The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazilahamzah, 2022-05-11 09:52:52

Kisah Persahabatan Monyet Dan Kura-Kura

Kisah Persahabatan Monyet Dan Kura-Kura

Kisah Persahabatan

Monyet Dan
Kura-Kura

Dibentangkan oleh : Nur Syazila Binti Hamsah

Pada zaman dahulu, di sebuah hutan tebal yang
menghijau, tinggal pelbagai jenis haiwan dengan
aman damai. Pohon-pohon dan bunga-bunga
hutan tumbuh subur dengan bermacam-macam
warna.

Setiap pagi, hutan tebal itu akan sibuk
dengan pelbagai macam haiwan yang
keluar mencari makanan.

Setiap hari, burung-burung yang berkicauan umpama mengejutkan
warga hutan untuk bersiap-siap mencari rezeki. Sang kancil yang
bijak mencari daun-daun menghijau, sang beruang yang gagah
perkasa mencari buah-buahan hutan, si raja rimba, sang harimau
yang digeruni bersiap sedia untuk memburu mangsa. Begitu juga
dengan haiwan-haiwan lain, semua sibuk mencari makan di pagi
hari.

Haiwan-haiwan hutan ini hidup dengan bahagia tanpa ada
sebarang gangguan. Salah satunya ialah sepasang sahabat baik,
Bob si kura-kura hijau dan Atan si monyet berbulu coklat. Akan
tetapi, kedua-dua haiwan ini mempunyai sifat yang berbeza.

Bob dikenali sebagai kura-kura yang
baik hati, suka menolong haiwan lain,
serta sangat penyabar.

Buktinya, suatu masa dahulu, hutan yang menjadi rumah
bermacam-macam haiwan itu dilanda musim hujan yang
berpanjangan.

“Tolong ! Tolong !”, Bob yang ingin pulang ke sarang terhenti
mendengar jeritan itu. Kepala Bob menoleh ke kiri dan kanan
beberapa kali. Bob mencari-cari si empunya suara. Bob
kemudian berjalan secepat yang boleh ke sungai yang
berdekatan. Dengan bantuan cahaya bulan mengambang, Bob
memanjangkan kepala cuba melihat ke arah dalam sungai.

???

“Bob ! Di sini Bob !”, suara itu bergema lagi. Bob menoleh ke kanan
dan terlihat Lala, seekor memerang betina. Lala sedang memegang
dengan sekuat mungkin kayu dan rumput yang ada di tepi sungai. Bob
segera berlari pantas ke arah Lala. Air sungai yang mengalir deras dan
laju menyukarkan Bob untuk menarik Lala keluar.

Setelah bersusah-payah, akhirnya Bob berjaya menyelamatkan Lala.
Lala tidak henti-henti mengucapkan terima kasih. Keesokan harinya,
keberanian Bob menyelamatkan Lala tersebar luas ke seluruh hutan.

“Kamu selamatkan Lala si memerang kedekut itu ? Heh ! Kalau
saya, jangan harap saya ingin bantu dia. Biar dia hanyut dibawa
arus sungai. Hilang terus daripada hutan kita ini", Atan membuat
muka tidak puas hati.

Dendam terhadap memerang betina itu masih tersimpan kemas di
hati.

“Ish, ish, ish, Atan. Takkan kamu masih menyimpan
dendam terhadap Lala ? Lala tidak mahu berkongsi
pisang pun bukan sebab dia kedekut. Tapi sebab dia ada
8 anak yang perlu diberi makan. Lagipun, dah lama
perkara itu berlalu,” ucap Bob sambil menggelengkan
kepala.

“Suka hati saya lah ! Saya tak sebaik kamu. Dah lah,
pergi lah cari buah-buahan untuk makanan kita
tengahari ni”, Atan berkata kasar sebelum menutup
mukanya dengan daun sambil bersandar di sebuah batu
besar.

Bob hanya tersenyum melihat tingkah laku Atan. Atan memang
dikenali sebagai monyet pemalas dan sangat cepat marah.
Haiwan-haiwan di dalam hutan itu juga hairan bagaimana
persahabatan Bob dan Atan boleh terjalin. Tambahan pula, sifat
mereka sungguh jauh berbeza.

Keesokan harinya, seperti biasa Bob dan Atan akan bertemu di
pagi hari untuk mencari makanan. Namun, pagi itu Atan datang
bersama dua anak pokok pisang. Atan bercadang untuk
menanam pokok pisang bersama Bob agar mereka tidak perlu
berjalan jauh mencari makanan lagi. Bob bersetuju dengan idea
Atan. Atan pun memberikan anak pokok pisang kepada Bob.
Mereka pun mula menanam anak pokok pisang itu.

