The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUR MAISARAH BINTI FAISAL IPG-Pelajar, 2024-02-24 23:58:41

23_SITI NUR MAISARAH BINTI FAISAL_BM H_T1BMMB3283

NAMA I/C NAMA ANGKA GILIRAN I/C KELAS BAHASA MELAYU H NAMA PENSYARAH : PUAN MASNI BINTI JAMIN SITI NUR MAISARAH BINTI FAISAL 2021232340478 030115-08-0862


KURA-KURA Cerita Sastera Kanak-Kanak PELANGI SITI NUR MAISARAH BINTI FAISAL


kakitangan awam yang bekerja di hospital kerajaan. Riko merupakan seekor bulus wirawan yang berwarna putih dan licik manakala Lili seekor satwa yang seakan-akan tikus. Mei pula mempunyai telinga yang panjang dan sepasang gigi tengah yang terjojol ke depan. Riko, Lili dan Mei merupakan sahabat baik. Mereka tinggal di sebuah rumah yang selesa bersama seorang kanak-kanak yang maharupa iaitu Arisa. Arisa merupakan seorang kanak-kanak maharupa yang berusia lapan tahun. Ibu bapa Arisa merupakan 1


Suatu ketika musim panas, Riko, Lili dan Mei sedang bermain di halaman rumah. “Wah, seronoknya!” kata Mei sambil ketawa keriangan. Setelah puas bermain Lili pun mengusap-usap perutnya. “Jom masuk rumah hari sudah senja” ujar Lili kepada sahabatnya. “Jom!”jawab mereka. Sambil mereka berjalan masuk ke dalam rumah kelibat seorang kanak-kanak perempuan pun muncul lalu berkata “sudah tiba masanya untuk kamu semua makan malam”. Arisa terus menuang bijiran ke dalam tiga bekas makanan yang tertulis nama mereka bertiga. Memang menjadi rutin Arisa setiap kali tiba waktu makan dia akan menyediakan makanan kepada Riko, Lili dan Mei. “Ok, Riko,Lili, dan Mei makan malam sudah siap” kata Arisa kepada kepada tiga sekawan. Tanpa melengahkan masa Arisa menyuapkan ketiga-tiga sekawan dengan bijiran yang telah disediakan. “Makan kenyang-kenyang tau Riko, Lili dan Mei, nanti akan jadi sihat dan kuat, katanya lagi, “lepas makan nanti tidur dan esok kita pergi jalan-jalan. Begitulah rutin harian Arisa melayan tiga sekawan. Baginya, dia seronok melayan kerenah Riko,Lili dan Mei. Mei memberi idea , “apa kata esok kita pergi ke padang bermain layang-layang ”, elok juga tu, “balas Riko dan Lili”. Selesai berbincang mereka pun tidur dan dibuai mimpi masingmasing. Selepas makan dan bersiap-siap hendak tidur, Riko, Lili dan Mei mula menyambung cerita, hei Lili dan Mei, esok kita nak buat apa ya” engkau ada rancangan tak. Balas Lili “aku tak ada idea”, macam mana dengan engkau Mei, apa pelan kita esok?”. 2


Pada suatu hari, Arisa baru sahaja pulang dari sekolahnya sambil membawa sebuah kotak kecil yang berwarna merah. Ketiga-tiga sekawan tersebut tertanya-tanya apakah yang tuan mereka membawa pulang itu. “eh, apa itu?” tanya Mei kepada Riko dan Lili. “Jom pergi lihat” ujar Riko lalu mendekati Arisa yang sedang meletakkan barang misteri itu di atas meja belajarnya. Kemudian, mereka bertiga teruja apabila melihat seekor kura-kura yang berwarna-warni telah diletakkan di atas meja tersebut. “Wah, kita ada kawan baru lah!” jerit Lili. Lalu mereka bertiga mendekati kura-kura tersebut. “Hai, saya Riko” sapa Riko kepada kura-kura tersebut namun tiada sahutan. “Eh, kenapa kura-kura ini diam?” tanya Riko yang berasa tidak puas hati apabila kura-kura tersebut tidak menjawab sapaannya. “Mungkin dia pemalu?” pada firasat Mei. Tidak lama kemudian, kanak-kanak perempuan tersebut memasukkan sekeping kertas kecil yang berwarna hijau di atas kulit kura-kura tersebut. “Riko, Lili dan Mei terkejut setelah melihat perbuatan tuan kesayangan mereka itu. “Riko, Mei. Kenapa tuan kita masukkan kertas kecil itu ke dalam badan kawan baru kita?” tanya Lili yang berasa was-was. Kemudian, Arisa mengambil kura-kura yang berwarna-warni tersebut kembali lalu diletakkan di atas almari kaca yang agak tinggi. “Alamak! Tuan Arisa telah mengurung kawan baru kita” ujar Lili yang tidak keruan. “Kita perlu selamatkan kawan baru kita!” ujar Riko dengan bersemangat. 3


