The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

K9_Ain Syuhada_Kesan Peradaban British Di Tanah Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ain Syuhada, 2023-12-27 06:47:49

KESAN PERADABAN BRITISH DI TANAH MELAYU

K9_Ain Syuhada_Kesan Peradaban British Di Tanah Melayu

V O L . 1 SENTUHAN SEJARAH L M C W 2 1 5 3 : P E N G H A Y A T A N E T I K A D A N P E R A D A B A N K U M P U L A N 9 D I S E M B E R 2 0 2 3 KESAN PERADABAN BRITISH DI TANAH MELAYU www. s entuhans e j a r ah9. com WM: RM5.00 EM: RM7.00 KESAN PERADABAN BRITISH DI TANAH MELAYU


DISEMBER2023 | ISSUE 05 02 ISI KANDUNGAN EDISI 2023 “JAGA BANGSA, JAGA NEGARA, JANGAN BANGSA HILANG NEGARA” 03 KESAN KEPADA ETIKA DAN CARA HIDUP MASYARAKAT SERTA CORAK PEMERINTAHAN NEGARA SIDANG REDAKSI Kenali ahli sidang redaksi Sentuhan Sejarah kami penaklukan beransur-ansur terhadap Negeri Melayu oleh British melalui campur tangan dalam pentadbiran, menyebabkan penentangan dan perjanjian dengan tipu helah terhadap sultan untuk mengekalkan kuasa. Kesan penjajahan British telah merubah corak pemerintahan negara iaitu wujudnya sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Kesan penjajahan British telah mewujudkan sekolah vernakular kepada penduduk Tanah Melayu sehingga kini. Kesan penjajahan British terhadap sosial Tanah Melayu adalah melibatkan pemikiran orang Melayu yang berpendidikan kian terbuka. 04 PENGENALAN 05 12 KESAN CORAK PEMERINTAHAN EXCLUSIVE! PERTANDINGAN MENULIS SAJAK 09 KESAN PENDIDIKAN 13 KESAN SOSIAL 9 JALAN ETIKA PERADABAN , MELAKA TENGAH, 76450 MELAKA 06-2345678 [email protected] WWW.SENTUHANSEJARAH9.COM KESAN KESENIAN KESAN EKONOMI Kesan penjajahan British dari aspek kesenian ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Ini adalah antara bangunan yang tinggal selepas tanah melayu dijajah oleh British. Kesan penjajahan British terhadap ekonomi menyebabkan pembukaan bandar baharu.Dengan pembukaan ini, maka terbinalah jalan raya dan jalan kereta api. 15 20 -MAT KILAU 21 PENUTUP


Sidang Redaksi Untuk maklumat lanjut: www.sentuhansejarah9.com 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi e-majalah Sentuhan Sejarah ini atas inisiatif bagi menerbitkan edisi Kesan Peradaban British di Tanah Melayu. Semoga dengan adanya edisi kali ini dapat kita jadikan sebagai wadah perkongsian informasi dan memberi kefahaman terhadap isu yang dikupas dari cebisan sejarah Tanah Melayu yang terdahulu. Dr. Puteh Noraihan A. Rahman PENASIHAT 1) NUR RAIDAH BINTI ABDUL MAJID (A194446) 2) NUR WAHEEDA BINTI ZAINON (A195967) 3) AIN SYUHADA BINTI ANISS BUKHAREE (A192616) 4) AIDA AMIRA BINTI ARSHAD (A197215) 5) FATIN NADIA BINTI ABDUL GHANI (A195568) 6) NUR FARRA WAHIDA BINTI MOHAMAD ZAWAWI (A195221) 7) NUR AIN BINTI ZAIRI (A192541) 8) NUR AIN BINTI ZAINAL (A194957) 2 3 5 7 8 6 4


PENGENALAN Selepas belanda dan British berjaya memisahkan nusantara Tanah Melayu melalui Negeri masing-masing secara perlahan-lahan ditawan melalui pelbagai cara oleh British. British mengamalkan campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri menyebabkan ketidakpuasan orang tempatan dan pembesar di situyang akhirnya membawa kepada beberapa siri penentangan.Pelbagai perjanjian yang dibuat beserta tipu helah kepada sultan dengan tujuan mereka dapat mengekalkan kekuasaan di wilayah ini P E N G E N A L A N


