The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosliza Binti Amat Sehab, 2022-05-12 02:48:29

FARHANA 2022

FARHANA 2022

Disediakan oleh:
NUR FARHANA BINTI KAMARULZAMAN

( SMK Jelapang Jaya )

SEKOLAH
SEJAHTERA , LEBIH

BAIK CEGAH

 Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara
ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal,
ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.

 Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan
kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

 Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau
penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan
gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

 Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah
yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

 Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

 Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan
pengambilan dadah . Contohnya:

 i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini.

 ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya
dihentikan.

 iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh
penggunaan yang lebih lama.

 OPIAT DAN OPIAT SINTETIK
TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI: i) OPIAT JENIS TULEN
ii) YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN
SINTETIK.

 STIMULAN
DADAH YANG DIPROSES KHAS UNTUK MERANGSANG AKTIVITI SISTEM SARAF
PUSAT SESEORANG , MELALUI TINDAK BALAS YANG MENGGALAKKAN
PROSES PSIKOAKTIF PENGAMBILANNYA.

GANJA
DADAH JENIS GANJA PALING KUAT ADALAH DALAM BENTUK

MINYAK “HASH” YANG TELAH MELALUI PROSES PENGASINGAN KIMIA ,
DIANGGARKAN MEMPUNYAI KEPEKATAN 60% KE 80% SEBATIAN DALAM
LARUTANNYA.

DADAH HALUSINOGEN
DADAH YANG MAMPU MENGHASILKANPERUBAHAN ATAU KHAYALAN

PADA MINDA PENGAMBILNYA , SEHINGGA PENAGIH ITU MAMPU MELIHAT ILUSI
ATAU IMAGINASI ATAU MEMBEZAKAN REALITI DAN FANTASI.

DEPRESAN / SEDATIF
DIGUNAKAN UNTUK MEMPERLAHANKAN SISTEM SARAF PUSAT ,
BAGI MEMBOLEHKAN SESEORANG TIDAK SEDARKAN DIRI

 INHALAN
Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah
bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk
menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan
minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu:
i) Pelarut Mudah Meruap
ii) BAHAN GAS
iii) BAHAN NITRIT

 KETUM

 Ketum, juga dikenali sebagai biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah
sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat
di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di
selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau
Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama
botaninya Mitragyna speciosa (Korth.) Havil. Ketum mempunyai sifat
opioid dan beberapa kesan seperti perangsang.

 Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan
ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.

 Media massa juga harus memperbanyakkan penyiaran berita-berita dan
cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada
masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian.

 Mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk
mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan
masalah dadah.

 Remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan
seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti
tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah.

 kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan
dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak
masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu
dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap
musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang
bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur
langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan
berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan
membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf
bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara.
Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita
tidak menjadi lemah.


Click to View FlipBook Version