The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqahsyahirah04, 2022-04-01 04:22:09

Kisah Si Monyet

Kisah Si Monyet

Kisah Si Monyet



Menjelang senja, Tok Pa dan dua orang cucunya
baru sahaja pulang daripada dusun yang
terletak tidak jauh daripada rumah mereka.
Setiap kali musim cuti sekolah, cucu Tok Pa
akan balik ke kampung untuk menghabiskan
masa bersama.

“Ali. Seroja. Mari sini duduk depan tok.” Tok Pa
memanggil cucunya.

“Kenapa tok?”, Ali bertanya.

“Ali dan Seroja tahu tak kisah Si Monyet?” , Tok
Pa bertanya lagi.

“Tak tahu tok.”Ali dan Seroja berkata serentak.

“Tok ada cerita ke? Kalau macam tu Tok Pa
ceritalah. Seroja dengan abang Ali tak sabar nak
dengar cerita tok. Ceritalah tok. Ceritalah.”

Tok Pa tergelak melihat gelagat cucunya. “Ya.
Ya. Tok Pa cerita. Ehem.” Tok Pa membetulkan
suaranya.



Suatu masa dahulu, keadaan di Hutan
Rimba sangat aman dan sentosa. Semua
haiwan hidup dengan gembira tanpa
sebarang masalah. Namun pada suatu
pagi, Hutan Rimba kecoh apabila banyak
makanan yang hilang dan lesap.

“Kancil, macam mana ni. Semua makanan

habis dicuri. Buatlah sesuatu kancil. Dah

tiga kali berturut-turut benda ni jadi

kancil. Kita kena tangkap pencuri tu. Tupai

sudah seperti cacing kepanasan

memikirkan makanan mereka

berkemungkinan akan dicuri lagi”, kata

Tupai.

“Hah! aku ada idea.” Kancil tiba-tiba
bersuara. Tupai hanya diam melihat kancil
memungut ranting-ranting kayu. Tupai
bingung dan tertanya-tanya apa yang
hendak dilakukan oleh kancil



Kancil dan tupai bersembunyi di sebalik
semak. Mereka meletakkan buah-buahan
untuk mengumpan pencuri tersebut.
Beberapa minit kemudian, kancil dan monyet
melihat melihat makan yang dijadikan
sebagai perangkap tersebut. Seperti tikus
jatuh di beras monyet terjumpa makanan
ketika dia sedang lapar.

“Huh!! Ada makanan lah. Rezeki ni.(gelak)”.
Grr, perut monyet berbunyi tanda lapar.
Monyet melihat ke kiri dan ke kanan. Tiada
sesiapa. Monyet segera pergi ke arah
makanan itu.”Wahh, sedapnya makanan."

Baru sahaja monyet hendak memakan buah-
buahan yang terletak di bawah pokok,monyet
telah terpijak perangkap daun yang dibuat
oleh kancil. monyet menjerit meminta tolong.
Sang Kancil dan Tupai berjalan menuju ke
arah monyet. Si Monyet melihat kancil lalu
meminta tolong.



“Kancil. Psst. Kancil. Aku dekat atas ni. Tolong
aku kancil. Aku terperangkap.” Si Monyet
memanggil San Kancil yang kebetulan lalu di
situ.

“Oh. Rupa-rupanya kamu lah yang mencuri
makanan haiwan-haiwan di Hutan Rimba ini”
, kata Sang Kancil dengan nada yang sinis.

“Huh? Mana ada. Aku tak mencuri” , Si
Monyet kebingungan.

“Habis tu kenapa kau ambil makanan tu? Tu
bukan makanan kau”, Sang Kancil berkata
lagi.

“Aku ambil sebab makanan tu takda sesiapa
punya. Aku makanlah. Kalau tak nanti
membazir”, Si Monyet pula mempertahankan
dirinya.

“ Salah tu monyet. Kau tak boleh ambil
makanan yang bukan milik kau” , kata Sang
Kancil lagi.



