The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhddanishiqram, 2021-09-01 13:50:05

Kajian Kes Tentang Kesultanan Johor Riau

KAJIAN KES SEJARAH Tingkatan 2

Kajian Kes

Tentang
Kesultanan
Johor Riau

Disediakan oleh: Muhammad Danish
Iqram bin Mohamad Saufi
Tingkatan: 2 Cambridge
Nombor Matrik: CP201008

1

1.2) Jadual Kerja

Bil Perkara Muka Surat

1.1 Tajuk 1

1.2 Jadual Kerja 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Kaedah Kajian 4

2.1 Pengenalan 5

3.1 Latar Belakang 6-7

Pengasasan

Kesultanan Johor

Riau

4.1 Faktor 8-12

Kegemilangan

Kesultanan Johor

Riau

5.1 Langkah-langkah 13-14

untuk

Memartabatkan

Karya-karya

Persuratan Melayu

6.1 Huraian Tentang 15

Keperluan

Memelihara

Kedaulatan Negara

7.1 Rumusan 16-17

8.1 Sumber Rujukan 18

2

1.3) Objektif kajian

 Kajian ini dilakukan untuk menambah
pengetahuan tentang sejarah Kesultanan
Johor Riau.

 Menjelaskan latar belakang pengasasan
Kesultanan Johor Riau dengan terperinci,

tepat, serta menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang sangat luas terhadap fakta
sejarah.

 Menghuraikan faktor kegemilangan
Kesultanan

Johor Riau dengan terperinci, tepat, serta
menunjukkan kesungguhan.

 Mencadangkan langkah-langkah yang perlu
diambil memartabatkan karya-karya
persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.

 Menghuraikan sebab mengapa perlu
memelihara kedaulatan negara agar
kemakmuran dan kemajuan negara terus
terjamin.

3

1.4)Kaedah kajian

Sebanyak 2 kaedah kajian telah dijalankan untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci dan
bersistematik.

 Kaedah Analisis Dokumen
Saya turut merujuk dokumen dari Cikgu
Zul untuk memastikan kesahihan fakta yang
ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak
akan diragui akan kebenarannya.

 Kaedah Memuat Turun Internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang
terdapat dalam negara kita dengan melayari
laman sesawang produk yang dikaji malah turut
memuat turun bahan yang terdapat sebagai
rujukan. Dalam waktu yang sama, saya juga
menonton video yang menceritakan tentang
sejarah Kesultanan Johor Riau, temubual dan
yang lain-lain lagi.

4

2.1)Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh oleh waris
Kesultanan Melayu Melaka, mewarisi sistem
pemerintahan, pentadbiran, wilayah jajahan takluk
dan naungannya. Tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal Alam Melayu. Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatimah, gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahari Seri
Nara Diraja menghimpun rakyat membuka negeri di
pesisir Sungai Johor.

Terdapat tiga pusat pemerintahan, yang pertama Pusat
Pemerintahan Kota Kara, Pekan tua. Diwarisi oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564) dan
diserang Portugis 1535. Kedua pula Pusat
Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang dan Sultan
Alauddin Riayat Shah I berundur ke sini. Pusat
pemerintahan ini selamat kerana kapal perang musuh
sukar melintasi sungai sempit. Yang ketiga ialah Pusat
Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama (Tanjung Batu).
Sultan Alauddin Riayat Shah (1540) yang mewarisnya.

5

3.1)Latar Belakang

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis (Perang Tiga
Segi/ Perang Seratus Tahun)

Persaingan ini terjadi untuk menguasai perdagangan
di Selat Melaka. Ia berakhir apabila Johor memberikan
bantuan Belanda mengalahkan Portugis dan
menguasai Melaka (1641). Acheh mengalami
kemerosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar
Thani. Kemudian, Acheh menyerang Johor kerana
perdagangan Acheh tergugat; Johor menyerang
Portugis kerana hendak merampas semula Melaka;
Acheh menyerang Portugis kerana Portugis hendak
menguasai perdagangan Acheh; Portugis menyerang
Johor kerana adanya pakatan Johor, Acheh.

2.Perang Johor-Jambi

Johor menuntut Tungal daripada Jambi. Krisis
peperangan berlaku dari 1659 Ke 1679. Kemudian,
Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679.Jambi
tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor
Riau yang berpusat di Riau.

6

3.Konflik Pembesar

Konflik yang terjadi diantara Bendahara Tun Habib
Abdul Majid, Laksamana Tun Abdul Jamil untuk
menguasai pemerintahan. Berakhir pula dengan
pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke
Terengganu. Selepas itu, Keturunan Bendahara
berpengaruh pemerintahan. Tun Habib meninggal
dunia dan dikenali Bendahara Padang Saujana.
Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

4.Ancaman Raja Kechil

Raja Kechil menyerang Johor (1718) menuntut takhta
kerajaan Johor. Mendakwa diri sebagai putera Sultan
Mahmud Shah I (Sultan Mahmud mangkat dijulang)
(1685-1699) dan mengisytiharkan diri sebagai Sultan
Johor Riau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah. Untuk menuntut semula, Raja Sulaiman, putera
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta bantuan Opu
Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
Raja Kechil dapat dikalahkan (4 Oktober 1722) Raja
Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan
gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (17222-
1760). Selepas kejadian itu, Daeng Merewah dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yantuan Muda
Bugis yang pertama di Johor.

