The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahnazirahalim, 2022-08-03 23:37:08

Buku

Buku

Kata Kata Aluan

YAS KETUA PENGARAH

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya jua, pada bulan yang penuh keberkatan dan barakah ini dapat kita bersama-sama
bertemu mata dan bersua muka, di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Saya amat gembira kerana sekali lagi diberikan peluang untuk menjejak kaki di Negeri Terengganu serta
amat bebesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Terengganu diatas jemputan bagi menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang Tahun
2021.

Peluang untuk bersama-sama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu ini
amatlah saya hargai kerana ruang seumpama ini begitu penting dalam usaha membentuk sinergi dan
pasukan kerja yang hebat dan mantap. “ Jika kita menanam dua pokok berdekatan antara satu sama
lain, akarnya akan bertaut dan meningkatkan kualiti tanah seterusnya kedua-dua pokok itu akan
tumbuh subur berbanding jika ia tumbuh jauh berasingan”. itulah konsep sinergi atau usaha sama yang
ingin kita capai ke arah memastikan semua agenda, visi dan misi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Pada harini ini saya amat berbangga apabila pegawai-pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Terengganu telah membuktikan bahawa mereka ini bukan sahaja memahami dan
menghayati konsep nilai profesionalisme ini secara holistik, malah turut menjadikannya sebagai budaya
dalam merealisasikan tugas dan amanah yang diletakan di bahu mereka. Buktinya harini ini, tuan-tuan
dan puan-puan yang berada dihadapan saya ini diiktiraf dan diperakui telah menunjukkan prestasi kerja
dan pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2021.

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini bukanlah dibuat secara semberono atau
favoratism tetapi telah melalui proses pemilihan yang telah digariskan dibawah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 13 Tahun 2012, dimana ia berdasarkan kelayakan dan pemenuhan kepada asas penilaian yang
telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar penganugerahan ini dapat menggalakan
pegawai dan warga kerja untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha bagi mempertingkatkan
produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi. Ini sekaligus menjadikan perkhidmatan kebombaan
dan penyelamatan kekal relevan dan diyakini oleh Keluarga Malaysia. Memetik kata-kata Dennis Jaffe
dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Forbes, “ When trust is present, things go well; but when trust
lost, the relationship is at risk.” Jadi sama-samalah kita beriltizam untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik agar keyakinan yang diberikan oleh rakyat ini tidak dikhianati.

Saya amat yakin bahawa institusi keluarga yang kukuh juga menyumbang kepada faktor kecemerlangan
tuan-tuan dan puan-puan ditempat kerja. “ Di belakang seorang suami yang hebat, sentiasa ada isteri
yang mengikhlaskan. Dibelakang seorang isteri yang hebat, sentiasa ada suami yang memberi dorongan
dan dibelakang anak-anak yang hebat, sentiasa ada ibu bapa yang mendoakan ”. Jadi, gembirakanlah
hati keluarga kita. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua
pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada harini ini. Saya doakan agar kecemerlangan
prestasi kerja yang dicapai oleh tuan-tuan dan puan-puan dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan
bagi menjadi suntikan semangat dan “ role model ” kepada pegawai-pegawai lain untuk cemerlang.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Terima
Kasih.

YAS DATO’ SRI TS. MOHAMMAD HAMDAN BIN HAJI WAHID

Kata Kata Aluan

YS PENGARAH

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…Salam Sejahtera dan Salam Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurniaNya pada pagi yang berbahagia ini, dapat kita berhimpun dalam Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia Negeri Johor Darul Ta’zim.
Di kesempatan ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima-
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021. Penghargaan ini adalah
inisiatif kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja yang melebihi
kebiasaan dan komitmen serta sumbangan tenaga dan masa terhadap jabatan serta
menyumbangkan jasa samada secara langsung atau tidak langsung ke arah
peningkatan mutu kualiti dan imej perkhidmatan awam amnya di jabatan khususnya.
Saya berharap Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan mengekalkan kesinambungan
khidmat bakti dan prestasi kerja yang cemerlang ini untuk dijadikan contoh yang baik
serta menjadi pemangkin kepada warga JBPM Negeri Johor Darul Ta’zim yang lainnya
untuk lebih terbilang.
Akhir kata, saya memanjatkan doa agar majlis ini dapat berlangsung dalam suasana
penuh harmoni dan dengan jayanya.
Sekian Terima Kasih.
PKPjB DATO’ HAJI YAHAYA BIN HAJI MADIS

