The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahdiny, 2019-01-22 00:11:41

buletin okt-dis2018pdf

buletin okt-dis2018pdf

BIL 04/2018

EDISI OKT - DIS 2018

PELANCARAN KEMPEN KEMPEN LEBIHKAN MAKAN MAJLIS PELANCARAN NBME
PASAR TANI BERSIH
BUAH-BUAHAN TEMPATAN DI POLISAS

PENGENALAN

Kata-Kata Aluan Pengarah FAMA Negeri Pahang

Assalamu’alaikum warahamatullahi wabarakatuh

S aya mengucapkan tahniah kepada Ketua Editor dan kumpulan atas

inisiatif menerbitkan Buletin FAMA Negeri Pahang Bil 4/2018 yang me-
maparkan maklumat dan aktiviti utama yang dijalankan oleh FAMA
Negeri Pahang. Menerusi buletin ini, saya berharap ia dapat memberi
impak dan maklumat kepada pembaca khasnya kumpulan sasar FAMA
yang terlibat di dalam aktiviti yang dijalankan. Saya juga berharap agar
penerbitan buletin ini akan dapat menyerlahkan peranan FAMA Negeri
Pahang untuk membantu usahawan dalam mempertingkatkan produktivi-
ti mereka.

Terima kasih.

ROSLI BIN AW. DA

Pengarah FAMA Negeri Pahang

Isi Kandungan Ms 2

PENGENALAN Ms 3
Kata - Kata Aluan Pengarah FAMA Negeri Pahang
PENGENALAN Ms 4
Sidang Redaksi—Sekapur Sireh Ms 6
Majlis Pelancaran New Breed Marketing Entrepreneur (NBME)
Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah Ms 8

Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih Peringkat Negeri Pahang Ms 9 2
Ms 10
Karnival Rechor Kas RTM Pahang
Pelancaran Kelab MyAgrosis, NBME, “Agromas Challenge” Ms 12
Sudut Kulinari—Cempedak Ms 13
Salam Takziah FAMA Pahang Ms 14
Sudut Agama—Andai Esok Tidak Ada Lagi Buatku Ms15
FAMA Pahang Sana Sini Ms 20
Staff@ FAMA Pahang Ms 21
Kakitangan Yang Menerima Cahaya Mata Ms 22
Aktiviti Semasa (Oktober—Disember 2018) Ms 24
7 Peristiwa Penting Sepanjang 2018

PENGENALAN

Sidang Redaksi Assalamu’alaikum w.b.t

Penasihat Syukur kepada Allah SWT yang telah
ROSLI BIN AW. DA mengizinkan penerbitan Bil. 4/2108 Buletin
FAMA Negeri Pahang ini. Saya ingin meraka-
Pengarah FAMA Negeri Pahang mkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menghasilkan buletin
Ketua Editor ini. Buletin FAMA Negeri Pahang merupakan
NORAZMIN FITHRI BIN ABD. AZIZ satu saluran perkongsian maklumat mengenai
Timbalan Pengarah FAMA Negeri aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pejab-
Pahang (Pembangunan) at FAMA Negeri Pahang dari Oktober hingga
November 2018.
Kumpulan Editor
Buletin ini juga bertujuan untuk berkongsi
 FARAH DINI FARINORDIN
[email protected] pengalaman dan maklumat berkenaan dengan

 ZUHANA SAMSUDIN produk pertanian dan juga penghasilan produk
[email protected]
asas tani yang telah dikelola oleh Pejabat
 MOHD YUSHAIMEE BIN MOHAMED
GHAZALI FAMA di seluruh Negeri Pahang. Saya
[email protected]
berharap buletin ini akan dapat
 NORULHUDA MUSTAFFA
[email protected] meningkatkan pengetahuan pembaca

 HENDRY IDDHAM ANDYMOZA mengenai aktiviti dan peluang pemasaran
[email protected]
pertanian yang dikendalikan oleh FAMA Negeri
 MOHAMAD KHUZAIFAH HOLID
[email protected] Pahang.

