The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Teladan Nilai Murni untuk bacaan murid sekolah rendah, mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diamalkan. Buku ini juga membantu murid untuk membaca dengan grid warna yang digunakan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN NURHASLINDA BINTI WAN MAZUKI KPM-Guru, 2023-12-28 23:11:51

BUKU CERITA NILAI MURNI BAIK HATI

Siri Teladan Nilai Murni untuk bacaan murid sekolah rendah, mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diamalkan. Buku ini juga membantu murid untuk membaca dengan grid warna yang digunakan.

Siri Teladan Nilai Murni Penul is: Wa n Nurha sl i n d a bi n ti Wa n Mazuk i I lustr a si: Ca nva Ma g ic Med i a Terbit a n : PSS SK L abu Bes a r Ta ri kh terbit a n : 30 Disember 2023 #l abubest Baik Hati #anakbaiklagicerdik


Sara merupakan seorang murid Tahun 3 yang sangat rajin dan baik hati di Sekolah Kebangsaan Labu Besar. Setiap hari, sebelum dan selepas waktu sekolah, Sara selalu bersedia untuk membantu guru membawa barang ke bilik guru.


Apabila loceng berbunyi menandakan kelas telah berakhir, Sara dengan cepat memastikan semua kerusi disusun dengan kemas dan meletakkan buku-buku ke tempatnya.


Kemudian, dengan penuh semangat, dia berjalan ke bilik guru sambil membawa beg dan barang-barang lain yang diperlukan kepunyaan Cikgu Syuhada.


Walaupun beg itu agak berat, Sara tidak pernah merungut. Dia selalu memegang erat beg tersebut dan tersenyum ceria sepanjang perjalanan ke bilik guru.


Ini membuatkan Cikgu Syuhada merasa amat bersyukur kerana mempunyai seorang murid seperti Sara yang sentiasa bersedia menolong.


Selain daripada membawa barang, Sara juga gemar memberikan kad ucapan kepada Cikgu Syuhada sempena hari lahir dan hari guru. Ucapan tersebut membuatkan Cikgu Syuhada gembira dan rasa dihargai .


Sara menjadi contoh yang baik untuk murid-murid lain. Sikap rajin dan baik hati yang diamalkan boleh membuatkan sekolah menjadi tempat yang menggembirakan dan penuh kasih sayang. #wnwm30122023


Click to View FlipBook Version