The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasdelah79, 2019-12-14 19:17:43

BUKU PENGURUSAN 2020

BUKU PENGURUSAN 2020

SK BALOK BARU,
26100 KUANTAN PAHANG

09-5801311

BUKU
PENGURUSAN

SEKOLAH

2020

TO BE EDUCATED
AND

VISIONARY

ISI KANDUNGAN 1
2
MUKA SURAT 3
ISI KANDUNGAN 4
LENCANA SEKOLAH 5
LAGU SEKOLAH 6
VISI DAN MISI SEKOLAH 7 - 52
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020 53 - 54
CUTI UMUM 2020 55
PANDUAN AM STAFF 56- 57
SENARAI NAMA GURU MENGIKUT OPSYEN 58 - 59
SENARAI NAMA GURU KELAS 60 - 68
PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 69-76
JADUAL PENCERAPAN GURU & BUKU LATIHAN 77-83
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 84-105
JAWATANKUASA KURIKULUM 106-119
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID (HEM) 120
JAWATANKUASA KOKURIKULUM 121
TAKWIM SEKOLAH 122-124
LAMPIRAN
LAMPIRAN A JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2020
LAMPIRAN B ENROLMEN MURID 2020

1

“TO BE
EDUCATED AND

VISIONARY”

2

“TO BE EDLaUguCsAekTolEahD
AND

VISIONARY”

3

VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”

4

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan & Putrajaya.

TAHUN 2020

PENGGAL MULA AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH JUMLAH
1 HARI MINGGU
PERSEKOLAHAN 19
2 20 11
02.01.2020 31.01.2020 10 1
49
01.02.2020 29.02.2020 9
9 2
01.03.2020 13.03.2020 7
22 7
JUMLAH HARI 11 1
40
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 16
16 6
14.03.2020 22.03.2020 17
18
23.03.2020 31.03.2020 35

01.04.2020 30.04.2020 9
19
01.05.2020 22.05.2020 21
21
JUMLAH HARI 13
74
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
41
23.05.2020 07.06.2020

08.06.2020 30.06.2020

01.07.2020 24.07.2020

JUMLAH HARI

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

25.07.2020 02.08.2020

03.08.2020 31.08.2020

01.09.2020 30.09.2020

01.10.2020 31.10.2020

01.11.2020 20.11.2020

JUMLAH HARI

CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2020 31.12.2020

5

CUTI UMUM 2020

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI CUTI
RABU
1 TAHUN BARU 2020 01 JANUARI RABU AHAD
ISNIN
2 TAHUN BARU CINA 25 JANUARI SABTU JUMAAT
KHAMIS
26 JANUARI AHAD KHAMIS
ISNIN
3 HARI PEKERJA 01 MEI JUMAAT ISNIN
SELASA
4 HARI HOL PAHANG 07 MEI KHAMIS JUMAAT
ISNIN
5 HARI WESAK 07 MEI KHAMIS KHAMIS
SABTU
6 NUZUL AL-QURAN 10 MEI AHAD
RABU
7 HARI RAYA PUASA 24 MEI AHAD SABTU
KHAMIS
25 MEI ISNIN

8 HARI RAYA QURBAN 31 JULAI JUMAAT

9 HARI KEBANGSAAN 31 OGOS ISNIN

10 AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH) 20 OGOS KHAMIS

11 HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA 06 JUN SABTU
YANG DI-PERTUAN AGONG

12 HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER RABU

13 HARI DEEPAVALI 14 NOVEMBER SABTU

14 HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD 29 OKTOBER KHAMIS
S.A.W.(MAULIDUR RASUL)

6

A.PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
1. Arahan Am
1.1 Selaku pagawai kerajaan,guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca,memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca,memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.
2.Kedatangan
2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran/ ‘punch card/imbas semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar.Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
2.4 semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

7

3.Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Jabatan
Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru
Besar/Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod
keluar.Dapatkan tandatangan Guru Besar/Guru Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.

4.Cuti

4.1Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/ (30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat.Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

4.2Cuti Sakit

4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
setahun.

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk
menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohondi atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.