 NORAZIRA AB. GHANI Sekian, terima kasih.
[email protected]
NORAZMIN FITHRI BIN ABD. AZIZ
 NUR AKMA BINTI ABDUL KARIM Timbalan Pengarah (Pembangunan) FAMA
[email protected] Negeri Pahang

3

FAMA PAHANG

Majlis Pelancaran New Breed Marketing Entrepreneur (NBME)

Majlis Pelancaran NBME telah dijalankan pada 15 Oktober 2018 di Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah (POLISAS), bagi projek perintis dalam melahirkan usahawan
pemasaran (dropship) menerusi platform portal atas talian, Agrobazaar Online (ABO).
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Mansor Omar, berkata NBME akan
diperluaskan ke seluruh negara membabitkan politeknik, kolej komuniti dan universiti awam.
Pada majlis itu, dua pelajar jurusan perniagaan e-commerce, Muhammad Harizan Muhamad Hanif ,20
dan Muhamad Zulhizmie Zulkefli, 20 dinobatkan perserta NBME terbaik apabila meraih jualan minyak
wangi lebih RM25,000 dalam tempoh empat bulan.
“Ia satu pencapaian yang membanggakan sekali gus mencapai objektif dalam melahirkan usahawan
generasi baharu di kalangan penuntut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran NBME
di POLISAS, di sini, hari ini.
“Berdasarkan perangkaan, daripada 31.2 juta rakyat negara ini, 23 juta merupakan pengguna telefon
pintar yang mempunyai capaian data internet justeru ia peluang yang cukup besar untuk perniagaan
secara online yang boleh direbut graduan.

4

FAMA PAHANG

Dari kanan, Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA MAnsor Omar, Pengarah FAMA Negeri Pahang Rosli
Aw. Da, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Zainab Ah-
mad, Pengarah Polisas,Norlida Abdul Razak dan Pengarah Kanan (bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara
dan Pemasaran Online) Tn Hj Mohamad Mustahapa Awang

Sekitar Majlis Pelancaran NBME di POLISAS

5

FAMA PAHANG

Kempen Lebihkan Makan Buah-
Buahan Tempatan Peringkat

B Sekolah
ertempat di Sekolah Menengah Sungai
Soi, pada 30 Oktober 2018, 3 MT buah
tempatan seperti rambutan, tembikai,
duku, dokong, nangka, nanas, jambu, mangga
dan pisang secara percuma.

Pameran buah nadir seperti tampoi, ara dan ku-
lim dapat memberi pendedahan kepada murid
dan pelajar. Selain itu pertandingan mewarna
peringkat sekolah rendah, pertandingan melukis
sekolah menengah ukiran tembikai kategori guru,
serta video kreatif pelajar sekolah menengah ten-
tang Buah-Buahan Tempatan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) Pahang, Rosli Aw Da ber-
kata, “Kita akan terus melakukan pelbagai pro-
gram dan kempen untuk menggalakkan semua
lapisan masyarakat menikmati buah-buahan tem-
patan,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau menegaskan
FAMA akan terus berusaha membantu pekebun
dan usahawan buah-buahan untuk memasarkan
hasil mereka.

Katanya, sebagai contoh sebelum ini setiap kali
musim durian masalah lambakan raja buah itu
akan berlaku hingga menyebabkan pekebun me-
nanggung kerugian namun selepas diperkenal-
kan tempoyak dan pes durian masalah terbabit
kini tidak berlaku lagi.

Kakitangan FAMA Pahang sedang bersiap
menghidangkan buah-buahan tempatan kepada pelajar

6

FAMA PAHANG

PEGAWAI Daerah Kuantan, Datuk Zaliza Zulkepli (tengah) mengagihkan buah-buahan pada Kempen Lebihkan
Makan Buah-buahan Tempatan peringkat sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, Kuantan

Pertandingan Melukis dan Mewarna Peringkat Sekolah Pertandingan Ukiran Buah Peringkat Guru dan Per-
Rendah dan Menengah tandingan Mewarna Tabika Kemas

7

FAMA PAHANG

PELANCARAN KEMPEN PASAR
TANI BERSIH PERINGKAT
NEGERI PAHANG

M Saifuddin Abdulah beramah mesra sambil mengedar-
ajlis Pelancaran Kempen Pasar Tani kan ‘button badge’ dan plastik sampah kepada peser-
Bersih yang diadakan pada 27 Oktober 2018 di ta Pasar Tani Balok
Pasar Tani Balok sekaligus memberi amaran kepa-
da peniaga di Pasar Tani di seluruh negara supaya
mementingkan aspek kebersihan di gerai masing-
masing.