CORAK DECEMBER 24, 2023 P E M E R I N T A H A N S E B E L U M : ZAMAN KERAJAAN MELAYU AWAL Sistem pemerintahan pada Zaman Kerajaan Melayu pada awal pemerintahan dahulu adalah bersifat feudal di mana pada ketika ini, raja atau sultan berkedudukan tinggi dalam struktur pentadbiran politik dan sosial. Selain itu, raja atau sultan juga berperanan penting dalam sistem pemerintahan beraja yang mana organisasi pemerintahannya adalah berbentuk piramid. Raja atau sultan ini akan dibantu oleh golongan tengah seperti temenggung, bendahara serta laksamana. Seterusnya, pada Zaman Kerajaan Melayu Awal, raja berperanan sebagai unit politik terbesar dalam organisasi sesebuah negeri. Berkuasa mutlak dalam sistem pemerintahan dan diperkukuhkan lagi dengan konsep daulat. Daulat menunjukkan taraf dan kedudukan raja yang tidak boleh dicabar. Alatalat kebesaran diraja, penggunaan warna kuning, alat muzik dan bahasa dalaman merupakan lambang kedaulatan raja tersebut. Sebelum kedatangan Islam, sistem pentadbiran adalah berdasarkan konsep Dewaraja iaitu pengaruh Hindu-Buddha. Namun begitu, selepas kedatangan Islam, gelaran sultan mula diperkenalkan dan konsep-konsep Islam mula diamalkan dan dipelajari. Baginda mula dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama islam melalui konsep "Khalifah Allah" atau Amirul Mukminin. (Jimmy Mogolid, 2020). Akhir sekali, corak pemerintahan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal dahulu telah menjadikan raja atau sultan sebagai penggubal undang-undang. Ditulis oleh: Fatin Nadia SUMBER: https://www.slideshare.net/jimmymogolid/jelaskan-konsep-dan-peranan-raja-melayu-sebelum-th-1874


Perjanjian Pangkor telah merubah corak pemerintahan negara di mana pada Zaman Kerajaan Awal dahulu, kedudukan dan peranan raja adalah sangat penting dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, setelah perjanjian ini dimeterai, maka berlakulah penghapusan sistem beraja secara berperingkat melalui campur tangan pemerintahan, pembunuhan dan rampas kuasa. Rentetan itu, sultan atau raja telah kehilangan hak dan kuasa mereka. James Wheeler Woodford Birch atau dikenali sebagai J.W.W. Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Beliau merupakan Residen British yang pertama di Perak selepas termeterainya Perjanjian Pangkor. J.W.W. Birch pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja British buat sementara dan pernah ditugaskan untuk berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang mana ia diarahkan untuk membuat rondaan pantai di Amerika Selatan. Pada November 1874 iaitu selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani, Birch telah dilantik menjadi Residen di negeri Perak. Ia ditugaskan untuk mengutip cukai dan mentadbir negeri Perak. Namun begitu, kehadirannya telah menyebabkan orang-orang Melayu tidak senang hati termasuklah Sultan Abdullah. Pada akhirnya, J.W.W. Birch telah dibunuh ketika sedang mandi, hasil muafakat daripada beberapa pihak iaitu Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Siputum, Pandak Endut dan yang lain. Perjanjian Pangkor merupakan salah satu siri peristiwa sejarah yang penting di mana ia menggambarkan pertembungan kuasa penjajah barat antara struktur politik yang telah lama wujud pada Zaman Kerajaan Melayu Awal. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 20 Januari 1874. Ia telah dimeterai antara pihak Inggeris dan negeri Perak yang melibatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke yang mewakili Inggeris dan Raja Muda Abdullah. Perjanjian ini turut disertai oleh pembesarpembesar seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, Shahbandar, Orang Kaya Menteri dan Dato Sagor. Secara ringkasnya, perjanjian ini telah menandakan penglibatan British secara rasminya dalam pemerintahan dan pentadbiran Raja-Raja Melayu. PENGENALAN KESAN J.W.W. BIRCH RESIDEN PERAK YANG PERTAMA SUMBER: https://www.orangperak.com/perjanjian-pangkor.html Campur tangan British secara langsung dalam urusan pentadbiran di negeri Melayu telah menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan orang Melayu dan pembesar di situ yang pada akhirnya telah menimbulkan penentangan. Misalnya, di negeri Perak, orang Melayu mula bertindak dan bangkit untuk memerangi pihak British dan kemuncak kepada kebangkitan dan penentangan ini telah menyebabkan Residen British pada ketika itu iaitu J.W.W. Birch telah dibunuh pada tahun 1875 di Pasir Salak. Perjanjian Pangkor mengandungi 14 perkara dan yang paling penting ialah berkaitan dengan perlantikan Residen. Dalam peruntukan ini, Residen berkuasa penuh ke atas pemungutan dan pengawalan hasil mahsul dan juga pentadbiran negeri kecuali berkaitan dengan agama dan ada-adat orang Melayu. (Freddie Aziz Jasbindar, 2019). 24 DISEMBER 2023 PERJANJIAN PANGKOR Ditulis oleh: Fatin Nadia Gambar di atas menunjukkan pentadbir dan pegawai British yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor 1874


