PENGAJIAN ISLAM – MPU22032
TUGASAN : E-FOLIO
TAJUK : SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
AHLI KUMPULAN : NO.MATRIK
BIL NAMA 12DDT21F1013
1. NURMAISARAH BINTI MOHD NOR 12DDT21F1031
2. NUR ANIMI IZZATI BINTI MOHD SUHANIZAM 12DDT21F1027
3. NADIA ZULAIKHA BINTI MOHD RADI 12DDT21F1011
4. NUR FAEEZA BINTI MOHD AZMAN
PENSYARAH : ABDUL GHANI BIN JUSOH
SENARAI KANDUNGAN :-
i. Situasi Islamfobia di Negara-Negara Bukan Islam. Huraikan.
ii. Pandangan Serong Masyarakat Non-Muslim Terhadap Muslim di Malaysia.
iii. Adakah Islam dianggap Agama Keganasan. Bincangkan.
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke atas hadrat ilahi dengan limpahan rahmat ruang masa
kerja yang diberikan dan kesihatan serta petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna.Hasil kerja ini adalah
atas bantuan pelbagai pihak.Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang
bertungkus-lumus membantu saya dalam menyiapkan tugasan e-folio ini.
Dalam kesempatan ini , saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik
Abdul Ghani , iaitu pensyarah yang membimbing saya kerana banyak membantu dan
membimbing dalam menyiapkan kerja e folio ini.Beliau banyak memberi penerangan
cara melakukan kerja kursus ini.
Akhir sekali , saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang
kerja kursus ini.
DEFINISI
Salah faham terhadap Islam bermaksud memahami Islam dengan kefahaman bahawa
agama sebagai satu kecenderungan peribadi semata-mata dan tidak mengikut yang
dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul SAW.Muhammad Qutub dalam kitabnya, ‘Salah
Faham Terhadap Islam’ menyatakan bahawa salah faham terhadap Islam juga ialah suatu
kefahaman bahawa agama merupakan suatu kenyataan hidup pada masa lampau dan tidak
sesuai pada zaman moden kini.Mereka mengangap bahawa agama hanya bertujuan
mendidik jiwa dan mengasuh manusia dengan prinsip, etika dan moral yang tertentu.
PENGENALAN
Salah faham terhadap Islam menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan terhadap
kefahaman Islam. Antara puncanya ialah ajaran Islam yang tidak tepat dan tersasar
daripada ajaran Islam yang benar (menurut Al-Quran & Sunah). Akibat daripada salah
faham ini terwujudnya propaganda media Barat yang menggambarkan Islam sebagai
satu bentuk keganasan, ketaksuban dan kemunduran.
Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan
Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai
tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan
kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan
terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Topik ini akan membincangkan beberapa
contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang
sebenar.
Pandangan kami terhadap mereka yang salah faham terhadap islam berpunca dari
Aspek kerohanian dalam islam tidak relevan untuk mengejar kemajuan, Penghayatan
Islam tertumpu kepada konteks nostalgia dan keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dan
sumber islam.Oleh itu, salah faham ini perlu ditangani dengan kadar segera agar
masyarakat tidak terus terpengaruh pemikiran negatif terhadap Islam dan juga turut
menjauhkan daripada kepercayaan serta kefahaman yang tidak benar.
ISLAMOFOBIA
Secara umumnya Islamofobla merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap
Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang
berkaitan dengan Islam.Menurut Pelapor has PBB, Islamofobia bermakna "suatu
permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau
kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka".
Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan 'Commission on Brtish Muslims
and Islamofobia" yang menyatakan bahawa lanya merujuk kepada "dread or hatred of
Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims* atau "irrational fear of islam or
ant-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism"
Melalul pentakrifan in, dapatiah disimpulkan bahawa islamofobia ini merujuk kepada
persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan
oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam.
Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat dalam
pelbagai aspek dan in merangkumi pandangan serong terhadapundang-undang,
nilai-nilai dan budaya yang dibawa oleh Islam.
SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM
Situasi islamophobia di:
i. Kanada
ii. China
Situasi islamophobia di Kanada :
Bila dunla mendapat tahu di Christchurch New Zealand Jumaat 15 Mac 2019 yang lalu,
semua tergamam dalam kengerian.Tragedi itu hampir dapat disaksi secara langsung
pada saat kejadian. Bagaimana mungkin ini berlaku, Semua terfokus kepada siapa
pembunuh yang tergamak melakukan keganasan teror ini.Membunuh 50 warga di
dalam masjid pada hari Jumaat termasuk kanak-kanak semuda 3 tahun dan warga
emas setua 71 tahun.Setiap detik pembunuhan itu dirakam melalui live streaming
dengan kamera badan sengaja dipasang agar disaksikan langsung oleh seluruh dunia.
Bagaikan melihat permainan video perang yang digilai anak muda sekarang,
New Zealand yang dikenali antaranegara teraman di dunia, mencatat sejarah yang
paling pahit dan akan terpahat lama,Kini persoalannya ialah siapa danapa yang
mendorong pembunuh kejam in bertindak dengan sangat kejam itu. Yang jelas lalah
pembunuh sudah menyiapkan sebuah manifsto 74 muka surat untuk ditatapi dunia bagi
menjelaskan kenapa beliau melakukan serangan tersebut.Apa yang dapat dirumuskan
lalahbeliau menyatakan kebenciannya yang sangat mendalam terhadap kaum Muslimin
yang dianggap pendatang untuk menguasai bumi bangsa kulit putih Eropah. Malah
inspirasinya diambil daripada Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat, sebagai
pencetus kebangkitan 'white supremacy"(kehebatan bangsa kukit putih).
Istilah anti Muslim, anti imigran memenuhi manifestonya dengan kebencian yang
mendalam khusus terhadap Islam dan Muslim.Puncanya jelas, la adalah bermula
daripada sebuah kempen Islamofobia ialtu menyebar ketakutan, kebencian dan
prasangka buruk terhadap Islam dan Muslim umumnya. Kebencian lebih jelas terutama
bila Muslimindilihat seba gai kuasa geopolitikatau dianggap punca keganasan.Istilah in
muncul pada awal abad20, menjadi istilah yang baru dicetuskan sehingga menja di istilah
lazim walaupun belum diterima umum pada 1970-an, kemudian menjadi semakin
tertonjol pada 1980-an dan 1990-an
la menjadi polisi awam bila terbit laporan berjudul Islamophobia: A Challangefor Us All
(1997) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Runnymede mengenai Muslim dan
Islamofobia di Britain.Pemimpin seperti Donald Trump dan bekas Setiausaha luar Boris
Johnson, termasuk media Barata adalah penyebar kempen kebencian terhadap Muslim
dan Islam. Walaupun mereka menyatakan kecaman terhadap serangan di Christ churh
itu, namun di tangan mereka sebenarya berlumuran darah banyak nyawa tidak berdosa
akibat sokongan mereka terhadap kempen Islamofobia.
Situasi islamophobia di China :
Ughur adalah kaum bangsa Turki yang menetap di wilayah Xinjiang yang dahulunya
dikenali sebagai Turkistan Timur. Uyghur merupakan kaum etnik yang beragama
Islam sunni.Setelah Turkistan timur telah ditawan oleh Empayar Machu pada tahun
1876. Etnik Uyghur ditindas sedikit demi sedikit sehingga hari ini.
Kita boleh melihat bahawa penindasan-penindasan seperti in banyak berlaku di
beberapa negara seperti Palestin, Syria dan Rohingya yang bertujuan untuk
menghapuskan kaum tersebut. Terdapat pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan
antaranya mereka tidak dibenarkan mempraktikkan agama mereka sendiri.
Sebagai contoh,mereka tidak dibenarkan solat dan bagi golongan wanita tidak
dibenarkan memakai tudung untuk menutup aurat. Etnik Uyghur dipaksa menganut
agama Buddha atau Atheist.
Selain itu juga, masjid dan rumah ibadat muslim juga dirobohkan dan anak-anak kecil
di ambil dan disekolahkan di sekolah China yang kerajaan China telah sediakan.
Anak-anak kecil diajar tentang Buddhisma dan dikatakandengan belajar Bahasa China
meraka dapat mengenal ajaran agama merekayang sebenar.
Jika mereka bercakap tentang agama Islam dan ditangkap.Mereka akan dimasukkan
dalam penjara tapa sebab yang kukuh.