Berpeluh-peluh Bob menggali dan menanam anak pokok
pisang itu dengan penuh perhatian dan rapi. Namun, lain
pula halnya dengan Atan. Atan menggali dengan bersahaja
dan hanya menanam anak pokok pisang itu sekadar untuk
menutup akar sahaja. Bob menasihati Atan untuk
menggali lebih dalam. Namun, Atan menggeleng pantas,
menolak nasihat Bob atas alasan penat.

Setiap hari Bob akan menyiram pokok pisang miliknya.
Sementara itu, Atan hanya melihat dan tidur tanpa
menjaga pokok pisang miliknya.

Hari demi hari, musim berganti musim, akhirnya
tanaman Bob mula membuahkan hasil. Setandan buah
pisang yang masak ranum dan kuning seperti emas
kelihatan. Akan tetapi, pokok pisang milik Atan layu
dan mati.

MATI !!!

“Wah ! Banyak sungguh buah hasil tanaman pokok pisang
kamu”, tegur Mak Belly dan Pak Bora, kura-kura tertua di
dalam hutan itu. Kura-kura yang lain turut kagum dan
menelan air liur melihat buah pisang itu.

“Marilah makan bersama-sama. Buah pisang itu pun
banyak tu”, Bob mempelawa mesra.

Dalam masa yang sama, Atan yang baru sampai terkejut
melihat hasil tanaman Bob. Dia mula merasa dengki dengan
kejayaan Bob menjaga tanamannya.

“Ini pasti angkara aku tersalah memberikannya anak
pokok pisang. Anak pokok pisang dia pun aku yang beri. Ini
bermaksud aku ada hak terhadap pokok pisang Bob”, ucap
Atan di dalam hati.

Dalam pada Bob, Mak Belly dan Pak Bora sedang berbual, tiba-tiba
Atan mendapat satu idea dan berkata, “Bob ! Apa kata kalau saya
panjatkan pokok pisang kamu dan berikan buah itu kepada kamu ?
Ya lah, saya kan monyet yang handal memanjat”.

Bob tersenyum senang sebelum mengangguk bersetuju dengan
cadangan Atan.

Atan menawarkan untuk merasa pisang itu sebelum memberikan
kepada Bob dan kura-kura yang lain.

“Ish ! Rasanya pahit. Tidak sesuai untuk dimakan”, Atan
berkata sambil memakan buah pisang yang pertama.

“Hmm, pisang ini belum masak, tidak sesuai untuk dimakan”,
begitulah seterusnya sehingga kulit pisang semakin banyak
dicampak ke bawah.

Pak Bora, “Saya rasa si
Atan ini berbohong kepada
kita”.

Bob turut mengangguk. “Dia sudah melampau. Mari kita
tumbangkan pokok pisang ini.”
Dengan kekuatan Bob dan kura-kura yang lain, mereka mula
menggoncangkan pokok pisang itu sekuat hati. Atan mula cemas dan
memeluk batang pokok pisang dengan kuat.

Tidak berapa lama kemudian, “Gedebukkk !”, bunyi kuat
pokok pisang itu rebah sepenuhnya ke tanah.

“Sesiapa yang tamak selalu rugi. Saya harap kamu
jadikan ini sebagai pengajaran”, ucap Bob sebelum
meninggalkan Atan.
Bob kemudiannya menjemput kura-kura lain untuk
mengambil buah pisang miliknya.

Dengan suara perlahan dan nafas tercungap-cungap, Atan yang
tidak bergerak dihempap pokok pisang itu berkata, “Saya minta
maaf”.

Meskipun beberapa kali Atan berbuat jahat terhadap Bob,

melihDaetnkgaannkseuadaaraanpAetralanh, aBnobdamnernaasfaaskatseirhcaunn.gBaopb- mengajak
kura-ckuunrgaapla,inAtuanntuykamngentoildoankg bmeernggearnagkkadtihpeomkopkappisang itu.
Kemupdoiakno,kBopbitsearnugs mietnuingbgearlkkaantaA,tan“Syaaynga mamsiinhtpaening.

maaf”.
Meskipun beberapa kali Atan berbuat jahat
terhadap Bob, melihatkan keadaan Atan, Bob
merasa kasihan. Bob mengajak kura-kura
lain untuk menolong mengangkat pokok
pisang itu. Kemudian, Bob terus
meninggalkan Atan yang masih pening.

Atan hanya mampu melihat Bob berjalan meninggalkannya.
Atan merasa sungguh kesal kerana kehilangan sahabat
sebaik Bob. Sejak hari itu, Atan berazam untuk mengubah
sikapnya.

Kisah dongeng tentang persahabatan monyet dan kura-kura
yang hidup aman damai di sebuah hutan tebal. Pepatah ada
mengatakan, orang tamak selalu rugi. Disebabkan sifat Atan
si monyet berbulu coklat, persahabatan yang terjalin musnah
dalam sekelip mata. Apakah benar tindakan Bob si kura-kura
baik hati itu ?

Ayuh, mari baca kisah persahabatan penuh pengajaran ini.


Click to View FlipBook Version