI : …………………………………………………… SETIAUSAHA : …………………………………………………… BENDAHARI : …………………………………………………… AHLI JAWATANKUASA : 1. ………………………………………………………………………………..(Guru) 2. ………………………………………………………………………………..(Guru) 3. ………………………………………………………………………………..(Guru) 4. ………………………………………………………………………………..(AKP) 5. ………………………………………………………………………………..(AKP)


Click to View FlipBook Version