The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noreisyah03, 2024-04-19 22:21:03

Kisah Pengembaraan Si Bangau

Kisah Pengembaraan Si Bangau

kisah pengembaraan si bangau Karya Noreisyah Mohd Zain Edisi Pertama


Di sebuah hutan, seekor bangau bernama Bunda telah melahirkan seekor bangau yang bernama Si Baba, manakala adiknya pula bernama Si Bubu. 1


Si Baba merupakan seekor bangau yang dilahirkan dengan tidak memiliki sebelah sayap. Namun, Si Bubu pula dilahirkan dengan memiliki kedua-dua sayap yang cantik dan sempurna. 2


Pada suatu hari, Si Gagak terjumpa dengan Si Bunda di tepi tasik. Si Gagak mula mengejek Si Bunda kerana memiliki anak yang tidak sempurna. 3


4 “Eh Bunda, saya dengar anak kamu ada yang kurang sempurna, mesti dia tidak sama seperti bangau lain. Ha... ha... ha...”. Lalu Si Gagak hanya berlalu pergi. Si Bunda hanya terdiam dan malu kepada Si Gagak.


Selepas itu, Si Bunda bergegas balik dan menghalau Si Baba kerana berasa bahawa Si Baba hanya memalukan dia. “Baba, kamu keluar dari sini, Ibu tidak ingin melihat kamu lagi”. Kata Si Bunda kepada Si Baba. 5


Si Baba terkejut dan bertanya kepada si Bunda. “Apa salah saya ibu? Kalau ada salah, Baba ingin meminta maaf kepada ibu”. Kata Si Baba dengan nada yang sedih. 6


“Ibu malu ada anak yang kurang sempurna seperti kamu. Tengok Si Bubu, dia sempurna dan boleh membanggakan ibu”. Kata Si Bunda kepada Si Baba dengan nada yang tinggi. 7


“Mengapa aku tidak dilahirkan sama seperti Si Bubu? Kalau tidak, aku mesti disayangi oleh ibu”. Kata Si Baba dalam hati dengan muka yang sedih. 8


Si Baba berasa sangat sedih dan perlahan-lahan berjalan keluar dari rumahnya. Si Baba berharap bahawa ibunya akan memanggilnya kembali. 9


Semasa dalam perjalanan, Si Baba asyik teringat kata-kata ibunya bahawa Si Baba ini anak yang kurang sempurna dan tidak boleh membanggakan ibu. 10


Tiba-tiba, Si Baba terdengar suara burung yang meminta tolong. “Tolong !tolong !, saya tidak dapat terbang”. Si Baba bergegas menuju ke arah suara tersebut. 11


Si Baba melihat seekor burung Kakak Tua yang tidak dapat terbang kerana sayapnya tertindih dengan ranting kayu. Si Baba terus mengalihkan ranting kayu tersebut daripada sayapnya. 12


“Terima kasih, saya terhutang budi dengan kamu”. Kata burung Kakak Tua kepada Si Baba dengan gembira. “Sama-sama, saya gembira kerana dapat membantu kamu”. Kata Si Baba kepada burung tersebut. 13


“Namun, kenapa wajah kamu terlihat sedih?”. Tanya burung itu kepada Si Baba. “Aku malu kerana tidak sama seperti bangau lain, tengoklah aku hanya memiliki sebelah sayap sahaja”. Kata Si Baba kepada burung tersebut. 14


Burung itu tersenyum dan berkata, “Tidak mengapa, saya ikhlas berkawan dengan kamu”. “Nama saya Cici”. Katanya lagi. Si Baba tersenyum dan berasa gembira. “Terima kasih, saya pula Baba. Balas Baba kepada Si Cici. 15


Kemudian, Si Baba menceritakan kembali kejadian yang berlaku antara Si Baba dan ibunya. “Aku malu kerana tidak dapat buat apa-apa seperti bangau lain, ibu juga tidak percaya kepada aku”. Kata Si Baba kepada Si Cici. 16


