The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaidatul kamaruddin, 2024-06-20 21:38:48

Buku Panduan Unit Disiplin PSAS

UNIT DISIPLIN

SITI SYAIDATUL AKMAL BINTI KAMARUDDIN MOHD SAIFUL IZWAN BIN ABDULLAH FAUZIAH BINTI AARIF UNIT DISIPLIN BUKU PANDUAN UNIT DISIPLIN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH EDISI 1


Diterbitkan oleh: POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Behrang Stesen,Behrang 35950 Perak Tel: 05-4544431 Faks: 05-4544993 Email: [email protected] Terbitan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA BUKU PANDUAN UNIT DISIPLIN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


PENDAHULUAN Garis panduan peraturan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di politeknik. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang buat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh politeknik atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di politeknik. SITI SYAIDATUL AKMAL BINTI KAMARUDDIN MOHD SAIFUL IZWAN BIN ABDULLAH FAUZIAH BINTI AARIF i


ISIKANDUNGAN PEGAWAI UNIT DISIPLIN CARTAORAGANISASI UNIT DISIPLIN JABATAN PETUNJUKPRESTASI UTAMA KESALAHAN TATATERTIBYANGBOLEH DIKENAKAN DENDA DIBAWAH KAEDAH 26A&47, AKTA 174 OPERASI ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRIPELAJAR POLITEKNIK PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS PERATURAN PERPUSTAKAN ii KESALAHAN PERLAKUAN TATATERTIB AMKAMSIS/ ASRAMA /KOLEJ KEDIAMAN PROSEDURPEMBAYARAN SAMAN BUKU PANDUAN JPPKK 1 2 3 4 5 6-17 18-19 20-21 22-25 26-27 28 29


PEGAWAI UNIT DISIPLIN JHEP PEGAWAI UNIT DISIPLIN JHEP Sebarang pertanyaan lanjut, Sila hubungi :- Ustaz Syahnan: 05-454 4331 Ext: 4109 Pn Syaidatul : 05-454 4331 Ext: 4114 FAUZIAH BINTI AARIF KETUA DISIPLIN MOHD SAIFUL IZWAN BIN ABDULLAH KETUA DISIPLIN SITI SYAIDATUL AKMAL BINTI KAMARUDDIN PEGAWAI KEBAJIKAN DAN DISIPLIN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 1


CARTA ORGANISASI UNIT DISIPLIN JABATAN CARTA ORGANISASI UNIT DISIPLIN JABATAN 2


“ Memastikan kadar kesalahan di bawah Akta 174 yang melibatkan perbicaraan tatatertib (prosiding) adalah kurang 1% daripada jumlah pelajar” Semua pelajar PSAS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PSAS dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PSAS diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu. Pelajar yang melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). PETUNJUK PRESTASI UTAMA PETUNJUK PRESTASI UTAMA 3


KESALAHAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN DENDA DI BAWAH KAEDAH 26A & 47, AKTA 174 KESALAHAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN DENDA DI BAWAH KAEDAH 26A & 47, AKTA 174 Kesalahan Rupa Diri Kesalahan Perlakuan Kesalahan Lalu Lintas Kesalahan Kolej Kediaman/Asrama Kesalahan Menginap Kesalahan Perpustakaan Kesalahan Kad Pelajar UNIT DISIPLIN UNIT DISIPLIN 4


OPERASI OPERASI RUPADIRI PELAJAR – 2 KALI SETIAP SEMESTER OPERASI KENDERAAN PELAJAR – 2 KALI SETIAP SEMESTER JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 5


ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN KETIKA MINGGU MTS JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 6 LELAKI Baju kemeja putih berlengan panjang. Seluar Slack Hitam. Tie berwarna hitam. PEREMPUAN (MUSLIM) Bertudung hitam. Baju Kurung putih kain hitam atau Blouse putih menutup punggung skirt labuh hitam. PEREMPUAN (NON MUSLIM) Blouse atau Kemeja putih menutup punggung. Seluar slack hitam atau skirt hitam labuh. Rambut melepasi bahu perlu diikat kemas.


ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN PELAJAR LELAKI JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS BAJU Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju-T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar atau negatif Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. Pemakaian Baju Melayu @ Baju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan songkok hitam. SELUAR Seluar 'slack' panjang. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal- tampal tidak dibenarkan. KASUT Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstoking. Kasut sukan dibenarkan. Selipar, terompah, capal, sandal dan seumpamanya adalah dilarang. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang 7


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN KETIKA MENGHADIRI KULIAH LELAKI PAKAIAN KETIKA MENGHADIRI KULIAH LELAKI ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 8


ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS BAJU Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopanbagi semua pelajar Islam. Baju -T tidak berkolar adalah dilarang. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar atau negatif. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah dilarang. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang pendek SELUAR Seluar 'slack' panjang. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal- tampal tidak dibenarkan. Jika memakai Sarung/’Maxi’ hendaklah labuh, longgar, tidak jarang & tidak ketat. KASUT Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstoking. Kasut sukan dibenarkan. Selipar, terompah, capal, kasut ‘platform’ dan seumpamanya tidak dibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang. Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit. 9


ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN KETIKA MENGHADIRI KULIAH PEREMPUAN PAKAIAN KETIKA MENGHADIRI KULIAH PEREMPUAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 10


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PAKAIAN KETIKA BERSUKAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan persekitaran. Pakaian baju T yang tidak berlengan dan pakaian sukan yang tidak sopan adalah TIDAK DIBENARKAN Semua pelajar Islam DIWAJIBKAN menutup aurat. 11


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 Rambut bagi pelajar lelaki JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. Rambut berfesyen seperti ‘afro’ , ‘messy hair’ , ‘mohawk’ , ’kpop’ , ‘mullet’ berekor dan diwarnakan adalah dilarang. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. 12


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 GAYA RAMBUT YANG DILARANG KETIKA HADIR KE KULIAH GAYA RAMBUT YANG DILARANG KETIKA HADIR KE KULIAH JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 13


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 Rambut bagi pelajar perempuan bukan islam Rambut bagi pelajar perempuan bukan islam JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan. Rambut pelajar perempuan bukan islam yang melepasi bahu wajib diikat dengan kemas dan rapi. Rambut berfesyen seperti ‘afro’ , ‘messy hair’ , ’k-pop’ , dan diwarnakan adalah dilarang. 14


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 pelajar perempuan islam wajib menutup aurat pelajar perempuan islam wajib menutup aurat JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 15 GAYA PEMAKAIAN TUDUNG YANG DILARANG GAYA PEMAKAIAN TUDUNG YANG DILARANG


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 perhiasan diri JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS LELAKI 1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang. 2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan. PEREMPUAN 1. Tidak digalakkan memakai barang kemas. 2. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan TIDAK DIBENARKAN 3. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan. 16


KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK ETIKA PEMAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KAD PELAJAR JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Kad Pelajar WAJIB dipakai semasa berada di dalam kampus. Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/jaket/blazer supaya sentiasa boleh dilihat dengan jelas. Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di hadapan. Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ''Kad Pelajar'' pelajar lain. Pelajar yang Kad Pelajarnya hilang/rosak/tamat tempoh perlu memohon yang baru kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh PSAS. 17


PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 KENDERAAN PERSENDIRIAN Semua kenderaan persendirian yang ingin dibawa perlu membuat permohonan oleh pelajar setiap semester melalui HEP dan memenuhi syarat yang ditetapkan. (syarat di dalam web rasmi PSAS) Pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh Politeknik WAJIB dipamerkan. Kenderaan pelajar perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan oleh Politeknik. Pelajar DILARANG membawa / memandu kenderaan ke dalam politeknik melainkan mendapat kebenaran bertulis oleh HEP Pelajar DILARANG meletak kenderaan di bahu jalan luar berhadapan Politeknik. Pelajar DILARANG membawa kenderaan melebihi had yang dibenarkan dikawasan larangan. (30kmj) Pelajar DILARANG membawa penumpang yang berbeza jantina (Bukan Mahram) dan dilarang membonceng motosikal pelajar berlain jantina. Pelajar yang merupakan Penghuni kamsis / asrama / kolej kediaman TIDAK dibenarkan untuk membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran Pelajar yang mendapat kebenaran bertulis untuk memandu kenderaan dalam kampus perlu mematuhi peraturan yang berikut: Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah Mematuhi had laju (30km/jam) dan papan tanda jalan / pandu arah yang ditetapkan oleh politeknik. Kenderaan tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang diubahsuai. Memakai topi keledar semasa menunggang / membongceng motosikal Mematuhi peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tidak melalui di kawasan hadapan pejabat asrama/parkir Felo/warden/pakir staf. JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 18