4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
semua cuti rehatnya.

4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.

8

4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun.

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pendidkan Negeri.Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Rehat Khas (Lihat Lampiran IV)

4.4.1 CRK ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan

dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
4.5 Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari

Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4

minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Sijil Pendaftaran Guru/Permit Mengajar/Buku Biru

5.1 Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang
diperbaharui pada setiap tahun.

5.2 Guru yang mempunyai Sijil Pendaftaran Guru/Buku Biru hendaklah
mengemaskinikannya.

6. Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.

6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.

6.3 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dihendaki memakai pakaian yang

sesuai.
6.4.1 Guru perempuan-seluar trek/panjang yang sesuai,kemeja T,kemeja sukan,baju

trek,kasut sukan atau getah tanpa tumit.

6.4.2 Guru lelaki-seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.Kemeja T,kemeja

sukan,baju trek atau jersi.Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

9

7.Perhubungan Sesama Guru

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga
diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/
pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah
lain.

7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, status ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.

8. Bilik Guru

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk
perkara-perkaraberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru tidak di galakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

9. Perjawatan dan Pengajaran

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan
dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Penolong Kanan (Penyelia Petang
untuk Sesi Petang) atau Guru Besar.

10. Tugas

10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum,kokurikulum,pentadbiran
dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

10

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya,
menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.

11. Buku Rekod Mengajar/ERPH

11.1 Setiap guru mesti menyediakan Rekod Mengajar/eRPH dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap. RMG ini hendaklah diserahkan/dihantar
kepada Guru besar pada hari Jumaat untuk disemak oleh Guru Besar/Penolong
Kanan/ Guru Kanan.

12. Jadual Waktu

12.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

13. Jadual Kedatangan Pelajar

13.1 Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang
tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah
tidak hadir, Penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

13.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam
satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

13.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang
bertanggungjawab.

13.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan murid.

11

14. Keselamatan Harta Benda Sekolah

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah.

14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel
dan lain-lain.

15. Kebersihan

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan
selamat.

15.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
menjaga bilik tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan
dan pelajar.

16. Surat-menyurat

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk
disampaikan kepada pihak berkenaan.

17. Surat Yang Diterima

17.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.

17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya
untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
simpanannya.

12

17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
17.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
18. Pergi ke Jabatan Pendidikan/Jabatan Pendidikan Daerah
18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.
19. Pelawat
19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-
penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
20. Membeli barang
20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan boring(Nota Minta) yang diperolehi di pejabat.
20.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru
Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
20.3 Semua pesanan yang lebih RM 50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan
Tempatan.
20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.
21. Kegiatan Kokurikulum
21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas
ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
22. Perhimpunan Sekolah
22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan
hari-hari yang ditetapkan.
22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
22.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
dan Lagu Sekolah.

13

23. Mesyuarat Guru
23.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/Ketua
Panitia.

24. Buku Stok/Inventori
24.1 Guru Kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke
masa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan.

25. Tanda Nama
25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah/di luar sekolah.

26. Keahlian Kelab Guru/PIBG
26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

27. Penggunaan Alat-alat
27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga
Stok.
27.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

28. Arahan dan Pekeliling
28.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
28.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.

14

28.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.

29. Telefon/Fax
29.1 Pengunaan telefon/fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

30. Kunci
30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
30.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah
mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap
bilik tersebut sepenuhnya.

31. Acara atau Majlis Sekolah
31.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

15

B. GURU KANAN MATA PELAJARAN

Bidang Tugas
1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggugjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulun yang

berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang

berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang

berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak

luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
Senarai Tugas
1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal/Mingguan

dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah

kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-

tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan

berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil

tindakan yang sewajarnya.

16

1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan.

1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang
dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain.

1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang
diarahkan oleh Guru Besar.

1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam
konteks perkembangan staf.

1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.

1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.

1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.

2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.

3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah
bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.

17

3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan

berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik

darjah dan sekolah.
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan

menjaga keceriaannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian

Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas lain
4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu
sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
4.5 Membantu Guru Besar menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

18

C. GURU

GURU MATA PELAJARAN

Senarai Tugas

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap
penggal bagi tiap tingkatan.