Si Cici tidak setuju dengan kata-kata Si Baba. “Jangan berkata seperti itu, saya yakin kamu ada kelebihan dan boleh jadi seperti bangau lain.” Kata Si Cici kepada Si Baba. 17


“Kamu hanya perlu berusaha supaya dapat jadi seperti bangau lain” Katanya lagi. Si Baba terus berfikir bahawa apa yang dikatakan oleh Cici adalah benar. “Jangan risau, saya akan bantu kamu”. Kata Si Cici dengan nada yang gembira. 18


“Cuba kamu tangkap ikan itu, kamu pasti boleh”. Kata Si Cici kepada Si Baba. Si Baba pun cuba menangkap ikan tersebut sebagai makanannya. Walaupun beberapa kali gagal, Si Baba tidak putus asa hinggalah dia berjaya menangkap ikan tersebut. 19


“Wah, kamu sangat hebat Baba”. Kata Si Cici dengan perasaan gembira. “Terima kasih Cici” Kata Si Baba sambil tersenyum gembira. 20


Selepas itu, Si Baba mula belajar untuk terbang walaupun hanya dengan sebelah sayapnya. “Aku tidak mampu untuk meneruskan lagi. Aku tidak dapat terbang dengan sebelah sayap sahaja”. Kata Si Baba dengan muka yang kecewa. 21


Namun, Si Baba berasa sangat gembira dan bersyukur kerana usahanya tidak siasia. “Jangan mudah putus asa Baba, saya yakin kamu pasti boleh, saya kan ada”. Kata Si Cici. Si Cici terus membantu Si Baba untuk terbang hinggalah Si Baba dapat terbang walaupun tidak setinggi bangau lain. 22


Hasil usaha Si Baba yang tidak sia-sia telah membuatkan dia gembira. Si Cici juga turut berasa gembira kepada Si Baba. Si Baba mula menyanyi untuk meluahkan rasa gembiranya itu. 23


24 Baba oh Baba. Melodi lagu : Ikan Kekek Lagu kanak - kanak Alif & Mimi Baba sangat senang hati, Baba dapat berdikari, nanti Baba dapat bantu, bantu kawan yang memerlukan. Kalau kita rajin usaha, kita dapat senangkan hati, budi baik jangan dilupa, agar kita dihormati. Baba sangat senang hati, Baba dapat berdikari, nanti Baba dapat bantu, bantu kawan yang memerlukan. (Ulang 2 kali) Lagu Baba oh Baba


Setelah beberapa hari, Si Baba terjumpa dengan seekor kerbau yang bernama Amung. “Eh Baba, nampaknya kamu sudah pandai berdikari”. Kata Amung kepada Si Baba dengan suara yang teruja. Si Baba terkejut “Bagaimana kamu tahu?” soal Si Baba kepada Amung. 25


“Beberapa hari yang lalu, saya melihat kamu menangkap ikan bersama Si Cici. Saya juga lihat yang kamu berusaha untuk terbang. Saya sangat gembira dengan kamu”. Kata Amung kepada Si Baba. 26


“Terima kasih Amung, aku ingin membuktikan bahawa walaupun kurang sempurna, aku juga dapat melakukan perkara yang sama seperti bangau lain”. Kata Si Baba. 27


“Baguslah kalau begitu, saya sentiasa sokong kamu. Kalau kamu perlukan bantuan, kamu boleh katakan kepada saya. Saya akan bantu kamu”. Kata Amung kepada Si Baba. 28


Si Baba berasa sangat gembira kerana memiliki teman yang ikhlas berkawan dengannya walaupun kurang sempurna. Si Cici dan Amung sentiasa membantu Si Baba. Si Baba juga sentiasa membantu Si Cici dan Amung jika mereka memerlukan bantuan. 29


