The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM HARI GURU DAERAH PITAS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alfyve, 2021-09-05 12:39:28

BUKU PROGRAM HARI GURU DAERAH PITAS 2021

BUKU PROGRAM HARI GURU DAERAH PITAS 2021

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

ATURCARA MAJLIS

10.00 PAGI : LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU

: BACAAN DOA

: UCAPAN KHAS
PN MALATI BINTI LAJIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS

: UCAPAN PERASMIAN
YBHG DATUK DR MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

: PERSEMBAHAN MONTAJ PELANCARAN HARI
GURU

: BACAAN IKRAR HARI GURU

: LAGU KAMI GURU MALAYSIA

: TAYANGAN VIDEO TOKOH GURU, TOKOH
KEPIMPINAN

: PENYAMPAIAN ANUGERAH-ANUGERAH KHAS DAN
JASAMU DIKENANG

: PENYAMPAIAN SIJIL PEMENANG KLIP VIDEO
KREATIF SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
SERTA SIJIL PENGELOLA BERSAMA SK ROSOB,
PITAS

: TAYANGAN KLIP VIDEO KREATIF TERBAIK

: TAYANGAN VIDEO PUISI PENA DALAM
PANGKALAN RENCAH (PDPR) DAN KLIP VIDEO
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PITAS

: UCAPAN HARI GURU OLEH SEKTOR-
SEKTOR PPD PITAS

: SELESAI

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

UCAPAN PERASMIAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya dan salam Sabah Hebat. Katakan tidak kepada nombor 16,
Katakan ya kepada 10 terbaik.
Salam PPD Pitas Cemerlang, Sepakat Berubah, Tekad Cemerlang.

Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Pitas Tahun 2021. Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf
peranan dan sumbangan guru dalam mendidik generasi bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan setulus penghargaan kepada semua warga pendidikan di
Daerah Pitas atas segala jasa, bakti dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.

‘BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU’

Para guru, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu, syabas saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dalam menjayakan
majlis pada hari ini. Sesi ini amat signifikan khususnya dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga
pendidik. Ini termasuk juga segala khidmat dan bakti dalam melaksanakan tanggungjawab, baik tugas rasmi mahupun
sumbangan aktif dalam kemasyarakatan.

Saya ucapkan tahniah kepada PPD Pitas atas pencapaian guru-guru dan pelajar-pelajar dalam tahun 2020 dan 2021.

• SPM tahun 2020 seramai 2 orang mendapat 10A. Gred purata daerah juga meningkat daripada 5.78 kepada 5.67.
• STPM 2020 semua sekolah yang ada tingkatan 6, mempunyai pelajar yang berjaya mendapat 4.0.
• Murid PPKI seperti Joel Farhan layak mendapat sijil SPM.
• Festival Al Quran dan Kesenian Islam tahun 2020, SK Kusilad mendapat naib johan Pertandingan Kalam Arabic Sekolah

Rendah Peringkat Negeri Sabah bagi kategori lelaki dan perempuan.
• PPKI tahun 2020, Pertandingan eTarranum masalah pembelajaran kategori sekolah rendah peringkat negeri di mana SMK

Pitas mendapat naib johan iaitu adik Mohd Saidina Awaluddin bin Golah .
• PPKI tahun 2020 , Muhd Khalik Farhan bin Abd Malek juga dari SMK Pitas, layak mendapat sijil STPM.
• Merentas desa, 2 orang wakil ke kebangsaan pada tahun 2020, lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 15 tahun.
• MSSS peringkat negeri tahun 2020, PPD Pitas berjaya mendapat emas dalam 400 meter perempuan bawah 15, perak

dalam merejam lembing lelaki bawah 15.
• Johan Tilawah al Quran peringkat negeri Sabah sekolah menengah kategori perempuan pada tahun 2021 iaitu SMK Pitas.
• Naib johan nyanyian solo peringkat negeri Sabah dalam festival Al Quran tahun 2021.

Tahniah kepada PPD Pitas atas pencapaian-pencapaian tadi dan diharapkan agar terus mencipta kejayaan pada tahun ini dan
tahun-tahun akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Guru juga perlu sentiasa menambah nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam
menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara kita. Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru, Tokoh
Kepimpinan dan anugerah-anugerah khas yang lain.. Anugerah-anugerah ini adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan
Pejabat Pendidikan Daerah Pitas atas pencapaian kecemerlangan tuan-tuan sebagai guru yang tidak ternilai kepada bangsa dan
negara.