3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya
mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku
latihan murid kepada Guru Besar wakilnya pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan dan PPD.

10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/di Bilik Khas/Bilik ERT/Sains Pertanian
serta mengawasi penggunan peralatan.

11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD.
Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang
sama.

19

12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber Sekolah.

15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.
17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
18. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
D. GURU KELAS

Senarai Tugas
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua
Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan; memastikan AJK Kebersihan
mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap
tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan
sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa,
menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas;

(a) Jadual waktu
(b) Jadual tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja gurudan papan hitam

diinventorikan

(d) Moto Kelas
(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.

20

1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.

1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

2. Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar
2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir
dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar
ditulis.
2.3 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
2.4 Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan keduadan diselenggarakan seperti yang
diarahkan.
(a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
(b) Menjamin keselamatan buku tersebut.

3. Laporan Pelajaran, Sijil berhenti, surat akuan dan kad 001
3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.
3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
3.4 Mengambil kad 001 dari penyelaras kad 001.
3.5 Menyedia dan mengisi:
(a) “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah
(b) kad 001
(c) sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan lulus

21

4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan diri dan Disiplin
4.1 Memberikan galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap akademik.
4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
(jikaperlu).
4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan
pelajaran di kalangan pelajar.
4.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah
kesihatan
4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
(a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang “Melanggar
Peraturansekolah” yang dapat diperolehi dari Pejabat.
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa

5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan
buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
5.2 Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar
yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu
kepada guru SPBT.
5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Kutipan yuran dan derma
6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar
kesemua yuran sekaligus.
6.2 Mengutip derma PIBG
6.3 Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.

22

6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
6.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan

yuran kepada Penolong Kanan I.
6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.
7. Pendaftaran pelajar baru
7.1 Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Kelas.
7.2 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor

pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM.
7.3 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang terdahulu

dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
7.4 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada

guru biasiswa.
7.5 Menentukan menerima kad kemajuan belajar dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu.
7.6 Menentukan rumah sukan.
7.7 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
8. Murid keluar
8.1 Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke pejabat.
8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Darjah Enam,

Tingkatan 3 dan 5.
8.3 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan.
8.5 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
9. Pendaftaran Sukan, Pematuan dan lain-lain
9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai

nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada
Penyelaras Kokurikulum.

23

9.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
10. Guru Kaunselor dan Guru disiplin

10.1 Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor.
10.2 Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

E. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Senarai Tugas
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan

bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan

kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng

pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah; jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan
aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

24

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
12.1 kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
12.2 pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
12.3 lawatan-lawatan/pelawat
12.4 upacara/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
12.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

F. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SEKOLAH (EXCO)

Tugas
1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah yang memainkan peranan sebagai tempat

rujukan.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, dewan, bilik

rehat, surau serta kawasan sekolah.
3. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah.
4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu masalah semasa

yang timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum,
sahsiah dan lain-lain.
5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya.
6. Merancang Takwim Sekolah.
7. Memastikan pelaksanaan segala program yang dirancang mengikut jadual.
8. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai pencapaian akademik.

25

G. JAWATANKUASA KEWANGAN

Tugas
1. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan

pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari masa ke
masa.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan, Penyelia
Petang, Penyelaras Darjah, Guru Darjah dan Kerani.
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. Mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan penyelaras kelas.
5. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
6. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan
kewangan (pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek).
7. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan/SUWA/Panjar wang Runcit.
8. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai
Kerajaan/ SUWA/Panjar Wang Runcit.
9. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN.

26

H. JAWATANKUASA ASET/PERABOT (HARTA BENDA SEKOLAH)

Tugas
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh

Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
2. Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal, Kad

Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut

peraturan.
4. Mengenalpasti keperluan perabot.
5. Memastikan sistem inventori dilaksanakan.
6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.
7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila

perlu.
8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan

perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada
pelajar.
10. Memastikan semua pelajar memulangkan alat-alat sekolah yang dipinjam
sebelum mereka menerima Sijil Berhenti Sekolah.