Aturcara Majlis

Tarikh : 7 Ogos 2022

❑ 10.30 pagi - Rehearsal dari bahagian Korporat
Setup Kelengkapan
❑- Rehat

❑ 12.30 tengah hari -

❑ 3.45 petang - Para jemputan mengambil tempat
❑ 4.00 petang
❑ 4.15 petang - Pengurusan Tertinggi JBPM Terengganu

- Ketibaan YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid,
Ketua Pengarah JBPM,

❏ Perarakan masuk YAS Ketua Pengarah JBPM (pembawa pedang)
❏ Nyanyian Lagu

-“Negaraku”
-“Siap Sedia Setiap Masa”
❏ Bacaan Doa
❏ Ucapan Alu-aluan YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu
❏ Ucapan YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah JBPM
❏ Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021
❏ Tayangan Montaj
❏ Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 tahun
❏ Penyampaian Sijil Terpuji Pegawai Bomba Bantuan
❏ Hi-Tea
❏ Sesi bergambar
❏ Sidang Media
❏ Bersurai

Senarai Penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

PgB MOHD FIRDAUS BIN ROSHDI PKPgB MOHD FIRDAUS BIN ROSHDI
BAHAGIAN LATIHAN CAWANGAN PENDAKWAAN

PKPgB PAHRUL RAZI BIN MAT SAID PKPgB SHARIZAL BIN SHAMSUDIN
ZON 2 BBP DUNGUN

PKPgB ZULBAHRY BIN SULONG
BBP MARANG

PPgB MUHAMMAD AZRUL IZZHAM PPgB SURIATI BINTI ARIFFIN
BIN ZULKIFLI BAHAGIAN KESELAMATAN

BAHAGIAN OPERASI KEBAKARAN

PPgB MOHD RAZLI BIN RAPIAE PPgB ZULHUSNI BIN ABDUL RAHMAN
BBP SETIU BBP AMBS

PPgB MOHAMAD ADRI BIN MAT HARUN
BBP CHENEH

CIK NORA @ NORAISYAH BINTI EN. MOHD AWIS BIN AWANG
ARIFFIN@AWANG BAHAGIAN PENYIASATAN KEBAKARAN

BAHAGIAN PENGURUSAN/PPD KEMAMAN

PBK II MOHD ALZAHARI BIN MAT YAACOB PBK II RIDZUAN BIN MAMAT
BAHAGIAN PENGURUSAN BBP BESUT

PBK II ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI
BBP CHENEH

PBK II(KUP) MOHD FADLY BIN PBK II (KUP) ZAMRI BIN MUHAMMAD
MOHAMMAD BAHAGIAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN OPERASI

PBK II(KUP) NOR HAZWANI BINTI PBK II(KUP) AZMI BIN YUSOF
ABDULLAH BBP KUALA TERENGGANU
ZON 1

PBK II(KUP) RINOZAMRUDIN BIN
MAT NAWI

BBP KUALA TERENGGANU

PBK II(KUP) HASMADI BIN MOHD PBK II(KUP) MOHD ALI BIN ADAM
BBP KUALA TERENGGANU BBP KUALA TERENGGANU

PBK II(KUP) FOUZI BIN KOTIB PBK II(KUP) MAT JUSOH BIN HARUN
BBP KUALA TERENGGANU BBP KUALA NERUS

PBK II(KUP) USOP BIN ADAM
BBP JALAN KOTA

PBK II(KUP) SADONG BIN AWANG PBK II(KUP) ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH
BBP JALAN KOTA BBP WAKAF TAPAI