7

4.1)Faktor kegemilangan

Terdapat tiga faktor:
1. Pusat Perdagangan yang Unggul

Kedudukan Strategik di Pelabuhan Johor Lama,
Batu Sawar, Panchor mudah dimudiki kapal besar
kerana S.Johor lebar dan dalam. Lokasi di selatan
Melaka mengawal lalu lintas kapal dagang Timur dan
Barat untuk menghalang serangan asing. Pelabuhan
Riau di persimpangan maritim menjadi tumpuan
pedagang luar berurus niaga.
Menjadi tumpuan para pedagang daripada
China, Gujerat, Belanda, Inggeris, tanah jajahan,
naungan, kerajaan Alam Melayu lain. Kemudiannya
Jawa menjadikan Johor pelabuhan pilihan, tidak
mahu berdagang dengan Portugis di Melaka. Siam
memasarkan hasil pertanian, Melaka menjadi
tumpuan pedagang pada abad 16, 17.

8

Terdapat juga pusat pengumpulan dan
pengedaran pelbagai barang dagangan gujerat, siam
dan jawa. Untuk tanah jajahan, lada hitam (Jambi),
emas (Inderagiri), bijih timah (Klang, S.Ujong,
Bernam, P.Bangka Sumatera). Kelapa kering, kayu
gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin,
periuk belanga, lillin, garam terdapat di Pahang,
timur Sumatera, Kepulauan Riau, S.Ujong, Klang,
Naning, Rembau. Benang emas, kain sutera putih,
tembikar, seramik, kuali besi, teh, tembaga pula boleh
didapati di China di Pelabuhan Batu Sawar.

500-600 kapal dagang pelbagai bangsa terutama
Pelabuhan Riau jadi Pelabuhan di situ agak sibuk.
Antara kapalnya ialah Kapal Siam, Portugis, Inggeris
dan pulau-pulau di Alam Melayu.

2. Pengurusan Pelabuhan

Faktor ini adalah Kapal Siam, Portugis, Inggeris
dan pulau-pulau di Alam Melayu. Terdapat beberapa
kemudahan pelabuhan antaranya ialah gudang bawah
tanah untuk menyimpan barangan untuk
mengelakkan kebakaran. Pegawai terlatih
mengendalikan urusan perdagangan dan
membekalkan barang keperluan pedagang, contohnya
lada hitam dan rempah ratus.

9

Di dalam urusan jual beli pula, tukar barang
dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin
Riayat Shah I: wang emas=mas, wang perak=kepang,
wang timah=katun. Akhir abad ke-18, Dolar Sepanyol,
Dolar Mexico, duit Belanda digunakan. Syahbandar:
mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai
pelabuhan. Cukai pelabuhan dikenakan berpatutan.
Syahbandar menetapkan ukuran dan berat timbangan
barangan.

Pedagang luar dan tempatan mendapat naungan
daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan
Raja Indera Bongsu dalam system naungan.
Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak
yang memberikan naungan dalam bentuk cukai
perdagangan berdasarkan sistem naungan. Mudah
mendapat surat kebenaran Belanda, belayar tanpa
gangguan di selat Melaka.

Orang laut mempunyai peranan seperti
pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,
penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan Selat Melaka. Mengawal
keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi
tentera angkatan laut.

10

3. Pusat Persuratan

Batu Sawar, Pulau Penyengat, Riau memainkan
peranan penting. Karya agung bermaksud karya yang
tertulis dalam Bahasa Melayu yang mampu
mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan
kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup Bahasa
Melayu. Karya Agung melambangkan pencapaian
unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan
pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu.

Sulalatus Sulatin adalah Salasilah Raja-Raja
atau Peraturan Segala Raja-raja. Asal bernama
Hikayat Melayu telah disusun dan situlis semula oleh
Tun Seri Lanang pada 1612. Ia menceritakan asal usul
keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan,
sejarah KMM.

Hikayat Hang Tuah dihasilkan oleh pengarang
dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada
tahun 1641. Epik kepahlawanan yang merentas
sepanjang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka diceritakan di dalam hikayat itu. Berkaitan
tentang kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan
Kesultanan Melayu Melaka.

11

Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun
Ahmad Paduka Raja, dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota
Tinggi pada 1565. Menjadi Bendahara Johor semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II dan
menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas
titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat
Shah II. Beliau juga penasihat Sultan Iskandar Muda,
Acheh, Raja Uleebalang di Samarlanga.
Karya lain pula, Tajul Salatin/ Mahkota Rajaraja
(Bukhari al-Jauhari) karya persuratan tersohor
pada zaman KJR. Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu
dan Bugis, Gurindam 12 (Raja Ali Haji), Hikayat Anak
Panah Sedasa (Tun Hisap Misai), Syair Ungku Puteri
(Raja Ahmad).

