BRACES DAN KEHARUSAN FIQH: HUKUM PEMAKAIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM APAKAH PEMAKAIAN PENDAKAP GIGI DIBENARKAN DALAM ISLAM ? BRACES MANA SESUAI DENGAN ANDA? APLIKASI KAEDAH FIQH YANG BERKAITAN DENGAN BRACES APAKAH IMPLIKASI PEMAKAIAN BRACES SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DTP2SA DALAM ISLAM SESI 2: 2023/2024 ( MPU23052 )
ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Sidang Redaksi Majalah Objektif Penghargaan Pengenalan Jenis – JenisBraces Hukum Pemakaian ‘Braces’ Hadis Berkaitan ‘Braces’ Aplikasi Kaedah Fiqh Keburukan Pemakaian ‘Braces’ Kebaikan Pemakaian ‘Braces’ Rumusan Rujukan
1 2 3 4 5 Mengenal pasti jenis- jenis dan contoh pemakaian braces. Mengenal pasti keburukan dan kebaikan pemakaian braces. Mengenal pasti kesan pemakaian braces palsu. Mengetahui dalil-dalil yang menyokong berkaitan isu pemakaian braces. Mengetahui aplikasi kaedah fiqh dalam pemakaian braces. OBJEKTIF
SIDANG RIDAKSI MAJALAH PENASIHAT PN. WAN ZAKIAH BT. WAN YUNUS PENULIS MUHAMMAD NUR IZZAT BIN MOHD NAJID PENGARANG WAN MUHAMMAD WAZIF BIN MUHD ZAMRI PEREKA GRAFIK AHMAD HANIF NURUDDIN BIN ZAKARIA EDITOR 1. MUHAMMAD FAIZ HAFIZUDDIN BIN MOHD FAIZOL 2. MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN AZRO
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, kami bersyukur atas limpahan rahmat dan nikmat yang diberikan oleh Ilahi, yang membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan dedikasi kepada pensyarah kami yang tercinta, Ustazah Wan Zakiah bt Wan Yunus, kerana tunjuk ajar serta bimbingannya maka kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi semangat serta dorongan kepada kami sepanjang menyiapkan kerja tugasan ini. Mereka sentiasa memberikan sokongan moral selain material. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi dorongan serta motivasi kepada kami semua. Mereka telah membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami ajukan kepada mereka. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam memastikan tugasan ini siap alam temph yang ditetapkan oleh pensyarah. Sebelum kami mengakhiri, terimalah serangkap kata yang diambil dari pepatah Melayu, "Lentur buluh, biarlah dari rebungnya".
PENGENALAN Pendakap gigi (braces) ialah alat yang digunakan untuk meluruskan (menjajarkan) gigi, dan memperbaiki jurang gigi. Pakar Ortodontik menyatakan ia merupakan satu rawatan yang dibuat berdasarkan pengkelasan pergigian supaya susunan gigi yang dianggap tidak normal dan tidak terurus dibetulkan kepada susunan yang betul. Pendakap gigi juga membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang. Penggunaan pendakap gigi adalah penting untuk memperbaiki masalah gigi yang tidak betul posisinya atau tidak teratur. Antara keperluan dan faedah penggunaan pendakap gigi adalah seperti berikut: 1. Menyelaraskan gigi yang tidak teratur: Pendakap gigi membantu menyelaraskan gigi yang bergeser, terlalu rapat, terlalu renggang, atau dalam posisi yang tidak betul. Ini membantu memperbaiki penampilan gigi dan senyuman. 2. Meningkatkan fungsi pengunyahan: Gigi yang tersusun dengan baik memastikan pengunyahan makanan secara efisien, memperbaiki proses pencernaan, dan mencegah masalah seperti gangguan pengunyahan. 3. Meningkatkan kesihatan gigi dan mulut: Apabila gigi tersusun dengan baik, kebersihan gigi dan gusi dapat dipelihara lebih baik. Ini membantu mencegah masalah gigi dan penyakit gusi seperti karies gigi dan gusi berdarah. 4. Meningkatkan keseimbangan gigi dan rangka wajah: Penyusunan gigi yang baik juga membantu menjaga keseimbangan rangka wajah, yang dapat mempengaruhi fungsi dan estetika keseluruhan wajah. 5. Meningkatkan keyakinan diri: Seseorang akan merasa lebih yakin dalam berinteraksi dengan orang lain apabila memiliki susunan gigi yang baik dan senyuman menarik.
