E-Folio pendidikan islam Nama:Muhammad Hafiz Bin jamaludin No Pendaftaran:B02STM22F013 Kelas:STM 2A Nama pensyarah:Puan Nursuriati Binti Mohd badli Nama Kolej:Kolej Komuniti Kuala langat
Isi kandungan halaman 1.Pengenalan tasawwur Islam 1 2.Ciri-ciri muslim yang Baik menurut Islam 2 3.Perkara/amalan yang boleh memantapkan akidah muslim 4 4.Perkara/amalan yang boleh merosakkan 6 akidah muslim 5.Ciri-ciri Kesempurnaan Islam yang perlu 8 diketahui oleh setiap muslim 6.Sumber hukum yang digunakan sebagai 10 pedoman hidup setiap muslim 7.Kesimpulan/penutup 11
Apakah maksudTasawwur islam? Tasawwur islam ialah satu usaha untuk memberi penjelasan tentang islam yang sebenar dan menyeluruh. Ia merangkumi aspek ketuhanan,kenabian,kerohanian dan kehidupan yang membina hubungan antara manusia denganAllah s.w.t, manusia dan alam sejagat demi untuk kebahgian manusia di dunia dan akhirat
1. Lima ciri-ciri Muslim yang baik menurut islam 1.Menjaga solat =Orang mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan ibadah solat dan ibadah-ibadah yang lain,ini kerana manusia yang paling mulia adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat isyak 2.Menunaikan zakat =Mereka yang bersedia dan rela ketika mana ALLAH memerintahkan untuk memberikan sebahagian harta yang dimilikinya kepada orang yang berhak(lapan asnaf). Tujuan ALLAH mewajibkan kepada kita adalah untuk menolong mereka yang berhajat dan berhak serta membersihkan harta, kerana di dalam harta kita terdapat hak orang lain. 3.Memelihara kemaluan =Memelihara kemaluan bukan hanya sekadar memelihara diri dari perbuatan zina, tetapi juga menghindarkan diri daripada perkara yang mendekati zina. Menjaga kemaluan sering dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana awal dari segala bentuk perbuatan zina adalah ketidakmampuan kita dalam menjaga pandangan.
4.Amanah dan janji =Merupakan perkara yang wajib kita menepatinya, kerana Islam sangat menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji. 5.Menjauhi diri dari perbuatan yang sia-sia =Perkara yang sia-sia merangkumi semua perkara yang membawa kepada kelalaian, maksiat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Orang mukmin perlu menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah.
2.Amalan baik yang boleh memantapkan akidah muslim berserta contoh 1.Membaca dan memahami al-Quran dan hadis nabi =setiap ayat al-Quran dan hadis nabi mempunyai kisah,teladan dan perkataan yang ingin disampaikan kepada umatnya untuk dijadikan iktibar kepada kita.Contohnya,surah an-Nisa mengenai perintah solat ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan ditentukan waktunya. 2.Berzikir, bertasbih dan berselawat =Frasa atau doa berulang kali dilaungkan untuk mengingati tuhan supaya terhindar daripada ingin melakukan dosa.Contohnya,Subhanallah alhamdulillah la ilaha ilallah AllahuAkbar 3.Menunaikan ibadah sama ada fardhu atau sunat =Merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam untuk menyembah Allah. Tuhan yang satu.Solat itu dilakukan dengan merujuk Al-Quran dan Sunnah Rasul.Contohnya,Menunaikan solat lima waktu atau solat sunat taubat
4.Sentiasa mengingatiAllah S.W.T =Yakin bahawa Allah S.W.T maha melihat segala perbuatan yang dilakukan oleh semua makhluk-Nya sama ada baik atau buruk.Contohnya, Semasa hendak melakukan dosa sentiasa lah berzikir supaya ingat bahawa Allah SWT melihat perbuatan makhluk-Nya. 5.Yakin dengan pertolonganAllah =Sentiasa percaya bahawa Allah S.W.T akan menolong makhluk-Nya ketika ditimpa musibah sama ada kecil atau besar.Contohnya, ketika perniagaan tidak laku sentiasa berdoa memohon pertolonganAllah SWT agar tidak meminta pertolongan daripada makhluk lain.