Pengerusi Fama, Ishak Ismail berkata semasa
pelancaran di Pasar Tani Petrajaya, berikutan
itu, bermula 1 Januari 2019 semua gerai milik pe-
serta pasar tani akan diberikan penarafan mengikut
tahap kebersihan menerusi kempen Pasar Tani
Bersih fasa dua.

"Setiap gerai usahawan akan diberikan penarafan
mengikut tahap kebersihan iaitu sangat bersih (A),
bersih (B), kurang bersih (C) dan kotor (D).

Kempen ini dilancarkan oleh Ahli Parlimen Indera 100 pengunjung bertuah juga dapat menikmati
Mahkota, Menteri Luar Negeri YB Dato’ Saifuddin 500gram buah Duku yang diberi secara percuma bagi
Abdullah. tujuan promosi

8

FAMA PAHANG

KARNIVAL RECHOR KAS RTM

PAHANG

Karnival Rechor Kas dan Konsert kita telah di-
jalankan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji
Ahmad Shah bagi menghargai pelanggan dan pen-
dengar setia Pahang FM. Sebanyak 3 MT buah-
buahan tempatan akan dipromosikan kepada
pengunjung. 35 Usahawan IAT membuat jualan
dan 10 peserta terbuka telah menyertai Pertand-
ingan Masakan Produk Berasakan Produk Agro-
mas, termasuk staf RTM.

Peserta Pertandingan Masakan Produk Berasaskan
Produk Agromas merupakan kakitangan RTM yang
memberi saingan

Peserta Ladang Kontrak menbuat Jualan Terus Dari
Ladang (JTDL) dengan harga promosi yang menarik

Chef Selebriti yang membuat demo masakan Peserta Pertandingan Masakan Produk Berasaskan
menggunakan produk Agromas bagi membuat promosi
Produk Agromas merupakan Usahawan Katering yang

memberi saingan 9

FAMA PAHANG

PELANCARAN KELAB MYAGROSIS, NBME,
“AGROMAS CHALLENGE”

Program anjuran FAMA dan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pa-
hang, pada 11 Disember 2018 telah berlansung dengan meriah bertempat di Raub, Pahang.
Satu taklimat telah dijalankan kepada Ahli Kelab MyAgrosis bagi memeberi pendedahan ten-
tang program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) dan pengenalan produk Agromas.
Sebanyak 1,000 hidangan seperti Mee Kari Putih, Bihun, Nasi Goreng, Jus Roselle dan Jus Sirap Ros
jenama Agromas telah dihidangkan kepada pelajar dan kaitangan UiTM Raub bagi mendekatkan lagi
dengan produk Agromas. Kejutan demo masakan Mee Kari Putih dan Mee Goreng Sambal Udang te-
lah diadakan oleh Ketua Pengarah FAMA Malaysia dan Penolong Rektor UiTM, Dr Khairi Khalid. Para
pelajar berasa teruja mencuba produk Agromas dan rata-ratanya mengatakan produk ini boleh menjadi
saingan jenama lain.

Chef Dato’ Ismail tidak melepaskan peluang ujirasa
Aserong dan mengatakan boleh diketengahkan ke
pasaran yang lebih luas.