27

I. JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH

Tugas
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh

Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
2. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti

2.1 Keselamatan lalulintas.
2.2 Keselamatan bangunan dan perabot.
2.3 Keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain bilik khas.
3. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihakpolis/polis trafik, bomba,
JKR/JKR Elektrik.
4. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.
5. Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
6. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran
selamat.
7. Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis
rasmi sekolah.
8. Memastikan semua alat elektrik, suis dan pendawaian selamat.

28

J. JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH

Tugas

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan
keceriaan sekolah dari masa ke masa.

2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.

3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah
seperti
3.1 Kempen Kebersihan
3.2 Pertandingan Kebersihan Kelas
3.3 Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
3.4 Ceramah-ceramah kebersihan
3.5 Pertandingan poster kebersihan
3.6 Menanam bunga/pokok di kawasan sekolah
3.7 Lawatan ke sekolah-sekolah lain

4. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar
(PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu
kebersihan sekolah.

5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan
dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK
ini.

6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke
masa dan membuat laporan kemajuan kerja.

K. JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID

Tugas

1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
2. Mengenalpasti sesiapa yang memerlukan bantuan kebajikan.
3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan

melalui mesyuarat.
4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain.
5. Menguruskan semua derma dan bantuan dalam/luar dari masa ke masa.
6. Mengenalpasti badan kebajikan/individual/peristiwa melapetaka yang

memerlukan bantuan kewangan/benda.

29

L. JAWATANKUASA DATA MAKLUMAT

Tugas
1. Menyediakan data enrolmen kepada pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum

dan jantina.
2. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan

lain-lain.
3. Menyediakan Penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru.
4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat

tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama
yang dianuti dan lain-lain.
5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.
6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.
7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.
8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.
9. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses dan menganalisis data.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
masa.

30

M. JAWATANKUASA KELAB STAF SEKOLAH

Tugas
1. Mengadakan mesyurat bagi membincangkan program-program tahunan dan

menetapkan yuran/sumbangan guru.
2. Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Guru Besar.
3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf.
4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf.
5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan

bertukar/pencen dan menyambut staf baru.
6. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau

melansungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal dunia.
7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-guru,

Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas.
8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah

untuk ahli.
9. Memastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli PSKPP.
10. Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang/Lawatan sambil

belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan.
11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf.
12. Mengadakan perlawanan permainan antara staf sekolah atau badan luar.

31

N. JAWATANKUASA AKADEMIK

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Tugas-tugas Jawatankuasa Kurikulum

1. Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian
2. Menyelaras Rancangan Pengajaran diantara guru-guru bagi setiap aliran darjah

dalam Perancangan Semester, Minggu dan Harian.
3. Mempastikan perjalanan Panitia-Panitia Matapelajaran.
4. Membantu di dalam pengurusan dan penyediaan peralatan Teknologi

Pendidikan, Pusat Sumber dan Bengkel.
5. Mengkaji penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan

dan alat bantu mengajar.
6. Mengadakan program bimbingan dalam latihan mengajar bagi guru-guru

sandaran menjalankan tugas harian mereka.
7. Mengkaji dan menentukan program TV dan Radio Pendidkan boleh diikuti

sebaik mungkin.
8. Mengkaji laporan-laporan berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan

tindakan-tindakan susulan seperti Perkembangan Staf, Kelas Pemulihan dan
perkara yang berkaitan.
9. Pengagihan dan penyediaan bahan ujian, semakan bahan serta penyimpanan
bahan ujian yang diiktirafkan sebagai sulit dan terhad.
10. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
11. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang danjurkan oleh
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
12. Membantu majlis kurikulum membuat penilaian mengenai perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta membuat cadangan untuk
mengatasi kelemahan yang ada.
13. Merancangkan dan meyediakan takwim ujian PKBS, bulanan dan penggal.
14. Membantu merancangkan dan menentukan bahan Pusat Sumber, lain-lain buku
bacaan dan kerja tambahan serta keseluruhannya.