Justeru, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pendidikan di Daerah Pitas atas segala
jasa bakti dan pengorbanan yang tidak terungkap dan ternilai maknanya perjuangan dalam merealisasikan tanggungjawab
pendidikan melalui PDPR ketika menghadapi cabaran pandemik masa kini. Semoga saudara dan saudari para guru terus
menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa.

Dengan penuh takzim, saya dengan ini merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas Tahun 2021.

SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!

YBHG DATUK DR MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

UCAPAN KHAS
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat serta izinNya jua, sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Pitas bagi tahun 2021 dapat diteruskan lagi pada tahun ini dengan diluar kebiasaan yang
baharu iaitu dengan kecanggihan teknologi secara maya.

Izinkan saya terlebih dahulu untuk mengalu-alukan tetamu kehormat yang sedang bersama kita, Yang Berbahagia
Datuk Dr Mistirine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas kesudian hadir dan seterusnya
merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas bagi tahun 2021. Seperti mana yang kita sedia maklum
sejak menerajui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Pengarah sendiri telah terlibat dengan banyak program
pendidikan. Kehadiran Yang Berbahagia pada hari ini amat dinanti-nantikan khususnya oleh warga pendidikan dan masyarakat daerah
Pitas.
‘BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU’

Huraian tema Kementerian Pendidikan Malaysia menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru
merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran
dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Guru juga insan yang banyak membent uk
karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu
masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu aka n terus
berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan
lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada
masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting
untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan
melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada
guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam
sanubari. Sesungguhnya, mekanisme ini adalah noble effort yang perlu diteruskan ke arah membentuk sahsiah dan sosiolisasi generasi
pelapis agar kekal mapan demi kelangsungan negara yang cemerlang dan gemilang.

Sempena sambutan hari guru ini juga, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah saya kepada penerima-penerima anugerah.
Semoga anugerah penghargaan yang diberikan ini dapat menyemarakkan lagi agenda pembaharuan dalam meningkatkan kompetensi
kecemerlangan pendidikan khususnya di daerah Pitas ini.

Saya percaya, kita semua mampu menggerak arus transformasi pendidikan daerah Pitas dengan lebih produktif dalam
membina generasi baharu daerah Pitas agar terus cemerlang. Marilah kita bersama memeta hala tuju dalam melangkah menuju
sempadan baharu demi memartabatkan institusi pendidikan negara. Kita perlu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa dengan
sentiasa menyumbang idea dan berinovasi.

Pandemik Covid-19 benar-benar menguji keupayaan kita dalam keseimbangan kesihatan dan perjuangan meneruskan
pendidikan pada anak-anak didik dengan seoptimum yang boleh dan kededikasian komitmen. Justeru itu, saya ingin mengambil
kesempatan untuk merakamkan rasa setinggi-tinggi terima kasih berkalung budi saya kepada pejuang-pejuang PDPR dalam
meneutralisasikan pendidikan anak-anak dengan tetap komited dalam pelbagai inisiatif yang prihatin dan efisien.

Akhir kalam, setinggi-tinggi tahniah atas komitmen dan usaha yang dipamerkan oleh semua ahli jawatankuasa induk dan
pelaksana, serta semua yang menyumbang keberhasilan dalam merealisasikan dan memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Pitas Tahun 2021. Teruskan kecemerlangan komitmen dalam mengekalkan momentum penghasilan kerja yang produktif dan
progresif.

Biar penat berdiri, jangan penat memberi
Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap, jangan penat berharap

Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PUAN MALATI BINTI LAJIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

LATAR BELAKANG SAMBUTAN HARI GURU

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun (peringkat
kebangsaan), sementara perayaan peringkat negeri dan daerah akan dibuat
selepas pelancaran peringkat kebangsan.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956 majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislatice Council) telah menerima cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi
negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report)
telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

TEMA HARI GURU 2021

“BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU"

HURAIAN TEMA HARI GURU
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan

profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang
sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan
pelbagai pengetahua, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran
sepanjang hayat (lifelong learning).
KONSEP
Guru sebagai barisan hadapan dalam mendepani cabaran norma baharu
Pendidikan negara ke arah melahirkan generasi berkemahiran, berbudaya tinggi
dan prihatin yang berpaksikan modal insan serta modal sosial.
FOKUS

1. Kesediaan pendidik meneroka amalan norma baharu dalam sistem
Pendidikan negara ke arah melahirkan generasi berkemahiran dan
berbudaya tinggi demi keharmonian negara.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam Pendidikan negara.
2. Membudayakan strategi pembelajaran ke arah sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid.
3. Memperkasa ketersediaan guru mendepani cabaran masa hadapan.

