01 PENGENALAN 02 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KARAKTER 03 KONSEP MODUL PENDIDIKAN KARAKTER 04 PERANAN IBU BAPA 05 MODUL PENDIDIKAN KARAKTER 1 CERITA MORAL 06 MODUL PENDIDIKAN KARAKTER 2 PERMAINAN KOLABORATIF 07 MODUL PENDIDIKAN KARAKTER 3 MAIN PERANAN 08 KESIMPULAN 09 LAMPIRAN ISI KANDUNGAN
01
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA KITALAH PEMBENTUK PEMBINAAN KARAKTER ANAK-ANAK 02
03
04
05
RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI TEMA Keluarga Saya SUBTEMA Ketaatan dan Penghargaan kepada Ibu Bapa TAJUK Mentaati Ibu Bapa KOMPONEN Hemah Tinggi SASARAN Murid prasekolah berumur 5 & 6 tahun STANDARD KANDUNGAN PM 5.1 Mengamalkan sikap sopan dalam pertuturan dan tingkah laku STANDARD PEMBELAJARAN PM 5.1.1 Mencontohi pertuturan dan tingkah laku sopan PM 5.1.2 Bersopan dalam pertuturan dan tingkah laku dengan orang lain KESEPADUAN KD 2.3.5 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai kaedah komunikasi OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat: • Membangunkan kesedaran murid tentang hubungan yang positif dengan ibu bapa. • Menyemai nilai pekerti mulia seperti hormatmenghormati dan kesopanan. • Mempamerkan sikap ketaatan dan kesediaan membantu di rumah. BAHAN BANTU MENGAJAR Aqil Story Episod 6 Mentaati Ibubapa https://www.youtube.com/watch?v=QZ2QDfSTp1c Alif & Mimi - 1 2 3 Sayang Semuanya https://www.youtube.com/watch?v=onLZHDXvvtA Gambar keluarga
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN 1. Ibu bapa atau guru memainkan lagu 1 2 3 Sayang Semua kepada kanak-kanak. 2. Dialog ringkas bersama kanak-kanak mengenai gambar keluarga mereka. 3. Kanak-kanak mempelajari lagu berkaitan dengan tema keluarga. 4. Ibu bapa atau guru memainkan video cerita pendek bertajuk Mentaati Ibu Bapa. 5. Kanak-kanak memberikan pendapat masing-masing mengenai cerita yang didengar 6. Sesi refleksi ringkas menggunakan pertanyaan mudah tentang apa yang mereka pelajari. Mengapa perlu mentaati ibu bapa? Bagaimana cara menunjukkan sikap taat pada ibu bapa? 7. Perbincangan bersama mengenai perasaan mereka tentang mentaati ibu bapa. Kanak-kanak harus diingatkan bahawa setiap ibu bapa sentiasa memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak. 8. Kanak-kanak diberikan pesanan untuk sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa. Amalan ini perlu sentiasa disemat dalam jiwa kanak-kanak. Kasih ibu membawa ke syurga , kasih ayah setiap masa. 9. Kanak-kanak membuat persembahan lagu berkaitan tema iaitu 1 2 3 Sayang Semua. 10. Kanak-kanak mempraktikan amalan taat kepada ibu bapa di rumah.