1. Pendakap Gigi Besi/ Tradisional Diperbuat dari wayar keluli tahan karat dan braket besi yang dilekatkan ke gigi menerusi sejenis simen. 2. Pendakap Gigi Seramik diperbuat dari bahan seramik yang jelas dantelus. Pendakap gigi jenis ini semakin popular kerana braketnya tidak terlalu nyata dari segi pandangan. JENIS-JENIS PENDAKAP GIGI
3. Self-ligating Braces Self-ligating braces adalah dalam kategori yang mempunyai fungsi sama seperti metal dan ceramic braces. Perbezaan utama self-ligating braces dengan braces jenis metal dan ceramic adalah seperti berikut; • Menggunakan klip dan sistem doors opener/closure • Menggunakan klip berbanding pengikat elastic rubber 4. Pendakap gigi lingual la adalah sama seperti pendakap gigi tradisional kecuali braket dan wayar diletakkan di bahagian dalam gigi .Pendakap gigi ini langsung tidak kelihatan dari luar namun ianya susah dibersihkan dan lebih mahal.
JENIS-JENIS GIGI YANG BOLEH MEMAKAI BRACES
BAHAYA BRACES PALSU
Apa sebab nak pakai braces? Sebab gigi tidak teratur. Tidak normal manusia itu giginya tidak teratur, bukan? Maka, HARUS untuk memakai braces untuk kembali kepada kenormalan manusia yang asalnya tidak janggal iaitu giginya tidak teratur.Ia bukan mengubah ciptaan Allah. Ia hanya kembali kepada bentuk normal manusia daripada bentuk yang janggal. Itu sahaja. Ia harus. Ia bertujuan untuk mengelak keaiban. Kita pakai, bukan sebab saja-saja nak bergaya. Tapi, sebab gigi kita nampak pelik, ia tidak lurus. Maka, haruslah untuk memakai braces bertujuan untuk luruskan balik. Supaya, nampak macam manusia normal balik. Harus. APA HUKUM PEMAKAIAN ‘BRACES’
HADIS BERKAITAN Ibn Hajar telah mensyarahkann hadis di atas seperti berikut: ِ َج ِ ات ّ َل ْ ُمتَف ْ ُح ْس َو ِن ال ُ ِمْنھُ َّن ْف َھُم ِلل َ ی ْ ُم َوم أ َمذ ْ َ ْج ِل ُح ْس ِن ال َِل َك ِلأ َ ْت ذ َل َع َ َم ْن ف ْ ة َى َ ِو ال َل ْ احتَ َ اج ْت ل ِ ف إ ٍ ِل َك َ اة او ذ ِمث َج َاز ْ ًلا ِل ُمَد َ “Wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan difahami daripada hadis bahawa ia adalah perbuatan tercela, dia melakukannya untuk tujuan kecantikan. Jika ianya dilakukan kerana keperluan perubatan maka diharuskan ( Lihat Fath al-Bari 10/372)[5] Sementara itu, Imam al-Nawawi memberi makna perkataan " : "ِلل ْ ُح ْسن َّما َ ُھُ َوأ َ ِ َج ُ ات ْول ّ ق َل ْ ُمتَف ُ ْ ُح ْس ِن ال َ َم ِلل ْعنَاه َ ف َ َن ْفع ًا ْ ی َِل َك ب َ ل ذ ِ ِیھ ْ ُح ْس ِن َطل ٌ َو ِلل ف َ إ ى ِ َش َارة َ إ َّن ِل َ أ ْ َح َرام ال ُ ُھ ُول َو َمْفع َ ال لطلب الحسن أما لو احتاجت ْی ِھ ْ ِل ٍ إ ِي َ ِل ِع ْو َلاج ِ أ َعْی ٍب ف َو ْ نَح ِو ِّ الس ِه ّن فلابأس والله أعلم “Wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan “li husn” memberi makna mereka buat perkara tersebut hanya untuk kecantikan dan di dalam hadis ini mengisyaratkan bahawa yang haram itu adalah apa yang dilakukan untuk tujuan kecantikan. Adapun sekiranya berhajat untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib pada gigi maka dan seumpamanya, maka tidak menjadi masalah dan Allah lebih mengetahui (Rujuk al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim,14/107). [6]
DALIL Nabi saw bersabda : َّ ِام َص ِ ات ْ ُم ْستَْو ِش َم ِ ات َ والن َو ِ اش َم ِ ات َ وال ْ ُ ال َ َن َّ � ِ َج ل ِ ات َع ّ َل ْ ُمتَف ْ ُمتَ ِّنَم َص ِ ات َ وال ْ ُح ْس َ و ِن ال ِلل ْ َق َِّ � ِ َر ِ ات َ خل ّ ْ ُمغَی ال “Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
APLIKASI KAEDAH FIQH PENDAKAP GIGI DIBOLEHKAN UNTUK SIAPA 1. Hukum memasang pendakap gigi adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal. 2. Setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang bergantung pada niat dan tujuannya.Seseorang yang berniat baik akan mendapat ganjaran pahalanya. Contohnya pendakap gigi sesuai untuk orang yang mempunyai masalah pertuturan, masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak betul. 3. Pendakap gigi harus bagi tujuan rawatan gigi yang rosak seperti patah, jarang dan retak agar dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal
KENAPA PERLU MEMASANG PENDAKAP GIGI 2. Memasang pendakap gigi dapat membetulkan ketidakseimbangan rahang lain yang boleh menyebabkan gigit an tidak sekata dan secara tidak langsung dapat membetulkan sebutan dalam membaca ayat alQuran. 1. Memasang pendakap gigi dapat menjaga kesihatan mulut kerana penjagaan kebersihan mulut yang baik bukan sahaja memberikan keselesaan kepada diri dan individu di sekeliling tetapi ia juga boleh menjadikan anda lebih subur.