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

LAGU KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri Negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

JAWATANKUASA INDUK
SAMBUTAN HARI GURU 2021

PENASIHAT : YBHG DATUK DR MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
PENGERUSI
: PN MALATI BINTI LAJIM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS
PENGERUSI 1
TIMBALAN : EN MUSA @ MAUSAL BIN ALIASAH
PENGERUSI 2 TPPD SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
TIMBALAN
PENGERUSI 3 : EN MARMIN BIN SALAM
TIMBALAN TPPD SEKTOR PERANCANGAN
PENGERUSI 4
NAIB : EN NORMANSUR BIN ISMAIL
PENGERUSI 1 TPPD SEKTOR PEMBELAJARAN
NAIB
PENGERUSI 2 : EN MOHD NAZIM CHIN
SETIAUSAHA 1 TPPD SEKTOR PEMBELAJARAN MURID
SETIAUSAHA 2
BENDAHARI : EN JOHARI BATOHONG
AJK PENGERUSI PPSMS DAERAH PITAS

: PN MARIANAH AMBORAGANG
PENGERUSI MGB DAERAH PITAS

: PN NORHAFIZAH SHUKOR
: PN JUNAIDAH SHARIFF ENDON
: PN JAINAH BINTI GAPAR
: SEMUA PEGAWAI PPD
: SEMUA PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

DAERAH PITAS
: SEMUA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH

DAERAH PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN HARI GURU 2021

PENGERUSI PELAKSANA : EN KASSAH BIN MASRAH
GURU BESAR SK ROSOB

TEKS UCAPAN : PPD PITAS

BACAAN DOA : PPD PITAS

BACAAN IKRAR : PPD PITAS

SIJIL ANUGERAH : PPD PITAS

PENGACARA : EN MOKSIN BIN ABD SANI (SK ROSOB)
: PN SHAHRIZAN FADZILAH BT WAHAB (SK ROSOB)

BUKU ATURCARA : EN AHMAD SHAH TAYOR (SK ROSOB)
(FLIP BOOK)

PUBLISITI : PPD PITAS

RAKAMAN, PAPARAN : PPD PITAS & SK ROSOB
MULTIMEDIA, TEKNIKAL &
MONTAJ PERASMIAN

KLIP VIDEO : PPD PITAS

PENYELARAS ANUGERAH : PPD PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

ANUGERAH TOKOH 2021

TOKOH GURU

RAHIM BIN AWANG

TOKOH KEPIMPINAN

HARUN BIN DURABI

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

JASAMU DIKENANG (BERSARA)

RAHIM BIN AWANG
PENGETUA SMK KANIBUNGAN

BASTY BIN GAISAN
GURU BESAR SK KUSILAD

SAMSUDIN BIN ATONG

GURU BESAR SK KANIBONGAN

MASIBIN BIN MASINTAI
GURU BESAR SK KASAGAAN

JAMIRIN BIN NASIRI
GURU BESAR SK BAWING

KINCHIN BIN BOLUOT
GURU BESAR SK NIBANG

JEFFRESON BIN JAMES
GURU BESAR SK BANGKAU BANGKAU

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

JASAMU DIKENANG (BERSARA)

ABDUL RAJAK BIN SALLEH
PK PENTADBIRAN SK BAWANG

BINSON BIN OLIONG
PK HEM SK TELAGA

ROSLEE BIN ADIM

PK HEM SK ROSOB

AHMED BIN MALAN
PK HEM SK PINAPAK

MUSRAN BIN TOYON
PK KOKUM SK BAWANG

SAIRIN BIN UTOH
GURU TINGKATAN 6 SMK PITAS II

SOFIAH BINTI IDONG
GURU AGAMA SK PEKAN PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

JASAMU DIKENANG (BERSARA)