Di penjara Uyghur meraka memaksa etnik Uyghur in Memakan babi dan juga meminum
arak. Selain itu mereka digari di kerusi dan meja untuk melakukan perkara yang
bertentangan dalam Islam.
Seterusnya, kaum Uyghur ini juga dilarang untuk menggunakan nama Islam seperti
Muhammad dan Siti. Akhir sekali,golongan Wanita dipaksa berkahwin dengan 'Han
Chinese'. Ini kerana HanChinese merupakan penganut agama Buddha. Maka secara
tidak langsung golongan Wanita disana dipaksa untuk menukar agama.
PANDANGAN SERONG MASYARAKAT NON-MUSLIM TERHADAP MUSLIM DI MALAYSIA
1) Tanggapan buruk terhadap imej islam
2) Masyarakat non-muslim terpengaruh dengan agenda barat
3) Kefahaman rendah non-muslim terhadap islam
1) Tanggapan buruk terhadap imej islam
Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan
perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana negara
Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada
perpecahan ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat
mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi
lemah.
Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan
pertubuhan dakwah dan sifat ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses
dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima
buah fikiran dari bukan kumpulannya (Aziz Jamaludin, 2011). Peristiwa sebegini akhirnya
menyebabkan masyarakat non-Muslim menjauhkan diri dengan masyarakat Islam.
2) Masyarakat non-muslim terpengaruh dengan agenda barat
Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam
dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai
penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai
ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi
lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang
Islam sebagai menakutkan.
Manakala, di atas dasar perasaan takut mereka kemudian mencipta pula persepsi
Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan
lain-lain tindakan jenayah.Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian
yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan
mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat
sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia. Selain itu,
menara masjid juga dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan.
3) Kefahaman rendah non-muslim terhadap islam
Selain itu, kefahaman yang rendah oleh masyarakat non-Muslimterhadap ajaran Islam
menimbulkan salah faham. Di dalam Abdull Rahman el at (2009), Professor Emeritus
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kimberpandangan ajaran Islam tidak banyak diberikan kepada
orang bukan Islam.
Ajaran Islam yang sampai kepada mereka hanyalah secara umum sahaja seperti tidak
boleh minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babi pun takut untuk
digunakan dan digantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang
bukan Islam akan memandang serong kepada agama Islam kerana mereka tidak
memahami kenapa dan mengapa suatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat
penjelasan yang terperinci.
ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN
Banyak pemerhati di Barat yang melupakan bahawa aksi-aksi keganasan yang dilakukan
oleh sesetengah kumpulan Muslim adalah berkaitan dengan dasar luar negara daripada
negara-negara Barat itu sendiri terhadap umat Islam secara keseluruhan.Mereka lalu
mencari akar penyebab timbulnya keganasan dalam sejarah Islam iaitu agama dianggap
sebagai akar keganasan dalam Islam, Pada sudut yang lain, sesetengah daripada gerakan
Muslim ada pula yang melakukan aksi keganasan dengan alasan melaksanakan jihad.
Perkara tersebut semakin memburukkan imej Islam dan memperkuat anggapan bahawa
Islam adalah agama yang menganjurkan keganasan dan jihad khususnya dianggap sebagai
penyebab yang membuat umat Islam menjadi ganas.
KESIMPULAN
Kejayaan membetulkan salah-faham terhadap Islam banyak bergantung kepada faktor
umat Islam sendiri. Kitalah yang mesti memastikan Islam tidak disalahfahamkan lagi
baik dari segi ilmiahnya mahupun dari segi amaliahnya. Malah kita sendiri mesti menjadi
bukti akan kesempurnaan dan kebenaran Islam di dalam kehidupan sehari-hari.
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim kita haruslah menunjukkan imej yang baik dan
bertamadun kepada orang disekeliling kita bagi mengelakkan salah faham terhadap
islam dan islamfobia yang berlaku di dunia ini.
SUMBER RUJUKAN:
1) https://anyflip.com/slrpf/gmnk/basic
2) https://fliphtml5.com/etgjq/cthg/basic
3) https://prezi.com/p/_bhqoeg2rhla/pandangan-serong-masyarakat-bukan-islam-terhadap-
muslim-di-malaysia/