Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang
cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-
siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat
dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak
berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang
kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam
ini”
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang
kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak
mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang
kancil telah terdengar bunyi tapak kaki
yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si
Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam”
Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-
bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun
selamat kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus
melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang
kancil pun mengambil kesempatan untuk
melompat di atas badan gajah dan terus
keluar dari lubang yang dalam itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil
pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih
terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.
Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat
masa kecil dulu, inilah cerita dongeng dan turun temurun yang
diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila difikirkan kembali,
apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini?
Jadilah seperti sang kancil yang
cerdik tapi tak baik?
Atau jadilah seperti sang gajah yang
baik tapi tak cerdik?
“Orang baik tak cerdik akan ditipu,
orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”
Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang
kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk
menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana
walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.
Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik
kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu.
Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu
sepatutnya begini.
“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.
“Aku terjatuh dalam lubang yang besar
inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk
keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau
engkau berjaya tolong aku untuk keluar
dari sini, aku akan bagi tebu yang paling
besar di dalam hutan rimba ini!” balas
sang kancil
“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”
“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke
pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku Nampak ada dahan kayu”
Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak
tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak
tunggul kayu ke dalam lubang.
Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti
yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar
dalam hutan rimba.