KEBURUKAN 1. Gusi menyusut Gusi menyusut atau resesi gingiva merupakan keadaan di mana tisu gusi akan hilang secara berperingkat, dan boleh mengakibatkan pendedahan akar gigi jika tidak dirawat.Jika gusi anda mula menyusut, bentuk gigi anda boleh berubah dan gigi anda akan menjadi lebih sensitif. 2. Akar gigi menjadi lebih pendek Semasa pergerakan gigi berlaku, sebahagian tulang lama akan larut sementara tulang baru tumbuh di belakangnya.Kepanjangan akar gigi akan hilang secara kekal semasa proses ini berlaku, yang boleh mengakibatkan gigi kurang stabil. 3. Pembetulan gigi tidak kekal Keadaan ini boleh berlaku jika anda tidak mengikuti arahan pakar ortodontik selepas membuka pendakap gigi.Selepas dibuka, anda sepatutnya selalu memakai retainer seperti yang diarahkan oleh doktor gigi anda.Jika anda tidak rajin memakainya, anda berisiko untuk kehilangan sebahagian daripada pembetulan struktur gigi yang diperoleh semasa memakainya.
BEBERAPA ARTIKEL BERKAITAN PEMAKAIAN BRACES
KEBAIKAN 1. Menyelesaikan Masalah Gigi Tidak Rata Gigi yang tidak rata boleh menimbulkan masalah kesihatan gigi yang serius. Pemasangan braces membantu menyelesaikan masalah ini dengan mengalihkan gigi ke kedudukan yang betul. Ini akan meningkatkan fungsi dan penampilan gigi serta mencegah masalah gigi dan gusi pada masa hadapan. 2. Meningkatkan Kemampuan Mengunyah dan Bercakap Gigi yang tidak rata atau terlalu rapat boleh mempengaruhi kemampuan seseorang untuk mengunyah dan bertutur dengan betul. Pemasangan braces membantu menyelesaikan masalah ini dengan memperbaiki kedudukan gigi dan meningkatkan fungsi rahang. 3. Meningkatkan Kebersihan Gigi Gigi yang tidak rata atau terlalu rapat sukar untuk dibersihkan dengan betul. Ini boleh menyebabkan penumpukan plak dan karies. Pemasangan braces membantu memperbaiki kedudukan gigi agar lebih mudah dibersihkan dan menjaga kebersihan gigi.
RUMUSAN "Allah melaknat orang yang mentato dan yang,minta ditato dan mencukur habis alis mataserta merenggangkan gigi (dengan kawat dll) untuk kecantikan dengan merubah ciptaan Allah, kenapa saya tidak melaknat orang yang dilaknat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sementara telah tertulis dalam kitabullah. “Rumusan daripada perbincangan ini, terdapat dua hukum daripada pemakaian braces. Pertama, HARAM bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa masalah pada gigi dan memakainya hanya tujuan kecantikan dan trend. Nas yang menyokong kuat hukum ini melalui hadis Baginda Muhammad s.a.w berkaitan dengan mengubah ciptaan Allah dan menjadi satu kebimbangan kepada golongan remaja yang gemar memakai fakebraces, di mana hanya akan mendatangkan lebih kemudaratan berbanding kebaikan.
RUJUKAN 1. https://anyflip.com/bmoqs/dhlt/basic 2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5101-irsyad-alfatwa-siri-ke-663-hukum-memakai-pendakap-gigibraces-dan-sarung-gigi-veneer 3. https://ustazustazah.com/ustaz-apa-hukummemakai-braces-dan-veneer/ 4. https://www.youtube.com/results?search_query= hukum+memekai+braces