32

O. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

Tugas-tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran

1. Menjadikan ketua atau Pengerusi Panitia Matapelajaran dengan mengadakan
mesyuarat dua bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan-
perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu.

2. Membantu GPK I menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru matapelajaran.
3. Membantu GPK I memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini untuk

kegunaan guru-guru.
4. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam

tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran
darjah.
5. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku
kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan murid.
6. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan
bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan
kegunaan guru dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
7. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis
penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-
soalan bagi semua aliran darjah.
8. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan
UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran atau
pembelajaran.
9. Bekerjasama dengan lain-lain Panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-
murid yang lemah.
10. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK I.
11. Menyelenggarakan fail-fail Panitia yang berkenaan dengan semua minit
mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan.
12. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

33

P. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Tugas-tugas Guru Perpustakaan

1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan.
2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
3. Menyediakan senarai buku-buku alat-alat bilik perpustakaan.
4. Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu

mengurus perpustakaan.
5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
6. Menjamin bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur.
7. Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-

majalah dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dengan guru-guru.
8. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.
9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta

akur dengan borang pesanan atau invois.
10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan

mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan “Perpuluhan Dewey”.
12. Memastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku, “slaid” tulang

belakang dan kad katalog sebelum digunakan.
13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan

pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan
mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan
seumpamanya.
14. Menyediakan rekod peminjam-pemimjam buku dengan senarai kekerapan
murid-murid meminjam buku.
15. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang
memerlukannya.
16. Menjilid majalah-majalah.
17. Mempastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan
daripada kecurian atau kehilangan.
18. Mempastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik-bilik
perpustakaan.
19. Mengadakan fail-fail tegak.
20. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas-kertas soalan
peperiksaan untuk rujukan.
21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :
- Mengisi jadual kedatangan
- Menyusun buku-buku di rak dan para-para
- Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan
- Melengkapkan buku stok
- Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru.

34

22. Menguruskan proses hapuskira.
23. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
24. Melantik dan melantik pengawas PSS.
25. Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka Bergerak.
26. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke

semasa.

Tugas-tugas Guru Media

1. Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Pengunaan Pusat Sumber.
2. Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
4. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut

matapelajaran.
5. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar.
6. Menyediakan rekod Penggunaan PSS termasuklah mencatatkan bilangan

penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
7. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu

mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada

kecurian dan kehilangan.
9. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
10. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
11. Menubuhkan kelab PSS.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke

semasa.

Guru Bahan Bantu Mengajar BBM/APD/K (Komputer)

1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan
software/hardware sentiasa dalam keadaan baik.

2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan.

3. Mengemas, menyimpan dan menentukam bahawa alat-alat tersebut sentiasa
selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.
5. Menguruskan penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.
6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K.
8. Membantu Guru Besar/Guru Besar dalam dalam urusan pemilihan, sebut harga

alat-alat BBM/APD/K.
9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan

direkodkan dengan kemas.
10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.

35

Q. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Tugas
1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2. Menyediakan peruntukkan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan

jadual waktu blok.
7. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu

tertentu.
9. Membuat pindaan, jika perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan

untuk makluman semua.
11. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu.

36

R. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Tugas
1. Setiausaha peperiksaan

1.1 Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
1.2 Menyediakan jadual pembinaan soalan.
1.3 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas

soalan.
1.4 Memastikan keselamatan.
1.5 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas

peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
1.6 Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan

soalan.
1.7 Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka

masa yang ditetapkan.
1.8 Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
1.9 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk

membincang kemajuan pelajar.

37

S. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Tugas

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi
fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-
peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke masa.

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan
diambil ke atas pelajar berkenaan.

3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing
dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu
bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas
sekolah.

6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.

7. Mesyuarat

7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh
dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini
diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara guru besar.

7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi
membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal,
membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan
kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa
dikehendaki hadir.

7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke
semasa mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar/Pengerusi
berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.

7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki
hadir.

