The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3053 - RPH Tajuk _ Adab Menaiki Kenderaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 523-12-nurshahirah, 2022-08-16 23:33:10

EDUP3053 - RPH Tajuk _ Adab Menaiki Kenderaan

EDUP3053 - RPH Tajuk _ Adab Menaiki Kenderaan

Keywords: EDUP3053

Tajuk : Adab Menaiki Kenderaan
Guru : Ikram, Ainur, Nisa, Shelri, Wafa
Tahun : Tahun 5 Cemerlang

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tempoh Masa : Satu jam
Analisis Pelajar

Umur: 11 tahun
Tahap: Dua
Latar Sosioekonomi: Status ekonomi ibu bapa murid stabil
Kompentasi Khusus: Murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang adab menaiki kenderaan dan doa yang
perlu dibaca dengan memperbanyakkan pengulangan dan juga sumbangsaran.

Nyatakan Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. Menyatakan adab menaiki kenderaan dengan betul
2. Menghafal doa menaiki kenderaan dengan lancar
3. Menyenaraikan adab menaiki kenderaan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

SET INDUKSI
Media : Tayangan video kesesakan lalu lintas
Kaedah : Sumbangsaran
Bahan : Projektor
Rasional pemilihan : Murid dapat didedahkan dengan situasi sebenar

LANGKAH 1
Media : Slaid powerpoint
Kaedah : Perbincangan
Bahan : Laptop, LCD.
Rasional pemilihan : Murid dapat mengetahui dan memahami hikmah beradab ketika menaiki kenderaan.

LANGKAH 2
Media : Slaid power point dan paparan gambar
Kaedah : Sumbangsaran
Bahan : LCD dan laptop
Rasional pemilihan : Murid dapat mengetahui akibat tidak beradab ketika menaiki kenderaan. Perbincangan
antara sesama murid tentang akibat tidak beradab ketika menaiki kenderaan secara dalam kumpulan.

LANGKAH 3
Media : Slaid powerpoint
Kaedah : Soal jawab bersama murid / talaqqi
Bahan : LCD dan komputer
Rasional pemilihan : Murid dapat membaca doa ketika menaiki kenderaan dan memahami terjemahan doa
ptersebut.

PENUTUP
Media : Aplikasi quizizz
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Quizizz
Rasional pemilihan : Guru dapat memberi penilain tentang kefahaman murid berkaitan adab menaiki kenderaan.
Murid dapat mengamalkan adab menaiki kenderaan dalam kehidupan.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

SET INDUKSI
Video klip yang ditayangkan adalah video yang menunjukkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur.
Melalui video tersebut murid memperoleh lembaran awal tentang tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
Penggunaan klip video yang dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu
bangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan video yang ditayangkan adalah tepat dan dapat
menarik minat murid
Persediaan persekitaran :.Guru perlu memastikan murid dalam keadaan yang selesa dan bersedia untuk
memulakan sesi pembelajaran
Persediaan pengalaman pembelajaran : pembelajaran lebih berpusatkan murid dan bahan. Murid dapat
mengaitkan bahan dengan isi kandungan pembelajaran.

LANGKAH 1
Guru menayangkan slaid teks mengenai isi kandungan pelajaran. Dalam aktiviti berkumpulan murid diminta untuk
membincangkan isi kandungan teks yang dipaparkan dan melakukan peta i-think. Seterusnya wakil dari setiap
kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan slaid yang ditayangkan adalah jelas dan mudah difahami
oleh pelajar
Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan kadar pencahayaan bagi tayangan slaid mencukupi agar
dapat dilihat dengan mudah oleh murid
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus bagi
memastikan objektif pembelajaran tercapai

LANGKAH 2

Guru menayangkan gambar dan slaid yang berkaitan dengan adab menaiki kenderaan. Guru mengadakan
perbincangan dengan murid secara berkumpulan tentang gambar yang ditayangkan.
Bagaimana disemak/dipratonton : Pelajar menumpukan perhatian terhadap slaid yang ditayangkan. Guru
menyediakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran dan memastikan jawapan yang diberikan oleh murid
menepati kehendak soalan.
Persediaan persekitaran : Memastikan murid duduk dalam kumpulan dengan selesa dan pencahayaan
mencukupi bagi tayangan slaid
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus dengan
bahan yang ditayangkan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.

LANGKAH 3
Guru akan memberikan tugasan aktiviti secara berkumpulan untuk mengumpul maklumat tentang adab-adba
menaiki kenderaan sama ada sebelum atau selepas menaiki kenderaan. Murid hendaklah menunjukkan atau
melakonkan atau memberikan gambar dalam internet tentang situasi tersebut supaya semua murid yang lain
dapat memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Bagaimana disemak/dipratonton: Gambar yang dicari oleh atau murid jelas kelihatan.
Persediaan persekitaran : Murid berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk belajar.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran yang berasaskan bahan dan murid dalam menyelesaikan
tugas.