REKOD PENILAIAN GURU/IBU BAPA KANAK-KANAK AKTIVITI “MENTAATI IBU BAPA” Nama murid: ______________________________ Tarikh: _______________ Masa: _______________ Sila tandakan √ BIL PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 1. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti dijalankan dengan memberikan pandangan mengenai nilai positif. 2. Kanak-kanak boleh membuat persembahan kreatif nyanyian lagu 1 2 3 Sayang Semua. 3. Kanak-kanak mempamerkan sikap taat dan patuh dengan perintah ibu bapa. Pentaksiran: TP 1- Belum Menguasai TP 2- Sedang Menguasai TP 3- Telah Menguasai Tandatangan Ibu Bapa/Guru: ______________________ Tarikh: ____________________ Ulasan: ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
06
RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI TEMA Dunia Fantasi SUBTEMA Istana Ajaib TAJUK Jom Bina Istana Mini KOMPONEN Keyakinan Diri SASARAN Murid prasekolah berumur 5 & 6 tahun STANDARD KANDUNGAN KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain STANDARD PEMBELAJARAN KD 3.2.2 Berkongsi alat dan bahan dengan orang lain semasa melaksanakan aktiviti KD 3.2.3 Menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu permainan yang sedang berlangsung (play entry) KESEPADUAN PM 9.1.2 Menunjukkan sikap berani mencuba sesuatu tugasan yang baharu FK 1.1.2 Menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus melalui pelbagai aktiviti OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat: • Membina kemahiran sosial dalam kalangan rakan sebaya dengan berkongsi alat permainan. • Merangsang imaginasi dan kreativiti kanakkanak dalam reka bentuk.. • Meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus melalui aktiviti pembinaan. BAHAN BANTU MENGAJAR Straw connector Straw Constructor Building Review https://www.youtube.com/watch?v=U6VMWmkkVE
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN 1. Ibu bapa atau guru menerangkan tema dan subtema dengan gambar dan contoh istana. Cerita pendek tentang istana mini. Bahan dipamerkan kepada kanak-kanak dan demonstrasi cara penggunaannya. 2. Ibu bapa atau guru dan kanak-kanak berkongsi idea mengenai ciri-ciri istana impian mereka. 3. Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ibu bapa atau guru membimbing murid membina istana mini menggunakan straw berwarnawarni yang disediakan. 4. Setiap kumpulan mempamerkan istana mereka. Ibu bapa atau guru boleh membimbing proses penceritaan cerita pendek tentang istana mini yang dibina oleh kanak-kanak. 5. Istana-istana mini dipamerkan di sudut kelas dan gambar diambil untuk dihantar kepada ibu bapa atau guru. 6. Sesi refleksi ringkas dengan soalan mudah tentang aktiviti yang telah dijalankan. Ibu bapa atau guru menekankan pada kejayaan pembinaan dan keunikan setiap istana.
REKOD PENILAIAN GURU/IBU BAPA KANAK-KANAK AKTIVITI “MEMBINA ISTANA MINI” Nama murid: ______________________________ Tarikh: _______________ Masa: _______________ Sila tandakan √ BIL PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 1. Kanak-kanak dapat membina kemahiran sosial dalam kalangan rakan sebaya dengan berkongsi alat permainan. 2. Kanak-kanak boleh menerangkan keunikkan idea binaan mereka. 3. Kanak-kanak mempunyai kemahiran motor kasar dan halus yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Pentaksiran: TP 1- Belum Menguasai TP 2- Sedang Menguasai TP 3- Telah Menguasai Tandatangan Ibu Bapa/Guru: ______________________ Tarikh: ____________________ Ulasan: ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
07
RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI TEMA Kebersihan SUBTEMA Kekemasan dan kebersihan di sekeliling TAJUK Jom Kemas Bersama KOMPONEN Bertanggungjawab dan Kerjasama SASARAN Murid prasekolah berumur 5 & 6 tahun STANDARD KANDUNGAN PM 3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri STANDARD PEMBELAJARAN PM 3.1.3 Bercerita mengenai tanggungjawab di rumah PM 3.1.4 Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab di kelas KESEPADUAN FK 5.1.9 Mengamalkan kebersihan di kelas, tempat tinggal dan tempat awam. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, kanakkanak dapat: • Membentuk kesedaran terhadap tanggungjawab dalam menjaga kebersihan. • Mendorong kerjasama di antara kanakkanak dalam aktiviti kebersihan dan kekemasan. • Memupuk kecintaan terhadap persekitaran yang bersih. BAHAN BANTU MENGAJAR Jom Kemas https://www.youtube.com/watch?v=8V21Pw4E NGQ
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN 1. Ibu bapa atau guru menayangkan video “Jom Kemas” kepada kanak-kanak. 2. Kanak-kanak diberikan penerangan mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan sekeliling. 3. Sesi perbincangan mengenai persekitaran yang bersih, kemas dan teratur berbanding dengan persekitaran kotor. Yang manakan pilihan kanakkanak? Apakah perasaan kanak-kanak berada dalam persekitaran sedemikian? 4. Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberi tanggungjawab untuk membersihkan dan menyusun ruang tertentu di rumah atau kelas. 5. Sesi refleksi bersama kanak-kanak oleh ibu bapa atau guru. Pujian diberikan bagi menunjukkan penghargaan terhadap tindakan positif yang dipamerkan oleh kanak-kanak. Ini membina motivasi dan memperkuat penghayatan nilai-nilai positif oleh kanak-kanak.