12

5.1)Langkah-langkah untuk
Memartabatkan Karya-
karya Persuratan Melayu

Terdapat beberapa langkah-langkah untuk
mempertabatkan karya-karya persuratan Melayu.
Langkah- langkah ini perlu diambil tahu oleh ibu bapa
kerana mereka yang mendidik anak-anak mereka.

Antaranya ialah kita mestilah melibatkan diri
dalam komuniti, seperti di sekolah atau badan-badan
lain yang relevan. Contohnya di sekolah boleh
menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa
melayu dan melambangkan jati diri bahasa melayu di
dalam kelas. Selalu menyertai program sekolah yang
mempromosikan bengkel bahasa melayu.

Memupuk kesedaran tentang kepentingan
bahasa melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali
lagi. Kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan
oleh ibu bapa dan guru. Contohnya, ibu bapa mestilah
menggunakan bahasa yang betul apabila bertutur
dengan anak-anak. Sekiranya kesedaran ini dapat
dipupuk sejak azali seperti kata peribahasa 'melentur
buluh biarlah dari rebungnya' sudah pasti hasilnya
akan berkekalan hingga dewasa.

13

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah
menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk
kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan
bahasa melayu. Contohnya, DBP perlu bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang
menjurus ke arah memartabatkan bahasa melayu.-
sekiranya bahasa bahasa melayu semakin meluas
digunakan sudah tentu bahasa melayu setanding
dengan bahasa-bahasa lain.
Seorang individu boleh memainkan peranan
dalam isu ini dengan bertutur bahasa melayu.
Memelihara bahasa melayu tanggungjawab kita
bersama.-bahasa melayu lambang identiti kita.

14

6.1) Huraian Tentang
Keperluan Memelihara

Kedaulatan Negara

Mengapa perlu memelihara kedaulatan negara?
Pada pendapat saya, negara ini perlu dipelahara
kedaulatannya untuk memastikan pemimpinpemimpin
yang akan datang tidak mencemarkan nama
negara. Maksud saya, setiap tindakannya diperhatikan
oleh warga negara dan kesilapan yang akan dibuatnya
sentiasa menjadi masalah yang besar.

Selain itu, kedaulatan negara juga akan
diperhatikan orang asing yang tinggal di Malaysia.
Apa-apa tindakan rakyat yang tidak elok, ia boleh
menjatuhkan maruah negara. Contohnya, membuang
sampah merata-rata, menilai seseorang tanpa
mengenal kisahnya dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, memelihara kedaulatan negara
ini perlulah dididik daripada kecil supaya tidak
mencemarkan nama negara.

15

7.1)Rumusan

Saya ingin memohon maaf kepada cikgu kerana
terlewat untuk menyiapkan kerja kursus ini. .Ketika
menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Di sebalik peristiwa bersejarah itu sendiri
tersimpan seribu sejarah dan cerita yang unik dan
tersendiri. Ini sekaligus akan mengingatkan kita untuk
mengimbau kembali nostalgia dan sejarah pada suatu
masa dahulu yang boleh diambil pengajaran dan
ikhtibar bersama untuk genarasi sekarang dan
genarasi akan datang.

Pepatah “sesiapa yang melupai sejarah, pasti
akan mengulanginya kembali” sangat sesuai digunakan
untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada
kita semua bahawa kesilapan dan masa lalu boleh
dipelajari dengan mendalami sejarah. Daripada
pepatah ini, betapa pentingnya masyarakat ini
mengambil tahu peristiwa bersejarah yang pernah
tercatat disekeliling kita semua.

Ini kerana peristiwa bersejarah adalah satu
kebenaran yang tidak patut diseleweng dan
dipesongkan kerana ia perlu disandarkan kepada fakta
dan bukti yang sahih bersandarkan kepada sumber
bahan kajian, tinggalan sejarah yang masih ada,
sumber pengkajian sejarah dan sumber jurnal yang
lain.

16

Oleh yang demikian, setiap lapisan masyarakat
bertanggungjawab perlu terus mengukuhkan
perpaduan semasa masyarakat yang ada di Malaysia
agar ia kekal padu dan berpanjangan.
Kesimpulannya, peristiwa bersejarah yang telah
pun terjadi merupakan episod sejarah yang sangat
penting bukan sahaja untuk tontonan dan renungan
generasi masa kini, bahkan juga kepada generasi akan
datang.

17

8.1)Sumber Rujukan

Buku Teks:
KSSM Sejarah Tingkatan 2
Internet:
Nota Kesultanan Johor Riau: https://learning-
iseasy-
here.blogspot.com/2021/01/nota-ringkasdan-
padat-sejarah_30.html

18


Click to View FlipBook Version