38

T. LEMBAGA DISIPLIN MURID

Tugas
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah

berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan

peraturan sekolah.
3. Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
4. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah.
5. Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Murid.
6. Merekod segala kesalahan/hukuman denda yang dikenakan ke atas murid-

murid.
7. Membantu Guru Besar/GPK HEM dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
8. Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan

Kaunseling dalam membantu serta menyelesaikan masalah murid dan juga guru.
9. Bekerjasama dengan guru bertugas Mingguan atau Harian dan Lembaga

Pengawas sekolah untuk maksud menguruskan kawalan dapat diadakan oleh
pihak sekolah.
10. Membantu Guru Besar/GPK HEM mengadakan perbincangan dengan ibu bapa
atau penjaga murid bermasalah.
11. Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga
Pengawas Sekolah serta merujukkan kepada Guru Besar jika perlu.
12. Bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti PIBG sekolah yang boleh
membantu menyelesaikan masalah murid.
13. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Besar.
14. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada
Kementerian/Jabatan Pendidikan/PPD.
15. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin pelajar.
16. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani
masalah disiplin.
17. Mendapat bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah.

39

Guru Disiplin
1. Membantu guru besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di

sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga

dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di

kalangan pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang

disiplin/buku laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong

Kanan HEM seminggu sekali.

U. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas
1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Menyelaras dan meyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta

menyediakan laporan yang diperlukan.
3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar.
4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

40

V. JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID

Tugas
1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus

seperti :
1.1 pelajar miskin
1.2 kemalangan
1.3 rawatan berterusan (penyakit kronik)
1.4 kematian
1.5 kecemasan/bencana
2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
3. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan
keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan
disahkan oleh Guru Besar.
5. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
6. Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa.
7. Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan
kebajikan luar.
W. JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Tugas
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian

Pendidikan/Kesihatan.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat

perjanjian.

41

3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat
perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi
(lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan
sebagainya.

5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.

7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan
memiliki kad kesihatan yang sah.

8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron,
tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian
Kesihatan.

10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain maslin disimpan
dalam bekas yang bertutup.

11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.

12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan sesuai.

14. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.

15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM
tentang prestasi kantin.

16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan
dari masa ke semasa.

17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

18. Menjadi penasihat warden kantin (sekolah berasrama sahaja)

18.1 merancang dan menyelaras tugas Warden Kantin
18.2 meneliti laporan Warden Kantin
18.3 mengambil tindakan ke atas kes-kes ysng dilaporkan oleh Warden

42

X. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Tugas

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks

1.1 Mesyuarat diadakan dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun
1.2 Pembahagian tugas pagi/petang
1.3 Taklimat untuk guru darjah
1.4 Pembahagian tugas pentadbiran

1.4.1 buku stok (Mengikut darjah)
1.4.2 pengedaran/pengumpulan
1.4.3 buku rosak/hilang
1.4.4 menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (pelajar)

2. Borang permohonan SPBT

2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar.
2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru

SPBT.

3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT

Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Penolong Kanan
HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun
semasa.

4. Keputusan permohonan pelajar

Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru Darjah.

5. Membuat pesanan buku

5.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.

5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).

5.3 Membuat anggaran yang tepat pada tahun berikutnya.

5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut
jadual.

43

6. Pengedaran
6.1 Mengedarkan mengikut kelas.
6.2 Menentukan tarikh pengedaran.
6.3 Mengesan kelancaran pengedaran.
6.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk bertukar sekolah.
6.5 Mengedarkan buku kepada pelajar yang baru masuk.
6.6 Memastikan borang SPBT telah di hantar ke sekolah pelajar yang
bertukar.
6.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada
semua pelajar yang layak.
6.8 Memastikan semua guru kelas melengkapkan borang pinjaman SPBT,
borang G mengikut jadual.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumen
7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
7.2 Rekod buku stok yang kemaskini mengikut kelas.
7.3 Senarai tugas guru - pengedaran/pengumpulan.
7.4 Menyimpan rekod buku hapuskira, rosak, hilang.

8. Pengurusan Keselamatan Buku
8.1 Memastikan ada bilik khas SPBT.
8.2 Mengurus bilik SPBT.
8.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
8.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
8.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.