KENDERAAN PELAJAR KENDERAAN PELAJAR KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 19


PERATURAN PERPUSTAKAAN PERATURAN PERPUSTAKAAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu pelajar-pelajar lain. DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan. DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut. DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut. Pelajar memastikan telefon mudah alih berada dalam mod senyap pada setiap masa. Pelajar mestilah mematuhi semua peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar BERTANGGUNGJAWAB ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, pelajar akan dikenakan bayaran mengikut kadar semasa bahan-bahan tersebut atau menggantikan buku dengan judul yang sama. Sekiranya gagal berbuat demikian, keputusan peperiksaan / sijil / transkrip akan ditahan. DILARANG membawa masuk beg ke dalam perpustakaan. Beg hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan. Pelajar hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg tangan,folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan sekiranya diminta. Pelajar hendaklah berpakaian mengikut Peraturan Rupa Diri Pelajar sekiranya berurusan di perpustakaan. JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS ARAHAN AM PERPUSTAKAAN 20


PERATURAN PERPUSTAKAAN PERATURAN PERPUSTAKAAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN Pelajar layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad. Kaedah peminjaman adalah dengan menyerahkan kad pelajar dan buku ke kaunter pinjaman. Bilangan buku dan tempoh pinjaman: KATEGORI : Koleksi Pinjaman dan Koleksi Terhad BILANGAN BUKU : Maksimum 4 buah, Minimum 1 buah TEMPOH PINJAMAN : 2 minggu Walau bagaimanapun, bagi Koleksi Pinjaman dan koleksi Terhad kawalan peminjaman adalah bergantung kepada pihak pengurusan perpustakaan institusi. Pelajar boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pelajar lain dengan menempah melalui Sistem OPAC (Online Public Access Catalog) atau lain-lain kaedah tempahan yang digunapakai oleh institusi. HAL–HAL LAIN Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam / luar perpustakaan. Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan institusi untuk keluar dari perpustakaan. Pihak perpustakaan berhak meminta pelajar memulangkan bahanbahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya. Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat kelulusan pihak perpustakaan. Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada Pegawai Perpustakaan. Kelewatan pemulangan buku yang dipinjam akan dikenakan tindakan mengikut Hukuman Tatatertib Terus. JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 21


KESALAHAN PERLAKUAN KESALAHAN PERLAKUAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN, BADAN, PERTUBUHAN, DAN KUMPULAN PELAJAR JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 22 Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi. 1. Pelajar TIDAK boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap manamana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undangundang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. 2. Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah. 3. Pelajar/Kelab Persatuan TIDAK boleh melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah untuk: 4. Menerbit dan mengedarkan sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus; menganjur atau mengatur perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan pelekat; dan memungut atau cuba memungut wang, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan wang.


KESALAHAN PERLAKUAN KESALAHAN PERLAKUAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 BAHAN-BAHAN LARANGAN DAN JUDI JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 23 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau mengedar atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun, cecair nikotin, air ketum atau minuman keras. Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus. Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk sebarang tujuan. Pelajar TIDAK dibenarkan mengguna, memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan, atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya atau terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun. Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau cuba memiliki peralatan, yang berkait dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun. Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus. Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apaapa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus. Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apaapa aktiviti songsang dan tidak bermoral di dalam atau di luar kampus.


KESALAHAN PERLAKUAN KESALAHAN PERLAKUAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 GANGGUAN KETENTERAMAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 24 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan semasa di dalam kampus dan di luar kampus termaktub kepada peraturan semasa lokaliti. Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara, menghasut atau cubaan menghasut pelajar-pelajar institusi sama ada secara fizikal atau secara dalam talian (online) yang memudarat nama baik institusi Pelajar boleh menyuarakan sebarang cadangan dan aduan melalui saluran tertentu seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)/Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti cadangan Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Kebenaran ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah berkaitan topik dan kandungan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Institusi berhak menolak mana-mana permohonan pelajar atas budi bicara Pengarah. Institusi berhak untuk membatalkan program yang sedang berlangsung andai berlaku pelanggaran pada perkara PENCERAMAH LUAR


KESALAHAN PERLAKUAN KESALAHAN PERLAKUAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 LARANGAN MEROKOK DAN KAWALAN TEMBAKAU JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 25 Pelajar DILARANG merokok atau menggunakan bahan tembakau atau rokok elektronik / vape di mana-mana kawasan kampus. Larangan ini turut terpakai bagi aktiviti mengedar atau memiliki atau memberi barangan tersebut atau yang seumpama dengannya selaras dengan PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004]. Senarai Kawasan Larangan Merokok yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi


TATATERTIB AM KAMSIS / ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN TATATERTIB AM KAMSIS / ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis / asrama / kolej kediaman dengan segera. Penghuni hendaklah berkelakuan baik dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis / asrama / kolej kediaman. Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kamsis / asrama / kolej kediaman. Tetamu, pelawat atau pelajar lain TIDAK dibenarkan menginap di kamsis / asrama / kolej kediaman. Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik TIDAK boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai. Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuni. Pelaku vandalisme akan dikenakan tindakan tatatertib. Kebersihan bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuninya. Penghuni mesti menggunakan cadar dan sarung bantal yang dibawa sendiri Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab penghuni tersebut. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan. Penghuni TIDAK dibenarkan menukar bilik tanpa kelulusan pihak pengurusan kamsis / asrama / kolej kediaman. Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok kamsis / asrama / kolej kediaman. Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata / peralatan atau bahan berbahaya ke dalam kamsis / asrama / kolej kediaman. Sebarang bentuk aktiviti buli TIDAK dibenarkan. 26


TATATERTIB AM KAMSIS / ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN TATATERTIB AM KAMSIS / ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kamsis / asrama / kolej kediaman perempuan atau sebaliknya. Semua penghuni mestilah membenarkan mana-mana pegawai, kakitangan atau wakil institusi untuk memasuki bilik bagi menjalankan tugas-tugas yang diarahkan. Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa. Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni sahaja yang boleh berada di dalam kawasan/bilik. Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola sebarang perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kamsis / asrama / kolej kediaman kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah atau Wakil Kuasanya. Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kediaman hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kamsis / asrama / kolej kediaman terlebih dahulu. Sebarang bentuk pendawaian elektrik secara tidak sah di dalam kamsis / asrama / kolej kediaman adalah DILARANG. Penyalahgunaan peralatan seperti alat pemadam api di kamsis / asrama / kolej kediaman adalah DILARANG. Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang dikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis / asrama / kolej kediaman. Kenderaan perkhidmatan penghantaran makanan dan pengangkutan awam (e-hailing) TIDAK dibenarkan masuk/berada dalam kawasan kampus. Penghuni kamsis / asrama / kolej kediaman TIDAK dibenarkan membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan institusi 27


PEMBAYARAN DI KAUNTER KEWANGAN PROSEDUR PEMBAYARAN SAMAN PROSEDUR PEMBAYARAN SAMAN KAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 SAMAN RAYUAN GAGAL MEMBUAT PEMBAYARAN RESIT PEMBAYARAN DI HANTARKE HEP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI TAHAN SELESAI RAYUAN DISOKONG/ DITOLAK JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS 28


BUKU PANDUAN JPPKK BUKU PANDUAN JPPKKKAD PELAJAR DRM MAD KHAIRUL AMRIN BIN ABDULLAH 150RM21F1037 JHEP PSAS Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik DAN KOLEJ KOMUNITI Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik DAN KOLEJ KOMUNITI 29


Click to View FlipBook Version