REKOD PENILAIAN GURU/IBU BAPA KANAK-KANAK AKTIVITI “JOM KEMAS BERSAMA” Nama murid: ______________________________ Tarikh: _______________ Masa: _______________ Sila tandakan √ BIL. PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 1. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti dijalankan dengan mempamerkan nilai bertanggungjawab dan bekerjasama. 2. Kanak-kanak boleh membezakan persekitaran yang bersih atau kotor. 3. Kanak-kanak boleh menjalankan tanggungjawab membersihkan ruang kelas atau rumah. Pentaksiran: TP 1- Belum Menguasai TP 2- Sedang Menguasai TP 3- Telah Menguasai Tandatangan Ibu Bapa/Guru: ______________________ Tarikh: ____________________ Ulasan: __________________________________________________________ __________________________________________________________
Modul ini dirancang untuk melibatkan murid secara aktif melalui perbincangan cerita moral, permainan kolaboratif dan main peranan. Ibu bapa atau guru perlu memberi tumpuan kepada perkembangan kemahiran sosial selama kanak-kanak menjalankan modul ini. Ibu bapa dilibatkan dalam memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam mempraktikkan pembinaan karakter di rumah. Modul ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam bagaimana pendidikan karakter berperanan dalam pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera. Modul ini diharap dapat memberi sumbangan kepada penyelidikan pendidikan prasekolah dan membantu dalam meningkatkan kemahiran pembinaan karakter di peringkat prasekolah khasnya. Program "Jom Kemas Bersama, Mentaati Ibu Bapa, dan Jom Bina Istana Mini" membuktikan keberkesanannya dalam pembinaan karakter kanak-kanak prasekolah. Melalui pendekatan yang menyeluruh, program ini tidak hanya menitikberatkan pada aspek kebersihan dan kreativiti, tetapi juga menekankan nilai-nilai moral, ketaatan kepada ibu bapa, dan kerjasama. Melalui aktiviti cerita moral "Mentaati Ibu Bapa" mengutamakan ketaatan sebagai satu nilai utama. Melibatkan ibu bapa dalam proses pembelajaran ini memperkuatkan hubungan kekeluargaan dan memberikan contoh ketaatan yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan kanak-kanak. Penghayatan nilai ketaatan ini membentuk asas moral yang penting untuk perkembangan pembinaan karakter mereka. Manakala aktiviti "Jom Bina Istana Mini" melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti kreatif yang tidak hanya merangsang perkembangan motor halus mereka tetapi juga mengajar nilai-nilai kerjasama dan kesabaran. Proses pembinaan istana mini secara bersama ini memberikan pengalaman positif dalam mencapai matlamat bersama, menguatkan nilai-nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak. Bagi aktiviti “Jom Kemas Bersama" memperkenalkan nilai-nilai kebersihan dan kekemasan kepada kanak-kanak secara menyeronokkan. Ini membantu membentuk kesedaran mereka terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan diri sendiri. Penerapan nilai-nilai ini memberikan asas moral yang kukuh pada peringkat awal pembelajaran. Secara keseluruhan, program ini bukan hanya memberikan kesan positif dalam pembangunan karakter kanak-kanak prasekolah, tetapi juga membuktikan bahawa pendekatan holistik yang menggabungkan nilai-nilai moral, kekeluargaan, dan kreativiti adalah kunci kejayaan dalam membentuk individu yang seimbang dan bertanggungjawab dalam masyarakat. 08
LAMPIRAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Kurikulum Standard Prasekolah. Norazly, N., Muhammad, D., & Uzzairah, N.A.T (2021). Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Awal Kanakkanak: Satu Sorotan. Selangor Humaniora Review .V(4),1. 09
LAMPIRAN Bil Gambar/Video Pautan url 1 Straw Connector https://p-yo-www-amazon-inkalias.amazon.in/PULSBERY-Straw-Puzzle-BuildingBlock/dp/B09XXVMTZ3 2 Istana Ajaib https://images.app.goo.gl/9M55abdtPbPUVctG6 3 Gambar Keluarga https://images.app.goo.gl/6tQqocCB9ThgHJiR7 4 Gambar ruang tamu tidak kemas https://images.app.goo.gl/TZWW3FpemhtXLaH36 5 Gambar ruang tamu bersih dan kemas https://images.app.goo.gl/3iqfZAFpxDVTSo6Y8 6 Aqil Story Episod 6 Mentaati Ibubapa https://www.youtube.com/watch?v=QZ2QDfSTp1c
LAMPIRAN 7 Alif & Mimi - 1 2 3 Sayang Semuanya https://www.youtube.com/watch?v=onLZHDXvvtA 8. Straw Constructor Building Review https://www.youtube.com/watch?v=U6V-MWmkkVE 9. Jom Kemas https://www.youtube.com/watch?v=8V21Pw4ENGQ
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA KITALAH PEMBENTUK PEMBINAAN KARAKTER ANAK-ANAK
TERIMA KASIH