The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PIBG SK2PJ Kali ke-41 2021/2023 atas talian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK (2) PETALING JAYA, 2021-04-23 19:37:00

MESYUARAT PIBG SK2PJ Kali ke-41 2021/2023

MESYUARAT PIBG SK2PJ Kali ke-41 2021/2023 atas talian

CABANG: KURIKULUM

PENCADANG: PN. FATIN NUR AILA BINTI TARMIZI

MEMPERBANYAKKAN UJIAN BULANAN/ PENILAIAN PRESTASI
BAGI MURID TAHAP 2 AGAR MURID SENTIASA MENGULANGKAJI
PELAJARAN.

JAWAPAN:

Unit kurikulum telah membuat ketetapan , pentaksiran bagi
semua murid iaitu Mei, Ogos dan Oktober .
Namun begitu penilaian pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
dijalankan sepanjang masa semasa pembelajaran di dalam
kelas. Jika murid tidak hadir maka penilaian untuk topik
yang diajar pada hari tersebut tidak dapat dinilai ke atas
murid tersebut dan akan dilaksanakan pada hari yang lain.

CABANG: KURIKULUM

PENCADANG: PN MAIZURA BINTI YUSOFF

KELAS TAMBAHAN (SABTU) ATAS TALIAN DENGAN KADAR
BAYARAN MAMPU BAYAR (UNTUK MURID TAHAP 2)

JAWAPAN:

Akan dibincangkan dalam
mesyuarat AJK PIBG 2021/2023

CABANG: KURIKULUM

PENCADANG: PN ELIN ANAS

MEMOHON GURU KELAS/ GURU SUBJEK SETIAP MATA PELAJARAN
MEMBERI LAPORAN SECARA PERSONAL KEPADA IBU BAPA MENGENAI

PRESTASI DAN KELAKUAN ANAK SETIAP 3 BULAN SEKALI UNTUK
MEMUDAHKAN IBU BAPA MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH SEPATUTNYA

BERBANDING 1 KALI PERJUMPAAN DALAM SETAHUN SEPERTI YANG
DIPRAKTIKKAN SEBELUM INI

JAWAPAN:

Pihak sekolah telah menyediakan laporan penguasaan PBD
bagi setiap murid , ibu bapa bolehlah menghubungi guru
kelas / guru mata pelajaran tersebut untuk mengetahui
perkembangan anak masing-masing. Laporan keseluruhan
mata pelajaran akan dikeluarkan pada Jun , Ogos dan
Oktober

CABANG: KURIKULUM

PENCADANG: PN. FATIN NUR AILA BINTI TARMIZI

MEWUJUDKAN TALIAN ONLINE AGAR IBU BAPA DAPAT
MENGAKSES RESULT ANAK-ANAK DARIPADA PENILAIAN
PRESTASI YANG DIADAKAN.

JAWAPAN:

Ibu bapa boleh merujuk sistem analisis
peperiksaan sekolah ( SAPS ) semakan ibu bapa.
Ibu bapa boleh berhubung dengan guru berkenaan
subjek yang berkaitan secara personal bagi
mengetahui prestasi anak.

CABANG: KURIKULUM

PENCADANG: PN. JUMIRAH YUSOF

FOKUS MENGAJAR MURID YANG LEMAH

JAWAPAN:

Kelas intervensi telah diwujudkan bagi
mengatasi masalah ini di bawah kelolaan
Pn. Nur Anis Farhana.

HAL EHWAL MURID

CABANG: HAL EHWAL
MURID

PENCADANG: PN. WAN RAZLIN BINTI WAN MAZLAN

SEMUA WARGA SK2PJ MEMATUHI SOP YANG TELAH
DITETAPKAN

JAWAPAN:

Pihak sekolah telah mematuhi SOP COVID
19 berdasarkan KKM dan KPM seperti:

1. Laluan keluar masuk sekolah
2. Sanitasi kelas selepas sesi persekolahan
3. Menyediakan tempat mencuci tangan

dan sanitizer

CABANG: HAL EHWAL
MURID

PENCADANG: EN. MOHD SALLEH BIN MOHAMED

MENGUTIP SUMBANGAN KECANTIKAN KELAS AGAR KELAS
CERIA DAN SELESA

JAWAPAN:

Pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengutip
wang daripada ibu bapa kerana tertakluk pada
peraturan yang ditetapkan KPM. Namun
demikian, ibu bapa boleh memberi sumbangan
ikhlas secara peribadi kepada guru kelas untuk
tujuan tersebut.

CABANG: HAL EHWAL
MURID

PENCADANG: PN MAIZURA YUSOFF

MEMANTAU HARGA MAKANAN PENGUSAHA KANTIN
SEKOLAH DAN KUALITI MAKANAN YANG DISEDIAKAN.

JAWAPAN:

Pihak sekolah sentiasa memantau harga dan
kualiti makanan yag disediakan ,semuanya
mengikut perjanjian yang telah dibuat, tetapi
ibu bapa boleh maklumkan kepada pihak
sekolah jika ada masalah tentang perkara ini.

CABANG: HAL EHWAL
MURID

PENCADANG: Pn. Noor Amalina bt
Mustapha

MEMOHON GURU UNTUK MEMBERI WAKTU
KEPADA MURID UNTUK MENYALIN NOTA DI
HADAPAN

JAWAPAN:

Masa yang diberikan telah mencukupi untuk murid-
murid menyalin kerja yang diberikan oleh guru. Walau
bagaimanapun pihak guru akan cuba membimbing murid
supaya kerja dapat disalin dengan cepat

CABANG: HAL EHWAL
MURID

PENCADANG: EN. ABDUL RAZAK BIN JAAFAR

Sekiranya terdapat peruntukan, mohon sediakan locker di
sekolah.

JAWAPAN:

Akan dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG 2021/2023

CABANG: KURIKULUM/ HAL
EHWAL MURID/ KOKURIKULUM

PENCADANG:

?

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version