3. Perkara/amalan yang boleh merosakkan akidah muslim beserta contoh 1.Tangkal = Ia wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu rumah, Meletak gunting di bawah bantal,Digantung di leher, meletak surah yasin di sebelah ketika tidur dan sebagainya.contohnya, percaya bahawa memakai tangkal di leher boleh mengelkkan diri daripada terkena nasib malang. 2.Meniru amalan orang bukan islam =Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya orang bukan islam seperti krismas, hallowen. Termasuk juga meniru pakaian yang menjadi ciri khas orang kafir dan ciri khas ajaran sesat seperti black metal, skinhead dan lain-lain. Apa sahaja yang melambangkan orang kafir atau golongan fasiq hendaklah dijauhi.Contohnya,negara Arab Saudi negara islam menyambut sambutan hallowen secara besar-besaran sambil berpakaian seperti hantu atau syaitan 3.Menghina hukum hakam =Ketidakyakinan dengan kesempurnaan islam. Dosa ini termasuklah menghina orang yang melaksanakan ajaran islam.contohnya, kerana kita tidak mahu solat, kita menyatakan bahwa orang yang solat pun ada yang melakukan maksiat atau kita tidak mahu menutup aurat, lalu kita menghina orang yang menutup aurat
4.Bermain-main dengan agama =Bersenda gurau dengan perkataan yang menghina islam dan umat islam.Oleh itu , bergurau dengan hal-hal yang merendahkan Islam walau tanpa niat menghina, tetap merosakkan akidah. Ini sering berlaku walaupun sebenarnya gurauan itu tiada niat menghina islam. Contohnya, melihat seorang kawan memakai tudung, lalu menggelarnya sebagainya ‘mak nenek’. 5.Berjumpa bomoh =Mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membuat perjanjian dengan dia untuk dapat apa yang diingini yang dibantu oleh benda ghaib .Contohnya, berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan kekayaan dengan sangat cepat tanpa berusaha.
4.Ciri-ciri kesempurnaan islam yang perlu diketahui oleh setiap muslim 1.Rabbaniyyah =ianya membawa erti bahawa hokum dan peraturan Syariah ini dari Allah S.W.T dan bukan ciptaan manusia. Bermaksud sumber Syariah Islamiyyah iaituAllah S.W.T yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad SAW dangan lafaz dan makna, iaitu al-Quran atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. 2.Alamiyyah =Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam. Menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat.Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. 3.Kekal =Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi Islam terakhir dan penutp syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Sejagat Syariat Islam umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti.
4.Kemanusiaan =Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah SWT untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat. 5.Keadilan mutlak =Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka. Memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.
5.Sumber hukum yang digunakan sebagai pedoman hidup setiap muslim 1.Al-Quran =Kitab yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW yang tertulis di dalam mushaf-mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan. 2.Al-Sunnah =al-Sunnah adalah apa-apa yang terbit daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan ataupun pengakuan. 3.Al-Ijmak =Kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie selepas kewafakatan Nabi Muhammad SAW. 4.Al-Qiyas =Menghubungkan apa-apa yang tidak warid ke atasnya nas hokum disebabkan persamaan illah di antara keduanya. 5.Al-Hadis =Himpunan istilah yang digunakan untuk menentukan sama ada boleh diterima atau tidak sebuah riwayat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga tokoh-tokoh penting agama islam
Penutup Kesimpulannya,memahami konsep islam yang sebenar dapat memantapkan lagi akidah kita dan kita juga terhindar daripada melakukan perbuatan yang dilarang olehAllah SWT.Oleh itu,kita hendaklah beriman dan melakukan ibadah dengan sempurna agar Berjaya di dunia dan di akhirat
Sumber Rujukan laman web https:/ / arasmega.com https:/ / sinarislamplus.sinarharian.com.my http:/ /aqidahsv.blogspot.com https:/ / irongravity99.blogspot.com https:/ / muftiwp.gov.my