The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadrahhani3008, 2021-08-27 04:59:24

folio-converted

folio-converted

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HOSBA

06010 CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN
TAJUK :

KEPENDUDUKAN

DISEDIAKAN OLEH :
NADRAH HANI BINTI AHMAD TERMIZI

GURU MATA PELAJARAN :
YM TENGKU FARIZA BINTI TENGKU IBRAHIM

ISI KANDUNGAN HALAMAN
Penghargaan 2
Isu
Rumusan 3-7
Rujukan 8
8

Penghargaan

Saya bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia-Nya saya dapat
menyiapkan folio Bahasa Melayu ini dalam tempoh masa yang ditetapkan
oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada YM Tengku
Fariza binti Tengku Ibrahim selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu
ketika saya berada di tingkatan 4 yang telah banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar serta panduan untuk menyiapkan folio yang bertajuk
“kependudukan” ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan
kepada ayah saya, Ahmad Termizi bin Saad, ibu saya, Norjuliana binti
Othman, serta ahli keluarga lain yang telah banyak membantu saya dari
segi kewangan mahupun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana banyak memberi kerjasama
dengan berkongsi pengetahuan mengenai folio melalui tunjuk ajar yang
diberikan.

KEPENDUDUKAN

-Kependudukan berkait rapat dengan bilangan penduduk yang menetap di
negara ini tanpa mengira kawasan,daerah ataupun negeri serta melibatkan
hampir 32.7 juta rakyat Malaysia.

ISU RAKYAT TERMISKIN

-Berkait rapat dengan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan ataupun
kekurangan pendapatan serta mengalami krisis tekanan kos sara hidup
yang tinggi. Isu rakyat termiskin ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori :

• Miskin Bandar
- Melibatkan rakyat di bandar dan sesetengahnya memiliki
pendapatan yang tetap setiap bulan tetapi menggunakan
pendapatan bagi melunaskan hutang seperti hutang kereta dan
hutang rumah.

• Miskin Tegar
- Melibatkan rakyat yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah
kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah
ditetapkan iaitu RM 500.00 dan pendapatan berkapita RM 100.00

• Miskin Luar Bandar
- Melibatkan rakyat yang tinggal di luar bandar dan mengalami
masalah kewangan yang tidak stabil dari semasa ke semasa
sehingga perlu melakukan pekerjaan yang banyak dari semasa ke
semasa.

Contoh isu yang dapat dikaitkan :

- Pendidikan

Mengalami masalah kewangan untuk meneruskan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi ataupun isu termiskin ini berlaku apabila
seseorang individu melanjutkan pelajarannya dan menggunakan
perbelanjaan yang banyak.

MIGRASI DAN PEMINDAHAN PENDUDUK

-Berlaku pemindahan penduduk dari suatu kawasan ke suatu kawasan.

Terdapat dua jenis migrasi penduduk:

- Luar bandar ke bandar iaitu berlaku penurunan peratusan
pemindahan penduduk dari tahun 2016 sehingga 2018 sebanyak
10.46%. Ini bermakna, pada masa itu tidak ramai penduduk luar
bandar berpindah ke bandar seperti kebiasaannya.

- Bandar ke luar bandar pula telah berlaku peningkatan peratusan
pemindahan penduduk dari tahun 2016 sehingga 2018 sebanyak
15.3%. Ini bermakna , telah berlaku penambahan bilangan
penduduk di kawasan luar bandar sekaligus telah memberikan
pandangan yang positif serta dapat menarik perhatian pelabur
untuk membuat pelaburan di kawasan luar bandar.

ISU KEPADATAN PENDUDUK

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada isu kepadatan
penduduk di sesebuah kawasan. Antaranya:

• Pencemaran Alam Sekitar

- Apabila berlaku pencemaran di sesuatu kawasan, sudah tentu
penduduk di situ akan mencari kawasan yang lain untuk didiami
dengan selesa. Oleh sebab perpindahan yang berlaku, akan
menambah kepadatan penduduk di kawasan yang dipilih.

