The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10376176, 2024-04-08 00:29:53

Perdana Menteri Malaysia (2020-2023)

perdana

MENTERI MALAYSIA PERDANA LIM JING YI 3INFINITY (2020-2023)


Nama perserta : Lim Jing Yi Kelas : 3 Infinity Email : [email protected] Nama sekolah : SMK Tunku Putra Alamat sekolah: 12, Jalan Besar, Tongkang Pechah, 83010 Batu Pahat, Johor.


TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (2018-2020) Pendahuluan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020). Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), Alor Setar pada tahun 1932. Selain itu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pasang goreng. Selepas tamat Perang Dunia II, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kerjaya tokoh Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Sumbangan tokoh Di antara sumbangan beliau dalam bidang pendidikan sepanjang tempoh kerjaya beliau ialah pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974, Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan pengenalan dasar Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terbukti telah meningkatkan profail masyarakat melayu dalam pendidkan tinggi di Malaysia. Nilai Pemodenan dan Industrialisasi


TAN SRI DATO' HAJI MAHIADDIN BIN HAJI MD YASIN (2020-2021) Pendahuluan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dilahirkan pada 15 Mei 1947. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Kerjaya tokoh Penglibatan Muhyiddin dalam politik bermula apabila beliau menyertai UMNO sebagai ahli biasa di bahagian Pagoh pada tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO di bahagian Pagoh dan Setiausaha pada tahun 1976. Kemudian beliau menjadi Pemuda Pemuda negeri Johor UMNO sehingga 1987. Pada tahun 1984, Muhyiddin bertanding di kerusi Dewan Tertinggi UMNO tetapi kalah. Muhyiddin kemudian dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor dan seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi. Sumbangan tokoh Pada 2015, beliau disingkirkan daripada kerusi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kerana mengkritik Najib dalam isu 1MDB yang ketika itu masih kurang diberi perhatian oleh rakyat. Pada 2021 pula, Muhyiddin kehilangan jawatan yang lebih besar iaitu perdana menteri garagara tidak mahu campur tangan dalam kes 1MDB Najib dan kes mahkamah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Nilai Ketegasan dan Kepemimpinan


DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (2021-2022) Pendahuluan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob lahir 18 Januari 1960) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-9 dari Ogos 2021 hingga November 2022. Pendidikan Pendidikan beliau bermula pada tahun 1967 di Sekolah Kebangsaan Bangau, diikuti oleh Sekolah Menengah Air Putih di Kuantan pada tahun 1973, dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada tahun 1976. Selepas menamatkan pengajian di tingkatan enam di Jaya Akademik, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. pada tahun 1980. Tajuk tesis Sarjana Muda Undang-undang (LLB) beliau ialah "Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia". Pada 15 Februari 2024, beliau mengumumkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kerjaya tokoh Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Bera pada tahun 2004. Nilai Kebijakan Ekonomi dan Kesejahteraan


DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM (2022-kini) Pendahuluan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim lahir 10 Ogos 1947) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia sejak 2022. Pendidikan Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Beliau juga mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Kerjaya tokoh Dari 1968 hingga 1971, sebagai pelajar, Anwar ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada tahun 1971, beliau ialah seorang ahli jawatankuasa tem yang pro-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diasaskan bersama. Pada masa yang sama, beliau telah dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) kedua. Pada tahun 1974, Anwar telah ditangkap semasa protes pelajar terhadap kemiskinan luar bandar dan kelaparan. Nilai Kesetiaan Terhadap Prinsip


Kesimpulan Kesimpulan tentang peran seorang Perdana Menteri Malaysia dapat sangat bervariasi tergantung pada konteks sejarah, kinerja individu, dan pandangan politik masing-masing. Namun, secara umum, beberapa kesimpulan yang dapat diambil tentang peran seorang Perdana Menteri Malaysia termasuk. Rujukan *https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/perdana-menteri-malaysia


Click to View FlipBook Version