TUGASAN GPI1083
KONSEP HALAL DAN
HARAM DALAM ISLAM
OLEH:
AFIQ REEFQI BIN ABD RASHID
IZZUL ARIF BIN CHE AZEMAN
PENGERTIAN HALAL
Dari sudut bahasa halal berasal daripada
kalimah Arab iaitu Halla, Yahillu, Hillan,
wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau
dibolehkan oleh hukum syarak. Daripada
istilah syarak pula, halal sebagai sesuatu
yang diharuskan, yang terungkai padanya
ikatan larangan, dan diizinkan oleh syarak
untuk melakukannya.
PENGERTIAN HARAM
Haram berasal daripada perkataan Arab iaitu
harama, bermaksud menjadi haram iaitu
berlawan dengan halal. Haram merupakan
perkara yang ditegah oleh Allah SWT daripada
melakukannya. Menurut al-Qaradawi istilah
haram adalah perkara yang telah ditegah dan
dilarang oleh syarak dengan sekeras
kerasnya, yang berupa amaran bahawa
sesiapa sahaja yang melakukan perkara
haram tersebut akan disiksa oleh Allah SWT di
akhirat kelak dan adakalanya Allah
menghukumnya di dunia lagi.
HADIS HALAL DAN HARAM
َسمع هِت:َِع ِن أَبيِ َعبِد اللِ النُّع َما ِن بنِ بَشي ِر َِرض َيِ اللِه َعن هه َما قَا َل
( إ َّنِ ال َحلاَ َِل َبيِّ ِن َوإ َِّن:َر هسو َِل الِل َصلَّى الِله َعلَي ِه َو َسلَّ َمِ يَقهو هِل
، لَِ يَع َل هم هه َِّن َكثيرِ م َِن النَّاس، َوبَينَ هه َما أه همورِ همشتَب َهِات،ال َح َرا َِم َبيِّن
،َف َم ِن اتَّقَى ال ُّشبه َها ِت فَ َقدِ استَب َرِأَ لِدينهِ َوعرضه
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya:
Dari Abu ‘Abdillah Nu’man bin Basyir
Radhiyallahu anhuma berkata: Aku
mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal
itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas
pula. Sedangkan di antaranya ada perkara
syubhat (samar-samar) yang kebanyakan
manusia tidak mengetahui (hukum)-Nya.
Barangsiapa yang menghindari perkara
Barangsiapa yang menghindari perkara
syubhat (samar-samar), maka ia telah
membersihkan agama dan kehormatannya.
Barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara
yang samar-samar, maka ia telah jatuh ke
dalam perkara yang haram .
Pemakanan dalam Islam
Perintah Allah supaya makan makanan yang halal.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa
yang dibumi ini, yang halal dan yang baik (halalan
tayyiban)”.
(Al-Baqarah: 168)
Tiada dalil yang Tumbuhan yang
mengharamkan beracun
Ciri–ciri
Makanan
Halal
Bersih dan tidak Binatang halal
memudaratkan dan disembelih
Contoh Binatang Yang Halal Dimakan
LEMBU KAMBING
IKAN UDANG
Makanan yang Binatang yang
beracun dan diesembelih
memudaratkan tanpa menyebut
nama Allah
Ciri-Ciri
Makanan
Haram
Segala jenis Binatang yang
bangkai haram iaitu
Khinzir dan Anjing
HIKMAH MAKAN MAKANAN HALAL
1) Dapat elak dari diazab oleh Allah SWT
Ini kerana kita mengelak daripada perkara
yang bertentangan dengan syarak serta tidak
melakukan larangan oleh Allah SWT.
“Daging yang tumbuh daripada makanan
yang haram, maka neraka lebih layak
baginya” (Riwayat Thabrani)
2) Sihat Tubuh Badan
Makanan yang berkonsepkan halalan
toyyiban akan menjamin seseorang itu sihat
tubuh badan dan terhindar daripada sebarang
penyakit.
3) Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi
asbab amalan kita mudah diterima oleh Allah
SWT, Sebailknya, makan makanan yang
haram menjadi punca amalan kita tidak
diterima.
4) Memperoleh Hati Yang Bersih
Makan makanan yang bersih akan menjadikan
hati seseorang itu bersih dan mudah untuk
membuat amalan kebaikan. Sabda Rasulullah
SAW: “Hati yang bersih ditempa oleh makanan
yang bersih (halal).
Pekerjaan Dari Sudut Islam
Dari pandangan islam, pekerjaan ialah suatu
perkara yang suci dan merupakan suatu
ibadah. Ia juga dapat mewujudkan
masyarakat yang saling bantu-membantu.
Ianya juga merupakan satu kewajipan yang
mesti ditunaikan khusus kepada individu yang
bergelar sebagai ketua keluarga.
Tujuan Pekerjaan dari sudut islam
• Mencari rezeki yang halal
• Membangunkan ekonomi
• Mendapatkan keredaan Allah SWT
Ciri-Ciri Pekerjaan Yang Baik
• Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan
tujuan yang bukan ke arah kemaksiatan
• Pekerjaan yang diharuskan mengikut
panduan dan syariat islam.
• Tidak lalai sehingga mengakibatkan perkara
wajib seperti solat fardhu ditinggalkan.
• Berusaha menghasilkan kerja yang
berkualiti dan efektif.
• Bertanggungjawab, adil, amanah dan jujur
dalam setiap kerja yang dilakukan.
Pekerjaan Yang Dilarang Dalam Islam
• Pekerjaan yang memakan hasil daripada
riba’.
• Pekerjaan yang berunsurkan perjudian.
• Pekerjaan yang mendatangkan syirik
kepada Allah seperti, perdukunan, peramal
nasib dan pekerjaan yang seumpama
dengannya.
• Jual beli yang melanggar syariat islam
seperti arak dan dadah.
10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak
• Pemerah arak
• Meminta diperahkan arak untuknya
• Peminum arak
• Pembawa arak
• Meminta dibawakan arak kepadanya
• Memberi minum arak kepada orang lain
• Penjual arak
• Orang yg mendapat hasil drp arak
• Orang yg membeli arak
• Orang yg meminta dibelikan arak untuknya
Bertaubat
Apakah yang perlu
dilakukan sekiranya
terlibat dengan pekerjaan
haram?
Berusaha berhenti daripekerjaan
tersebut walaupun ianya merugikan
diri, syarikat dan pelbagai pihak
Kesimpulan
Islam merupakan agama yang sangat
menitikberatkan rperkara yang baik dan
buruk. Wujudnya halal dan haram ini
adalah supaya manusia belajar untuk
mengenal pasti sesuatu yang baik
mahupun yang buruk. Sekiranya manusia
itu berjaya mempelajari yang baik untuk
dirinya maka, mereka akan hidup dengan
penuh aman kerana kehidupannya diredai
oleh Allah SWT.