CORAK PEMERINTAHAN SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH Selepas penjajahan British, sistem pemerintahan demokrasi telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Dalam sistem ini, kedaulatan serta keputusan negara adalah berdasarkan pilihan dan suara majoriti rakyat semasa pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun. SUMBER: https://www.academia.edu/26520873/Kesan_Kesan_Penjajahan_British_Sehingga_Kini_Politik Kesan daripada sistem demokrasi ini sebenarnya telah menghadkan kuasa pemerintahan sultan atau raja yang sebelum ini mempunyai kuasa mutlak terhadap pentadbiran negeri masingmasing. Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen bermula sejak awal kemerdekaan lagi dan dilaksanakan di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Negara kita diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama 5 tahun. Ditulis oleh: Farra Zawawi


SUMBER: https://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?view=236&uweb=web& Ditulis oleh: Farra Zawawi PARLIMEN MALAYSIA Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan dan merupakan badan penggubal undang-undang yang tertinggi di Malaysia KOMPONEN UTAMA PARLIMEN MALAYSIA SBP Yang di-Pertuan Agong Dewan Negara Dewan Negeri Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan sebelum kedatangan British Pada asalnya, pendidikan di Tanah Melayu lebih kepada pembelajaran informal dan kemahiran hidup seperti menjahit, bertani dan memancing. Ilmuilmu agama juga antara pendidikan yang ada di Tanah Melayu. Kewujudan sekolah vernakular Sekolah vernakular Melayu, Inggeris, Cina, India diperkenalkan semasa pemerintahan British. Sekolah rasmi aliran Melayu di Tanah Melayu dibuka pada tahun 1855 di Bayan lepas, Pulau Pinang. Sekolah vernakular Cina dan India terbentuk apabila British membawa kumpulan pekerja daripada China dan India ke Tanah Melayu. Di sebabkan mereka enggan untuk meninggalkan Tanah Melayu, British membantu mereka dari segi pendidikan dengan mula membuka sekolah aliran mengikut kaum supaya pendidikan mereka dan anak anak mereka tidak ketinggalan. Sekolah-sekolah khas untuk orang Cina mula dibangunkan oleh komuniti Cina. Bagi orang India, sekolah mula dibuka dengan bantuan British. Pendidikan Inggeris pula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Beberapa buah sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh kristian pada pertengahan abad ke 19. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan – kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. SEKOLAH VERNAKULAR Ditulis oleh: Ain Zairi SUMBER: https://iluminasi.com/bm/sejarah-sekolah-vernakular-cina-dan-india-di-tanah-melayu.html https://mediadalampendidikan.wordpress.com/pendidikan-di-malaysia/sejarah-awal-sistem-pendidikan-di-malaysia/ P E N D I D I K A N Kesannya, setiap kaum terpisah terutamanya kaum Cina dan India yang mengamalkan budaya dan bahasa mereka walaupun sudah beberapa generasi menetap di Tanah Melayu. Ini juga adalah salah satu penyebab wujud jurang dan kerenggangan di kalangan masyarakat kita.