Ketiga-tiga sekawan tersebut mengorak langkah dengan pantas ke arah almari kaca tersebut setelah tuan mereka meninggalkan bilik itu. “Tinggi betul almari ini. Macam mana kita mahu naik ke atas?” tanya Lili yang ketandusan idea. Mereka bertiga berfikir sejenak lalu Riko pun berkata “Ha, saya ada idea” ujarnya dengan penuh keyakinan. “Apa idea kamu, Riko?” tanya Lili dan Mei. “Apa kata kita panjat almari ini menggunakan tali itu” kata Riko lalu menunjukkan seutas tali yang tergantung pada almari kaca tersebut. Tanpa melengahkan masa mereka bertiga pun berusaha memanjat tali yang panjang itu sambil bernyanyi. 4


Panjat memanjat bersama-sama, Demi menyelamatkan sahabat baharu. Oh kura-kura tunggu kami di sana, Kami datang untuk selamatkan kamu. Atma kami yang teguh, Sanggup kami korbankan diri. Oh kura-kura usahlah dura, Kita sahabat hingga hari berganti. Seloka Sahabat 5


Tiba-tiba Riko yang berada di kedudukan paling atas merasa tangannya kebas dan dengan serta merta tangannya menjadi lemah lalu menggelongsor jatuh. “Lili, Mei hati-hati, tangan saya terlepas daripada tali”, jerit Riko kepada dua lagi sahabatnya. Namun jeritan Riko tidak dapat memberi amaran kepada Lili dan Mei. Akhirnya mereka terjatuh ke lantai. Kata Riko lagi “saya minta maaf kerana terpaksa melepaskan genggaman tali kerana tangan saya kebas.” 6


Sejurus selepas itu, Riko teringat bahawa tuannya ada menyimpan sebuah tangga di dalam stor. Tanpa berfikir panjang mereka bertiga terus bergegas ke stor yang dimaksudnya oleh Riko. Kemudian, mereka bersamasama mengangkat tangga tersebut ke almari kaca untuk menyelamatkan kura-kura. “Akhirnya kita dapat juga selamatkan sahabat baru kita!” ujar Lili dengan penuh keyakinan. Malang sekali apabila mereka mendekati kurakura berwarni-warni tersebut sebenarnya tidak bernyawa. Riko, Lili dan Mei berasa agak kecewa dan dayuh apabila mengetahui hal yang sebenarnya. “Patutla kura-kura ini tidak bercakap rupanya dia hanyalah sebuah tabung milik Arisa” kata Riko. 7


Keesokan harinya, Riko, Lili dan Mei yang masih tidur terganggu apabila mendengar satu suara yang amat dikenali. “Selamat pagi semua,” sapa Arisa kepada Riko, Lili dan Mei, “bangun-bangun, matahari dah tinggi”. “Hari ini Arisa ada hadiah istimewa untuk Riko, Lili dan Mei” kata Arisa dengan teruja. Riko, Lili dan Mei merasa terkejut dan mereka muka berkerut dan tertanya-tanya apakah hadiah istimewa yang ingin diberikan oleh Arisa. “Apapun kita tunggu dan lihat apa hadiah istimewa yang dimaksudkan oleh Arisa,” kata Riko kepada Lili dan Mei”. Tidak lama kemudian, kanak-kanak perempuan itu mengeluarkan sesuatu daripada bekas yang baharu sahaja dia bawa pulang. Alangkah gembiranya mereka bertiga apabila melihat Arisa membawa pulang seekor kurakura yang bernyawa. “Yey, kita ada kawan baharu!” kata Riko kepada Lili dan Mei. Akhirnya, Riko, Lili dan Mei hidup dengan gembira bersama tuan mereka dan juga sahabat baru yang diberi nama “Pelangi”. 8


SINOPSIS Riko, Lili, dan Mei bersama dengan tuan mereka , Arisa, tinggal di sebuah rumah yang selesa. Mereka melayari rutin harian yang penuh dengan kegembiraan dan keakraban. Namun, kehidupan mereka menjadi teruja apabila Arisa membawa pulang sebuah kotak merah dengan sesuatu yang misteri di dalamnya iaitu seekor kura-kura yang berwarnawarni. Mereka dengan cepat merangka pelbagai spekulasi tentang kura-kura tersebut, tetapi kegembiraan mereka menjadi kesal apabila mereka mengetahui hal sebenar tentang kura-kura tersebut. Namun, kejutan yang lebih besar menanti mereka apabila Arisa mengumumkan hadiah istimewa untuk mereka. Dengan kegembiraan yang menggebu, mereka menunggu untuk melihat hadiah tersebut. Apa yang misteri dan berharga tentang hadiah itu?


Click to View FlipBook Version