10

FAMA PAHANG

K. akitangan FAMA sedang mengedarkan sampel ma- Mobilecomm dari FAMA Ibupejabat sedang menemu-
ramah pelajar yang selesai menjamah makanan
kanan kepada pelajar

Sebahagian akitangan FAMA dan kakitangan UiTM se- Ketua Pengarah disaksikan Penolong Rektor UiTM se-
dang bergambar selepas selesai upacara perasmian dang menandatangan plak pelancaran Agromas
Challenge

Ketua Pengarah FAMA sedang membuat demo masa- Ketua Pengarah FAMA sedang menandatangani plak
kan menggunakan produk Mee Kari Putih Agromas cenderahati kepada pihak UiTM

11

SUDUT KULINARI

CEMPEDAK

Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang

menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah

Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk

pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya

ialah Artocarpus integer . Pokok ini berasal dari ka-

wasan Asia Tenggaraiaitu dari Semenanjung Ma-

laysia dan boleh di temui di Brunei, Indonesia, dan

pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak cepat

tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu

menghasilkan buah yang banyak. Namun begitu,

Cempedak mempunyai khasiat tenaga yang tinggi BINGKA CEMPEDAK/KUIH BAKAR CEMPEDAK
dan adalah berbahaya kepada pengidap kencing Rujukkan : Seleraputeri.blogspot.com
manis.

Bahan-bahan:
300 gm isi cempedak
240 gm tepung gandum
2 biji telur
650 gm santan
150 gm gula (jika cempedak manis, boleh ku-
rangkan)
80 gm mentega (cairkan)
1/2 sudu teh pewarna oren (jika perlu)
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:

Cempedak goreng hasil daripada resepi dan gambar 1. Satukan cempedak, santan, gula dan kisar hing-
asli dari penulis ga lumat
2. Satukan tepung, telur dan garam dalam sebuah
CEMPEDAK GORENG RANGUP bekas, tuangkan bahan dikisar dan gaul sebati
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang 3. Masukkan mentega cair dan pewarna oren. Ka-
cau hingga sebati.
Bahan-bahan: 4. Sapu mentega pada loyang berukuran 20 cm x
1 biji buah cempedak ranum secukupnya 20 cm x 7cm dan alas kertas. Sapu mentega lagi
dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
adunan tepung/batter : 5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 C selama 45
1 cawan tepung gandum minit hingga 60 minit .
1 sudu besar marjerin 6. Sejukkan, kemudian potong untuk dihidangkan.
1 sudu besar gula
1 cawan air sejuk (dari peti ais) Sukar mendapatkan beka-
sedikit garam dan pewarna kuning lan buah Cempedak?

Cara-cara : Dapatkan Ulas Cempedak
Blend semua bahan batter hingga sebati. yang boleh didapati di
Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. House Of Durian dengan
Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cem- segera, sementara stok
pedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga masih ada.
keemasan. Toskan setelah digoreng.
Hubungi: 09 266 3622

12

SALAM TAKZIAH

Salah seorang peserta Pasar Tani Jengka jatuh sakit di Pasar Tani Kekal Maran

Kakitangan MID FAMA Negeri Pahang terlibat
dalam kemalangan. Mujurlah tiada sebarang

kecederaan dialami

Lawatan pihak pengurusan FAMA Negeri Pahang keatas bekas kakitangan FAMA 1) Bapa kepada Mohd Hanif Ismail, ka-
Pahang En Azman Kaman kitangan PO Jerantut telah meninggal
dunia.

2) En Mokhkar (pesara FAMA Negeri )
mengalami sakit paru-paru berair

3) Isteri kepada En Nabawi FAMA
Rompin mengalami kencing manis

4) Bapa kepada Nur Emira Usop, telah
menjalankan pembedahan kecil

5) En Rozi Sulaiman (peserta PTK Je-
rantut) meninggal kerana kanser eso-
fagus tahap 3

6) Nenek kepada en HAfizuddin (FAMA
Daerah Cameron Highland telah
meninggal dunia