PENUTUP
Guru menutup sesi pelajaran dan pembelajaran dengan sesi soal jawab secara dalam talian menggunakan
aplikasi Quizizz
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memaparkan soalan Quizizz di hadapan kelas dan meminta murid
menjawab soalan tersebut.

Persediaan persekitaran : Kelas berada dalam keadaan yang baik untuk menjawab kuiz.
Persediaan pengalaman pelajaran : Murid melakukan aktiviti secara individu. Pembelajaran yang berasaskan
murid dan bahan serta guru dapat menilai kebolehan murid dan kesimpulan untuk pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut.

Penglibatan Pelajar

SET INDUKSI (5 Minit)
1. Murid membaca doa menaiki kenderaan bersama-sama di dalam kelas .
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid selepas mempelajari topik adab menaiki kenderaan.
A. Apakah adab-adab yang perlu ada sebelum menaiki kenderaan?
B. Siapa tahu bacaan doa sebelum menaiki kenderaan itu bagaimana?
C. Apakah akibatnya jika tidak melakukan rutin atau perkara yang perlu dilakukan sebelum menaiki
kenderaan?
3. Murid-murid memberi maklum balas kepada guru tentang aktiviti yang telah dilaksanakan.
4. Guru memuji kepada semua murid yang menjawab soalan-soalan yang diberikan.

LANGKAH 1
Recap Kumpulan:

1. Murid mendengar penerangan guru mengenai saranan Rasulullah saw tentang adab menaiki kenderaan.
2. Murid mendengar dan menonton video yang dipaparkan di skrin.
3. Murid membaca doa menaiki kenderaan bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan di dalam kelas.
4. Murid mengulang bacaan doa tersebut beberapa kali secara beramai-ramai dengan bersama bantuan

guru bagi memastikan murid menghafal doa menaiki kenderaan dan mengamalkannya.
5. Secara spin, nama beberapa orang murid akan dipanggil untuk memperdengarkan bacaan doa dan

adab-adab menaiki kenderaan yang telah dihafal dan belajar.

LANGKAH 2

Sumbangsaran:

1. Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Murid diberikan tugas untuk menyenaraikan adab menaiki kenderaan di papan putih secara berkumpulan.
4. Wakil dalam kumpulan tersebut memberikan penerangan hasil daripada kerjasama mereka

membincangkan tentang menaiki kenderaan.
5. Murid mendengar penjelasan dan kesimpulan daripada guru berkenaan dengan tajuk yang telah

dipelajari pada hari tersebut

LANGKAH 3

Menulis doa menaiki kenderaan:

1. Guru mengedarkan beberapa helai kertas untuk setiap kumpulan.
2. Murid mendengar penjelasan dengan teliti daripada guru tentang aktiviti yang hendak dilakukan.
3. Murid meneliti dan melihat doa menaiki kenderaan yang telah dipaparkan oleh guru di skrin.
4. Murid melakukan penulisan khat nasakh doa menaiki kenderaan yang dipaparkan oleh guru di skrin

dengan kemas dan cantik.
5. Murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada kelas.
6. Murid mendengar ulasan daripada guru berkenaan tugasan yang telah diberikan.

PENUTUP (5 minit)

Rumusan isi pelajaran:

1. Murid menjawab soalan yang disediakan oleh guru yang dipaparkan di skrin secara lisan.
2. Murid membuat refleksi terhadap tajuk yang dipelajari “Adab menaiki kenderaan”.
3. Murid mengulang semula tentang apa yang telah dipelajari.
4. Murid mendapat pujian daripada guru kerana memberikan maklum balas dan memberikan tumpuan di

dalam kelas.

5. Murid diberikan latihan untuk dilakukan di rumah dengan menggunakan laman sesawang Quizizz untuk
menjawab kuiz bagi pengukuhan pembelajaran tajuk “Adab menaiki kenderaan”.

Menilai dan Menyemak Semula

PENCAPAIAN MURID:
● Murid dapat melakukan setiap aktiviti dengan baik dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh
● Pencapaian setiap murid dinilai berdasarkan hasil perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti soal jawab
yang dilaksanakan.

PENILAIAN GURU:
● Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Murid juga bergiat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

IMPAK/ KEBERKESANAN:
● Murid mengetahui dan memahami adab menaiki kenderaan serta mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
● Membaca doa menaiki kenderaan dengan fasih dan jelas.
● Memahami dan dapat menghurai maksud doa menaiki kenderaan.


Click to View FlipBook Version