44

9. Pengurusan Pemulangan SPBT

9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.

9.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/Kelas.

9.3 Melaporkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang proses
pemulangan.

9.3.1 peratus rosak/hilang
9.3.2 guru bertugas
9.3.3 hapus kira
9.3.4 kekurangan/lebihan

10. Pengurusan Stok dan Inventori

10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.

10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.

10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan
selamat.

10.4 Mengemaskinikan inventori SPBT.

10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.

11. Cadangan Buku Bacaan Tambahan

11.1 Mendapatkan maklumat dari ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran.

11.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.

11.3 Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM.

12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk di edarkan kepada
pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).

45

Y. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) &
PROJEK SUSU SEKOLAH (PSS)

Tugas
1. Mengedarkan perjanjian dengan pengurus kantin.
2. Mengedarkan pemilihan murid RMT/PSS.
3. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT/PSS.
4. Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun.
5. Mengawasi murid ketika makan.
6. Membuat laporan RMT pada pertengahan dan akhir tahun.
7. Mengedar susu kepada murid-murid yang terlibat dengan PSS.

46

Z. JAWATANKUASA KOKURIKULUM
JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Tugas Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-Rancangan Jangka Pendek/Panjang.
1.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3.
4. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
5.
6. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

7. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
8.
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
9. daerah/negeri/kebangsaan.
10.
11. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

12. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan
kegiatan lain.
13.
Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.

Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukkan kewangan yang akan di
gunakan.

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Memastikan semua tempat dan alat selamat di gunakan oleh pelajar.

47

AA. SETIAUSAHA SUKAN

Tugas-tugas Setiausaha Sukan

1. Menyediakan Jadual Rancangan Sukan Sekolah sesuai dengan rancangan
MSSN/MSSM.

2. Membantu ketua Guru Rumah dan Guru Permainan.
3. Membantu GPK Kokurikulum membahagi tugas-tugas sukan kepada guru-guru.
4. Mengagihkan murid-murid baru ke rumah-rumah sukan.
5. Mengatur jadual latihan dan pertandingan dalaman antara sekolah-sekolah.
6. Memastikan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang

betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.
7. Memberi pendedahan kepada guru-guru permainan tentang undang-undang

permainan.
8. Mengawas dan menyediakan kegiatan sukan dan permainan.
9. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
10. Bersama-sama Guru Ketua Rumah dan Guru Ketua Pasukan bertanggungjawab

menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan
kemaskini.
11. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan di sertai oleh
sekolah samada di peringkat Zon, Negeri, persahabatan dan sebagainya.
Mengandungi :
- Tarikh
- Jenis Pertandingan
- Pasukan yang terlibat
- Tempat pertandingan
- Keputusan pertandingan

12. Menduduki jawatankuasa merangkap aktiviti selepas UPSR dan peperiksaan
dalaman.

13. Membantu GPK Kokurikulum menyelaraskan kegiatan pelajaran Pendidikan
Jasmani.

14. Membantu GPK Kokurikulum mengelolakan kursus kemahiran dalaman suatu
permainan apabila dan diarahkan oleh Guru Besar.

15. Menjadi ‘laison’ kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau sekolah bagi
mendapatkan kemudahan penggunaan padang dan sebagainya.

16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau GPK
Kokurikulum dari masa ke semasa.

48

Tugas-tugas Guru Permainan
1. Menjalankan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dibawah

jagaannya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan
ataupun pada waktu-waktu lain dengan persetujuan GPK Kokurikulum atau
Setiausaha Sukan mengatur berapa banyak perlawanan persahabatan dengan
pasukan lain atau sekolah berdekatan.
2. Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan MSSN dan melatihnya.
3. Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan
jagaannya.
4. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan GPK Kokurikulum atau
Setiausaha Sukan pasukan sekolah ke pertandingan luar dan menguruskan surat
kebenaran dari ibu bapa.
AB. KETUA RUMAH SUKAN

Tugas
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga

dan permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat

sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong

Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha

Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

49


Click to View FlipBook Version