Unit Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT)
Sekolah Menengah Holy Trinity
Taklimat Pengurusan Buku Teks
Tingkatan 1 2022/2023
Apakah Maksud SPBT
SPBT merupakan singkatan kepada Skim Pinjaman Buku Teks
yang dinikmati oleh semua murid di Malaysia. Skim ini dilancarkan di
semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada tahun
1975.
Matlamat
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang
kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama
sesi persekolahan bermula.
Objektif
1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga yang kurang mampu.
2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak
tercicir dalam persekolahan mereka.
Fungsi
1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua
Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah
Agama Rakyat.
2. Mengawal penggunaan buku teks.
Guru-Guru SPBT
Sesi Pagi
PN RISMA BIN IWAN PN NADIA BINTI OTHMAN
Guru-guru SPBT Sesi Petang
Waktu Berurusan SPBT
• Sesi Pagi • Sesi Petang
• 9:50 – 10:10 pagi • Jam 2:50 – 3:10 petang
Peraturan Penjagaan Buku Teks
1.Murid mesti menulis nama dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan
sebaik sahaja menerimanya.
2.Setiap murid wajib membalut buku menggunakan sampul plastik lutsinar
sahaja.
3.Murid tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja,
kantin atau tempat awam lain.
4.Murid dilarang menconteng atau mengoyakkan mana-mana muka surat
buku.
Peraturan Penjagaan Buku Teks
5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor
buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada
awal tahun.
6. Murid yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan
dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantikannya dengan buku
baharu atau wang.
7. Murid dikehendaki membaik pulih buku teks yang rosak. Sekiranya tidak
dapat dibaik pulih, murid perlu menggantikannya dengan buku baharu.
Peraturan Penjagaan Buku Teks
8. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke
semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.
9. Guru SPTB dan guru subjek perlu memastikan buku teks
digunakan secara optimum dan berkesan.
SEKIAN
&
TERIMA KASIH