13

SUDUT AGAMA
ANDAI ESOK TIDAK ADA LAGI BUATKU

Dosaku kian bertambah hari ke hari. Semasa ke semasa. Aku fikir , Allah dah tidak lagi
sayang kepadaku. Jika Dia sayang, mengapa dibiarkan aku terleka, membiarkan diri
aku terus terlalai dan hanyut dengan dosa-dosa nafsu tiap masa dan ketika?
Aku mahukan Syurganya. Andai Allah tak sayang pada aku mana mungkin saat ini kita
masih hidup, masih bernafas di muka bumiNya? Dia sayang pada kita. Kasih pada ham-
ba-hambaNya. Sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat. Tapi, aku takut . Takut
andai tidak diterima taubatku. Kerana setiap hari aku bertaubat. Namun dalam masa
yang sama tidak juga aku berhenti dari berbuat dosa .
Ya Allah, inikah yang dipanggil ujian? Aku menangis. Saat terkenang dosa-dosa yang
sangat banyak aku pasti. Ya. Bagai pasir-pasir di pantai. Juga debu-debu yang
berterbangan. Aku bukan hanya berdosa. Tapi sangat berdosa. Dapatkah diterima tau-
bat-taubat palsuku saban masa? Allahu Akbar... Aku tak mampu menanggung seksa Ne-
rakaMu ya Allah...Sisa umurku, berkurang tiap hari. Namun dosa-dosaku makin ber-
tambah ya Ilahi... Allah ... Layakkah aku buat SyurgaMu ya Allah? Layakkah aku, walau
untuk mencium bau SyurgaMu ya Allah?
AllahuAkbar... Berikanlah kesedaran buatku, tiap masa dan ketika. Agar dunia ini dan
segala isinya tidak berada di tempat yang tertinggi dalam hati kami. Yang sepatutnya
menjadi tempat buatMu. Jangan Kau biar apa-apapun merampas tempatMu di hati ka-
mi. Ya Allah, terimalah taubat-taubatku. Andai esok tidak ada lagi buatku, maka Kau jad-
ikanlah hari ini hari yang paling banyak aku berbuat amal. Agar aku tak disentuh api Ne-
rakaMu.

14

FAMA PAHANG SANA SINI

15

FAMA PAHANG SANA SINI

16

FAMA PAHANG SANA SINI

17

FAMA PAHANG

18

STAFF @ FAMA PAHANG

19

STAFF @ FAMA PAHANG

BIL. PROJEK BILANGAN BILANGAN
1. PEJABAT FAMA
OUTLET USAHAWAN/PESERTA

11 180 ( KAKITANGAN )

2. PASAR TANI KEKAL 4 1,009

3. PASAR TANI 36 1,600
4. PASAR TANI BORONG 1 6
5. MOTOSIKAL TIGA RODA (M3R) 55 55
6. KARAVAN TANI 14 14

7. GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS) 21 21

8. AGROBAZAAR K-SHOPPE 20 20

9. AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT (AKR) 28 28

10. AGROBAZAAR RAKYAT (ABR) 10 10
11. AGROBAZAAR R&R
12. PASAR BERGERAK MALAYSIA 14 14
3

1 (PAHANG,TERENGGANU
,KELANTAN)

20

STAFF @ FAMA PAHANG

KAKITANGAN YANG MENERIMA CAHAYA MATA (OKTOBER-DISEMBER 2018)

BIL. NAMA PENEMPATAN GAMBAR

1. Norulhuda Mustaffa Pejabat FAMA
Negeri

2. Zuhana Samsudin Pejabat FAMA
Negeri

3. Mohd Asri Mat Yaacob Pusat Operasi
Jerantut

4. Mohd Hanif Ismail Pusat Operasi
Jerantut

5. Norhaida Musa Pejabat FAMA
Daerah
Bentong

6. Nur Ain Syirah Putra Pusat Operasi
Lanchang

7. Hairrulnizzam Othman Pejabat FAMA
Daerah
Jerantut

21

AKTIVITI SEMASA

AKTIVITI TARIKH
Kunjungan YB Adun Ketari Young Safurah Ke FAMA Bentong perbincangan Berkaitan Pusat Jualan Hasil-Hasil Per- 4 Okt 2018
tanian Sepanjang tepi Lebuharaya
Mesyuarat Pelarasan Program NBME Polisas 5 Okt 2018
Mesyuarat Penubuhan MyAgrosis Dan Program NBME Di UiTM Raub 9 Okt 2018
Bersama Menteri Besar Dato’ Seri Wan Rosdy Untuk Pertimbangan Pengurangan Premium PTK Lipis 10 Okt 2018
Pertandingan Masakan Berasaskan Produk Agromas, Karnival Rechor Kas RTM Pahang 13 Okt 2018
Naziran @ Pasar Tani Balok 13 Okt 2018
Penyerahan Kunci ( Bersyarat ) Pusat pemproses Segar Lanchang 15 Okt 2018
Majlis Pelancaran NBME di Polisas Kuantan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Mansor Omar 15 Okt 2018
Mesyuarat Pavillion Pahang sempena MAHA 2018 16 Okt 2018
Mesyurat PU FAMA Pahang 16 Okt 2018
Taklimat Sebutharga Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan di pejabat-pejabat FAMA Negeri Pahang 16 Okt 2018

Majlis FA Di Lipis 16 Okt 2018

Kursus Agrobazaar.com di kolej komuniti Karak 20 Okt 2018

Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Aset Alih/Tidak Alih FAMA di FAMA Ibu Pejabat 23 Okt 2018

JTDL di Pasaraya Kuantan Parade Sempena Fiesta Makanan Negeri Pahang 24 – 28/10 24 Okt 2018
Mesyuarat Lawatan Tapak dan Persediaan Operasi PTK Chini 26 Okt 2018

Program Makan Buah-Buahan Peringkat Sekolah di SMK Sg. Soi 27 Okt 2018

Perbincangan Agrobazaar Online Dan Myagrosis Bagi Program NBME Bersama Penyelaras Keusahawanan Politeknik 29 Okt 2018
Muadzam Shah

Seminar Kecergasa FAMA Negeri Pahang 30 Okt – 1 Nov
- Kejohanan Penalti Shoot FAMa Negeri Pahang 2018
- Agrohunt FAMA Pahang
- Kejohanan Tenpin Bowling FAMA Pahang 2018

Mesyuarat Pengurusan FAMA Negeri Pahang dan Majlis Persaraan PFD Pekan 31 Okt 2018

Kursus Agrobazaar Online Di MARDI CH 1 Nov 2018

Lawatan Persatuan Pelancong, Pengusaha Teksi di Serambi Teruntum dan Demo Sambal Hitam 8 Nov 2018

Mesyuarat Perbincangan Tatacara Pengeksportan Durian Ke China Oleh Exco Pertanian Pahang, Dato’ Seri Soffi dan 8 Nov 2018
turut hadir Exco Luar Bandar Dato’ Aziz Kiram

JTDL Pasaraya @ Megamall Kuantan 9 – 11 Nov 2018

Kempen Pasar Tani Bersih @ Pasar Tani Pelancongan Cameron Highlands Bersama Juri Dari SW Corp Dan Alam Flora 11 Nov 2018

Mesyuarat Jawatankuasa MOS Inc. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan IAT Peringkat Negeri Pahang 13 Nov 2018
Bil 3/2018

Mesyuarat J/Kuasa Kredit Operasi Bil 3/2018 13 Nov 2018

Bengkel Penyediaan SOP ( Projek-Projek Bahagian Peruncitan ) 13 Nov 2018

Mesyuarat Penubuhan MyAgrosis Dan NBME di UiTM Raub 14 Nov 2018

Pemeriksaaan Permohonan COC di Premis Bunga Cameron Highlands 14 Nov 2018

22

AKTIVITI SEMASA

AKTIVITI TARIKH

Kajian Kelestarian Pengeluaran Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Terpilih Ke Arah Hala Tuju Baharu Perladangan Kon- 14 Nov 2018
trak
Mesyuarat Perancangan Negeri, JB, Prestasi Perbelanjaaan Dan pencapaian SKT 2018 14 – 16 Nov
2018
Mesyuarat Pelarasan Majlis Agropreneur Muda Negeri Pahang 15 Nov 2018
Kajian Impak LK Bersama MARDI di FAMA Lipis dan CH 15 Nov 2018
Bengkel Penyediaan SOP NBME, Suria Hot Spring Bentong 16 Nov 2018
Mesyuarat J/Kuasa MOA Inc peringkat Parlimen Bentong Bil 5.2018 21 Nov 2018
Serahan Kutipan Wang Sumbangan Persatuan Pasar Tani Dan Pengunjung Kepada Bayi Yusuf kerana sindrom pfieffor 21 Nov 2018
Persiapan Pameran IAT Di Pavilion Pahang 21 Nov 2018
Taklimat Cadangan Aktiviti MyAgrosis UiTM Raub 21 Nov 2018
Persiapan Booth Agrobazaar Online Di Agrotrade 2 22 Nov 2018
Persiapan Jualan Usahawan LK di MAHA 2018 22 Nov 2018

Program Usahawan OKU Bersama Menteri Pertanian – WR Rich ( Usahawan Keropok ) 26 Nov 2018

Lawatan Tengku Kamaruzaman ke Pavilion Pahang 26 Nov 2018

Bengkel SOP Pemeriksaan Pematuhan Peraturan GPL 28 Nov 2018

Penghantaran Kit Makanan Banjir ke APM 29 Nov 2018
Lawatan PFN Ke Pavilion Pahang Bersama PFD Rompin 29 Nov 2018

Mesyuarat Soft Lauching Kelab My Agrosis Dan NBME Challenger 30 Nov 2018
5 Dis 2018
Kursus ABO untuk orang asli dengan kerjasama MCMC di Lurah Bilut 7 – 9 Dis 2018
10 Dis 2018
Bengkel Pemantapan Urusetia Bahagian Pembangunan Usahawan yang bermula dari 7 – 9 Disember
10 Dis 2018
Penyerahan Barang-barang untuk projek Fertigasi daripada pembekal Syarikat Haykal Ent kepada penerima geran IKC
MOA – Mohd Faizul bin mohd Yusuf di Felda Keratong 4, Rompin
Lawatan Kerja Ke PO FAMA Brinchang oleh YAM Tengku Kamaruzaman Al Haj Ibni Al Marhun Sultan Sir Abu BakarAl
Haj

Pelancaran Kelab MyAgrosis, NBME, Agromas Challenge, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub Oleh KP FAMA 11 Dis 2018

Bengkel Halatuju dan Penambahbaikan LK Oleh TKSU Dasar MOA 12 Dis 2018

Taklimat Penanaman Nenas di GBBS Sg Miang – LK TerengganU 13 Dis 2018

Majlis Menandatangani FA Rozel Rompin Dengan PMMF Rengit di Pejabat FAMA Negeri Johor 17 Dis 2018

Mesyuarat Penyediaan SKT Projek Di Bawah Bahagian Kompleks Pemasaran Kekal Tahun 2019 18 Dis 2018

Majlis Pendaftaran NBME dan Agrobazaar Di Politeknik Muadzam Shah 18 Dis 2018

Majlis Hari Bertemu Pelanggan MOA Mesyuarat Pahang Dan Majlis Menandatangani FA Ladang Kontrak Rock Melon, 31 Dis 2018
Kuala Medang
31 Dis 2018
Pemeriksaan Bersama ( Joint Inspection ) FAMA/Citra Evolusi Sdn. Bhd. Di PMBSF Jerantut 1, AMC Jerantut 23

Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof Dr. Mohd Nazip Suratman meneri-
ma kunjungan daripada Ketua Pengarah FAMA Ybhg. Dato’ Ahmad Is-
mail bersama melawat tapak-tapak pertanian hasil usaha para pelajar,
staf dan pensyarah Fakulti Peladangan dan Agroteknologi, UiTM Ca-
wangan Pahang

24

7 PERISTIWA PENTING SEPANJANG TAHUN 2018

25

FAMA NEGERI PAHANG ,
KM 9, JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN, PAHANG.

Tel: 09-536 6110 / 536 6113 / 536 6114 / 536 6115
Faks: 09-536 6106 / 536 6109

Website : www.fama.gov.my
FB : FAMA Negeri Pahang
MAPS : 3.7765337,103.2621322

26


Click to View FlipBook Version