JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : ALEEYA MAISARA BINTI MOHD SAFEE No. K/P : 030602080376 Angka Giliran : 21202340296 Program : PISMP Ambilan : 2022 Unit : JUN Nama Pensyarah : DR ZAKIAH BINTI NOORDIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Aleeya Tarikh : 19/3/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Aleeya Tarikh :
INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF A l e e y a M a i s a r a S a f e e Pentaksiran Bilik Darjah IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kod EDUP 3153 iaitu penghasilan produk e-portfolio dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya iaitu Dr Zakiah Binti Noordin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih. Penghargaan
01 02 03 04 KANDUNGAN Pengenalan 2 Analisis Instrumen Pentaksiran 2-13 Penutup 14 Rujukan 15-16 Instrumen 1: Tulisan Instrumen 2: Lisan Instrumen 3: Pemerhatian Apa itu PBD?
2 1.0 PENGENALAN 2.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAISIRAN Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, (2019) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan suatu proses berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. Tidak dinafikan bahawa PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP yang berlangsung secara formatif dan sumatif (William, 2018). Dengan pelaksanaan PBD ini juga dapat meningkatkan pencapaian murid. Hal ini turut disokong oleh Arumugham, (2020) bahawa PBD diperkenalkan bagi menilai dan mengukur perkembangan pelajaran murid secara holistik. Bagi melicinkan perkara ini, guru berperanan untuk membina dan menggunakan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan kaedah pentaksiran serta keupayaan murid, contohnya guru menggunakan senarai semak apabila melaksanakan pentaksiran secara pemerhatian. Hal ini menggambarkan bahawa PBD yang baik mampu memberi keberkesanan yang jelas terhadap penguasaan murid terhadap standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam penulisan portfolio ini, saya akan menilai 3 instrumen pentaksiran alternatif yang telah digunakan dalam pentaksiran bilik darjah bagi melihat sejauhmana instrumen-instrumen tersebut dapat menyokong pertimbangan profesionalisme guru dalam menetapkan tahap penguasaan murid. Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru boleh dikaitkan dengan jenis pentaksiran alternatif dan kaedah pentaksiran. Menurut Haziyah Hussin et al. (2021), pelaksanaan pentaksiran alternatif merupakan ciri utama dalam Pendidikan 4.0 seiring dengan PBD yang memfokuskan kepada perkembangan kemenjadian murid secara holistik (Abdul Halim Abdullah & Zuraini Marion, 2021). Hal ini menunjukkan pentaksiran alternatif merujuk kepada penilaian penguasaan dan pengesanan perkembangan pembelajaran murid hasil daripada pelaksanaan pelbagai aktiviti selain peperiksaan. Misalnya, guru memperoleh maklum balas menerusi pentaksiran berasaskan projek dan sebagainya. Pemilihan kaedah pentaksiran yang sesuai juga penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu pentaksiran. Terdapat tiga jenis pentaksiran dalam PBD iaitu Tulisan, lisan dan pemerhatian. Ketiga-tiga ini mampu menilai tahap perkembangan kognitif, komunikasi dan nilai yang ada pada murid.
3 Rajah 1 • INSTRUMEN 1: PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 (KEFAHAMAN AL-QURAN) Rajah 2 Pentaksiran Bilik Darjah Bertulis Aspek yang dinilai: - menulis -Menyusun idea -Menilai Pemerhatian Aspek yang dilihat: - sikap - tingkah laku - Perlakuan/amalan Lisan Aspek yang dilihat: - murid dengan guru - murid dengan murid - murid dengan bahan
4 Berdasarkan Rajah 2 di atas, dapat dilihat bahawa guru telah mentaksir murid dengan menggunakan instrumen pentaksiran “tulisan” iaitu dengan menggunakan kuiz interaktif. Hasil daripada analisis saya terhadap langkah pentaksiran ini, saya dapat mengenal pasti bahawa guru tersebut telah menjalankan pentaksiran alternatif di mana guru menggunakan strategi pentaksiran berasaskan teknologi melalui aplikasi permainan yang menarik dan interaktif iaitu quizizz. Tujuan bagi pentaksiran ini adalah bagi memenuhi penguasaan murid terhadap objektif pembelajaran iaitu murid dapat menyebut erti ayat 1-4 daripada surah al-Fatihah dengan jelas selepas aktiviti “We Learn & Sing”. Berikut merupakan beberapa justifikasi saya terhadap instrumen pentaksiran yang digunakan. Instrumen pentaksiran (quizizz) Rubrik Pentaksiran Rajah 3
5 Rajah 4 Rumusan tahap pencapaian murid 1) KELEBIHAN Pertama sekali, jika dilihat instrumen pentaksiran yang disediakan sangat lengakap dan memenuhi kriteria dalam pentaksiran secara bertulis. Buktinya sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 4, guru tersebut telah menyediakan rubrik pemarkahan sebagai panduan dalam menilai penguasaan murid bagi mencapai objektif yang diletakkan iaitu murid dapat mengenal pasti erti surah al-Fatihah dari ayat 1-4 dengan jelas. Rubrik yang diletakkan sangat relevan kepada murid. Hal ini membolehkan guru membuat pengelasan terhadap tahap pencapaian murid sama ada sangat cemerlang atau sebaliknya. Buktinya, guru tersebut berjaya membuat rumusan secara keseluruhan dengan sangat jelas terhadap pencapaian murid. Dari sudut lain pula, kata tugas yang digunakan dalam objektif tersebut selari dengan aras pentaksiran murid iaitu pada tahap memahami.