SAHARA BINTI SABAN
GURU AKADEMIK SK PEKAN PITAS

SOILIH PODTUNG
GURU AKADEMIK SK KANIBONGAN

SALIMAH BINTI ABDULLAH@ LEE AH DIN
GURU AKADEMIK SK PEKAN PITAS

ABDUL RAHIM BIN NASIP
GURU AKADEMIK SK ROSOB

ROSLI BIN SUNTANG
GURU AKADEMIK SK PEKAN PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

JASAMU DIKENANG (MENINGGAL DUNIA)

SH. ABDUL RASID BIN SH. MAJID
PK HEM SK MANDURIAN

SAMSUDIN BIN AMIR
GURU AKADEMIK SK MARINGGAN

SUZEE MASINGKAN
GURU AKADEMIK SK KASAGAAN

KERUDIN BIN MASINTAI
GURU AKADEMIK SK SAHABAT

SALIAH BINTI ABU BAKAR
GURU AKADEMIK SK ROSOB

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

ANUGERAH KHAS 2021

PENGETUA CEMERLANG

AWANG SEMAN BIN AWANG TAHIR
SMK PITAS

GURU BESAR CEMERLANG

SAHARA BINTI HJ SAID
SK PINGGAN-PINGGAN

PENGETUA ADIWIRA

A. RAZAK BIN OTHMAN
SMK PINGGAN-PINGGAN

GURU BESAR CEMERLANG

GAMBAR @ OYOH BIN WONG AKONG
SK TELAGA

INOVASI KONBAYU 2020

HAMIDAH BINTI RAYA
SMK PINGGAN-PINGGAN

KUALITI PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (EMIS)

NORHAYATI BINTI MUHAYAT
SMK PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

ANUGERAH KHAS 2021

KUALITI PENGURUSAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (EMIS)

WANLEY BIN MOHD NORDIN
SK LIU

REKA CIPTA MODUL PRA SEKOLAH

AIN FARISSYA BANAL ABDULLAH
SK MANGKAPON

REKA CIPTA MODUL PRA SEKOLAH

SHAHRIZAN FADZILAH BINTI WAHAB
SK ROSOB

REKA CIPTA MODUL PRA SEKOLAH

LATIFAH BINTI MUHD ALWI

SK PEKAN PITAS II

GURU BESAR IKON DIGITAL

SAHARAH BINTI HJ SAID
SK PINGGAN-PINGGAN

GURU STEM

ELBENJOE WESMIN
SMK PINGGAN-PINGGAN

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

ANUGERAH KHAS 2021

Anugerah khas PDPR

HAMIDAH BINTI RAYA

SMK PINGGAN-PINGGAN

Anugerah khas sektor pembelajaran

PERSATUAN PENGETUA SEKOLAH
MENENGAH SABAH DAERAH PITAS

PK PENTADBIRAN CEMERLANG (SM)

WINAH MATANGGI
SMK BONGKOL

PK PENTADBIRAN CEMERLANG (SR)

FATIMAH BINTI SILIM
SK KASAGAAN

PK HEM CEMERLANG (SM)

KAMARIAH BINTI JAMIL
SMK PITAS

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

ANUGERAH KHAS 2021

PK HEM CEMERLANG (SR)

HAZAHAR BIN AWANG SALLEH
SK KASAGAAN

PK KOKURIKULUM CEMERLANG (SM)

ADIZAH BINTI HAJI AZMAN
SMK PINGGAN-PINGGAN

PK KOKURIKULUM CEMERLANG (SR)

HENSON MOMBOBON
SK KUSILAD

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

TERBAIK KLIP VIDEO KREATIF
(SEKOLAH MENENGAH)

SMK PITAS II

SMK PITAS

SMK BONGKOL

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

TERBAIK KLIP VIDEO KREATIF
(SEKOLAH RENDAH)

SK NIBANG

SK BANGKAU BANGKAU

SK PINAPAK

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021

"BERGURU DEMI ILMU,
BINA GENERASI BAHARU”

SIJIL PENGHARGAAN
PENGELOLA BERSAMA

SK ROSOB

PERINGKAT DAERAH PITAS 2021
"BERGURU DEMI ILMU,

BINA GENERASI BAHARU”

SEUNTAI KASIH SETULUS
BUDI

Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa induk dan
pengelola majlis sambutan hari guru peringkat daerah
Pitas 2021 dengan sukacitanya merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

YBHG DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Atas kesudian merasmikan majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Pitas 2021.

Dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung untuk sama-sama menjayakan

Majlis sambutan Hari Guru peringkat Daerah Pitas tahun
2021.


Click to View FlipBook Version