PBK II(KUP) CHE MOHD RUZAINI PBK II(KUP) AZMIR BIN NAHAR
BIN CHE YUSOF BBP KIJAL
BBP SETIU

PBK II(KUP) MOHD FAUZI @
ZULKARNAIN BIN YAHYA
BBP MARANG

PBK II(KUP) HANAFI BIN DOLLAH PBK II(KUP) ZAKARIA BIN ABDULLAH
BBP MARANG -BBP MARANG

PBK II(KUP) AHMAD BIN SAID PBK II(KUP) WAN ROSDI BIN
BBP KERTEH WAN NONG

BBP KUALA BERANG

PBK II(KUP) MOHD MUSLIM
BIN TENGAH

BBP KUALA BERANG

PBK II(KUP) ASMAWI BIN PBK II(KUP) ABDUL HADI BIN
MANSOR HANAFIAH @ KASSIM
BBP DUNGUN
BBP CHUKAI

PBK II(KUP) MOHAMMAD AFIZI PBK II(KUP) WIRA BIN HARUN
BIN AB AZIZ BBP JERTEH
BBP DUNGUN

PBK II(KUP) MOHD AZMI BIN
ALI

BBP SETIU

PB RIZUAN BIN RUMELI PB MOHAMAD SYAHMI BIN
BBP KUALA TERENGGANU ROSLAM

BBP KUALA TERENGGANU

PB MOHAMMAD RIDZUAN BIN PB RAMADAN BIN GHAZALI
HAMZAH BBP AMBS
BBP BESUT

PB MOHD FERDAUS BIN DI
BBP CHENEH

PB MOHD TAMIZI BIN GHANI PB SAIFUL BAHRIE BIN MAN
BBP KERTEH BBP KERTEH

PB MOHD NOR HISHAM BIN PB MUHAMMAD ADLI BIN
RAMLI ZUBER

BBP KUALA BERANG BBP MARANG

PB ILYAS BIN RAMLI
BBP PAKA

PB MUHAMMAD FAHMI PB SHAHRIL FADLAN BIN
FIRDAUS BIN MUHAMMAD ALI ISMAIL

BBP CHUKAI BBP CHUKAI

PB HASFAIZ BIN AHMAD PBK II AWIN BIN SU
BBP DUNGUN BBP KUALA NERUS

PBK II PAUZI BIN MD ALI PBK II(KUP) SULIMAN BIN SAUD
BBP KUALA NERUS BBP JERTEH

Senarai Penerima
Khidmat 30 Tahun

PBK II HASAMUDDIN BIN PBK II RIDZUAN BIN MAMAT
YUSOF BBP BESUT
ZON 2

PBK II PAIZOL BIN AB.WAHAB PBK II YAHAYA BIN JUSOH
BBP BESUT BBP SETIU

PBK II ROSLAN BIN YUSUF PBK II AMRAN BIN ISMAIL
BBP WAKAF TAPAI BBP KEMAMAN

PBK II ASMADI BIN SULAIMAN PBK II(KUP) MOHD ZUKRI BIN
BBP KUALA NERUS MAT YUSOF
BBP KERTEH

PBK II(KUP) MOHD ZUKRI BIN PBK II(KUP) WAN GHAZALI BIN
MAT YUSOF WAN HUSSIN
BBP KERTEH BBP SETIU

PBK II(KUP) FAUZI BIN PBK II(KUP) WAN SHABARI BIN
ABDULLAH WAN NGAH
BBP CHENEH
BBP KUALA TERENGGANU

Senarai Penerima
Sijil Cemerlang PBB



PENUTUP

Yang Amat Setia Dato’ Sri Technologist, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
“Apabila diperlekehkan, anggaplah mereka sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha sehingga
berjaya”.
“Tangan yang cuma dua ini tidak mungkin dapat menutup mulut yang ramai, maka gunalah keduanya untuk
menutup dua telinga kita sendiri”.
Bekerjalah secara konsisten dan sentiasa istikomah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Semoga dengan apa
yang tuan/puan berikan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Memetik kata Herman Cain, seorang Mantan Calon Presiden US;

“Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will
be success”

“Kejayaan bukanlah kunci untuk mencapai kebahagiaan, tetapi kebahagiaanlah menjadi kunci kepada sebuah
kejayaan. Jika anda mencintai pekerjaan yang anda sedang lakukan, anda pasti akan mengecapi kejayaan!”

Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan ucapan saya kerana sebentar lagi akan mendengarkan ucapan dan
amanat oleh YAS Dato’ Sri Ts. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada YAS Dato’ Sri Ts. atas kesudian menyermpurnakan majlis serta
syabas dan tahniah kepasa semua penerima atas penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan
Sijil Perkhidmatan Terpuji PBB tahun 2021 ini.

Izinkan saya menyampaikan dua buah pantun,

Burung merpati hinggap di dahan Hinggap sebentar di pohon meranti Budaya cemerlang jadikan pegangan
Teguh berdiri dipayung integriti

Memetik bunga di taman sari
Untuk hiasan di atas meja
Tekad iltizam semangat diri
Kuat usaha pasti Berjaya

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT dalam
melaksanakan tugas-tugas dan dipanjangkan umur serta hidup dalam suasana aman, damai dan harmoni.

Sekian, Wabullahitaufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version