• Penerokaan Hutan Untuk Dijadikan Kawasan Perumahan

- Penerokaan hutan untuk dijadikan kawasan perumahan yang berlaku
telah menyebabkan pembangunan perumahan semakin bertambah.
Oleh sebab itu, isu kepadatan penduduk berlaku disebabkan kenaikan
kawasan perumahan yang baru sekaligus menambah bilangan
penduduk di kawasan tersebut.

• Perumahan

- Pembinaan perumahan yang padat bagi sesuatu kawasan
terutamanya di bandar menyebabkan berlaku kepadatan penduduk
apabila setiap rumah didiami dari semasa ke semasa. Hal ini kerana,
terdapat ramai penduduk yang tinggal di bandar dan apabila berlaku
pembinaan kawasan perumahan yang baharu boleh menyebabkan
kawasan di bandar menjadi padat.

• Gejala Sosial

- Gejala sosial yang semakin berleluasa seperti penyalahgunaan
dadah,gangster dan melepak turut memberi kesan terhadap isu
kepadatan penduduk. Hal ini kerana, menimbulkan rasa takut dan
risau akan keselamatan keluarga menyebabkan mereka berpindah ke
kawasan yang lebih selamat. Oleh itu, tanpa disedari telah berlaku
penambahan penduduk di tempat yang baharu.

Contoh gambar yang dapat dikaitkan dengan isu kepadatan penduduk:

AGENSI YANG TERLIBAT

Beberapa agensi yang boleh dikaitkan dengan kependudukan:

• Kementerian Sumber Manusia
• Kementerian Pembangunan Luar Bandar
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan penting untuk
membangunkan dan melahirkan rakyat yang kompeten, produktif, responsif
dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan
produktiviti negara sekaligus dapat membantu rakyat dengan cara
menyediakan program kemahiran kepada pelajar lepasan SPM. Jabatan
Kebajikan Masyarakat lazimnya membantu dengan cara memberi bantuan
kepada rakyat dari segi kewangan atau bantuan makanan untuk meringankan
beban yang dihadapi oleh rakyat. Selain itu, agensi ini juga telah
menghulurkan bantuan dari segi pembinaan rumah pada rakyat yang tidak
berkemampuan ataupun rumah yang rosak akibat mengalami bencana.

Seterusnya, Badan Bukan Kerajaan, contohnya Pertubuhan Kasih Umat
Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew yang telah banyak memberi
bantuan kepada rakyat bermula sebelum dan ketika pandemik covid-19
melanda negara kita. Akhir sekali, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
pula lebih menguruskan perkara yang berkaitan di luar bandar seperti
menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar sekaligus dapat
meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut.

KUALITI KEHIDUPAN

- Sudah tentu sebagai penduduk yang tetap di negara ini ingin memiliki
kualiti hidup yang baik dan selesa. Kehidupan akan menjadi lebih
berkualiti apabila kita tinggal di kawasan yang berada dalam keadaan
kondusif. Namun , atas sebab individu yang tidak bertanggungjawab
terdapat juga beberapa masalah yang berlaku sehingga
menyebabkan kualiti hidup penduduk di Sungai Kim Kim Pasir
Gudang, Johor terjejas.

RUMUSAN

Masalah yang melibatkan kependudukan seperti isu rakyat termiskin,
migrasi dan pemindahan penduduk serta isu kepadatan penduduk dapat
diatasi jika setiap agensi yang terlibat iaitu Kementerian Sumber Manusia,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta rakyat berganding bahu antara
satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. Kesannya, masalah yang
melibatkan kependudukan ini dapat dikurangkan dan semua penduduk di
dalam negara ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan dari semasa ke
semasa. Oleh itu, jelaslah bahawa kita perlu saling bekerjasama seperti
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

RUJUKAN

https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/corporate-info/jabatan-agensi

https://www.sinarharian.com.my/article/19976/KHAS/Pendapat/Kualiti-hidup-
rakyat-terjejas

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apakah-isu-rakyat-masih-isu-
sastera-272

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/532975/makin-ramai-pindah-
luar-bandar

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_dan_agensi_kerajaan_Malaysia

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/672171/miskin-bandar-lagi-
susah

https://www.facebook.com/Pertubuhan-Kasih-Umat-Malaysia-
100313828422863/


Click to View FlipBook Version