TULISAN RUMI PENDIDIKAN Pada awalnya, sistem tulisan jawi merupakan tulisan rasmi di Malaysia, sebelum tulisan rumi menjadi tulisan rasmi negara kita. Walaupun demikian ,telah dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963, kewujudan keduadua sistem tulisan ini perlulah selari iaitu sistem tulisan rumi tidak boleh menyekat sistem tulisan jawi. (Namri Sidek,31 December 2019) SEJARAH PERTUKARAN SISTEM JAWI KE TULISAN RUMI Edition #30 24 December 2023 Kesedaran orang ramai tentang kepentingan memelihara karya sastera dan literasi masyarakat Melayu, dan di sini bermulanya kelompok penulis dan karyawan mula mewujudkan Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenali ASAS 50. Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Gerakan ini merupakan kumpulan karyawan sastera yang pertama wujud di Tanah Melayu. Antara matlamat utama ASAS 50 untuk menjadi salah satu pihak yang membantu memperkukuhkan nasionalisme dalam kalangan rakyat. Pada zaman pemerintahan British , penggunaan sistem tulisan rumi telah mula dipertingkatkan kepentingannya. Pada peringkat awal, pihak British telah bekerjasama dengan beberapa orang karyawan tempatan dalam menterjemahkan kitab-kitab orang Melayu klasik yang ditulis dalam tulisan jawi. (Namri Sidek,31 December 2019)


Bagi mencapai matlamat ASAS 50, kelompok ini mula menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1952 untuk kali pertama. Dalam Kongres Kedua yang dianjurkan di Seremban pada tahun 1954, ASAS 50 mengeluarkan 'memorandum ASAS 50' sebagai tanda hasrat mereka. Antara memorandum tersebut adalah, Kongres Bahsa dan Persuratan Melayu ke-3 yang dilangsungkan setahun sebelum kemerdekaan pada tahun 1956, yang dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman serta ditutup acara oleh Dato Abdul Razak Hussain, Menteri Pelajaran ketika itu. Dalam Kongres tersebut berlaku peristiwa bersejarah pengisytiharan sokongan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang terkandung dalam Penyata Razak. Selain itu, kongres itu juga memperkasakan matlamat awal penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka nasi mewujudkan karyawan yang rapat dengan pemerintah. Namun dalam kongres ketiga juga sistem tulisan jawi diibaratkan bertemu dengan penamatnya, setelah cadangan untuk mengutamakan tulisan rumi sebagai tulisan kebangsaan yang dipersetujui wakil kongres. (Namri Sidek,31 Decemebr 2019) PENDIDIKAN By Ain Pada sekitar abad ke 20 ,nama-nama besar seperti C.O. Blagden,Van Ronkel, dan W.G. Shellabear mula masuk dalam bentuk penerbitan skala lebih besar. Walau demikian, sistem ejaan rumi ketika itu mempunyai perbezaan dalam cara ejaan dan tulisan. Ada pihak yang mengamalkan rumi Elbink dari Belanda dan sistem Shellabear dari English. Jadi British melantik R.J. Wilkinson bagi mempermudahkan sistem sedia ada kepada satu sistem sahaja. Wilkinson mempunyai pengalaman sebagai penyusun kamus Jawi-Melayu-Inggeris terbitan tahun 1903. Wilkinson memperkenalkan Sistem Ejaan Rumi Wilkinson pada tahun 1904, untuk digunakan oleh orang Melayu. Kemudian, Sistem Wilkinson telah digantikan dengan Sistem Ejaan Rumi Za'aba pada tahun 1940 sempena nama pengasasnya iaitu Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem Tulisan Za'aba telah kekal digunakan sehingga tahun 1972. Dalam perkembangan tulisan rumi di Tanah Melayu, wujud pertelingkahan antara pihak yang mahu mempertahankan kedudukan tulisan jawi dan tulisan rumi. Antara individu yang paling lantang mengkritik ASAS 50 yang merupakan pro 'rumi' adalah Allahyarham Kassim Ahmad, yang kerap menimbulkan kontroversi kerana menyifatkan matlamat ASAS 50, telah melonggarkan elemen-elemen islamik dalam masyarakat. (Namri Sidek,31 December 2019) MEMORANDUM ASAS 50