Tupai mengiyakan hujah kancil dan cuba
untuk membatu api.

Tupai memburuk-burukkan monyet di
hadapan haiwan lain dan tanpa disedari
tindakannya itu telah memakan diri sendiri.

“Kamu semua berat sebelah. Kenapa aku je
yang salah. Tupai pun pernah mencuri
makanan haiwan lain. Aku nampak tupai
senyap-senyap ambil makanan arnab. Tupai
kau memang bermuka dua. Kau yang suruh
aku datang sini. Tupai kata hari ni ada pesta
makanan. Sebab tu aku makan. Sanggup kau
tipu aku macam ni.” Si Monyet berkata
dengan nada yang kesal dan sedih dengan
perbuatan tupai yang memburuk-
burukkannnya.



Kancil dan haiwan lain terkejut dengan
pernyataan monyet. Kancil segera
membebaskan monyet daripada perangkap
yang dibuatnya. Monyet kelihatan enggan
untuk bercakap kerana tersinggung dengan
perbuatan haiwan lain yang menyalahkan
dirinya sahaja tanpa usul periksa.

“Betul ke apa yang monyet cakap tu, tupai? “,
Sang Kancil bertanya untuk kepastian.

Akhirnya, tupai mengangguk dan mengaku
bahawa dia juga ada mengambil makanan
haiwan lain tanpa meminta izin. Setelah
mendengar cerita kedua-dua pihak, kancil
membuat keputusan untuk bersikap atas
pagar. Dia tidak boleh menyebelahi mana-
mana pihak kerana kedua-dua telah
melakukan kesalahan. Kancil meminta
mereka (monyet dan tupai) untuk meminta
maaf kepada haiwan-haiwan lain.



“Aku minta maaf sebab ambil makanan tanpa
izin.”, kata Si Monyet

“Aku pun sama.Aku minta maaf. Aku janji tak
buat lagi”, kata Tupai pula.

Monyet dan tupai meminta maaf sambil
tertunduk malu dengan perbuatan mereka.

“Baik, sekarang kita dah tahu kejadian
sebenar. Aku nak minta maaf sebab tuduh kau
mencuri monyet. Aku harap kita boleh jadikan
peristiwa ni sebagai pengajaran. Kawan-
kawan, ingat tau jangan ambil sesuatu barang
atau makanan tanpa pengetahuan haiwan
lain. Pastikan minta izin dulu supaya pisang
tidak berbuah dua kali” , Sang Kancil
menasihati rakan-rakannya.

Monyet, tupai dan haiwan lain hanya
mengangguk bersetuju dengan kata-kata Sang
Kancil. Sejak kejadian itu berlaku, tiada lagi
makanan yang dicuri. Hutan Rimba Kembali
aman dan damai seperti sedia kala.



“Tamat”, Tok Pa mengakhiri cerita itu.

“Tak baiknya tupai buat macam tu. Kesian
monyet” , Seroja bersimpati dengan nasib
monyet.

“Betullah orang kata sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”, kata
Ali.

“Pandai kamu menggunakan peribahasa ya Ali”
, Tok Pa tersenyum bangga melihat
cucunya.”Sebab itulah kita tak boleh ambil
barang orang sesuka hati. Kalau nak pinjam
barang orang, kita kena minta izin dulu. Faham
cucu-cucu tok”, Tok Pa menyambung perbualan
itu dengan menasihati mereka.

“Faham tok”, kata mereka serentak. “Lepas tu
kita tak boleh menipu kan tok? Nanti dapat
dosa”, kata Seroja lagi.

“ Betul tu, pandai cucu atok” Tok Pa hanya
gelak mendengar kata cucu perempuannya itu.

-Tamat-

Pengajaran

Kita hendaklah meminta izin
terlebih dahulu sebelum
meminjam atau mengambil
barang orang lain dan

janganlah menipu orang lain
demi kepentingan diri sendiri


Click to View FlipBook Version