Oleh itu, Si Baba tidak lagi berasa sunyi kerana memiliki sahabat yang sanggup susah dan senang bersama. 30


Nilai dan Pengajaran 1.Nilai hormat-menghormati Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita seperti Baba yang menghormati ibunya walaupun dihalau. 3. Nilai keikhlasan Kita hendaklah ikhlas dalam berkawan seperti Si Cici yang ikhlas berkawan dengan Si Baba walaupun kurang sempurna. 2. Nilai tolong-menolong Kita hendaklah saling tolong-menolong seperti Si Baba membantu Si Cici yang kesakitan kerana tertindih dengan kayu. 4. Nilai rajin berusaha Kita hendaklah sentiasa rajin berusaha seperti Si Baba yang tidak putus asa untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk menjadi seperti bangau yang lain. 5. Nilai kesyukuran Kita hendaklah sentiasa bersyukur seperti Si Baba yang bersyukur walaupun dirinya ada kekurangan.


Cerita ini mengisahkan tentang seekor bangau yang bernama Baba dihalau oleh ibunya kerana hanya memiliki sebelah sayap. Oleh kerana Baba dihalau, Baba berusaha untuk membuktikan bahawa dia dapat hidup seperti bangau lain. Akhirnya, Baba dapat hidup berdikari dengan bantuan burung Kakak Tua iaitu Si Cici. Baba berasa sangat gembira kerana mempunyai rakan yang ikhlas berkawan dengannya. Karya Noreisyah Binti Mohd Zain


Aris Monadi. (2020). Perancangan Komik Cerita Rakyat Bujang Sembilan. Judikatif: Jurnal Desain Komunikasi Kreatif, 37-43. Eka Mei Ratnasari. (2020). Efektifitas penggunaan buku cerita bergambar terhadap kecerdasan visual anak prasekolah. Jurnal PG-PAUD Trunojoyo: Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Anak Usia Dini, 7(1), 10-16 Herawati Tarigan, Akhmad Murtadlo & Dahri D. (2021). Teknik Penceritaan Dalam Kumpulan Cerpen Harga Diri Karya Syafruddin Pernyata Tinjauan Formalisme Rusia. Ilmu Budaya, 5(3), 474-480. Mohd Firdaus Che Yacoob. (2022). Nilai-Nilai Murni dalam Cerita Rakyat Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Melayu. Randi Enggo & Ratih Mahardika. (2023). Perancangan Buku Ilustrasi Cerita Rakyat Pulau Kemaro dari Palembang. IKRA-ITH HUMANIORA: Jurnal Sosial Dan Humaniora, 7(1), 82-88. Refila Yuni Zalmi & Nenny Mahyuddin. (2021). Analisis Kesantunan Berbahasa Anak Pada Buku Cerita Bergambar Di Taman Kanak-Kanak. Jurnal Golden Age, 5(2), 482-492. Rina Purwani. (2020). Pengembangan buku cerita bergambar berbasis karakter untuk pembelajaran membaca siswa sd kelas iv. Jurnal pendidikan bahasa Indonesia, 8(2), 180-194. Siti Annisa., Nur Wahiddah., Lulu Lathipah., Desti Indaryanti., Zulfa Putri Fadilah & Ani Nur Aeni. (2022). Cerita Ihsan: E-book Interaktif sebagai Upaya Pengembangan Materi Ulul Azmi di Sekolah Dasar. Jurnal Basicedu, 6(3), 4182-4191. Siti Noridayu Abd. Nasir & Hazlina Abdul Halim. (2022). Elemen dalam Buku Cerita Binatang sebagai Sumber Pemerolehan Bahasa Murid Lembam. children, 5(4). Wienike Dinar Pratiwi.,Dian Hartati., Sutri & Ahmad Abdul Karim. (2023). Gaya Bahasa Kumpulan Cerita Anak-Anak Musim Karya Perempuan Penulis Galuh. Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia Undiksha, 13(4), 285-302. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version