PERTANDINGAN MENULIS SAJAK PERTAMA RM300 KEDUA RM200 KETIGA Info lanjut: SUDUT IKLAN SYARAT PERTANDINGAN TEMA: MALAYSIA TERCINTA TERBUKA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS MINIMUM 10 BARIS, MAKSIMUM 20 BARIS SATU PESERTA, SATU PENYERTAAN KARYA MESTILAH ASLI DAN KREATIF FORMAT 01789123456 HADIAH RM100 SAGUHATI RM50 TIMES NEW ROMAN, BERSAIZ 12, SINGLE/DOUBLE SPACING MS WORD ATAU PDF SAHAJA CARA PENGHANTARAN EMAIL SAJAK ANDA DI [email protected] TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 15 MEI 2024


KESAN Disember 24, 2023 Pembukaan kawasan perlombongan bijih timah memicu pembinaan jalan raya, menghubungkan stesen kereta api dan pelabuhan dengan kawasan pedalaman. Awalnya, pengangkutan menggunakan kereta lembu dan beca, tetapi dengan kemunculan enjin dan kenderaan bermotor, penggunaan bas dan lori meningkat, menjadikan sistem jalan raya lebih penting. Pengangkutan jalan raya digunakan untuk membawa bijih timah, buruh dan semua bekalan perlombongan dari pelabuhan dan stesen kereta api ke kawasan perlombongan. (Nur Hafizah Md. Hamzah & Adnan Jusoh, 2023) Pengangkutan air melalui sungai dan pelabuhan, dengan tongkang dan kapal susur pantai, memberikan peranan penting. Pelabuhan seperti Pulau Pinang, Port Swettenham, Port Dickson, dan Labuan berkembang sebagai pusat eksport-import, mempercepatkan penghantaran barangan dan membawa masuk buruh asing dari India dan China. S O S I A L PEMBINAAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN : Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-18 membangunkan infrastruktur pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya bertujuan mengangkut bijih timah dan getah. Landasan kereta api dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) membuka tirai pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, dan kemudiannya dibina landasan lain di Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swethenham (Pelabuhan Klang), dan Tapah ke Teluk Anson (Teluk Intan). Sistem pengangkutan ini membawa transformasi ekonomi dari sara diri kepada ekonomi eksport. Meskipun penumpuan utama di pantai barat, Sabah dan Sarawak juga menyaksikan pembinaan landasan kereta api. Sumber: https://utusantv.com/2021/06/01/1-jun-1885-pembukaan-jalan-kereta-api-taiping-port-weld/#google_vignette British meningkatkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu dan memudahkan tugas pentadbiran dengan membina jalan raya dan kereta api. Dengan membina laluan ini, kilang pemprosesan bijih timah akan disambungkan ke kawasan perlombongan. Adalah lebih mudah untuk memindahkan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport sekiranya sistem sambungan jalan raya dan rel dibina. (Azmah Abdul Manaf 2001). S O S I A L Editor: Ain Syuhada


