NOTA MUDAH FAHAM PASANGAN IMBUHAN AKHIRAN “I” DAN “KAN”
1 menghidangi - siapa menghidangkan - apa
Puan Siti menghidangi tetamu nasi Puan Siti menghidangkan nasi beriani
beriani. kepada tetamu.
2 menugasi - siapa menugaskan - apa
Encik Lokman menugasi pegawainya Encik Lokman menugaskan kerja
kerja pengeditan kertas projek itu. pengeditan kertas projek itu kepada
pegawai.
3 menyerahi - siapa menyerahkan - apa
Ibu menyerahi abang buku-buku lama Ibu menyerahkan buku-buku lama itu
itu kepada abang.
4 menghadiahi - siapa menghadiahkan - apa
Kakak menghadiahi Adnan seutas Kakak menghadiahkan seutas rantai emas
rantai emas. kepada Adna.
5 menganugerahi - siapa menganugerahkan - apa
Sultan Badlishah menganugerahi Sultan Badlishah menganugerahkan bintang
pahlawan itu bintang kebesaran. kebesaran kepada pahlawan itu.
6 mengurniai - siapa mengurniakan - apa
Yang di-Pertuan Agong mengurniai Yang di-Pertuan Agong mengurniakan
pembesar itu gelaran Panglima Diraja. gelaran Panglima Diraja kepada pembesar
itu.
7 mencucuri - siapa mencucurkan - apa
Saya berdoa agar Tuhan mencucuri Saya berdoa agar Tuhan mencucurkan
kamu rahmat-Nya. rahmat-Nya kepada kamu.
8 menjatuhi - siapa menjatuhkan - apa
Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman Hakim menjatuhkan hukuman penjara
penjara. kepada pesalah itu.
9 menasihati - siapa menasihatkan - apa
Nenek menasihati kakak tentang cara Nenek menasihatkan cara pemakaian yang
pemakaian yang betul. betul kepada kakak.
10 menghutangi - siapa menghutangkan - apa
Syarikat kewangan itu menghutangi Ali Orang kaya itu menghutangkan wangnya
yang kesempitan duit. kepada orang susah.
11
menyuapi - siapa menyuapkan - apa
Puan Hidayah menyuapi anaknya Puan Hidayah menyuapkan bubur lambuk
bubur lambuk itu. itu kepada anaknya.
12 membebani - siapa membebankan - apa
Tugasan yang berat itu membebani Pihak syarikat membebankan tugasan yang
Encik Salleh yang sudah berusia. berat itu kepada Encik Saleh.
13 membekali - siapa membekalkan - apa
Ibu membekali Aiman nota-nota Ibu membekalkan nota-nota tatabahasa
tatabahasa yang mudah dan ringkas. yang mudah dan ringkas kepada Aiman.
14 memaklumi - siapa memaklumkan - apa
Pengurus itu memaklumi pekerjanya Pengurus itu memaklumkan kepentingan
tentang kepentingan penjagaan data penjagaan data syarikat kepada
syarikat. pekerjanya.
15
memberitahu - siapa memberitahukan - apa
Saksi kejadian itu memberitahu pihak Saksikejadian itumemberitahukan
polis tentang kemalangan jalan raya itu. kemalangan jalan raya itu kepada pihak
polis.
16 menanyai - siapa menanyakan - apa
Guru disiplin menanyai murid itu Guru disiplin menanyakan punca kelewatan
tentang punca dia lewat ke sekolah. murid itu ke sekolah.
17
menceritai - siapa menceritakan - apa
Pak Salam menceritai saya tentang Pak Salam menceritakan kesukaran
kesukaran hidupnya pada zaman hidupnya pada zaman Jepun kepada saya.
Jepun.
LATIHAN INTENSIF BERPANDU 1
1 Pihak kerajaan ______ masyarakat supaya menjaga keselamatan ketika berada di tempat
awam.
menasihatkan menasihati
2 Pihak polis ______ mayat dua orang remaja perempuan terapung di tepi Pantai Klebang Timur.
menemui menemukan
3 Pihak universiti bercadang untuk ______ gelaran tokoh pelajar kepada penuntut cemerlang
dalam bidang kejuruteraan itu.
menganugerahi menganugerahkan
4 Pihak hakim gagal ______ hukuman penjara kepada penjenayah itu kerana pihak pedakwa
telah menimbulkan keraguan dalam kes itu.
menjatuhkan menjatuhi
5 Hamidah ______ pelbagai alasan apabila gagal menghadirkan diri dalam program amal itu.
memberi memberikan
6 Kartini ______ kuih-muih yang dibeli di pasar malam kepada anak bongsunya.
menyuapi menyuapkan
7 Ibu berdoa agar Tuhan ______ abang yang baru berkahwin dengan rahmat-Nya.
mencucuri mencucurkan
8 Allah______ pasangan itu anak kembar setelah mereka tidak beranak selama sepuluh tahun.
mengurniakan mengurniai
9 Pemandu kereta itu tidak dapat ______ kemalangan itu kepada pihak polis kerana dia berada
dalam pengaruh dadah.
menceritai menceritakan
10 Pemaju perumahan itu ______ pampasan yang tinggi kepada penghuni di kawasan ladang itu.
menawari menawarkan
NOTA PENTING
Apabila kata kerja diberikan dalam bentuk pasif, formula yang diberikan di atas ini akan
berubah kedudukan. Sebagai contohnya,
Ibu memberi Ali RM 50.
memberi – siapa
Ali diberi RM50 oleh ibu.
siapa – diberi