6 2) KELEMAHAN Berdasarkan pembelajaran saya dalam subjek pedagogi, pentaksiran yang menggunakan kaedah kuiz secara atas talian seperti quizizz dikira sebagai instrumen pentaksiran berbentuk lisan. Hal ini kerana, apabila murid menjawab quizizz tersebut, mereka lebih kepada membaca dan tiada gambaran yang jelas menunjukkan murid itu menulis jawapan melainkan mereka hanya menanda pada pilihan jawapan yang tertera sahaja. Di sini saya dapat buktikan Dimana dalam rancangan pengajaran harian (RPH) yang disediakan oleh guru menyatakan murid menjawab soalan tersebut menggunakan kad imbasan quizizz. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentaksiran secara tulisan itu tidak berlangsung pada langkah ini dan lebih sesuai kepada pentaksiran secara lisan kerana selepas menjawab soalan tersebut guru dan murid akan membincangkan jawapan tersebut. Di sini jelas menunjukkan penilaian aspek lisan itu sendiri lebih sesuai. 3) PENAMBAHBAIKAN Pada pandangan saya, sekiranya pada objektif ini guru ingin mentaksir murid secara bertulis. Guru boleh melaksanakannya secara dalam kumpulan selepas aktiviti nyanyian sebagaimana yang dirancang oleh guru dalam RPH. Misalnya, sebelum memulakan aktiviti nyanyian, murid dibahagikan terlebih dahulu kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru memberikan arahan yang jelas tentang pelaksanaan pengajaran tersebut di mana setiap kumpulan harus dengar dan hayati nasyid yand ditayangkan serta kenal pasti dan senaraikan erti al-Fatihah yang didengari daripada ayat 1-4. Dalam aktiviti ini murid dibekalkan dengan kertas atau peta i-Think untuk menulis jawapan tersebut. Selepas itu, guru menyemak jawapan setiap kumpulan dan membuat rumusan dengan memanggil beberapa orang murid untuk menyebutkan erti alFatihah tersebut sebagai pengukuhan. Tanpa disedari, aktiviti tersebut telah membawa kepada pendekatan strategi pentaksiran alternatif iaitu pentksiran berkumpulan dan penilaian kendiri. Justeru, guru dapat menilai pemahaman murid melalui tulisan dengan lebih berkesan.
7 • INSTRUMEN 2: PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (IBADAH) Rajah 5
8 Berdasarkan Rajah 5 di atas, dapat dilihat bahawa kaedah yang digunakan oleh guru untuk mentaksir murid adalah dengan menggunakan instrumen pentaksiran “lisan” iaitu murid memperdengarkan kepada guru bacaan dalam solat jenazah. Hasil daripada analisis saya terhadap langkah pentaksiran ini, saya dapat mengenal pasti bahawa guru tersebut telah menjalankan pentaksiran alternatif iaitu pentaksiran rakan sebaya melalui aktiviti “think pair & share”. Hal ini membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan secara tidak langsung terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran (Dr Mahaya Salleh, Dr Suzana Abd Mutalib, Dr Hashiroh Hussein dan Zakirah Imana Ho Abdullah, 2024). Rajah 6 1) KELEBIHAN Pertama sekali, saya melihat dengan sangat jelas kaedah pentaksiran yang digunakan sangat bersesuaian dan bertepatan bagi mencapai Standard dan Objektif pembelajaran yang ditetapkan iaitu murid dapat memperincikan tatacara solat dengan betul melalui aktiviti “think pair & share”, di mana pada langkah ini murid diharapkan agar dapat menyebut tatacara solat jenazah dengan betul. Kedua, jika dilihat dalam RPH yang disediakan pentaksiran ini berlaku pada langkah 1 dan aras yang diletakkan oleh guru sangatlah benar iaitu pada aras mengingat. Di samping itu kata tugas yang digunakan bagi menilai aras mengingat sangat tepat di mana guru boleh mengukur sendiri pencapaian murid melalui sebutan murid. Seterusnya, saya dapati juga
9 bahawa guru menyediakan senarai semak sebagai perekodan kepada murid untuk mengenalpasti tahap pencapaian mereka. 2) KELEMAHAN Dalam instrumen pentaksiran yang dibuat oleh guru tersebut, saya telah dapati bahawa perkaitan antara objektif dengan soalan pentaksiran tidak selari. Hal ini jika dilihat, pada objektif pengajaran guru menyatakan murid dapat menyebut tatacara solat jenazah dengan betul manakala pada bahagian pentaksiran guru meletakkan murid dapat membaca bacaan dalam solat jenazah dengan betul, sedangkan perkara utama yang perlu difokuskan adalah tatacara tetapi bacaan tersebut tetap berlaku secara tidak langsung. Buktinya, saya telah merujuk buku teks Pendidikan Islam KSSR Tahun 6 bab Ibadah jelas menunjukkan kandungan pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid adalah terhadap tatacara solat jenazah itu sendiri. Di sini jelas melihatkan kepada kita fokus utama guru tersebut terhadap apa yang ditaksir tidak tepat. Selain itu, dalam senarai semak yang disediakan tidak terperinci dan relevan kepada murid kerana guru sekadar menanda betul atau salah sahaja pada setiap kandungan yang dinilai. Cadangan saya guru seharusnya melatakkan skala daripada 1 sehingga 5 sejauhmana murid tersebut dapat memenuhi kriteria yang ditaksir. Hal ini supaya murid dapat melihat dengan lebih jelas terhadap pencapaian diri mereka dan memudahkan guru untuk membuat rumusan secara keseluruhan terhadap penguasaan murid samada berada pada tahap cemerlang, sederhana atau gagal. Rajah 7 Buku teks tahun 6
10 3) PENAMBAHBAIKAN Pada pandangan saya, bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan, antara strategi pentaksiran alternatif lain yang boleh digunakan oleh guru bagi mentaksir murid adalah dengan melaksanakan pentaksiran berkumpulan. Melalui pentaksiran ini akan mewujudkan kolaborasi dan kerjasama yang baik antara satu sama lain di mana murid saling bertukar pendapat, menilai rakan sebaya dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan aktiviti think, pair & share yang dicadangkan oleh guru di mana murid boleh berbincang dalam kumpulan berkaitan tatacara solat jenazah kemudian setiap daripada ahli kumpulan perlu menyebut tatacara tersebut dengan betul di hadapan ahli kumpulan yang lain, kemudian rakan-rakan akan menegur atau memperbaiki sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan atau sebagainya. Selain itu, guru juga boleh menggunakan alternatif pembentangan lisan di mana selepas sahaja selesai pentaksiran berkumpulan, guru meminta beberapa wakil daripada setiap kumpulan untuk membuat pembentangan di hadapan kelas. Dalam situasi ini akan mewujudkan soal jawab antara guru dan murid yang akan meningkatkan lagi perkembangan atau penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi serta menilai keyakinan dan kesediaan murid semasa menjalani pembentangan. • INSTRUMEN 3: PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 (IBADAH ( Rajah 8
11 Berdasarkan Rajah 8 di atas, dapat dilihat bahawa kaedah yang digunakan oleh guru untuk mentaksir murid adalah dengan menggunakan instrumen pentaksiran “pemerhatian” iaitu murid dapat menunjuk cara beristinjak selain daripada air dengan terperinci. Hasil daripada analisis saya terhadap langkah pentaksiran ini, saya dapat mengenal pasti bahawa guru tersebut telah menjalankan pentaksiran alternatif iaitu pentaksiran amali melalui aktiviti tunjuk cara. Hal ini membolehkan murid melakukan sendiri cara beristinjak selain daripada air secara praktikal di dalam kelas. 1) KELEBIHAN Rajah 9 Senarai Semak
12 Pertama sekali, jika dilihat instrumen pentaksiran yang disediakan sangat lengkap dan memenuhi kriteria dalam pentaksiran secara pemerhatian. Buktinya sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 9, guru tersebut telah menyediakan senarai semak sebagai panduan dalam menilai penguasaan murid bagi mencapai objektif yang diletakkan iaitu murid dapat menerangkan cara beristinjak selain daripada air dengan terperinci. Senarai semak yang diletakkan meliputi pemerhatian guru terhadap ketiga-tiga objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Selain itu, standard dan objektif pembelajaran amat sesuai serta selari dengan kaedah pentaksiran yang dilakukan iaitu kaedah tunjuk cara. Menurut Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi, (2023), kaedah tunjuk cara amat sesuai dilakukan dalam bidang ibadah supaya pelajar dapat mempraktikkan terhadap apa yang dipelajari dalam kehidupan. Hal ini turut disokong oleh Bahfen et al., (2020), dengan menyatakan bahawa melalui kaedah tunjuk cara, murid akan menerima pengalaman pembelajaran langsung dengan menggunakan ketiga-tiga deria mata, tangan dan pendengaran mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran dan isi pelajaran. 