PENGENALAN: Banyak percanggahan akibat daripada kemasukan penjajah terhadap unsur-unsur baru yang bercanggah dengan tradisi orang Melayu dan syariat Islam. Walaupun penjajahan telah berakhir, masih terdapat pengaruh barat dalam masyarakat kita, terutamanya dalam soal nilai moral. Ini adalah akibat pengaruh Barat dan prinsipnya yang terus berleluasa malah semakin kuat di negara kita. BUDAYA HEDONISME: SOSIAL KEKELUARGAAN: “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” Pengaruh Barat telah mengubah pemikiran orang Melayu ke arah yang lebih terbuka dan dianggap moden. Ini menyebabkan kurangnya kepercayaan dalam adat, pantang-larang, dan petua nenek moyang. Sebahagian masyarakat malah menganggap kepercayaan tersebut sebagai sesuatu yang tidak relevan. Penjajahan Barat juga memberi impak kepada etika dan gaya hidup sosial masyarakat, di mana nilai-nilai Barat seperti pengiktirafan hubungan tanpa perkahwinan dan hubungan sesama jenis tidak selari dengan budaya kita. Walaupun demikian, masih terdapat individu yang mengamalkan budaya Barat ini hingga kini. SOSIAL Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka merasakan pakaian menutup aurat adalah kolot berbanding mendedahkan aurat seperti yang ditunjukkan oleh budaya Barat. Keruntuhan unit kekeluargaan serta khianat dalam rumah tangga juga dianggap sebagai normal. Lebih teruk lagi apabila kekeliruan dan kehilangan identiti kerana berleluasanya anak luar nikah serta budaya perkahwinan sejenis yang menimbulkan penyakit bukannya zuriat. Justeru, selaras dengan pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati,” kita mesti berusaha untuk menghentikan “penjajahan bentuk baharu” ini daripada terus berleluasa di kalangan umat Islam. (Muhammad Khalil Abdul Hadi, 2021) Budaya hedonisme adalah salah satu budaya yang memudaratkan yang diamalkan oleh belia hari ini. Tambahan pula, memandangkan hedonisme jelas bertentangan dengan norma dan pegangan agama masyarakat Islam, ia menimbulkan cabaran dan ideologi yang boleh memudaratkan jati diri remaja. Remaja kini sering menghadiri konsert untuk hiburan dan melepaskan tekanan, khususnya konsert penyanyi K-pop dan Barat. Beberapa konsert mungkin dikaitkan dengan isu sensitif seperti penyebaran ideologi LGBT, yang dianggap melanggar syariat Islam. Selain itu, pengaruh artis Korea begitu besar sehingga beberapa wanita Melayu melakukan tindakan kontroversial. Keseluruhan aktiviti ini menimbulkan kebimbangan terhadap imej Islam. (Dr. Syaidatana Siti Aishah Ab Aziz dan Dr. Mohd Rizal Abu Bakar, 2023)


24 D K ecembe E r 2023 SENIAN Kesan penjajahan British yang turut membawa seni bina mereka contoh yang masih ada pada hari ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina pada 1893 yang banyak dipengaruhi pengalaman mereka menjajah India. Jelasnya, seni bina penjajahan itu sebenarnya tidak sekadar menjadi senjata tahap kekuasaan tanah jajahan, malah mereka sebenarnya membawa gaya dan teknologi pembinaan serta dekorasi dari negara masing-masing. ERA penjajahan antara pengaruh kepada idea dan pembangunan industri pembinaan negara di samping membentuk identiti serta simbol seni bina hingga hari ini. Pembinaan kediaman juga melalui beberapa evolusi dan transformasi mengikut peredaran zaman termasuk sebelum kemerdekaan. Editor : Aida Amira PENGENALAN Kota a famosa merupakan satu kesan peninggalan yang telah ditinggalkan oleh penjajah asing ketika mereka menjajah Melaka iaitu Portugis. Jadi British ada juga meninggalkan seni bina di malaysia pada hari ini, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan bersejarah ini terletak berhadapan dengan dataran merdeka. Bangunan ini dibina pada 1893 di mana British mendapat inspirasi apabila mereka menawan india pada suatu ketika dahulu.


Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sutan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Disinilah tempat di mana Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645. (azmanjam14, 2021) S BAN E GUNA J N SU A LTAN A R BDUL A SAMAD H Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan abad kesembilan belas yang terletak di sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dan Royal Selangor Club di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di pertemuan Sungai Klang dan Gombak yang mana berhampiran dengan projek RoL di Presint 7 dan berhampiran Kolam Biru. Bangunan itu pada asalnya menempatkan pejabat pentadbiran penjajah British, dan dikenali hanya sebagai pejabat kerajaan pada tahun-tahun awal penukarannya. (Rol Admin, 2023)


BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD T U J U A N & P E R A S M I A N Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen Hugh Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897. Pentadbiran British di Selangor memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor . Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). (azmanjam14,2021) N O M A D I C | 2 4


MUZIUM DIRAJA PEKAN (PAHANG) Muzium Sultan Abu Bakar pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1888 sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P. Rodger. Pada tahun 1898, ibu negeri Pahang dipindahkan dari Pekan ke Kuala Lipis dan bangunan ini dijadikan tempat penginapan Residen-residen Inggeris yang datang menjalankan tugas-tugas rasminya di bandar Pekan. Pada tahun 1948, bangunan ini telah diduduki oleh DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana Sri Terentang.Bangunan ini kemudiannya dikenali sebagai Istana Kota Beram yang menjadi tempat persemayaman baginda dan menjalankan upacara-upacara yang lain.Pada 21 Oktober 1976, bangunan ini ditukar kepada muzium dan disempurnakan secara rasmi oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Pahang. (Nurliyana, 2023)


CARI PERKATAAN Menangkap ikan zaman logam tukar barangan bercucuk tanam pisau bersoket zaman neolitik kapak tulang mawas peralatan batu beliung logam besi pelayaran zaman batu gangsa


EKONOMI KEMASUKAN IMIGRAN CINA DAN INDIA Pada abad ke 19 berlaku Revolusi Perindustrian di mana permintaan bagi bijih timah adalah sangat tinggi ketika itu.Jadi,British membawa masuk kaum Cina untuk membantu dari sektor perlombongan sahaja.Seterusnya,bagi kemasukan kaum India pula disebabkan oleh Revolusi Perusahaan .Maka kaum India fokus kepada sektor perladangan sahaja. PERUBAHAN FIZIKAL Menurut Azmah Abdul Manaf, kedatangan imigran Cina dan India telah menyebabkan pembukaan bandar baharu. Kemasukan imigran - imigran Cina dan India yang bekerja di sektor perlombongan dan perladangan telah menyebabkan kawasan tersebut berkembang menjadi bandar. British meningkatkan darjah ketersampaian dengan membina jalan raya dan kereta api untuk memudahkan proses pengangkutan bahan mentah ke kilang atau pelabuhan. DASAR PECAH DAN PERINTAH Maksud dasar pecah dan perintah adalah kehendak British kerana mereka telah berjaya mengurangkan kuasa pembesar tempatan selain tidak melibatkan campur tangan daripada pembesar pembesar Melayu dalam politik.Penglibatan masyarakat setempat iaitu kaum Melayu da;am bidang politik adalah terhad kepada jawatan rendah. Selain itu, kesan daripada dasar pecah dan perintah ini adalah orang Melayu kehilangan tanah dan aset kerana telah ditukar hak milik kepada pelabur asing serta bangsa Melayu kekal sebagai petani dan nelayan.


PENUTUP Tuntasnya, kemasukan kaum Cina dan India ke dalam Tanah Melayu telah memberikan impak yang besar terhadap corak kehidupan sosioekonomi. Misalnya, wujudnya sekolah vernakular dalam sistem pendidikan sehingga ke hari ini adalah berpunca daripada penaklukan British yang pada awalnya diperkenalkan adalah untuk membantu kaum Cina dan India dari segi pendidikan supaya pendidikan mereka dan anak-anak tidak ketinggalan. Sehubungan dengan itu, tidak dapat disangkalkan bahawa kemasukan kaum Cina dan India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Selain itu, kependudukan British di Malaya juga telah memberi perubahan yang ketara dalam corak pemerintahan negara. Pada Zaman Kerajaan Awal dahulu, kedudukan dan peranan raja adalah sangat penting. Namun, setelah termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, maka berlakunya campur tangan British secara rasmi dalam hal-ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Ekoran daripada campur tangan ini, sultan atau raja telah kehilangan hak dan kuasa mereka yang pada awalnya adalah berkuasa mutlak. Penghapusan sistem beraja secara berperingkat melalui campur tangan pemerintahan, pembunuhan dan rampas kuasa ini telah menimbulkan penentangan yang hebat dari orang-orang Melayu dan juga di kalangan pembesar. Dapat disimpulkan bahawa, kependudukan British di Malaya telah menyebabkan birokrasi Barat mula diperkenalkan dan pembawakan pengaruh peradaban Barat ini masih wujud dalam kehidupan masyarakat dan institusi pemerintahan kita sehingga ke hari ini.


Click to View FlipBook Version