2) KELEMAHAN Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan, saya telah dapati bahawa aras soalan yabg dibuat kurang menepati objektif yang dibina. Misalnya pada objektif pembelajaran guru meletakkan murid dapat menerangkan cara beristinjak selain daripada air manakala pada instrumen pentaksiran guru ingin menilai cara murid beristinjak menggunakan selain daripada air dengan terperinci. Bagi saya aras pentaksiran ini lebih sesuai kepada aras mengaplikasi di mana guru mengukur sejauhmana murid boleh menunjukkan cara beristinjak selain daripada air dengan terperinci. Selain itu, guru seharusnya membuat senarai semak khusus pada langkah ini sahaja. Hal ini demikian dikatakan kerana jika guru sekadar menyediakan senarai semak secara keseluruhan bagi ketiga-tiga objektif, ianya tidak mencukupi kerana tidak relevan terhadap penilaian murid. Dalam kaedah pemerhatian, senarai semak yang terperinci perlu disediakan bagi memastikan murid mencapai segala kriteria-kriteria yang akan dinilai oleh guru. Bukan itu Sahaja, berdasarkan senarai semak juga guru dan murid boleh melakukan penambahbaikan untuk PdP atau pencapaian pada masa akan datang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). 3) PENAMBAHBAIKAN Pada pandangan saya, bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan, antara strategi pentaksiran alternatif lain yang boleh digunakan oleh guru bagi mentaksir murid melalui kaedah
13 3.0 PENUTUP pemerhatian adalah dengan menggunakan strategi penghasilan produk. Umum mengetahui dalam era globalisasi kini, teknologi telah menjadi satu elemen penting dalam pendidikan. Bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan guru meminta murid untuk menghasilkan satu video interaktif berkaitan tunjuk cara istinjak selain daripada air, hal ini bagi mencungkil kreativiti murid dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan digital dalam pembelajaran. Kesannya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menggalakkan penerokaan murid untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan. Sepanjang proses pelaksanaan ini guru dapat memberi penilaian berdasarkan kesungguhan dan keberkesanan produk yang dihasilkan oleh murid-murid tersebut. Kesimpulannya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Pelaksanaan PBD yang sesuai dan berkesan memberi impak yang positif kepada guru dan murid. Misalnya, guru dapat mengenal pasti sejauh mana pemahaman dan penguasaan murid terhadap kandungan pembelajaran manakala murid juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing melalui pelaksanaan PBD di sekolah. Bagi merealisasikan hasrat Pendidikan negara, guru hendaklah bijak dalam memilih jenis pentaksiran alternatif, kaedah pentaksiran dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan keupayaan setiap murid. Tuntasya, peranan guru dalam melaksanakan pentaksiran amatlah penting agar PdP yang dilaksanakan menjadi lebih berkesan dan efektif.
14 RUJUKAN Abdul Halim Abdullah & Zuraini Marion. (2021, Januari 24). Guru perlu kreatif taksir murid dalam norma baharu. Berita Harian. Didapati daripada: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/guru-perlu-kreatiftaksir-murid-dalam-norma-baharu Arumugham, K. S. (2020) Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Jurnal (APJ), 3(1), 152-161. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahfen, M., Khaerunnisa, Hadi, M. S., Madyawati, L., & Sulistyaningtyas, R. E. (2020, May). Improving number ability through demonstration method in children aged 4-5 years. Paper presented at 1st Borobudur International Symposium on Humanities, Economics and Social Sciences (BIS-HESS 2019) (pp. 1099-1101). Atlantis Press. Haziyah Hussin, Najah Nadiah Amran, Nur Farhana Abdul Rahman, 'Adawlyah Ismail, Zamzuri Zakaria. (2021). Amalan pentaksiran alternatif dalam program pengajian isiam di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19. Islamiyyat, 43(1), 3-14. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Edisi ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pentaksiran Bilik Darjah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Mahaya Salleh, Dr., Suzana Abd Mutalib, Dr., Hashiroh Hussein, Dr., & Zakirah Imana Ho Abdullah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Percetakan Jiwabaru SDN BHD.
15 Mohd Haidzir Yusof@Jush & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 337-349. Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi. (2023). Pedagogi Pendidikan Islam. Pelangi Profesional Sdn.Bhd. William, D. (2018). Embedded Formative Assessment: Strategies For Classroom Assessment That Drives Student Engagement And Learning (2nd Ed.). Solution Tree Press
PBD Pemangkin modal insan berkualiti “ T e r i m a K a s i h “ Pentaksiran Bilik Darjah IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM